Bab 12

Humor Completed 21602

AMELIA POV

Jam menunjukkan tepat pada nombor 8. Aku menguap sambil menyandarkan diri ku di sofa. Sepupuku masih lagi bercerita tentang masa lalu mereka. Aku menyedari James sedang melihat ku. Kemudian aku berpaling ke tempatnya.

James senyum lalu dia mendekati aku. Dia kemudiannya menolak kepala ku perlahan-lahan hingga ke bahunya. Dia menarik selimut lalu dia menyelemuti aku. Aku senyum ke arah nya lalu aku menutup mataku.

Aku menyedari sepupuku melihatku dan James.

Mereka tidak lagi pandang James dengan pandangan tajam bahkan mereka senyum melihat kami berdua. Aku merasakan James memegang pinggang ku seperti dia memelukku. Aku berasa sangat selesa menyebabkan aku tertidur.

~~~

Dengkuran halus dari pada James membuatkan aku terjaga dari tidur ku. Aku membuka perlahan-lahan mataku lalu aku melilau melihat sepupuku semuanya sedang tidur di lantai.

Kemudian aku mencari susuk tubuh Alex. Aku melihat Alex sedang tidur di katil Jojo dengan nyaman sekali. Kemudian aku melihat James yang sedang tidur. Sungguh comel sekali James tidur. Aku senyum. 5 minit aku melihatnya tidur.

Setelah itu, aku bercadang nak keluar dari bilik itu. Apabila aku ingin berdiri, tiba-tiba ada tangan yang memegang pinggang ku. Aku melihat tangan itu. Tangan itu kepunyaan James. Aku senyum.

Aku memegang tangan James perlahan-lahan kemudian aku menarik tangan James lalu meletakkan tangannya di sisinya. Ini membuatkan James bergerak sikit lalu dia memelukku.

Ish, James ne. kenapalah tabiat ne kena pada James. -.- Kemudian aku menarik badan ku lalu aku berdiri. Aku menyelimuti James kemudian aku keluar dari situ. Aku menguap kemudian aku mengeliat. Setelah itu aku berjalan menuju ke bilik ku untuk mandi.

Aku mencapai tuala ku lalu aku masuk ke dalam bilik mandi. 30 minit dalam bilik mandi itu akhirnya aku keluar dari bilik mandi itu. Kemudian aku menuju ke bilik persalinan. Aku mengambil baju t-shirt berwarna biru muda dan jeans pendek. Kemudian aku memakainya.

Selesai aku memakai baju ku, aku pergi ke arah meja solek ku. Aku mencapai perfume ku lalu aku memakainya. Setelah itu aku keluar dari bilik ku. Aku berjalan menuju ke tangga lalu aku menuruni tangga itu dengan perlahan-lahan.

“Morning sweetie!” sapa uncle Henry.

“Morning uncle!” balas ku lalu aku menuju ke ruang tamu.

“Hai hun, selamat pagii!” sapa auntie Chelle pulak. Dia berjalan ke arah ku lalu dia mengucup di dahiku.

“Selamat pagi jugak auntie!” aku senyum ke arah auntie Chelle.

“Hai Amelia!” sapa uncle Herman sambil dia duduk di sebelahku.

“Hai uncle Herman.” Balasku sambil aku melihatnya.

“Dah sarapan?” tanya uncle Herman. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku.

“Belum, aku tunggu mereka yang lain turun!” kata ku.

“So, awak suka bodyguard yang uncle upah?” tanya uncle Herman sambil dia membuatkan tali lehernya. Aku melihat sahaja uncle Herman membuat tali lehernya itu.

“Suka.” Kataku pendek. Kemudian aku melihat uncle Herman tengah menarik tali lehernya dengan kemas. “Baguslah kalau Amelia suka. Lega hati uncle.” Kata uncle Herman sambil senyum.

Aku senyum balik. Beberapa minit aku dan uncle Herman berbual tiba-tiba pembantu dari dapur itu membawa dua cawan ke arah kami. Pembantu itu kemudiannya meletakkan cawan itu di meja yang telah disediakan.

Uncle Herman segera mengambil cawan yang berisi kopi itu. Aku pulak mengambil cawan yang berisi susu itu. “Uncle, boleh aku cakap sesuatu tak?” kataku sambil melihat uncle Herman.

“Sure sayang. Apa dia?” tanya uncle Herman.

“Uncle, kenapa sejak akhir-akhir ini, Amelia termimpi-mimpikan seorang budak meminta tolong dari di rogol? Mimpi itu selalu bermain di minda aku. Budak itu menjerit nama Uncle Tom. Itu membuatkan Amelia berasa sangat pening.” Kataku.

Tiba-tiba, Uncle Herman tersedak kemudian dia batuk. Diikuti dengan sudu uncle Henry jatuh ke piring. Aku terkejut sambil melihat uncle Henry yang sedang makan. Uncle Henry jugak terbatuk-batuk akibat tersedak. Aku segera mengusap-usap belakang uncle Herman manakala auntie Chelle mengusap-usap belakang uncle Henry. Auntie Chelle dan uncle Henry segera berjalan ke arah ku.

“Kenapa ne?” tanya ku. Auntie Chelle senyum.

“Oh tak ada. Maybe mimpi itu mainan tidur. Atau maybe Amelia tidak membasuh kaki waktu tidur.” Kata auntie Chelle.

Aku bingung.

HENRY POV

Apabila makanan sampai, aku segera memakan nasi itu. Sambil-sambil aku makan nasi itu, aku mendengar perbualan Herman dan Amelia di ruang tamu.

“Uncle, boleh aku cakap sesuatu tak?” tanya Amelia.

“Sure sayang, apa dia?” kata Herman.

“Uncle, kenapa sejak akhir-akhir ini, Amelia termimpi-mimpikan seorang budak meminta tolong dari di rogol? Mimpi itu selalu bermain di minda aku. Budak itu menjerit nama Uncle Tom. Itu membuatkan Amelia berasa sangat pening.” Kata Amelia.

Baru sahaja aku ingin menyuap nasi ke dalam mulutku tiba-tiba aku terlepas sudu itu setelah mendengar Amelia berkata. Tersedak aku kemudian aku batuk. Chelle segera pergi ke arah ku lalu dia mengusap-usap kan belakangku. Aku mengelap mulutku lalu aku berjalan menuju ke tempat Herman dan Amelia.

“Kenapa ne?” tanya Amelia. Chelle senyum. “Oh tak ada. Maybe mimpi itu mainan tidur. Atau maybe Amelia tidak membasuh kaki waktu tidur.” Kata Chelle. Adakah ingatan Amelia dah nak sembuh? Tanyaku. Aku melihat Amelia kelihatan bingung.

AMELIA POV

“Aku bingung lah auntie uncle. Apa maksudnya?” tanya ku sambil mengetap bibirku.

“Amelia, dah jangan fikirkan lagi. Nanti Amelia pening lagi.” kata uncle Herman. Aku senyum.

“Baiklah uncle.” Kataku. Kemudian uncle Henry dan uncle Herman meminta diri untuk pergi ke kerja.

“Selamat tinggal uncle. Hati-hati di jalan.” Kataku lalu aku melambaikan tangan ku ke arah uncle-uncle ku. Sebaik sahaja pandangan uncle-uncle ku hilang, auntie-auntie ku pulak pergi ke arahku.

“Amelia, nanti Amelia ikut yer pergi shopping mall.” Kata auntie Sherry. Aku sebenarnya nak pergi tetapi aku sudah berjanji untuk keluar dengan James.

“Err, hari ne Amelia tak dapat.” Kataku sambil melihat auntie-auntieku. Auntie-auntie ku membuat muka sedih.

“Kenapa pulak? Kitaorang nak keluar jalan-jalan dengan awak.” Kata auntie Sarah pulak.

Aku senyum lalu melihat mereka bertiga. “Lain kali kalau auntie nak bershopping lagi Amelia janji, Amelia ikut. Tapi hari ini tak boleh. Amelia ada janji dengan seseorang.” Kataku sambil senyum.

“Wahhh, ada date lah.” senyum Auntie Sherry. Aku senyum sahaja.

“Siapa?” tanya auntie Chelle sambil senyum.

“James!” kataku perlahan-lahan.

“Siapa? Tak dengar lahh!” kata auntie Chelle lagi.

“Ish auntie ne! James lah!” kataku. Auntie-auntieku melihat antara satu dengan yang lain. Kemudian auntie-auntie ku melihat ku. “Cewahhh, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang!” serentak tu auntie-auntieku menyanyi kan lagu itu. Aku merasakan pipi ku sudah pun merah. “Auntie ne!” kataku lalu aku senyum.

“Haha, baguslah awak dapat James. James anak yang baik. Dengar cakap parents dia.” Kata auntie Sherry.

“Auntie tak marah ker kalau Amelia keluar dengan James?” tanya ku sambil melihat auntie-auntie ku.

“Apa pulak nak marah? Auntie tak marah punya lah. Auntie mana boleh rosakkan kebahagian orang lain. Tu kebahagian Amelia. bukan kebahagian kami. Apa-apa pun auntie akan support Amelia okayyy!” kata auntie Sarah.

“Ngee!” kataku.

“Amelia, boleh awak tolong kejutkan mereka semua? Sarapan dah nak siap dah ne!” kata auntie Chelle.

“Baiklah auntie.” Kataku kemudian aku mengangkat cawan ku ke tempat sinki. Kemudian, aku berlari menuju ke tangga. Aku berjalan menuju ke bilik Jojo dan John lalu aku perlahan-lahan membuka pintu itu. Kelihatan sepupuku masih lagi tengah tidur. Kecuali Alex. Mungkin dia kat bilik ku.Kemudian, aku berjalan menuju ke tempat Kevin lalu aku mengerak-gerakkan badannya.

“Kev! Bangunn!” kataku perlahan-lahan.

“Emm!” katanya sambil menutup matanya.

“Kev, bangun lahh!” kataku sambil menggerak-gerakkan lagi badannya. Kevin mengerutkan dahinya lalu dia membuka matanya.

“Good morning!” kataku sambil senyum ke arahnya. Kevin segera duduk lalu mengosok-gosokkan matanya.

“Dah jam berapa dah ne?” tanya Kevin sambil menguap. Aku melihat jam di dinding itu. Menunjukkan 9.30 pagi.

“9.30 pagi dah!” kataku.

“Auntie Chelle suruh korang semua bangun. Sarapan dah nak siap dah!” kataku.

“Emm, baiklahh!” kata Kevin kemudian dia berdiri lalu dia mengejutkan yang lain. Aku segera ke tempat James. Kemudian aku senyum lalu aku mencucuk-cucuk pipinya. James mengerutkan dahinya lalu dia menepis tanganku.

“Hehe!” kataku lalu aku mencubit-cubit pula pipinya.

“Jojo, jangan lahh!” kata James yang masih lagi menutupkan matanya. Jojo yang baru sahaja bangun dari tidur kemudian dia melihat James. Dia membuat muka bingung.

“Nama aku pula dia sebut!” kata Jojo. Aku gelak. Kemudian, aku mencucuk lagi pipi James untuk ke tiga kali nya.

“Ishh, Jo awak ne tak pandai faham kerr?” marah James kemudian dia melihatku.

“Morning!” kataku sambil senyum. James melihat ku kemudian dia melihat Jojo.

“Nama aku pulak kau sebut-sebut!” kata Jojo. Aku gelak sampai aku terduduk.

“Awakk!!” kata Jamess lalu dia mengangkat ku ke katil Jojo. Kemudian James mengeletek kan aku.

“Haha, okay okay. Maaf laahhh!” kataku lalu aku memegang kedua-dua tangan James.

“Ahh, kalau awak buat lagi, jangan harap awak boleh terlepas!” kata James.

“Hehe!” kata ku lalu aku membuat tanda peace. James kemudiannya berjalan menuju ke sofa tersebut lalu dia melipat selimut itu. Semua sepupuku sudah pun bangun dan mengemaskan tempat yang mereka tidur.

“Korang mandi lah dulu, nanti korang turun yer!” kataku lalu aku keluar dari bilik itu. Kevin mengikuti aku dari belakang. “Amelia, carry me! Ngantuk lahh!” kata Kevin sambil dia pergi ke belakang ku.

“Banyak cantik kau nak aku angkat. Pergi sana!” kataku sambil menolak-nolak belakang Kevin hingga lah di pintu biliknya.

“Bye Kev, nanti kita jumpa yerr!” kataku lalu aku masuk ke dalam bilik ku. Aku melihat Alex sudah pun mandi dan dia tengah berbaring di katil ku.

“Hmm, hari ne aku balik dah!” kata Alex sambil membuat muka sedih.

“Haha, tak pe. Nanti kalau aku nak jalan-jalan ker aku boleh singgah ke rumah awak!” kata ku.

“Hmm!” Alex mengeluhh.

Aku gelak. “Ohya Amelia! Hari ni kan awak dan James keluar dating!” kata Alex sambil melihat ku. Aku duduk di sebelahnya lalu berkata. “Yer. Kenapa pulak?” tanyaku.

“Oh tak de apa-apa. Cuma aku happy korang bersama-sama.” Kata Alex.

“Belum couple lagi lah!” kataku.

“Haha, tak lama lagi couplelah tu!” kata Alex sambil senyum.

“Eleh, dah lah. Jom turun!” kataku. Alex bingkas bangun lalu kami berdua berjalan menuruni tangga.

“Selamat pagii!” sapa Alex kepada auntie-auntieku.

“Ohh, selamat pagi jugakk! Hari ne Alex dah nak balik dah ker?” tanya auntie Sherry.

“Ha’ah! Maaf lah auntie kalau Alex ada buat silap ker di mata auntie!” kata Alex sambil menundukkan kepalanya.

“Haha, apa pula? Di mata kami, awak budak yang baik. Dah lah, kalau Alex nak tidur lagi kat sini, boleh. Rumah ne sentiasa terbuka untuk awak.” Kata auntie Sherry. Alex tersipu-sipu malu.

“Mana yang lain?” tanya auntie Sarah.

“Masih kat atas lagi!” kata ku.

“Haih, budak-budak ne!” kata auntie Sarah lalu dia berjalan menuju ke suis itu. Kemudian auntie Sherry menekannya. Berbunyi lonceng itu. “ANAK-ANAK!” teriak auntie Sherry. Beberapa derapan kaki segera turun dari tangga itu.

“Hai auntie!” kata Kevin lalu dia berjalan menuju ke meja.

“Selamat pagi!” kata Danny dan Samuel lalu mereka berdua berjalan ke meja makan.

“Pagi!” senyum Andie lalu mengikuti Samuel ke tempat meja makan.

“Morning!” kata Jojo dan John lalu mereka berdua berlari menuju ke meja makan.

“Good Morning mummy ku!” kata Fikri lalu dia memeluk ibunya. Kemudian, Fikri berjalan menuju ke meja makan.

“Hai auntie. Selamat pagi!” kata James lalu dia berjalan menuju ke tempat meja makan.

“Selamat pagi semua! Tengah hari nanti kami bertiga nak pergi ke Mall. Sesiapa yang jalan hari ne?” tanya auntie Sarah sambil melihat sepupuku makan. Aku dan Alex berjalan menuju ke meja makan lalu aku duduk berhadapan dengan James. Alex duduk di sebelah ku.

“Amelia dan James pergi dating hari ne!” kata Danny lalu dia menyuap kat mee goreng ke dalam mulutnya. Terbeliak mata James. Kemudian dia melihat auntie Sarah.

“Err, auntie. Boleh tak saya…” belum sempat James meminta izin dari auntie Sarah, auntie Sarah memotong.

“Boleh. Pergi lah! yang penting, awak bawa balik Amelia dengan keadaan selamat!” kata auntie Sarah. James menundukkan kepalanya lalu senyum.

“Cehhhh! Malu konon!” kata Kevin sambil menolak pipi James.

Aku gelakk sambil mengeleng-gelengkan kepalaku.

~~~

“BURPP!” Samuel bersendawa.

“Ewwwww!” kata Alex sambil menolak muka Samuel.

“Ngee!” kata Samuel sambil membuat peace sign. Aku kemudiannya berjalan menuju ke ruang tamu mengikuti sepupuku yang lain.

“Aku jemput awak pukul 3 petang!” bisik James lalu dia berlalu. Aku senyum sahaja lalu aku duduk di sebelah Fikri.

“Korang! Hari ne, korang tak pergi mana-mana ker?” tanyaku.

“Belum tahu lagi.” kata Danny sambil dia bermain iPhone nya. Aku mengeluh. Tiba-tiba lagu Not A Bad Thing by Justin Timberlake bermain. Aku melihat ke arah Alex. Alex kemudiannya segera berdiri lalu dia berlari ke luar. Beberapa minit kemudian, Alex datang.

“Amelia, aku kena balik sekarang.” Kata Alex.

“Kenapa?” tanyaku.

“Kami nak pergi melawat datuk ku di kampung. Dia sedaang sakit tenat.” Kata Alex.

“Baiklahh. Aku hantarkan yer!” kataku lalu aku berdiri menuju ke tangga. Begitu juga dengan Alex.

“Wait!” kata Kevin sambil melihatku.

“Yeshh?” tanya ku.

“Awak hantarkan Alex?” tanya Kevin.

“Yerr? Kenapa? Kan aku ada bodyguard sendiri.” Kataku. Aku melihat Alex sudah pun naik ke atas untuk mengambil beg pakaiannya.

“Aku hantarkan!” kata Kevin sambil mengambil kunci kereta nya.

“Baiklah!” kataku lalu aku berlari menuju ke bilik ku. Kemudian aku mengambil beg tangan ku dan topi vans ku. Setelah itu, aku memeluk Alex.

“Ameliaaa! Aku kata jangan peluk-peluk!” kata Alex lalu dia meleraikan pelukkan ku. Aku membuat muka sedih.

“Alaaa, jangan lah sedih! Aku pergi seminggu jerr. Lepas tu, aku balik lah sini!” kata Alex sambil memegang muka ku.

“Tapi, nanti kat sekolah, aku tak ada kawan!” kataku lagi.

“Kan ada Samuel mereka.” Kata Alex sambil senyum.

“Dah! Dah!” kata Alex kemudian dia mengangkat beg pakaiannya. Kami berdua berjalan menuju ke tangga lalu kami menuruni tangga itu.Alex kemudiannya high five semua sepupuku. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Alex. Danny mengangkat beg pakaian Alex hingga di kereta Kevin. Aku menuju ke tempat bodyguardku.

“001 dan 002, korang berdua tunggu kat sini. Aku nak pergi jalan hantar kawan-kawan aku. Aku ikut Kevin.” Kataku sambil senyum ke arah mereka berdua.

“Miss tak nak ikut kami?” tanya 002 sambil melihatku.

“Tak, aku ikut Kevin. Kejap jer aku pergi.” Kataku.

“Baiklah Miss. Kalau ada apa-apa, tekan jer rantai ini. Hati-hati di jalan Miss!” kata 001.

“Okayy! Selamat tinggal!” kemudian aku berlari menuju ke kereta Kevin lalu aku masuk ke dalam keretanya.

“Bye korang! Jaga Amelia untuk aku yerr!” kata Alex sambil melambai-lambaikan tangannya. James juga ikut kami sebab dia ingin balik ke rumah. Sebelum hantar Alex, kami menghantar James ke rumahnya.

“Bye Jamess!” kata Alex dan Kevin serentak. Kevin melambai-lambaikan tangannya lalu dia melihat ku. Kemudian James senyum ke arahku lalu mengenyitkan matanya lalu dia berlalu di situ. Terasa panas pipiku lalu aku tersenyum sendiri. Kemudian kereta itu pun berjalan. Aku masih diam teringat senyuman-senyuman James apabila dia tertidur.

“Senyum kambing!” kata Alex. Aku melihatnya.

“Eleh, jeles lah tu!” kata ku lalu aku senyum semula. Beberapa minit kemudian, rumah Alex pun tiba. Sebaik sahaja kami tiba di pagar rumah Alex, ibunya terus sahaja membuka pagar untuk Alex. Aku dan Kevin turun dari situ. Kevin kemudiannya mengangkat beg pakaian Alex turun. Ibunya melihat Kevin.

“Err, bukan ini anak Dato Henry ker?” tanya ibunya sambil melihat Alex. Alex menganggukkan kepalanya.

“Bagaimana?” tanya ibunya.

“Nanti Alex ceritakan yer!” kata Alex sebelum Kevin ingin berkata sesuatu.

“Okay lah kalau gitu!” kata ibunya. Kemudian aku dan Kevin meminta diri untuk balik.

“Bye auntie! Jumpa lagii. Bye Lex, jaga diri yer!” kataku sambil melambaikan tangan ku ke arah mereka berdua. Kemudian aku menutup tingkap kereta Kevin. Dalam perjalanan pulang, aku dan Kevin bercerita antara satu dengan yang lain.

“Kev, awak pernah ada girl ker?” tanya ku sambil melihat Kevin.

“Pernah.” Jawab Kevin pendek. Dia kemudiannya membelok ke kiri.

“Kev, bukan sepatutnya arah jalan rumah ke kanan ker? Kenapa pergi kiri?” tanya ku bingung.

“Aku nak bawa awak ke satu tempat.” Kata Kevin. Aku melihat Kevin. Mukanya seperti hendak menangis. Aku membiarkan sahaja. Aku melihat ke arah jam dikereta itu. Jam menunjukkan 12.30 tengah hari. Lagi tiga jam lagi aku kena bersiap sedia. 10 minit kemudian, kami tiba di suatu tempat. Aku keluar dari situ. Begitu juga dengan Kevin.

“Ikut aku!” kata Kevin lalu dia menarik lenganku. Aku berjalan menuju ke bukit itu. Sampai sahaja aku di bukit itu, aku melihat ada satu pondok kecil di tengah-tengah bukit itu.

Aku melihat Kevin. Kevin menghembuskan nafasnya. Kevin menarik ku lalu dia menyuruh ku duduk di pondok itu. Kevin duduk di sebelahku.

“Anything you want to share?” tanya ku.

“Aku pernah ada girlfriend dulu. Nama dia..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience