Bab 5

Humor Completed 21602

Apa agaknya? Tanya ku. Aku kemudiannya keluar dari bilik itu lalu ingin menuju ke dapur. Tekak ku sangat la haus. Satu persatu aku menuruni tangga yang mewah itu. Keadaan disekelilingku sangat sunyi. Seperti aku sahaja di rumah besar ini atau lebih dikenali sebagai mansion.

Sampai sahaja di dapur itu, aku melihat seorang wanita dalam lingkungan 40-an tengah memasak. Aku senyum ke arah wanita itu.

“Hey makcik.” Sapa ku.

Wanita itu melihat ku lalu “Hey jugak, cik nak minum ker? Mari saya sediakan.” wanita itu berkata lalu mengelap tangannya. Cik la pulak dia panggil aku.

Aku berdehem. “Eh Makcik,tak usah. Aku boleh buat sendiri la. Makcik, jangan panggil aku cik. Panggil aku Amelia jer.” Kataku sambil senyum ke arah wanita itu.

“Baiklah.” Kata wanita itu.

“Err, Ameliaa.” Panggil wanita itu.

Aku melihat wanita itu sambil menuangkan jus epal di gelas. “Amelia jangan panggil makcik, makcik. Panggil saya bibik.” Kata wanita itu.

“Baikla bik.” Kataku lalu melambaikan tangan ku ke arahnya. Sekarang, aku nak ke mana? Aku berjalan-jalan kemudian aku melihat guitar terletak di sofa itu. Aku menuju ke tempat guitar itu. Aku menggapai guitar itu lalu duduk di sana. Aku melihat ke kiri dan kanan. Mana lah tahu ada orang nampak aku tengah pegang guitar mahal ne. Sah-sah kena teriak aku.

Memandangkan sepupuku masih lagi tengah bincang tentang hal lelaki mereka, aku nak nyanyi la. Aku berdehem lalu memetikkan guitar itu. Aku menyanyi kan lagu Shouldn’t Come Back by Demi Lovato. Aku menutup mataku lalu nyanyi.

~~~

Selesai sahaja aku menyanyi, tetiba ada tepukan. Aku membuka mataku. Aku melihat sepupuku tengah bertepuk tangan. Aku menundukkan kepalaku.

“Wow, Amelia. Suara awak merdu lah. Awak boleh tarik suara ke not yang tinggi.” Kata Samuel lalu duduk di sebelahku.

“Hehe, makesh.” Kataku tersipu-sipu malu. Aku meletakkan guitar tersebut di sebelah ku. Kemudian, Andie mengambil guitar itu lalu duduk di sebelah ku.

“Amelia, awak nak jalan-jalan ker?” tanya Andie.

“Boleh jugak!” kata ku sambil senyum.

“Okay, jom!” kata Andie sambil menarik tanganku.

“Wait!” kata Kevin sambil melihat kami berdua.

“Macamana korang nak pergi jalan-jalan kalau tak ada transport?” tanya Kevin sambil berpeluk tubuh. Andie tersengih-sengih.

“Dahlaa, korang ikut aku. Aku ada barang jugak nak beli ne!” Kevin berkata sambil mengapai kunci keretanya. “Laa, aku baru nak jalan berdua-duaan dengan Amelia.” Kata Andie hampa.

“Weiikk, korang nak pergi mana? Kita berdua nak ikut!” Jojo berkata sambil berlari ke arah kami bertiga. Aku mendengar Andie mengeluh. Aku gelak sambil mengeleng-gelengkan kepalaku.

“Kitaorang jugak nak join!” Fikri berkata. Boleh dikatakan semua sepupuku ikut kitaorang. Kevin kemudiannya menghidupkan enjin keretanya. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku melihat ke bawah dan kiri kanan. Aduh! Kenapa aku boleh lupa.

“Kevin, kejapp! Aku lupa nak bawa beg tangan aku.” Kata ku sambil membuka semula pintu kereta itu lalu berlari ke arah pintu utama. Aku berlari sepantas yang aku boleh sehinggalah aku sampai di bilik aku. Fuhh, besar jugak rumah ne. Aku kemudiannya mengambil apa yang patut lalu keluar dari bilik itu. Aku berjalan dengan pantas sehingga la aku tiba di kereta Kevin. Aku memasuki pintu itu lalu meminta maaf kepada mereka.

“Kitaorang nak jalan-jalan kat mana?” tanyaku.

“Kitaorang pergi Shopping Mall dulu. Baru kitaorang jalan-jalan.” Kata Kevin yang tengah memandu.

“Weik korang.” Kata ku mengalih kan perhatian mereka. Mereka semua melihat ku kecuali Kevin.

“Betul ker korang ne terkenal di daerah ne?” tanyaku sambil membuat muka tanda tanya.

“Ye!” serentak mereka jawab. Aku mengangguk-anggukkan kepala ku.

“Maksudnya, korang ne ada fangirls la?” tanyaku lagi.

“Ye!” kedua kali mereka jawab dengan serentak.

“Ohh,” kata ku sambil melihat ke luar tingkap. Beberapa minit kemudian, kitaorang tiba di Shopping Mall itu. Ada sesetengah remaja perempuan mengejar kereta Kevin. Macam selebriti pula.

“Err, guys!” kataku apabila Kevin memberhentikan kereta itu. Ramai perempuan yang menunggu ketibaan mereka. “Korang turun dulu. Biar aku sama Amelia jalan sama-sama.” Kata Kevin.

“Ehhh, mana boleh! Patutnya aku yang jalan sama dia. Sebab aku yang bawa dia jalan-jalan.” Andie pula yang mahu jalan sama aku.

“Laa, biar kitaorang berdua yang jalan sama dia.” Jojo berkata. Mula pening kepala aku mendengar pergaduhan antara sepupuku.

“Guys, please stop!” kataku perlahan-lahan. Mereka tidak mendengar. Mereka masih jugak bergaduh.

“Stop!” teriak aku. Semua mereka berhenti bercakap.

“Kenapa jugak korang nak memilih siapa yang jalan dengan aku?” tanyaku kebingungan.

“Supaya, fangirls kitaorang tidak mensyaki sesuatu. Kalau awak keluar dengan kitaorang sekaligus, dah sah-sah awak dibenci oleh mereka dan berkemungkinan awak disakiti. Kitaorang tak nak perkara itu terjadi.” Terang Fikri.

“Korang cakapla yang aku ne sepupu korang!” kataku. Lebih baik jujur daripada bohong.

“Kalau kitaorang kata begitu jugak, awak akan dibenci jugak. Kang kat sekolah awak nanti dibuli.” Kata Andie lagi.

“Korang kan ada. Bukan kah korang kata korang akan sentiasa menemani aku?” kataku lagi.

Mereka diam buat seketika.

“Baikla.” Kata Kevin. Aku senyum.

“Dahla jom!” kata ku lagi. Dah tak sabar aku nak pergi membeli belah ne.

“Eh jap! Jap!” Kata Fikri. Aku melihat Fikri. “Awak guna headphone ne. Awak kan tak boleh dengar bunyi yang kuat.” Kata Fikri. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku lalu memakai headphone itu di telinga aku. Aku menghembuskan nafasku lalu keluar dari situ.

Remaja perempuan yang bersorak itu terdiam sesaat. Apabila sepupuku yang lain turun dari kereta itu, mereka kemudiannya melompat-lompat kegembiraan.

Apa yang aku dengar sepanjang perjalanan kami ialah:

“KEVIN, YOU LOOKS SO HOT!”

“JOJO JOHN PLEASE SHOW ME YOUR ABS!”

“AHHHH, YOU GUYS ARE SO HOT!”

Tapi yang membuatkan hati ku sakit ialah:

“PEREMPUAN TAK SEDAR DIRI!”

“GUYS, SIAPAKAH PEREMPUAN INI?”

“WOI PEREMPUAN. AWAK GATAL!”

Sampai sahaja dia dalam sebuah kedai, aku membuka headphone Fikri lalu memberinya. Fikri kemudiannya meletakkan headphone itu di lehernya.

“Hmm, lepas ne, kalau kitaorang jalan-jalan kita berpisah okay!” kataku. Kata-kataku membuatkan sepupuku terdiam dan melihat ku dengan muka yang serius.

“Why?” tanya Kevin.

“Aku taknak kena panggil perempuan gatal.” Kata ku lalu menundukkan kepalaku.

“Hey, awak kan sepupu kitaorang. Mana boleh kitaorang tak bawa awak jalan-jalan.” Kata Kevin.

“Tapii..” belum sempat aku menghabiskan ayat-ayat ku, Jojo mencelah.

“Tak ada tapi-tapi. Awak pedulikan mereka. Jangan dengar cakap mereka tu.” Kata Jojo sambil berpeluk tubuh.

“Kalau mereka sakitkan aku seperti dalam tv?” tanya ku.

“Mereka takkan sakiti awak. Kitaorang kan ada. Kitaorang berjanji, kitaorang akan lindungi awak dan akan sentiasa berada di sisi awak!” kata Jojo. Mereka bertujuh kemudiannya melihat ku lalu mereka semua berlutut.

“Sudikah kami bertujuh menjadi bodyguard Ameli Grace?” kata sepupuku membuatkan aku terkejut.

“Guys! Get up!” kataku.

“We need your answer!” kata Kevin.

“Surree. You guys can be my bodyguard, but jangan terlalu overprotective okay!” kataku.

“We will!” sejurus kemudian itu, mereka bertujuh berdiri lalu mereka berdiri di sekelilingku. Aku gelak.

“Korang fikir aku ne ratu ker nak kepung aku?” tanya ku.

“Lebih kurang!” kata Jojo. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku. “Dah la jom cari barang untuk awak.” Kata Andie sambil menarik tangan ku.

“Barang? Barang apa?” tanya ku hairan.

“Laaa, besok kan awak pergi sekolah. Jangan fikir awak di sini awak tak pergi sekolah. Pelajaran sangat penting!” kata Kevin sambil berpeluk tubuh.

“Seriously? Aku pergi sekolah? Yeahhh!” kata ku sambil melompat kegembiraan. Aku dah tak sabar dah nak pergi ke sekolah.

“Dah! dah! jangan terlalu excited sana. Awak ne belum sembuh sepenuhnya.” Kata Kevin. Aku memeluknya erat.

“Thanks!” kataku. Kevin gelak.

“Kitaorang?” tanya Danny sambil membuat muka sedih.

“Ngee, nantiiiiii!” kata ku. Mereka kemudiannya mengeluh.

“Alolo, dah tak payah nak merajuk. Jatuh maruah lelaki kang.” Kataku sambil menutup mulut menahan gelak.

“Mana ada! Kitaorang cuma buat-buat jer.” Kata Andie sambil berpeluk tubuh. “Duh!” kataku.

“Ok! For the third time! Let’s go!” kata Jojo.

“Okok!” kata ku lalu berjalan menuju ke pintu keluar.

“It’s time!” kata ku lalu membuka pintu itu. Setelah aku membuka pintu kedai itu, ramai remaja-remaja perempuan menunggu ketibaan sepupuku. Keluar sahaja mereka bertujuh, remaja-remaja perempuan itu mengepung mereka. Ada tangan yang menolak sehingga lah aku hampir sahaja jatuh ke lantai tetapi aku tidak jatuh. Aku jatuh di tangan seseorang. Aku melihat orang itu.

“Hey Amelia!” kata James sambil senyum.

“Hey James” senyum ku. Aku kemudiannya berdiri lalu membetulkan rambutku. Aku tak dapat melihat sepupuku disebabkan ramai remaja yang mengepung mereka. Aku mengeluh.

“Cari sepupu awak ker?” tanya James.

“Yer.” Kataku.

“Haha, awak kena tunggu 20 minit.” Kata James.

“20 minit?” kataku. Terbeliak mataku. Diorang ne artis ker sampai nak jumpa pun 20 minit. Alahaii.

“Yer, 20 minit. Biasalah anak dato dan datin. Memang macam tu! Jarang anak dato ne jalan-jalan kat Bandar.” Kata James. Gila ker apa?James menarik ku untuk duduk di kerusi itu. Aku tahu remaja perempuan yang lalu du hadapan ku akan menjelingku. Apa salahku hingga membuatkan remaja perempuan membenciku? Adakah aku berkawan dengan seppupuku? Tanya ku dalam hati.

“AMELIA! Kitaorang minta maaf” teriak Jojo dan John. Aku melihat mereka lalu senyum.

“Dah habis dah fangirls korang?” tanya ku sambil senyum. Aku nak menangis sebenarnya tetapi aku tahan. Aku tak nak mereka tahu yang aku tengah sedih.

“Fuhh, semuanya menggatal dengan kitaorang.” Kata Jojo lalu duduk di sebelahku. James di tolak ke tepi dan John duduk di sebelah ku. Aku melihat James lalu gelak.

“Di mana yang lain?” tanya ku.

“Mereka masih lagi dikepung. Nasib baik kitaornag dapat keluar.” Kata John.

“Eh kejap!” kata Jojo sambil melihat James.

“Kenapa awak ada di sini?” tanya Jojo sambil membuat muka hairan.

“Aku selamatkan Amelia.” Kata James.

“Huh?”

“Hellooooooooo!” kata Fikri dengan yang lain-lain. Sejurus kemudiannya mereka melihat James.

“James?” tanya Kevin.

“Apa awak buat di sini?” tanya Kevin.

“Ohh, nak pikat Amelia ehh.” Kata Danny sambil berpeluk tubuh.

“What? Dude, kan kitaorang cakap jangan pikat!” kata Fikri lagi.

“Guys!” kataku tetapi mereka tidak mendengar.

“GUYS!” teriak ku lagi. Mereka diam lalu melihat ku.

“James tak pikat aku. James tolong aku.” Kata ku. Mereka kemudiannya melihat James.

“Kalau aku tak ada, dah confirm Amelia dah di pijak oleh fangirls korang tu.” Kata James sambil berpeluk tubuh.

“Oh yer ker? Hehe, sorry yer. Kitaorang fikir awak nak pikat dia.” Kata Fikri.

“It’s okay!” kata James.

“Ohyaa, kitaorang minta maaf yer.” Kata Fikri lagi.

“Okok.” Kataku.

“Dahla jom. Aku dah penat ne.” kataku lalu mengeluh.

“ok jom!” kata Kevin sambil menarik tanganku.

“Lepas ne, harap tiada fangirls korang kepung korang lagi yer! Malas aku nak tunggu. Kalau ada, aku jalan sendiri pergi beli barang.” Kataku.

“Ay’Ay captain.” Kata Kevin.

~~~

Dah tiga jam kitaorang di shopping mall itu. Dah penuh dah bakul aku bawakan. Ne semua gara-gara sepupuku. Nak itu la. Nak ini lah. Fuhh nak mati aku kalau aku jalan dengan sepupuku ini. Kalah perempuan ber’shopping!

“Guyss, aku rasakan dah terlebih cukup dah ne. Jom ah balik. Aku penat la.” Kataku sambil melihat sepupuku. Hampir nak pengsan aku akibat penat.

“Belum cukup lah! Jojo, angkat dia!” kata Kevin sambil mengarahkan Jojo untuk angkat aku.

“NO! No! aku tak nak awak angkat aku.” Kata ku menolak sambil aku berjalan membelakang.

“Jojo, stop!” kataku tetapi dia enggan. Sejurus kemudian, aku sudah pun di belakang Jojo.

“Ugh!” kata ku.

Tiba-tiba ada sekumpulan remaja perempuan datang ke tempat kami. Andie yang melihat sekumpulan remaja itu segera pergi ke tempat Jojo. Andie kemudiannya membuka jaketnya lalu menutup kepalaku.

“What the” belum sempat aku berkata tetiba Jojo meminta aku mendiamkan diri.

“Hey handsome!” kata salah seorang perempuan.

“What are you guys doing here?” tanya perempuan itu lagi. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

“Urm, kitaorang cuma jalan-jalan.” Kata Kevin.

ANDIE P.O.V

Apabila kami semua tengah berjalan, tiba-tiba kami melihat Geng Spicy tengah menuju ke sini. Aku segera melihat Amelia lalu aku pergi ke tempat Jojo. Aku membuka jaketku lalu aku menutup kepala Amelia agar Geng Spicy tidak menyakiti hati Amelia.

Aku mendengar Amelia berkata “What the” tetapi Jojo meminta agar Amelia mendiamkan dirinya. Aku berdiri di sebelah Jojo.

“Hey handsome.” Kata ketua mereka, Jane.

“What are you guys doing here?” tanya Jane lagi.

“Urm, kitaorang cuma jalan-jalan.” Kata Kevin. Aku melihat Amelia. Aku harap, Jane tidak mensyaki sesuatu.

“Do you guys know? Besok ada budak baru masuk sekolah kita?” tanya Jane sambil menujukkan gayanya yang minta puji itu.

Sebenarnya, kitaorang sangat benci dengan Geng Spicy ini. Adakah patut mereka kata mereka sahaja yang boleh berkawan dengan kitaorang? Tolong sikit. Kitaorang bukan macam begitu.

“Aku dah tak sabar dah nak tengok muka budak baru itu di buli oleh kitaorang! Haha!” kata Jane sambil ketawa. Aku mengetap bibirku.

“Urm, kay la. Kitaorang nak pergi salon!” kata Jane lalu mereka berlalu pergi dari situ. Apabila kelibat mereka hilang dari pandangan kitaorang, baru la aku mengambil jaket ku balik. Amelia segera turun dari belakang Jojo.

AMELIA P.O.V

Sebaik sahaja Andie mengambil jaketnya, aku segera turun dari belakang Jojo.

“See, mereka akan buli aku.” Kata ku sambil melihat sepupuku.

“Ini kali, mereka tidak akan buli awak. Sebab awak kan ada boduguard. Mesti diorang takkan buli awak!” kata Jojo sambil senyum.

“Tapi korang cakap, Geng Spicy tu tidak akan menyerah kalah.” Kataku lagi.

“Trust us. Segala rancangan yang mereka rancang tidak akan menjadi” kata Andie. Aku cuma beri mereka senyuman sahaja.

“Dah la, jom balik. Uncle Herman dah cari dah tu!” kata Fikri sambil melihat handphonenya. Aku dan sepupuku jalan menuju ke kereta.

~~~~

Sampai sahaja di villa itu, aku terus sahaja keluar dari kereta itu. Aku mengambil barang yang telah aku beli lalu aku terus sahaja ke bilik aku. Aku meletakkan barang yang dibeli di atas katil aku. Aku kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan badanku yang berbau busuk ini. 10 minit kemudian aku keluar dari bilik mandi itu lalu pergi ke tempat bag pakaian ku, dimana aku belum habis mengemaskannya. Aku memilih baju untuk di pakai. Aku mengambil t-shirt berwarna pink dan seluar pendek.

Tiba-tiba, perut ku berbunyi menandakan aku memerlukan makanan untuk di isi. Aku memegang perutku lalu segera aku mengeringkan rambutku. Rambutku aku biarkan sahaja berlepas. Kemudian, aku pergi ke ruang makan. Apabila tiba di situ, aku terserempak dengan uncle Herman.

“Eh, Amelia. Dah sihat dah?” tanyanya. Aku senyum lalu mengeleng-gelengkan kepalaku tanda belum lagi.

“Ah, mari sini duduk. Kita makan sama-sama. Yang lain dah makan dah. Tinggal kita berdua sahaja lagi.” Kata Uncle Herman. Aku duduk berdepan dengann Uncle Herman.

“Ah, besok awak dah boleh pergi sekolah. Kalau ada apa-apa masalah awak jumpa sahaja dengan saya di pejabat besok.” Kata Uncle Herman lagi. Uncle Herman ialah pengetua di sana. “And, awak, Andie dan Samuel, korang bertiga sama kelas.” Kata uncle Herman lagi sebelum dia memakan nasinya itu. Aku cuma mendengar sahaja. Hmm, sedapnya makanan ne.

“Ayah!” kata Samuel lalu mendekati ayahnya.

“Apa awak nak?” tanya Uncle Herman dengan nada bergurau. Aku cuma senyum sahaja melihat telatah anak beranak ini. “Ayah, Samuel nak kahwin!” kata Samuel lalu gelak.

“Banyak cantik kau nak kahwin! SPM pun belum habis!” kata Uncle Herman lalu mencubit pinggang anaknya itu.

“Adoiii! Sakitla ayah!” kata Samuel sambil menahan sakitnya. “Siapa suruh buat lawak yang bukan-bukan! Apa awak nak?” kata uncle Herman. Aku selesai sudah makan lalu aku berdiri.

“Eh Amelia? Sejak bila awak di sini?” tanya Samuel. Aku melihat nya.

“Sejak awak datang lagi aku di sini!” kata Amelia.

“Oh yeke?” tanya Samuel lalu menundukkan kepalanya. Malu la tu. Dah badan ku besar macam ne takkan la dia tak nampak aku. “Haha, malu lah tu!” kata uncle Herman sambil gelakkan anaknya.

“Ish Ayah ne! aku nak minta duit. Duit yang ayah bagi tu hari dah habis dah!” kata Samuel.

“Duit 500 ringgit ayah bagi tu hari awak habiskan?” terbeliak mata uncle Herman.

“Hehe, maaf la!” kata Samuel sambil mengaru-garukan kepalanya.

“Besok ayah berikan. Dah pergi masuk tidur!” kata uncle Herman. Aku segera mencuci pinggan ku lalu aku terus sahaja pergi ke bilik ku.

“Goodnight Uncle Herman!” kata ku lalu aku berlalu pergi. Sebelum aku masuk tidur, aku pergi ke bilik Kevin.

TOK! TOK!

“Masuk!” teriak Kevin. Aku memulas tombol pintu itu lalu menolak pintu itu. “Kev!” kata ku lalu melihat ke dalam.

“Yesh?!” tanya Kevin yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Kevin tidak memakai baju. Cuma seluar pendek aras lutut sahaja.

“Urm Kev, besok jam berapa aku kena bangun?” tanya ku sambil duduk di sofa. Kevin masuk ke dalam bilik pakaiannya lalu memakai baju.

“Jam 6.45 pagi. Jam 8 pagi sekolah bermula.” Kata Kevin sambil menguruskan rambutnya itu.

“Oh okay! Thanks Kev!” kataku lalu keluar dari situ.

“Eh Amelia. Kejap!” kata Kevin. Aku memusingkan badanku.

“Awak dah makan ubat?” tanya Kevin. Aku senyum lalu mengeleng-gelengkan kepalaku.

“Belum lagi!” kata ku.

“Laa, kenapa tak makan? Nanti awak sakit lagi.!” Kata Kevin lalu dia menarik tanganku. Kevin membawa ku ke dapur.

“Duduk!” katanya. Aku mengikut arahannya lalu aku melihat gerak geri Kevin. Pada mulanya dia pergi ke peti sejuk lalu mencari ubatku. Kemudian, dia pergi mengambil cawan lalu dia mengisi air suam. Baru lah dia datang ke tempat aku.

“Nah makan ne!” katanya sebaik sahaja dia mengelurkan pil-pil ubat. Aku mengambilnya lalu aku makan ubat itu. Kemudian aku minum air yang dibawa oleh Kevin.

“Ne ubat ada kesan tidur!” katanya lagi. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku. “Okay masa untuk tidur!” katanya. Aku kemudiannya berdiri lalu memeluk Kevin.

“Thanks Kev and Goodnight!” kataku.

“Goodnight Amelia. Sleep well!” kata Kevin. Aku kemudiannya jalan menuju ke bilik ku. Selepas itu aku pergi ke katil lalu aku baring. “Besok ialah hari pertama aku masuk ke sekolah. Fuhh!” kataku sebelum aku dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience