Bab 11

Romantic Comedy Completed 21695

KEVIN POV

Selepas sahaja Amelia dan Alex masuk ke dalam bilik Amelia, aku terus sahaja pergi ke tempat sepupuku.

“Weyh korang! Korang tak takut ker tengok movie tadi?” tanya ku sambil melihat sepupuku.

“Actually, aku sebenarnya takut tengok movie tu tapi apa kan daya terpaksa lah aku berlakon depan Amelia dan Alex supaya mereka percaya yang aku ne berani.” Kata Andie.

“Aku juga!” kata Samuel sambil mengangkat tangan kanannya.

“Me too!” kata Fikri sambil melihat sepupuku.

“Jangan lupa orang di sini!” kata Jojo sambil mengangkat tangannya.

“Rata-rata semua pun takut dengan movie tu. Apa lagi movie tu based on true story!” kata ku. Sepupuku diam sambil melihat sekeliling mereka.

“Weyh korang, dah la. Jom ahh masuk ke dalam bilik. Meremang bulu roma aku ne!” kata Fikri sambil memegang lengannya.

“Jap, aku sebenarnya takut nak tidur satu orang kat bilik aku. Aku takut selimut aku ditarik malam-malam. Boleh sesiapa temankan aku tidur ker?” tanya Danny.

“Woah! Aku pun takut tidur sorang-sorang. Apa kata kita tidur satu bilik? Macamana?” cadang Samuel. Boleh juga idea dia ni.

“Okay! Jom ahh masuk dalam bilik Jojo dan John!” kata ku. Jojo dan John melihat ku.

“Asal bilik kitaorang?” tanya John.

“Sebab bilik korang besar. Dah kembar mestilah bilik besar.” Kataku sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.

“Yelah! Jom ah masuk!” kata Jojo sambil memulas tombol pintu bilik mereka berdua. Kami semua masuk ke dalam bilik Jojo dan John. Aku menghempas kan tubuhku di katil John. John dan Jojo mengambil selimut dan bantal lebih untuk kitaorang. Apabila kami mengambil tempat untuk tidur tiba-tiba elektrik terputus.

“OMO!” kata Samuel lalu dia berlari menuju ke tempatku. Sepupuku jugak begitu.

“Kan aku dah kata. Mesti pembunuh tu nak kacau kitaorang!” kata Fikri. Walaupun gelap, kitaorang tetap memberanikan diri.

“Ne semua salah Jojo. Kenapa lah awak download movie horror ne! Cuba lah awak download movie fariytale ker? Ne download movie horror” kata Andie sambil mendengus.

“Hehe, maaflah. Cerita ne best, aku download lah!” kata Jojo.

“Maaf konon, awak tengok sekarang, hantu tu datang!” kata James.

“Korang ne, elektrik dah putus korang masih lagi bergaduh. Dah, sekarang kita cari lampu suluh then kita keluar dari bilik ne.” kataku lalu aku berlalu dari situ. Semua pun berpecah mencari lampu suluh.

“Ish! Bukan tadi lampu suluh tu ada kat sini ker?” tanya Jojo sambil mendengus.

“John! Cuba awak check di laci meja aku kalau ada lampu suluh.” Kata Jojo.

“Tak ada lah! pelik lah, sepatutnya lampu suluh tu ada kat sini. Kenapa sekarang tak ada?” tanya John. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku kemudian aku berjalan menuju ke almari Jojo. Tiba-tiba ada aku terdengar bunyi tangisan bayi. Aku berhenti dari mencari lampu suluh itu kemudian aku berdiri.

“Guys! Diam!” kataku sambil mengundurkan diriku dari almari tu.

Sepupuku semua berhenti dari mencari lampu suluh itu.

“Apa hal?” tanya James sambil berjalan menuju ku. Begitu juga dengan sepupuku. Jantung ku berdengup kencang.

“Cu.,cuba korang dengar!” kataku sambil menelan air liur ku. Tangisan bayi itu menangis lagi. Tangisan itu sangat menakutkan apa-apa lagi tengah malam ne bayi itu menangis.

“Aku nak keluar dari bilik ne!” kata Andie sambil berlari menuju ke pintu keluar. Diikuti dengan kami semua.

“Cepatlah buka pintu ne!” kata Jojo.

“Tak dapat buka la!” kata Andie sambil cuba membuka pintu itu. Tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu memegang kaki ku. Terpana aku buat seketika.

AMELIA POV

Selesai sahaja, aku dan Alex keluar dari bilik aku. Alex dan aku berjalan menuju ke satu suis. Suis ini jika ditutup, ia akan menyebabkan elektrik putus di tingkat ini. Aku menutup suis tersebut. Serta merta, elektrik di tingkat ini terpadam. Alex gelak. Kemudian, Alex menarik ku ke bilik Jojo dan John.

“Dah ready?” tanya Alex.

“Dah!” kataku lalu Alex membuka perlahan-lahan pintu Jojo dan John. Mujur lah tiada yang perasan.

Alex kemudiannya menutup pintu itu perlahan-lahan lalu Alex mengunci pintu itu. Kunci itu Alex meletakkan di poketnya.. Aku dan Alex kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke almari Jojo. Alex menarik ku untuk masuk ke dalam almari Jojo.

“Best jugak plan awak ne!” bisik ku.

“I know right!” kata Alex.

Kami menunggu masa yang sesuai untuk mengenakan sepupuku. Sementara itu, kami mendengar perbualan mereka.

“Ne semua salah Jojo. Kenapa lah awak download movie horror ne! Cuba lah awak download movie fariytale ker? Ne download movie horro” kata Andie sambil mendengus.

“Hehe, maaflah. Cerita ne best aku download lah!” kata Jojo.

“Maaf konon, awak tengok sekarang, hantu tu datang!” kata James. Aku dan Alex menutup mulut menahan ketawa.

“Korang ne, elektrik dah putus korang masih lagi bergaduh. Dah, sekarang kita cari lampu suluh then kita keluar dari bilik ne.” kata Kevin lalu aku mendengar Kevin berlalu dari situ.

Aku merasakan semua pun berpecah mencari lampu suluh.

“Ish! Bukan tadi lampu suluh tu ada kat sini ker?” aku mendengar Jojo mendengus. “John! Cuba awak check di laci meja aku kalau ada lampu suluh.” Kata Jojo.

“Tak ada lah! pelik lah, sepatutnya lampu suluh tu ada kat sini. Kenapa sekarang tak ada?” tanya John.

Hehe, aku dan Alex dari awal lagi dah ambil korang punya lampu suluh lah. Sedang-sedang aku senyum-senyum tiba-tiba Alex memegang tanganku. Aku segera melihat ke hadapan. Ada derapan kaki menuju ke almari Jojo. Habis lah kalau macam begini. Kantoi kami berdua.

“Kita tak ada pilihan lain!” kata Alex perlahan-lahan.

Kemudian aku melihat Alex mengeluarkan smartphonenya. Derapan kaki itu semakin kuat. Berdengup kencang jantungku. Tiba-tiba tangisan bayi bermain di smartphone Alex. Derapan kaki itu berhenti lalu dia mengundurkan dirinya. Aku dan Alex sama-sama menghela nafas lega. Alex kemudiannya memberhentikan tangisan bayi itu.

“Guys! Diam!” kata Kevin sambil mengundurkan dirinya dari almari tu. Sepupuku semua berhenti dari mencari lampu suluh itu.

“Apa hal?” tanya James sambil berjalan menuju ke tempat di mana Kevin berdiri. Begitu juga dengan sepupuku.

“Cu.,cuba korang dengar!” kata Kevin.Aku melihat Alex. Kemudian Alex menekan ‘play’ lalu tangisan bayi itu bersuara lagi. Aku gelak.

“Aku nak keluar dari bilik ne!” kata Andie sambil berlari menuju ke pintu keluar. Diikuti dengan sepupuku semua. Alex meletakkan samrtphonenya di lantai. Alex telah set tangisan itu akan bermain berulang-ulang kali.

“Show time!” kata Alex sambil membetulkan baju putihnya itu. Aku pulak mengusutkan rambutku untuk kelihatan seperti hantu. Kemudian aku dan Alex perlahan keluar dari almari itu dan berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat sepupuku.

“Cepatlah buka pintu ne!” kata Jojo.

“Tak dapat buka la!” kata Andie sambil cuba membuka pintu itu. Aku kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke kaki Kevin lalu aku memegang kakinya dengan erat.

“Gu..guys!” kata Kevin sambil. Aku senyum.

“Apa?!” kata mereka.

“Korang! Ada sesuatu kat kaki aku lahh!” kata Kevin.

“Kev, awak jangan main-ma..” belum habis ayat James tiba-tiba dia diam. Aku melihat ke sebelah ku. Alex juga memegang kaki James.

“Weik korang. Asal kaki aku juga kena?” kali ne suara James berkata.

“Jangan main-main lah, korang!” kata Andie.

“Betul lah! cuba korang tengok kat bawah!” kata Kevin. Aku masih lagi memegang kaki Kevin.

“Tak nampak laah. Gelap.!” Kata Samuel. Jojo segera mengambil smartphonenya lalu dia menyuluhkan cahaya itu ke arah ku. Aku apa lagi, aku terus sahaja melihat Jojo lalu senyum.

“ARGHHHHHHHH!” teriak Jojo kemudian dia berlari menuju ke katilnya. Diikuti dengan sepupuku kecuali James dan Kevin yang masih lagi tercengat.

“Jo, apa awak nampak?” tanya Kevin.

“Weyh korang. Tolong la kitaorang!” kata James lagi.

“Ada..ada hantu pegang kaki Kevin. Aku takuttt.” Kata Jojo. Aku melihat Alex. Alex menganggukkan kepalanya. Kemudian aku berdiri berhadapan dengan Kevin.

“Kev, ini aku lahh!” kata ku sambil membisik ke telinga Kevin.

“Diam-diam tau! Kitaorang nak takut-takutkan mereka!” kataku sambil tersengih-sengih.

“Ish! Korang ne. buat kitaorang takut jer!” bisik Kevin. James dan Alex kemudiannya pergi ke tempat kitaorang.

“Korang tunggu kat luar. Aku dan Amelia nak takut-takutkan mereka. Kalau mereka dah teriak korang terus hidupkan semula elektrik yer!” kata Alex lalu memberikan kunci pintu itu ke tempat Kevin.
Kevin perlahan-lahan membuka pintu itu lalu mereka berdua berlalu dari situ.

“Jom!” kata Alex. Kami berdua kemudiannya merangkak ke tempat sepupuku. “Hi hi hi hi hi hi..” Alex mula mengilai. Aku pun ikut sekali.

“ARGHHHHHHHH! PERGIIIIII!” teriak Andie. Sejurus kemudian tu, lampu pun hidup. Aku melihat sepupuku semua menutup telinga mereka dengan tangan mereka dan menutup mata mereka dengan erat. Alex apa lagi. terburai ketawa dia. Sejurus kemudian itu sepupuku membuka mata mereka.

“ALEXXXX!” kata sepupuku. Alex berhenti dari gelaknya lalu melihat mereka.

“Opps! Takur ker bro?” kata Alex. Mereka kemudiannya melihat ku.

“Awak pun sama?” tanya Andie. Aku menjongket bahuku. Mereka menarik kami berdua lalu mereka menggeletek kami berdua.

“St..stopp itt!” kataku sambil gelak.

“Haha! Tu lah korang. Kenakan kami lagii!” kata Samuel lalu dia menggeletek ku. Sejurus kemudian itu, aku merasakan tubuhku diangkat. Aku melihat James menyelamatkan aku dari kena geletek dengan mereka. Alex juga begitu. Kevin mengangkatnya dari sepupuku.

“Haha, thanks bro!” kata Alex.

“Thanks!” kataku lalu senyum ke arah James. James senyum semula. Ahhh, cairnya aku melihat senyuman manis James. Kami saling pandang memandang.

“Cewahhhh! Romantikkk nyerr!” kata Alex. Aku kemudiannya mengalihkan pandangan ku dari mata James. Kemudian aku melihat Alex.

“Ish! Awak ne!” kata ku. Sepupuku semuanya melihat James dengan mata yang tajam. “Hehe!” kata James sambil mengaru-garukan kepalanya. “Maaflahh!” katanya lagi.

“Dah! Dah! Amelia dan Alex korang pergi basuh muka korang dahulu. Hari ne kita sleepover kat bilik ne!” kata Kevin.

“Okayy!” kataku.

~~

Selesai sahaja kami membersihkan muka kami, aku segera mengambil jaket James lalu memakainya.

“Bukan tu, jaket James ker?” tanya Alex sambil melihat jaket itu. Aku menganggukkan kepalaku.

“Haha, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang!” Alex menyanyi.

“Lex, aku sepak kang kepala awak!” kataku.

“Haha, tak de la. Aku tengok korang secocok sangat.” Kata Alex.

“Eii, dah lahh! Jom!” kataku lalu aku berjalan menuju ke bilik Jojo dan John. Aku segera masuk ke dalam bilik itu. Kemudian James melihat ku.

Aku berjalan ke arah Kevin lalu aku duduk di sebelahnya. Sejurus kemudian, Alex masuk ke dalam bilik itu. Aku mendengar sahaja cerita-cerita pelik mereka. Kemudian, aku tertumpu pada wajah James. Jantung ku berdengup kencang. Kenapa dengan aku ne? Kevin yang perasan tadi segera dia melambai-lambaikan tangannya ke arah muka ku. Aku melihat Kevin. Kevin berdiri lalu dia menarik ku.

“Sini kejap! Ada kau nak cakapkan!” kata Kevin.

Aku mengikuti Kevin dari belakang. Kevin membawa ku ke balkoni bilik Jojo dan John. Udara di luar sangat sejuk dan nyaman tambah-tambah lagi, permandangan pada waktu itu sungguh cantik dipenuhi bintang-bintang yang terang.

“Apa awak nak kata kan?” tanya ku sambil melihat Kevin.

“Awak suka dengan James?” tanya Kevin sambil melihat ku. Aku terkejut dengan soalan Kevin. Aku diam.

“Tak apa! Aku tak marah pun awak suka dengan James. Kalau James confess dengan awak, jangan tolak. Terima lah dia. Dia budak baik. Dia setia!” kata Kevin lalu dia senyum ke arah ku.

Kemudian aku memeluk erat Kevin. “Thanks Kev, awak lah sepupuku yang tebaik buat aku.” Kataku. Kevin membalas balik pelukkan ku.

“Aku tak boleh halang sepupu dari bercinta dengan orang lain.” Kata Kevin lalu dia mengusap rambutku.

“Never let go someone yang awak benar-benar cintakan!” kata Kevin.

“Thanks Kevin!” kataku.

“Dah lah jom! Masuk!” kata Kevin sambil menarik lenganku. Apabila aku dan Kevin ingin masuk ke dalam bilik itu tiba-tiba ada sebuah batu yang hampir terkena dengan kepalaku. Kevin segera melihat ke belakang lalu mencari orang yang telah membuang batu itu. Tetapi malangnya tiada siapa-siapa di situ.

“Shit!” kata Kevin. Aku kemudiannya mengambil batu itu. Di batu itu, ada sebuah kertas. Aku mengigil membuka kertas itu.

‘REMEMBER MY NAME! UNCLE TOM!’

Aku kemudiannya memegang kepalaku. Sakit.

“Ameliaa! Awak okay ker?” tanya Kevin. Aku memegang lengan Kevin.

“Bawa aku masuk ke dalam!” kataku sambil memejam mataku.

Don’t uncle Tom! Don’t!

“STOP IT!” jerit ku. Sepupuku semua melihatku.

“Amelia?” tanya Alex. Aku membuka mataku.

“Maaf!” kataku. Kevin kemudiannya membawa ku ke tempat sofa di mana James berada. Kemudian aku duduk sambil memicit kepalaku. Sepupuku melihatku.

“Kenapa dua menjak ini, aku termimpi-mimpi kan seorang budak ne meraung meminta tolong akibat dia nak dirogol?” tanyaku. Sepupuku terdiam.

KEVIN POV

“Kenapa dua menjak ini, aku termimpi-mimpi kan seorang budak ne meraung meminta tolong akibat dia nak dirogol?” tanya Amelia. Sepupuku terdiam. Aku juga terdiam. Adakah Amelia mengingati semula kisah lalunya? Tanyaku dalam hati.

AMELIA POV

Sepupuku terdiam.

“Amelia, mungkin awak tak basuh kot kaki awak!” kata Alex.

“Maybe.” Kataku sambil memicit kepalaku.

“Awak nak ubat ker?” tanya Kevin.

“Ohh tak payah lah! lagipun dah nak baik-baik dah!” kata ku sambil menyandarkan badaku lalu aku memejam kan mataku. Aku menarik nafas ku panjang-panjang lalu menghembusnya. Aku perlahan-lahan membuka mataku. Sakit di kepalaku dah tak sakit dah.

“Awak nak berehat ker?” tanya Kevin sambil melihat ku.

“Nanti-nanti lah. Aku nak join korang bercerita!” kataku lalu aku duduk di lantai. James kemudiannya duduk di sebelah ku lalu dia berbisik ke telinga ku. Sepupuku melihat sahaja kelakuan James.

“Jom keluar besok, nak?” tanya James sambil senyum ke arahku. Aku merasakan pipiku panas.

“Ewaahhh, besok ada orang nak keluar dating lahh!” kata Alex mengusik ku. Aku melihat ke arah Kevin. Kevin senyum lalu mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Sure!” kataku sambil melihat James.

“Jyeahhh!” kata James lalu memeluk ku. Terkejut aku di buatnya.

“Ohh sorry! Excited!” kata James sambil tersipu-sipu malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience