Bab 9

Humor Completed 21602

?Sampai sahaja kami bertiga di kelas, semua mata memandang aku. Aku menundukkan kepalaku sambil berjalan. Andie kemudiannya pergi ke arah guru lalu membisik sesuatu. Kemudian, guru itu melihatku lalu dia memanggilku. “Okay kelas, hari ne kita ada pelajar baru. Sila perkenalkan diri awak!” kata cikgu perempuan itu. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku lalu aku menghadap ke hadapan.

“Nama saya Amelia Richard. saya pelajar baru disini. Sila beri tunjuk ajar kepada saya.” Kataku sambil senyum.

“Okay, sekarang awak boleh cari tempat duduk.” Kata cikgu perempuan itu atau lebih dikenali Cikgu Joyce.

“Baiklah, cikgu” kataku.

Aku melihat ke hadapan mencari tempat duduk. “Psst! Amelia. awak duduk kat sini!” panggil Andie. Aku senyum lalu aku berjalan menuju ke tempat Andie. Ada mata-mata yang menjeling ke arah ku sebaik sahaja Andie memanggil ku.

Aku duduk di belakang Andie dan Samuel. Aku duduk di tempat kosong. Aku melihat ke kiri ku. Ada seorang perempuan berambut pendek. Kulitnya putih gebu dan matanya sangat besar.

“Hai” sapa ku. Sejurus kemudian itu, perempuan itu melihat ke arah ku.

“Hai jugak.” Katanya. “Aku Alexzandra” katanya lagi.

“Selamat berkenalan.” Kataku lalu aku menghadap ke hadapan. Sesi pelajaran pun bermula.

~~~

KRINGG!

“Ahhhh! Akhirnya rehat 1 jam.” Kata Samuel sambil mengeliat. Murid-murid pun keluar dari kelas tinggal kami berempat termasuk Alexzandra.

“Jom pergi makan!” kata Andie lalu dia berjalan menuju ke pintu. Diikuti dengan Alexzandra.

“Jom Amelia!” ajak Samuel.

“Err, korang pergi la dulu. Aku nak ke tandas kejap!” kata ku. Memang betul pun aku nak ke tandas.

“Nak kitaorang temankan?” tanya Samuel sambil melihat ku.

“Err, tak payahlah. Aku boleh jaga diri sendiri. Korang pergi lah dulu, karang aku kejar korang! Aku dah tahu dah selok belok nak pergi ke kantin ne!” kata ku. Andie dan Samuel saling pandang memandang.

“Okay lah kalau macam tu!” kata Samuel akhirnya. Mereka bertiga keluar dari kelas itu. Aku segera berdiri lalu aku berjalan menuju ke arah tandas. Sebaik sahaja aku menjumpai tandas aku segera masuk. Langkah ku terhenti buat seketika.

“Tak sangka kita berjumpa lagi.” Kata Jane sambil berpeluk tubuh. Aku menundukkan kepalaku lalu aku cuba untuk jalan melepasi mereka. Tetapi mereka menghalangku.

“Tepila, aku nak ke tandas!” kataku sambil membuat muka marah.

“Haha, rupanya awak berani dah lawan kitaorang.” Kata Jane sambil membetulkan rambut depannya. Aku menjeling ke arah mereka lalu aku cuba untuk melepasi mereka. Tetapi buat kali kedua mereka menghalang aku.

“Aku belum habis cakap dengan kau lah perempuan!” kata Jane kasar sambil melihat ku. Walaupun aku takut tetapi aku cuba sedaya upaya untuk berani kan diri untuk berhadapan dengan Jane.

“Weik, ne pun kawasan kau ker? Adakah patut tandas pun korang nak kawal?” kataku lalu aku memusingkan badanku untuk keluar dari situ.

“Aku tak boleh lepaskan kau begitu sahaja! Geng halang dia!” kata Jane kemudian gengnya itu menghalang ku dari keluar dari situ. Aku menundukkan kepalaku menahan geram. Kemudian, aku memegang buah rantai itu lalu menekannya.

“Baik korang lepaskan aku sebelum korang yang mendapat susah” kataku sambil menundukkan kepalaku.

“Buat apa aku nak lepaskan kalau aku mendapat bahan buli aku di depan mata aku?” kata Jane lalu dia gelak.

“Hmm, gedik!” kataku.

Jane dan Geng nya melihat ku dengan pandangan yang tajam. Baru sahaja Jane hendak berkata sesuatu, tiba-tiba pintu itu dibuka dengan kasar.

“Miss, awak okay ker?” kata 001 itu kemudian 002 menarik ku.

“Stay away from me atau korang yang mendapat susah!” kataku memberi amaran kepada Geng Spicy. Terpolong mulut Jane sebaik sahaja melihat dua bodyguardku masuk ke dalam tandas perempuan. Bodyguardku membawa ku ke tempat tandas perempuan yang lain. Dalam perjalanan pergi ke tandas perempuan yang lain, ramai mata-mata melihat ku dan mereka berbisik Antara satu dengan yang lain. Apa tidak nya, dua bodyguardku tengah berjalan bersama-sama dengan aku.

Sampai sahaja, aku terus berlari masuk ke dalam tandas. Selesai sahaja, aku keluar dari tandas itu lalu mencuci tanganku. Kemudian aku keluar dari tandas perempuan itu. “Miss, waktu untuk awak makan!” kata 001.

“Okay!” kataku lalu aku dan bodyguardku pergi ke kantin.

“Sampai di sini sahaja. Korang boleh tunggu kat luar ker atau di mana sahaja. Jangan risau. Sepupuku boleh jaga aku.” Kata ku sambil melihat bodyguardku.

“Baiklah Miss!” kata mereka lalu mereka berlalu dari situ. Aku kemudiannya masuk ke dalam kantin itu sambil melilau mencari kelibat sepupuku.

“Amelia!” teriak James. Aku kemudiannya mengalihkan pandangan ku ke arah James. Kemudian aku berjalan ke arah James.

“Hai guys!” kataku lalu aku duduk di sebelah Alexzandra.

“Nah Amelia. Bekal ne untuk awak.” Kata Jojo sambil menghulurkan bekal makanan yang dibawa oleh Kevin.

“Thanks” kataku lalu aku membuka bekal makanan tu. Kemudian aku makan bekal tersebut dengan penuh selera.

~~~

“Alexzandra, jom jalan-jalan kelilingi sekolah ne!” ajak ku. Alexzandra kemudiannya menganggukkan kepalanya. Kemudian kami berdiri. “Wait the second ladies!” halang Danny. Alexzandra kemudian melihat tajam ke arah Danny.

“Agak-agak lah bro!” kata Alexzandra.

“Opps, someone cari masalah dengan Alexzandra!” kata Samuel sambil melihat Andie. Samuel dan Andie tersengih-sengih. Danny segera melihat Alexzandra kemudian dia meminta maaf. “Hehe, maaf! Tersilap cakap!” kata Danny sambil tersengih.

“Kang aku tumbuk awak kalau awak panggil aku macam tu!” Alexzandra memberi amaran kepada Danny. “hmm, yerlah. Korang berdua nak pergi mana hah?” tanya Danny.

“Kami berdua nak jalan-jalan mengelilingi sekolah ne. bosan lah kat sini!” kataku sambil melihat sepupuku. “Tapi awak tak boleh jalan-jalan tanpa kitaorang. Kitaorang dah janji dengan Kevin untuk jaga dan lindungi awak.” Kata Danny sambil mengeluh.

“Kalau macam tu, boleh kitaorang ikut?” tanya Jojo.

“Aku tak nak fangirls korang dekat-dekat dengan aku. Lagi-lagi mereka mengerumi aku.” Kata Alexzandra sambil melihat mereka dengan tajam.

“hmm, betul tu. Nanti fangirls korang kejar-kejar korang lagi. Tak apa rantai ne kan ada. So, kalau ada apa-apa aku boleh cari bodyguardku.” Kata ku sambil melihat mereka. Danny, Fikri, James, Jojo, dan John membuat muka pelik. “Nanti aku explain kat korang! Okay lah Amelia. korang boleh pergi. Weik, Alex. Jaga Amelia yer.” Kata Samuel.

“Siap bro!” kata Alexzandra lalu kami berdua pun berjalan-jalan mengelilingi sekolah ini. Selesai sahaja, Alexzandra membawa aku ke pondok.

“Alexzandra, memang gaya awak ne tomboy ehh?” tanyaku sambil melihatnya.

“Yer and awak jangan panggil aku Alexzandra. Panggil Alex pun boleh.” Kata Alex.

“Wahh, tak sangka aku boleh berkawan dengan tomboy!” kataku lalu aku gelak.

“Haha, sebenarnya. Awak lah satu-satunya perempuan kawan aku. Kawan aku semuanya lelaki.” Kata Alex. “Haha, tak apa. Kita boleh jadi kawan sejati.” Kataku kemudian aku gelak.

“Amelia, boleh aku tanya awak soalan?” tanya Alex.

“Boleh, apa salahnya.” Kataku lalu aku senyum.

“Sebenarnya, awak ne anak buah pengetua ker?” tanya Alex. Aku menganggukkan kepalaku.

“Maknanya, awak ne sepupu dengan Samuel la ne!”

“Yes!” kataku.

“So, awak tinggal di villa yang mereka tinggal lah ne?” kata Alex lagi.

“Yer!” kataku lagi.

“Kenapa aku tak pernah lihat awak sebelum ne?” tanya Alex.

“Sebenarnya, ibu aku warga Malaysia. Ayah aku warga Amerika Syarikat. Selama ne, aku tinggal di Amerika Syarikat. tulah sebab, awak tak pernah jumpa aku.” Kata ku.

“Patut lah muka awak ada kacukan.” Alex berkata.

“Trimas. Ohya Alex, awak dan Samuel ada kaitan ker?” tanyaku. “Aku lihat awak rapat sangat dengan Samuel dan Andie.” Kataku lagi.

“Mereka tu kawan basketball aku. Setiap hari Jumaat dan Sabtu kami mengadakan latihan basketball.

Tulah sebab kami rapat.” Kata Alex. “Ohh, so awak pernah pergi ke villa kami?” tanyaku.

Alex mengeleng-gelengkan kepalanya. “Tak pernah. Samuel pernah mengajak aku ke sana tetapi aku takut untuk ke sana.” Alex berkata.

“Kenapa nak takut? Bukannya mereka nak makan awak!” kataku. “Aku takutlah nak berdepan dengan Datin-datin di sana. Aku takut mereka benci aku. Tak pasal-pasal aku di hina lagi. Yerlah, sesiapa sahaja yang bergelar datin ne mesti sombong tahap nak mampus dan mesti mereka akan pandang rendah dengan orang macam aku ne” Kata Alex. Sebaik sahaja mendengar alasan Alex, aku gelak.

“Asal awak gelak?” tanya Alex sambil berpeluk tubuh.

“Tak semua yang bergelar datin macam tu lah. Auntie-auntie ku bukan macam tu lah yang awak gambarkan. Mereka sebenarnya baik hati, lucu dan penyayang.” Kataku sambil gelak.

“Ish, awak ne!” kata Alex.

“Okay! Okay! Kalau awak tak percaya, hari ne aku bawa awak bermalam di sana. Macamana?” kataku.

“Eee, tak nak aku!” kata Alex.

“Laa, jom ahh.” Ajak ku.

“Baiklah aku pergi. Tapi aku nak awak di sisi ku sahaja okay!” kata Alex.

“Yeahhhh!” aku bersorak lalu memeluk nya.

“Amelia! aku tak suka orang peluk-peluk aku lah!” kata Alex kasar lalu menolak ku. Aku terkejut sebentar lalu aku meminta maaf.

“Maaf!” kataku.

“It’s okay! Yang penting awak jangan lagi peluk aku. Aku tak suka.” Kata Alex. “Baiklahh!”

~~~

Semasa guru Bahasa Melayu tengah mengajar kami, tiba-tiba lonceng berbunyi dan ada satu pengumuman bergema di sekolah kami.

“SEMUA PELAJAR SILA BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN. PENGETUA MENGADAKAN 5 MINIT PERHIMPUNAN! HARAP MAKLUM!”

Sebaik sahaja mendengar pengumuman itu, guru Bahasa Melayu kami berkata “Okay kelas, cikgu nak korang beratur dan berjalan pergi ke tapak perhimpunan!” kata guru Bahasa melayu. Semua pelajar berdiri lalu beratur. Kemudian kami berjalan menuju ke tapak perhimpunan.

Apabila pelajar-pelajar dan guru-guru semua berkumpul, pengetua aka uncle Herman berdiri. Keadaan di situ sangat lah senyap sebaik sahaja uncle Herman berdiri.

“Selamat pagi kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Ada tiga perkara yang pengetua nak korang tahu. Pertama sekali, pengetua minta maaf atas sebab mengadakan perhimpunan 5 minit ini
dengan mendadak. Kedua, pengetua nak korang jaga tingkah laku korang dengan baik. Dan yang ketiga..” kata uncle Herman. Kemudian, uncle Herman melihat ke arah barisan kelas kami.

“Amelia, I know you nervous but ini juga untuk kebaikan awak!” kata Samuel lalu mengusap-usap belakang ku.

“Amelia Richard! Sila tampil ke hadapan!” kata uncle Herman. Aku melihat ke arah Samuel dan Andie.

“Just go.” Kata mereka. Aku berdiri lalu berjalan menuju ke tempat uncle Herman. Semasa aku berjalan, mata memandang ke arah ku dan mereka mula lah dengan gossip mereka.

Aku menundukkan kepalaku sebaik sahaja aku berada di sebelah uncle Herman. “Ini ialah Amelia Richard! Pemgetua nak kalian kenal dia dan layan dia dengan baik. Kalau ada sesiapa sahaja yang cuba untuk menyakiti dia, pengetua tidak akan teragak-agak nak beri kamu hukuman berat. Pengetua buat ini kerana dia adalah anak buah pengetua!” kata uncle Herman.

Seluruh dewan itu mulai riuh akan pengumuman tadi. “Awak boleh turun sekarang!” kata uncle Herman. Kemudian aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat barisan kelas kami.

~~~~

KRINGG!

Jam lonceng pun berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Sebaik sahaja cikgu matematik keluar, pelajar mulai bersurai.

Tidak lama selepas itu, Danny, Fikri, Jojo, John, dan James datang ke kelas kami. “Weik korang!” kataku. Semua mata melihat ke arah ku.

“Hari ne aku nak bawa Alex ke villa. Bermalam kat sana. Boleh kan?” kataku sambil melihat sepupu ku.

“Boleh! Tak ada masalah!” kata Samuel.

“Yeashh!” kata ku. Kemudian, kami semua keluar dari kelas itu. Apabila kami hendak ke pintu utama tiba-tiba aku melihat ramai fangirls sepupuku tunggu di luar.

“Err korang. Korang jalan dulu lah! nanti aku dan Alex menyusul.” Kata ku lalu menarik Alex.

“Kenapa pula?” tanya James sambil melihat kami berdua.

“Tuuu!” kata Alex sambil menujuk ke memuncungkan mulutnya. Mereka semua melihat ke arah pintu utama itu. Sepupuku mengeluh.

“Hehe, jumpa kat kereta Kevin yer! Sayang korang!” kataku kemudian aku menarik lengan Alex.

“Haha, bagaimana lah sepupu aku boleh survive di dalam fangirls mereka apabila mereka keluar nan..” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku tiba-tiba sekumpulan remaja perempuan berlari ke arah ku.

“AMELIA! AMELIA! BETUL KER AWAK ANAK BUAH PENGETUA????”teriak salah satu remaja itu. Alahai ne bukan sekolah ker? Kenapa dah banyak dah ambil bidang wartawan ne? kataku. Alex segera menarik ku berlari menuju ke blok koridor lain.

“Lari cepat!” kata Alex sambil langkah nya terus melangkah laju. Tiba-tiba Alex berhenti diikuti aku. “Kenapa awak berhenti?” kataku. Kemudian aku melihat di mana mata Alex tertumpu.

“Walawei!” kataku sebaik sahaja melihat sekumpulan lagi remaja lain menghampiri kami berdua. Aku segera menekan buah rantai itu. Kemudian kami dikerumuni oleh sekumpulan-sekumpulan pelajar perempuan.

“AMELIAA! TOLONG KIRIM SALAM DENGAN KEVIN.”

“AMELIAA! TOLONG BAGI NE DEKAT JOJO!” Bermacam-macam ayat yang terkeluar dari pelajar itu. Aku memegang lengan Alex.

“Maaf!” kataku apabila melihat muka marah Alex.

Tiba-tiba bodyguardku menolak-nolak kumpulan remaja perempuan itu. Kemudian, bodyguardku memberi kami jalan untuk keluar dari sekolah itu.

Sampai sahaja di luar kawasan sekolah, aku melihat kereta Kevin. Aku segera berlari menuju ke kereta Kevin. Bodyguardku dan Alex mengikuti ku dari belakang. Kevin turun dari kereta tu lalu dia pergi ke tempat ku. Sepupuku membuka tingkap kereta sambil melihat ku.

“Amelia, kenapa tak naik?” tanya Kevin sambil memakai cermin matanya itu.

“Korang balik lah dulu. Aku nak ke rumah kawan aku.” Kataku.

“Siapa kawan awak?” tanya Kevin.

“Alexzandra! Kawan Samuel dan Andie jugak. Boleh kan aku pergi ke rumah kawan aku. Aku nak ajak dia bermalam di rumah nanti!” kataku sambil senyum ke arah Kevin.Kevin berpeluk tubuh sambil melihat ku. Begitu lama dia berfikir. Aku dapat melihat kerisauan Kevin. “It’s okay! Bodyguard aku boleh jaga aku.” Kata ku kemudian aku memegang tangan Kevin.

“Bila masa pulak awak ada bodyguard ne?” tanya Kevin.

“Uncle Herman upah dua bodyguard untuk aku.” Kataku. “Boleh kan aku pergi rumah kawan aku?Sebentar sahaja. Aku janji aku akan balik awal.” Kataku sambil membuat muka comel. Kevin mengeluh berat.

“Yer lah. awak boleh pergi. Tapi, janji awak balik awal!” kata Kevin. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku lalu memeluknya.

“Thanks Kev! Awak lah sepupu the most best!” kataku lalu aku meleraikan pelukkan ku. Kevin senyum lalu dia masuk ke dalam kereta.

“Weik Amelia! Best ker dikerumuni oleh peminat-peminat kitaorang tadi?” kata Jojo sambil menjelir lidah. Aku mengetap bibir ku.

“Elehh, at least aku ada bodyguard sendiri!” kataku lalu aku menjelir lidahku. Sepupuku semua gelak lalu dia melambaikan tangan mereka ke arah ku.

“Ameliaa hati-hati di jalan raya okay!” teriak Fikri.

“Baiklaahh, selamat tinggal!” Apabila kereta Kevin hilang dari pandangan ku, kemudian aku dan Alex berjalan menuju ke perhentian bas. Aku memanggil bodyguardku lalu mereka berlari ke arah ku.

“001 dan 002, tolong bawa kitaorang ke rumah Alex.” Kataku kemudian mereka mengangguk-anggukkan kepala mereka. “Miss tunggu sebentar okay. Kami nak pergi ambil kereta.” Kata 002. “Okay!” kataku kemudian aku melihat bodyguardku berjalan menuju ke kawasan sekolah.

“Alex, sekarang kita pergi ke rumah awak ehh.” Kataku sambil melihat Alex. “Baiklahh!” kata Alex kemudian dia duduk. Cara dia duduk seperti lelaki. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku.

“Amelia! nanti di rumah awak, awak tolong cover aku ehh. Aku takut lah nak jumpa datin sama dato kat sana!” kata Alex. Aku gelak.

“Aihh? Tomboy pun ada rasa takut ker?” tanyaku sambil gelak.

“Ish awak ne. asyik gelak kan aku jer!” kata Alex lalu memukul ku.

“Haha, okay! Okay! Aku akan cover awak!” kataku.

“AKU KATA BAGI DUIT KAU LAH!” teriak seseorang membuatkan kamu berdua melihat ke belakang. Aku melihat ada sekumpulan perempuan membuli budak kecil. Budak itu perempuan.

“Kurang asam tambah asam punya perempuan!” kata Alex sambil berdiri.

“Tak sedar-sedar lagi pula dia ne!” kata Alex sambil berpeluk tubuh. Aku melihat budak kecil itu menangis teresak-esak.

“JANGAN NANGIS LAH BUDAK! MANA DUIT KAU? BAGI AKUU!” teriak perempuan itu. Aku mengetap bibir ku. Adakah patut seorang remaja perempuan membuli seorang budak kecil?Minta duit lagi tu.

“Lex, apa patut kita buat ne?” tanyaku.

“Hmm, biar aku ajar dia!” kata Alex sambil mendengus. Kemudian, Alex segera ke tempat kumpulan perempuan itu. Aku segera mengikuti dia.

“WOI MINAH SEKALIAN!” teriak Alex sambil berdepan dengan kumpulan remaja perempuan itu. Aku segera menarik budak kecil itu.

“Ehh, kak A..lex!” kata perempuan itu sambil menundukkan kepalanya. Kawan-kawannya juga begitu. Aih? Tadi bukan main lagi dia teriak-teriak dengan budak ne.Aku mengangkat budak itu.

“Banyak cantik kau panggil aku kakak! Kalau nak tunjuk lagak bukan dekat budak perempuan la. NO CLASS langsung.” kata Alex sambil menolak kepala perempuan itu.

“Korang semua ne umur berapa?!” kata Alex. Kumpulan perempuan itu masih lagi menundukkan kepala mereka. Takut untuk melihat muka Alex.

“Umur kitaorang 14!” kata perempuan itu terketar-ketar.

“Ohh, baru form 2! Kelas mana?” tanya Alex lagi.

“Kelas 2F!” kata perempuan itu lagi.

“Eh minah sekalian. Korang ne dah beribu-ribu kali korang kena hukum masih lagi buat kesalahan.Korang ne tak reti nak insaf ker?” tanya Alex sambil tu dia menolak-nolak kepala perempuan itu.

“Kami nak mi..ntaa maa.aaf!” kata perempuan itu.

“Ehh, dah banyak kali dah korang memohon maaf tetapi buktinya korang masih lagi buat. Dengan budak pun korang nak minta duit. Memang keluarga korang ne miskin ker? Aku rasa tak. Sebab aku tengok baju-baju korang and barang-barang korang ne berjenama!” kata Alex sambil berpeluk tubuh. Perempuan itu diam.

“Ini last warning! Kalau aku nampak lagi korang buat masalah kat sekolah atau di luar kawasan sekolah, jangan hairan aku perburuk-burukkan korang. Korang ingat aku takut ker dengan muka-muka korang ne?” kata Alex.

“Baiklah kak.. kitaorang janji takkan buli orang lagi.” Kata perempuan itu.

“Jangan janji jer! Buktikan!” kata Alex kemudian dia mendengus. Alex kemudiannya melihat budak kecil itu.

“Sekarang aku nak korang minta maaf dengan dia dan berjanji takkan ganggu dia lagi. kalau korang ganggu jugak, ingat aku kata apa tadi!” kata Alex memberi amaran kepada kumpulan remaja itu. Kumpulan remaja itu kemudiannya meminta maaf dengan budak itu lalu mereka pergi dari situ.

“Akak, terima kasih sebab dah tolong Rina. Rina tak tahu macam mana nak berterima kasih kepada kakak.” Kata Rina sambil senyum.

“Tak ada masalah. Sekarang Rina nak balik ker?” tanya ku sambil senyum ke arah budak kecil ini.

“Yaa. Rumah Rina dekat jer. Turun bukit ne then belok kanan. Rumah Rina warna Biru.” Kata Rina.

“Jom ikut akak! Akak boleh hantarkan Rina balik!” kata ku.

“Tapi ibu kata tak boleh ikut orang yang tidak dikenali.” Kata Rina sambil melihat ku.

“Kan Rina dah kenal kami berdua. Akak Alex sudah tolong Rina dari kumpulan perempuan jahat tu. Rina tak payah risau ehh.” Kata ku.

“Okayy!” kata Rina sambil melompat-lompat. Kami gelak. Sejurus kemudian tu, bodyguardku sampai. 002 kemudiannya keluar dari pintu kereta itu lalu membuka pintu belakang untuk kami bertiga.

“Jom Rina.” Kataku lalu aku memegang tangan Rina. Memimpin mereka berdua masuk ke dalam kereta. Diikuti aku. Kemudian 002 itu menutup pintu untuk ku lalu dia masuk ke dalam kereta.

“001, nanti awak tolong belok ke kanan ya, aku nak hantar budak ne balik!” kataku. “Baiklah Miss!” kata 001 kemudian dia menghantar budak itu ke rumahnya.

“Thanks akak cantik!” kata Rina sebaik sahaja dia turun dari kereta itu. “Byee! Jumpa lagi!” kata Alex kemudian kami pergi dari situ.

“Alex, mana rumah awak?” tanyaku.

“Ohh, Rumah aku di Taman Mawar, Jalan Sentosa!” kata Alex.

“001, sekarang ne kita pergi Taman Mawar, Jalan Sentosa okay!” kataku.

“Okay Miss!”

~~~

Dalam perjalanan pergi ke rumah Alex, tiba-tiba telefon ku bergetar. Aku segera menyambutnya.

“Hello?” kataku memulakan perbicaraan.

“Hello Amelia? awak kat mana sekarang?” tanya Auntie Chelle. Suara nya agak kerisauan.

“Jangan risau auntie. Ada orang-orang uncle Herman temankan! Amelia sekarang pergi rumah kawan.” Kataku.

“Bagus lah kalau macam tu. Lega sikit auntie.” Balas auntie Chelle. Aku gelak.

“Ohya auntie, nanti Amelia bawa kawan Amelia ke villa. Auntie tak kisah kan? Lagipun Samuel dan Andie kenal dengan kawan Amelia.” kataku sambil melihat Alex. Alex sudahpun membesarkan matanya. Aku senyum.

“Bawa lah, lagi meriah rumah ini. Auntie Sherry dan auntie Sarah tak kisah pun kalau Amelia bawa kawan pergi sini. Lebih ramai orang, lebih meriah dibuatnya.” Kata Auntie Chelle.

“Thanks auntie Chelle.” Kataku.

“Welcume sayang. Hati-hati di jalan okay!” kata auntie Chelle lalu dia menutup talian itu.

“See, auntie aku tak marah lahh.” Kataku. Kemudian, kereta itu berhenti di perkarangan rumah Alex. 001 dan 002 segera turun dari kereta itu kemudian mereka berdua membuka pintu untuk kami.

“Thanks!” kataku lalu aku berjalan menuju ke tempat Alex. “Jom la masuk.” Ajak Alex. Aku kemudiannya masuk ke dalam rumah itu.

“IBU! Alex dah balik ne!” teriak Alex sambil membuka kasutnya. Begitu juga dengan aku.

“Ahh Alex!” kata Ibunya sambil berjalan menuju ke tempat anak nya. Alex kemudiannya memeluk ibunya lalu mencium ke dua-dua pipi ibunya.

“Ibu, ne Amelia kawan Alex. Amelia ne ibu aku!” Alex memperkenalkan aku kepada ibunya. Aku kemudiannya pergi ke arah ibunya kemudian memeluknya.

“Hai auntie!” kataku

“Hai juga.” Senyum ibunya.

“Urm, auntie. Boleh tak Amelia meminta izin untuk bawa Alex bermalam di rumah saya?” tanyaku meminta izin. “Boleh pergi lah.” kata Ibu Alex.

“Terima kasih Ibu.” Kata Alex kemudian dia pergi ke atas.

“Erm, Amelia. jemput duduk. Auntie nak pergi buat air dulu.” Kata ibu Alex. “Erm auntie tak payah lah. lagipun kami di sini sebentar sahaja!” senyum ku. Kemudian ibu Alex duduk berhadapan dengan aku. “Syukur lah Alex sudah mempunyai kawan perempuan. Setiap hari mesti dia akan bawa kawan lelaki lepak kat sini.” Kata ibu Alex sambil gelak.

“Memang Alex tak ada kawan perempuan ker auntie?” tanyaku

“Tak ada. Alex suka lagi berkawan dengan lelaki berbanding dengan perempuan. Tu lah sebab gaya dia kasar dan berwatakan tomboy!” kata ibunya.

“Ohhh!” kataku.

“Amelia, aku dah siap! Jom ahh!” kata Alex sambil membawa beg pakaiannya.

“Ibu, Alex pergi dulu ya! Selamat tinggal!” kata Alex lalu memeluk ibunya.

“Auntie, kami minta diri dulu. Selamat tinggal!” kataku.

“Selamt tinggal jugak. Hati-hati di jalan!” kata ibu Alex. Kami berdua kemudiannya berjalan menuju ke kereta. 001 dan 002 membuka pintu untuk kami dan kami semua masuk ke dalam kereta.

“Sekarang kita balik!” kataku.

“Baiklah Miss!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience