Bab 3

Humor Completed 21602

?Bab 3

AMELIA POV

Aku cuba untuk bangun tetapi malangnya, aku tak dapat bangun. “Ergh!” degus hatiku. Aku dapat merasakan kepanasan di tubuh ku. Aku lemah untuk bangun. Seperti ada batu sahaja di kepalaku. Aku kemudiannya melihat ke arah jam di dinding bilik itu. Jam menunjukkan 9.00 pagi.

Aku kemudiannya cuba untuk tidur kembali tetapi malangnya ada bunyi ketukan yang membuatkan diriku tidak jadi tidur. Pintu itu kemudiannya terbuka. Aku melihat siapa yang masuk.

“Hey!” kata Kevin lalu mengambil kerusi yang ada di sebelah almari itu. Aku senyum. Kevin kemudiannya duduk di kerusi itu sambil memegang dahi ku.

“Oh My Gosh! Kita pergi kilinik ye!” kata Kevin sambil melihat ku. Aku senyum lalu berkata “I’m fine! Aku tak nak pergi klinik. Klinik menakutkan! Apatah lagi hospital.” kataku.

“But, Amelia..” kata kevin terhenti setelah aku memotong ayatnya. “I’m fine. Don’t worry about me!” kata ku. Walaupun aku malas nak bercakap tetapi aku tetap jugak nak bercakap. Kevin mengeluh.

“Okay, aku akan jaga awak sampai awak sembuh kay!” kata Kevin lalu senyum. Aku menganggukkan kepalaku.

“Kayla, you should rest. Berehatla aku disini jaga awak!” kata Kevin.

“Awak tak pergi kerja ker?” tanya ku.

“Ermm, memandangkan awak sakit, so aku tak pergi kerja la.” Kata Kevin dengan selamba.

“Kalau bos awak marah awak macamana?” tanya ku lagi. Dia ne gila ker tak pergi kerja. Sesuka hati jer!

“Bos aku tak marah aku la, lagipun bos aku tu ayahku. Buat apa dia nak marah aku.” Kata Kevin lalu senyum.

“Ohh.” Kataku. Nasib baik ayah dia yang bos, kalau tak dah di pecat dah dia gara-gara aku.

“Awak sepatutnya dah tidur ne! tidur la dahulu.” Katanya.

“Emm, yelah.” Kataku lalu aku perlahan-lahan menutup mataku. Fuhh, sakitnya kepalaku.

KEVIN POV

Sebaik sahaja Amelia tidur, aku kemudiannya mendail nombor ayahku. “Ayah! Hari ni aku tak pergi kerja sebab aku nak jaga Amelia. Dia kan sakit so, aku jaga la dia.” Kataku.

“Emm, yela. Jaga dia baik-baik yer” kata ayahku. Terbaikla ayahku ne!

“Okay ayah, dan ayah kalau ada meeting, tolong cancel kan ehh” kata ku lagi.

“Okay Kevin! Bye!” kata ayah ku sebelum mematikan perbualan kami.

Aku kemudiannya melihat Amelia yang sedang tidur. Kesian dia. Aku kemudiannya berdiri menuju ke pintu keluar untuk mengambil tuala kecil. Apabila aku keluar, aku terserempak dengan orang gaji
kitaorang.

“Err bik, tolong ambilkan tuala kecil untuk Amelia. Dia demam. Nanti awak hantarkan ye!” arahku. Orang gaji itu segera mengambil tuala kecil dan mangkuk untuk Amelia. Orang gaji itu kemudiannya membawa tuala dan mangkuk itu ke bilik Amelia.

“Err ne dia!” katanya sambil memberi tuala dan mangkuk yang berisi air suam.

“Terima kasih!” kataku sambil senyum. Orang gaji itu senyum balik lalu segera keluar dari bilik itu. Aku kemudiannya membasahkan tuala itu dengan air yang suam. Kemudiannya memerah tuala itu. Setelah itu aku, melipat tuala itu lalu meletakkan di dahi Amelia supaya panas di badannya surut. Aku kemudiannya mengambil handphone ku lalu aku main permainan yang aku suka. Beberapa minit
kemudian, aku merasakan kepalaku sangat berat untuk mengangkatnya. Aku kemudiannya, meletakkan handphone ku di meja kecil lalu membaringkan kepalaku di katil Amelia. Aku juga tertidur.

~~~~

ANDIE POV

Aku dah tak sabar dah nak balik ke rumah. Oh masa, tolong la cepat aku nak berjumpa dengan Amelia. Dahla Anty Mia kata Amelia demam panas. Tadi pagi aku nak sahaja ponteng sekolah semata-mata nak jaga Amelia, tetapi hari ini ada ujian. Terpaksa la aku pergi ke sekolah. Ergh! Cepatla, cepatla. Kataku sambil melihat jam itu. Lagi tiga minit lagi sebelum lonceng berbunyi.

Tiba-tiba, lonceng berbunyi menandakan sesi persekolahan hari ini tamat. Belum sempat kelas aku berdiri untuk mengucapkan terima kasih kepada guru Sejarah ku, aku segera berdiri dan keluar dari
situ. Kawan kelas aku melihat ku dengan pelik. Sampai sahaja di pondok sekolah, aku menunggu sepupuku yang lain.

“Cepatlah korang!” kataku. Beberapa minit kemudian, aku melihat sepupu ku yang lain dah sampai ke pondok itu.

“Mana Kevin?” tanya ku.

“Kevin tak dapat ambil kitaorang tadi dia sms aku. Dia kata dia nak jaga Amelia. Sebab Amelia sakit, so maksudnya, kitaorang kena jalan kaki.” Kata Samuel. Aku tanpa berlengah terus sahaja berjalan ke arah pagar sekolah. Jalan kaki pun jalan kaki lah. Asal aku segera sampai ke rumah. Sepupu ku terus sahaja megikut ku dari arah belakang.

“Weik, kenapa awak nampak macam tergesa-gesa jer ne?” tanya Fikri kepadaku.

“Aku risau dengan keadaan Amelia sekarang ne!” kataku.

“Amelia masih sakit ker?” tanya Fikri.

“Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, tadi pagi sebelum ke sekolah, Anty Mia ada cakap kalau si Amelia demam panas. Tulah aku tergesa-gesa nak balik ne!” kataku lagi.

“Demam panas? Mereka tak bawa Amelia pergi klinik ker?” tanya Samuel.

“Mana lah aku tahu. Yang penting sekarang ne aku nak segera balik. Aku nak lihat Amelia.” Kata ku. Risau aku. Mereka diam.

Sampai sahaja di rumah, aku terus berlari menuju ke bilik Amelia. Aku melihat Kevin tengah memerah tuala itu. Aku masuk ke dalam bilik Amelia lalu mendekati Kevin. “Amelia okay ker?” tanya ku.

“Dia dah okay, cuma di perlukan rehat yang banyak.” Kata Kevin lalu meletakkan tuala yang diperah olehnya tadi di dahi Amelia.

AMELIA POV

Aku merasakan ada sesuatu di dahiku. Aku terjaga dari tidur ku tetapi aku tidak membuka matakku sebab ada sesuatu yang aku dengar. “Hmmp, kesian Amelia.” Kata seseorang. Aku mengecam suara itu. Suara itu ialah suara Andie.

“Ye, awak pergi la mandi dulu, baru awak pergi ke sini. Sah-sah nanti Amelia terjaga sebab ada sesuatu yang bau kat sini” kata Kevin.

“Ermm, yela. Jangan tinggalkan Amelia tau!” kata Andie lalu keluar dari situ.

“Buat apa aku nak tinggalkan dia sedangkan aku dah janji dengan dia bahawa aku akan jaga dia. Haih Andie, Andie!” kata Kevin lagi. Baiknya sepupuku ini. Beberapa minit kemudian, sepupuku yang lain masuk ke dalam bilik ku.

“Amelia okay tak?” tanya Fikri.

“Dia okay. Emm, tapi dia belum bangun lagi.” Kata Kevin. Aku bercadang untuk bangun nanti. Aku nak curi-curi dengar perbualan mereka. Mana tahu la mereka ne sebenarnya jahat dengan ku.

“Err, besok Amelia dah boleh masuk dah ke sekolah, jadi korang kenalah jaga dia baik-baik tau.” Kata Kevin.

“Especially, Geng Frozen dan Geng Spicy. Mereka tu suka buli budak baru.” Sambung Kevin lagi.

“Haha, tak payah risau lah, kitaorang kan popular dekat sekolah dan di luar sana. Mereka tak akan berani nak kacau dengan Amelia tu.” Kata John.

“Jangan nak over sangat, tak pasal-pasal nanti Geng Spicy tu kacau Amelia. Geng Frozen tu pikat dengan Amelia.” Kata Kevin lagi.

“Okok, kitaorang akan jaga dia dan lindungi dia.” Kata Samuel. “Bagus la kalau macam tu.” Kata Kevin lagi. Hmm, Geng Frozen ne lelaki ehh? Geng Spicy perempuan? Mereka ne jahat ker? Atau suka buli budak baru. Aduhh, dahlah aku ne tak biasa dengan remaja-remaja di sini. Fuhh, Amelia awak kena berani.

Setelah itu baru la aku membuka mataku. “Ehh, Amelia.” Kata Kevin sambil senyum dengan aku. Aku cuba untuk bangun, Kevin segera membantu ku duduk. “Err, guys. Siapa Geng Frozen dan Geng Spicy tu?” tanya ku. Aku nak tahu.

“Awak terdengar perbualan kami ker?” tanya Fikri. “Tak semuanya. Aku cuma mendengar Geng Frozen dan Geng Spicy sahaja.” Kata ku sambil mengemas-gemas rambutku.

“Err, mereka ne Geng-geng yang cukup terkenal dengan kes buli di sekolah. Kalau ada budak baru kat sekolah tu, tidak sampai tiga hari, budak beru tu melaporkan ke guru disiplin. Ada yang teruk sekali budak baru tu keluar dari sekolah tu.” Terang Danny.

“So, kalau aku masuk kat sekolah tu, mereka akan buli aku lah?” tanya ku. Aku cuma nak tahu kalau sama ada aku kena buli atau tak.

“Ya.” Kata mereka berlima serentak. Memandangkan si Andie pergi membersihkan badannya.

“Tapi, jangan risau. Kitaorang ada dan akan sentiasa berada di sisi awak dan sentiasa akan lindungi awak.” Kata Samuel. Aku senyum. “Hmmp, bagus jugak. Tapi takkan lah aku pergi tandas korang nak awasi jugak?” tanya ku.

“Haih, itu tak la. Kitaorang akan tunggu awak kat luar.” Kata Samuel lagi. Aku gelak.

“Hellooo!” kata Andie sambil masuk ke dalam bilikku.

“Hai!” kata ku. Andie kemudiannya duduk di sebelah ku sambil memegang dahiku.

“Dah sembuh dah?” tanya Andie.

“Ok sikit.” Kata ku.

“Err, korang. Bila aku boleh masuk ke sekolah?” tanya ku.

“Besok awak boleh masuk dah!” kata Danny. Akhirnya, besok ialah hari pertama ku masuk ke sekolah, setelah beberapa tahun tak pergi ke sekolah.

“Err, Amelia. Nak pergi jalan-jalan ke taman ker?” tanya Andie.

“Boleh jugak!” kata aku sambil tersenyum. Walaupun aku merasakan tubuh ku masih lagi demam, tetapi aku menghiraukannya sahaja. Aku tak nak memanjakan sakitku.

“Ok jom, siapa nak ikut?” tanya Andie sambil melihat sepupuku yang lain.

“Kitaorang la!” kata Samuel.

“Tapi, kalau sampai sana, awak jangan bergaul dengan orang yang tidak dikenali apatah lagi lelaki.” Danny memberi amaran kepadaku. “err, ok.” Kata ku lagi.

“Ok, so jom! Apa tunggu lagi!” kata Andie exicted. Aku melihat Kevin.

“Awak nak join ker?” tanya ku. Kevin mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Yeahh!” kataku lalu menarik tangannya.

“Jom!” kataku. Apabila kitaorang turun, kitaorang terserempak dengan parents kitaorang.

“Ehh, Lia. Dah sembuh dah?” tanya mamaku.

“Dah, mama boleh aku ikut diorang pergi taman?” aku meminta izin kepada mamaku.

“Boleh sayang, tapi kena bagitahu dengan ayah dulu!” kata mamaku. Aku kemudian mencari kelibat ayahku.

“DAD!” teriak ku sambil berjalan ke arahnya.

“Yes Honey?” tanya ayahku.

“Boleh aku pergi taman dengan diorang Kevin?” tanya ku.

“Boleh!” kata ayahku. Aku senyum lalu memeluk ayahku.

“Thanks!” kataku.

“Balik sebelum jam 5 petang yer!” teriak anty Sarah. Aku kemudiannya berlari anak mengejar jejak sepupuku.

“So, Amelia. Awak pandai main basketball tak?” tanya Kevin. Hoho, kalau bab basketball ne aku pandai. Masa di America dulu, aku selalu melihat jiran-jiranku bermain basketball kat luar rumah. Kalau masa lapang, ayahku ajarkan aku bermain basketball. Dari sana la aku suka main basketball.

“Pandai!” kataku.

“Okay, hari ne, kita akan main basketball!” kata Kevin. Kami sampai di taman itu. Aku melihat ramai remaja-remaja yang lepak di sana.

“Sup guys!” kata seseorang lelaki yang berbaju jersey merah menghampiri sepupuku.

“Yo.” Kata John dan Andie. Lelaki itu melihat ku lalu senyum. Aku senyum balik.

“Siapa perempuan ne?” tanya lelaki itu.

“Sepupu kitaorang. Jangan berani nak pikat dia. Tumbuk kang!” kata Samuel memberi amaran kepada lelaki itu.

“Laa, tak boleh ker?” tanya lelaki itu lagi.

“TAK BOLEH!” kata sepupuku serentak. Aku gelak lalu mengeleng-gelengkan kepala ku. Lelaki itu mengeluh.

“Kalau cam tu, siapa nama dia? Kalau nama pun aku tak boleh tahu, pergh memang la korang ne!” kata lelaki itu lagi.

“Nama aku Amelia Richard.” Kataku. Aku tahu sepupuku takkan bagitahu punya. Takut nanti kena mengurat. Eleh, nama pun tak boleh bagitahu ker? Aduii.

“Nama ku James.” Kata James memperkenalkan dirinya. Dia kemudiannya menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku kemudiannya menyambut hulurannya dengan ramah.

“Nice to know you, James” kata ku lagi.

Kevin berdehem “Kalau nak bersalam pun janganla lama sangat” Kevin kata sambil berpeluk tubuh.

“Eleh, kacau daun betul la” kata James lalu menjeling ke arah Kevin. “Haha, dah, jom kitaorang men basketball! Dah tak sabar dah ne!” kata Andie.

“Jom!” kata Kevin lalu menarik lengan ku. Sampai sahaja di gelanggang basketball, aku mencari tempat duduk. Aku kemudiannya nampak tempat duduk untuk aku duduk. Sepupuku segera mengambil bola basketball itu. Mereka kemudiannya membahagikan Team A dan Team B.

Team A ialah team Kevin, Andie, Danny dan John. Team B ialah Samuel, Jojo, Fikri dan James. Aku cuma menjadi pemain simpanan. Sepupuku kemudiannya membuka baju mereka. Aku terskema melihat badan-badan sasa mereka. “Woii!” kata Danny sambil melambai-lambai tangannya ke arah muka ku.

“Haha, jatuh cinta dengan badan kitaorang ker?” tanya Kevin sambil menunjukkan badannya yang tegap itu. Eleh, nak tunjuk-tunjuk lah tu. Aku menjeling ke arah mereka semua. Mereka ketawa sambil berjalan ke arah gelanggang basketball itu. Tidak lama kemudian tu, ramai remaja perempuan di situ. Nak lihat sepupuku la tu. Kataku dalam hati. Aku kemudiannya melihat sepupuku main.

Gerak-gerak mereka dapat ku tangkap. Aku melihat Jojo membawa bola itu ke tempat goal, dia kemudiannya melompat tinggi-tinggi supaya dapat menjaringkan bola itu. Fuhh, terror jugak sepupuku ini.

Beberapa minit kemudian, aku merasakan kepala ku pening. Dah mula dah pening ku ne. Alaaa, tolong la jangan la buat hal kat sini. Aku mengelengkan kepalaku. Tolong la, janganla pening kat sini. Aku kemudiannya melihat sepupuku dengan pandangan yang blur.

“Kev..Kev..” aku memanggil nama Kevin tetapi dengan nada perlahan. Aku berdiri sambil memegang dahiku. Sakit sangat kepalaku. Apabila aku berdiri, aku merasakan dunia ini seperti bergoyang atau aku yang bergoyang?

“Kevin!” panggil aku. Setelah itu, aku tidak dapat mengimbangkan badan ku lalu aku jatuh. “Ameliaa!” itu sahaja yang aku boleh dengar sebelum aku pengsan.

KEVIN POV

Aku mengambil kesempatan untuk merebut bola itu dari Fikri. Apabila aku dapat sahaja boleh itu, aku segera berlari lalu menjaring bola itu. “Yeahh!” aku teriak. Tiba-tiba, Amelia memanggil nama ku. Aku segera menoleh untuk melihat Amelia. Amelia jatuh, aku kemudiannya memanggil namanya.

“Ameliaa!” teriak ku lalu berlari segera ke tempatnya. “Amelia, Amelia!” aku mengoyang-goyangkan badannya. Sepupuku yang lain segera berlari ke arah ku dan Amelia.

“Wei, korang. Telefon ambulans!” kata ku panik. Samuel segera mendail nombor ambulans. Aku mengangkat Amelia seperti bridal style.

“Kenapa dengan Amelia?” tanya James. Aku tahu dia juga terkejut. “Semalam dia demam panas, tadi pagi pun dia demam. Tapi tadi, aku nampak dia okay jer. Entah kenapa tetiba dia pengsan.” Kata ku sambil melihat Amelia.

“Aduii, korang ne. Kalau orang yang demam panas, bukan sehari tau dia kena sembuh. Aku rasa, Amelia ne masih lagi sakit cuma dia tak mahu bagitahu korang.” Terang James. Aku mengeluh sambil menunggu ambulans datang. Sepupuku yang lain sudah memakai baju. Tinggal aku lagi belum memakai baju.

“Meh sini aku dukung dia, awak pakai baju awak dulu.” Kata Andie sambil menghulurkan tangannya. Aku menganggukkan kepalaku lalu memberi Amelia kepada Andie.

“Biar aku, Andie dan James ikut ambulans nanti. Korang yang lain pergi bagitahu parents kita. Okay” kata ku sambil mengemaskan baju ku.

“Okay.” Kata mereka yang lain. Tiba-tiba ada bunyi siren ambulans. Aku segera melambai-lambaikan tangan ku ke udara supaya ambulans itu nampak. Sebaik sahaja kereta ambulans itu berhenti, dua orang dari ambulans itu segera berlari ke arah kami. Mereka menyuruh kami bertiga naik ke dalam kereta.

Andie membaringkan Amelia di katil yang disediakan. Aku melihat sepupuku yang lain sudah berlari balik ke rumah. Aku melihat Amelia, kenapa awak tak bagitahu yang awak masih sakit? Aduii. Aku mengeluh.

“She will be okay!” kata James sambil memukul bahuku. Aku melihat James seperti dia mengambil berat dekat Amelia. Dari taman sampai la sekarang, dia melihat sahaja keadaan Amelia. Baik la, kitaorang akan uji kau, kalau betul la tekaan aku yang awak minat sangat dekat Amelia, kitaorang akan bagi peluang.

Tiba-tiba, kereta ambulans berhenti. Aku segera melihat keluar, ohh dah sampai dahh. Kataku. Kemudian, seorang lelaki membuka pintu untuk kitaorang. Kami bertiga segera turun dari kereta ambulans itu lalu menunggu Amelia diturunkan. Apabila Amelia diturunkan, lelaki yang bertugas itu segera menolak katil di mana Amelia baring ke dalam pintu masuk. Kami bertiga segera mengikut lari belakang.

Sampai sahaja di bilik pemeriksaan, kitaorang tunggu di luar. Aku mengeluh. 20 minit kemudian, doktor keluar dari bilik pemeriksaan. Kami bertiga segera berdiri melihat doktor itu menuggu jawapan
dari mulutnya.

“Amelia ditahan di hospital ini, kerana dia perlukan rehat yang secukupnya. Kami menjangkakan, Amelia tidak bangun 3 hari. Dia koma. Kalian usah risau, dia tidak apa-apa. Dia cuma perlukan rehat yang secukupnya.” Kata doktor itu.

WHAT? KOMA? 3 HARI? Oh my gosh. Aku mengeluh. Aku tahu Andie dan James juga begitu. Mereka terkejut.

“Aku cuma nak berjumpa dengan parents Amelia” kata doktor itu sebelum dia masuk ke bilik pemeriksa.

“Kevin! Mana Amelia?” tanya anty Mia sebaik sahaja dia sampai di tempat kami. Aku senyum.

“Dia di dalam bilik pemeriksa. She okay. Err, anty. Doktor kata dia nak jumpa dengan anty dan uncle.” Kata aku. Anty Mia dan Uncle Richard segera berjalan memasuki pintu tersebut.

“Amelia okay ker?” tanya John sambil melihat ku. “Dia okay. Cuma dia kena tahan di hospital ne selama 3 hari. Sebab dia sekarang ne koma.” Kata ku. “WHAT?” kata sepupuku yang lain.

“Ish korang ne. senyap sikit boleh tak?” marah Anty Sarah. Sepupuku tersengih-sengih. Tidak lama kemudian tu, parents Amelia keluar. Anty Mia dan Uncle Benny duduk sambil mereka mengeluh.

“Macamana kitaorang nak bagiutahu Amellia yang kita akan bertolak esok?” tanya anty Mia kepada Uncle Benny.

“I don’t know!” kata Uncle Benny lalu dia mengeluh lagi.

“Uncle, anty. Kenapa tidak tunda sahaja flight kamu?” tanya Andie.

“Boleh tunda, tapi disebabkan restoran uncle ada masalah, uncle kena balik besok juga. Lagipun, dah bertimbun-timbun dah kerja anty kamu.” Kata uncle Benny. “Ahh, tiapa la. Kitaorang akan gitahu Amelia bila dia sedar nanti.” Kata Anty Sarah.

“Tapi, aku takut kalau Amelia akan marah dengan kitaorang. Kitaorang pergi tanpa pengetahuannya.” Anty Mia melihat kitaorang. Tiba-tiba, ada seorang jururawat datang ke arah kami.

“Boleh saya tanya, siapa ibu bapa Amelia?” tanya jururawat itu ramah.

“Kami.” Kata Uncle Benny. “Okay, sekarang anda boleh lawat Amelia. Di bilik 708” kata Jururawat itu. Dia kemudiannya meminta diri lalu dia berjalan menuju ke kaunter.

“Ok semua, jom.” Kata Anty Mia. Aku segera berdiri begitu juga dengan sepupuku yang lain. Kami semua berjalan menuju ke bilik yang di berikan oleh jururawat itu tadi. Sesampai sahaja di bilik 708 itu, Anty Mia segera memulas tombol pintu itu lalu dia segera berlari mendapatkan Amelia. Aku dan sepupuku mengikut mereka dari belakang. Aku kemudiannya melihat Amelia yang tenang sahaja tidur.

“Amelia, I’m so sorry, honey!” kata Anty Mia sambil dia menangis teresak-esak. Anty Sarah segera mengusap-usap belakang anty Mia. “Amelia, mama dan ayah besok kena balik ke America. Lia, maafkan mama dan ayah kay sebab Amelia tengah koma dan kami tinggalkan Amelia sendirian. I love you honey!” kata anty Mia lalu mencium dahi Amelia. Beberapa jam kemudian, parents kami semua hendak balik, begitu juga dengan anty Mia dan Uncle Benny. Mereka berdua nak balik untuk mengemas barang-barang mereka. Belum sahaja mereka nak balik, tetiba doktor dan jururawat masuk ke bilik khas untuk Amelia. Ya, bilik 708 ialah bilik VIP. Uncle Benny menyuruh doktor itu menempatkan Amelia di bilik itu, supaya Amelia tenang sahaja berehat.

“Err, maaf. Masa lawat sudah pun habis.” Kata doktor itu sambil senyum ramah.

“Siapa yang akan jaga Amelia?” tanya ku kepada mereka semua.

“Err, doktor, berapa orang yang boleh menemani Amelia di sini?” tanya uncle Benny.

“Cuma 2 orang sahaja.” Kata doktor itu lagi. “Baiklah, disebabkan kauorang berenam pergi sekolah besok, kauorang kena balik. Kevin dan..” belum habis ayat ayahku, James mencelah. “Saya!” kata James sambil mengangkat tangannya. Sepupuku yang lain melihat James dengan mata yang tajam. Begitu juga dengan aku. Apa lagi rancangan ne budak ne?

“Ok, Kevin dan James, korang berdua jaga Amelia.” Kata ayahku. Aku menganggukkan kepalaku. Mereka semua kemudiannya, keluar dari bilik itu. Jadi tinggal la aku, Amelia dan James di situ.

SAMUEL POV

Semasa dalam perjalanan pulang, aku melihat ayahku, Herman. Dia tengah berfikir sesuatu.

“Ayah, besok macamana dengan persekolahan Amelia?” tanya ku. Ayah ku mengeluh.

“Entahlah, nanti besok ayah akan datang ke sekolah untuk memberitahu tentang Amelia.” Kata ayahku.

“Dan satu lagi, memandangkan kamu, Andie dan Amelia satu umur, ayah akan satukan kamu dalam satu kelas.” Sambung ayahku lagi. Aku senyum. Yeshh! Aku, Andie dan Amelia satu kelas. Yahoo!

“Aihh, gembira nampak!” kata ayahku lagi. “Ye la ayah. Boleh lah kami lindungi Amelia daripada di buli oleh geng-geng nakal tu.” kata ku jujur. “Kalau geng-geng nakal tu buli Amelia atau kamu yang lain, ayah akan kena kan denda yang setimpal.” Ayah ku berkata. Aku senyum jahat. Keadaan di kereta kembali sunyi sehinggala sampai di villa.

Dah tak sabar aku nak bagitahu Andie pasal hal ne. Sesampai sahaja di villa itu, aku terus membuka pintu itu lalu berlari mendapatkan Andie. “Andie, Andie! Berita baik!” kata ku. Andie menoleh ke
belakang. Begitu juga dengan Danny dan si kembar.

“Berita baik apa?” tanya Andie yang sedikit tidak sabar untuk mengetahui berita baik itu.

“Ayahku kata, kitaorang berdua satu kelas dengan Amelia.” Kata ku sambil senyum. Andie mula terkejut.

“Seriously?” kata Andie. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku sambil berpeluk tubuh.

“Yahoo!” kata Andie melompat kegembiraan. Danny dan si kembar itu mengeluh.

“Bagus la korang dapat satu kelas dengan Amelia.” Kata John.

“Ha’ah, kalau kamu dah satu kelas dengan dia, jaga dia tau!” kata Jojo lagi. “Alahai korang ne! ne kitaorang la.” Kata Andie sambil menunjukkan aku dan dia. Danny dan si kembar itu menjeling.

“Boys, buat apa lagi tu? Dah, dah, dah. pergi masuk tidur. Karang terlambat bangun lagi.” Kata anty Sherry.

“Ye mama!” serentak si kembar itu berkata. Aku dengan hati yang gembira masuk tidur dengan bibir terukir senyuman. Tak sabar aku. Kata Samuel sebelum dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience