Bab 17

Humor Completed 21602

KEVIN POV

Sungguh panas hati ku sekarang. Berani sungguh si Jane tu menyakitkan Amelia. Aku dan sepupuku segera turun dari kereta apabila kami tiba di apartmen milik Jane. Jane tidak tinggal di rumah ibubapanya. Jane tinggal bersendirian.

“JANE! KAU KELUAR SEKARANG!” teriak ku.

“Kev, jangan jeritlah.” Kata Danny.

“Apa aku peduli sekarang!” kataku.

Tiba-tiba Jane keluar sambil melihatku.

“Ehh? Kenapa korang pergi sini?” katanya gedik. Aku pergi ke arahnya lalu berkata “Kau! Betina tak guna!” kataku.

Terkejut Jane apabila aku kata begitu.

“Ke..ke..napa aw…akk cakap macam tu?” terketar-ketar bibir Jane.

Aku menunding jari tetap di matanya.

“Berani sungguh kau sakitkan Amelia!” kataku.

Jane kemudiannya gelak sambil berpeluk tubuh.

“Ohh, jadi pasal tu korang pergi sini. Sampai kata aku ne betina yang tak guna? Haha. Siapa suruh dia ambil James dari aku.” kata Jane sambil menjeling.

“Ehh, kau fikir James nak sangat ker kau?! Perangai dah lah busuk. Apatah lagi, kau dah sakitkan girlfriend dia!” dengus Danny.

“Haha. Ada aku kesah?! Aku akan sedaya upaya menghancurkan cinta mereka! James akan menjadi milik saya!” kata Jane.

“Kami tak akan biarkan kau hancurkan Amelia dan James!” kataku sambil melihatnya. Nak sangat aku tumbuk dia, tetapi dia ne perempuan.

“Aku berjanj, aku akan buat James jatuh hati dengan aku! Dan aku akan hancurkan Amelia!” kata Jane lalu dia masuk ke dalam rumahnya.

Aku mendengus.

“Kita tak boleh biarkan hal ini terjadi!” kataku.

“Dahla! Jom balik~” ajak Fikri.

~~

AMELIA POV

Setelah doktor itu keluar dari bilik ku, James dan Sweet masuk ke dalam bilik ku. “Kakak!” kata Sweet lalu dia pergi ke arah ku.

“Kakak masih sakit ker?” tanya Sweet sambil memegang pipiku.

“Masih, tapi besok kakak akan sembuh.” Kata ku sambil mengusap rambut Sweet.

“Kakak, rehat yang banyak yer!” kata Sweet sambil senyum.

“Okay cutiepie!” balasku.

“Sweet, ne kakak Kayla. Dia kawan kakak!” aku memperkenal kan Kayla pada Sweet. Sweet melihat Kayla.

“Hai kakak Kayla!” kata Sweet.

“Sweet, jom kita turun! Kakak Amelia perlu berehat!” kata Kayla sambil mengajak Sweet.

“Okay!” kata Sweet lalu dia mencium pipiku.

“Bye kakak!” lambai Sweet.

Apabila Sweet dan Kayla keluar dari situ, James bersuara.

“Awak taknak pergi mandi ker?” kata James.

“Ohh, lupa pula!” kataku lalu aku perlahan-lahan berdiri. Sakit di perut masih lagi boleh aku rasa.

James segera menolongku berdiri.

Aku mencapai tuala ku lalu aku masuk ke dalam bilik mandi. Apabila aku membuka baju ku terdapat kesan biru di perutku. Aku mengalirkan air mataku.

Kenapa lah nasib ku boleh macam ne? aku segera mengesat air mataku lalu aku pergi bersihkan badanku.

“Ouch!” kataku. Kemudian aku melihat lutut ku. Sudah beku darah di lutut ku.

Aku segera bersihkannya lalu aku segera mandi.

~~

Selesai sahaja aku memakai pakaianku aku keluar dari bilik mandi. James tengah bermain dengan smartphone ku. Aku mengantungkan tualaku lalu aku berjalan menuju ke tempat James.

Aku kemudiannya duduk di sebelahnya.

“James!” panggil ku. James melihat ku lalu dia meletakkan smartphoneku di meja.

“Yer?” katanya.

“James, awak temankan aku berehat yer!” kataku sambil memegang tangannya.

“Sure dear!” katanya. Aku kemudiannya baring di pahanya sambil memegang tangannya.

“James, awak jangan pernah tinggalkan saya yer!” kataku.

“Aku takkan pernah tinggalkan awak lah Amelia. kenapa ne?” tanya James sambil melihatku.

“I don’t know! Saya cuma tak nak berpisah dengan awak!” kataku.

“I will never break your heart okay. Dah lah, awak berehat yer!” kata James sambil mengusap-usap rambutku.

Aku menutup mataku.

“I love you James!” kataku lalu aku dibuai mimpi.

JAMES POV

Apabila Amelia sudahpun dibuai mimpi, aku senyum. “Aku tak akan pernah tinggalkan awak Amelia Richard.” Kataku.

Apa yang buat aku gembira ialah, apabila aku bersama dia. Setiap saat aku pasti akan merinduinya. Aku takkan pernah sakitkan hatinya.

Aku melihat sahaja muka Amelia yang sedang di buai mimpi. aku memegang tangannya.

“Love you too Amelia!” kataku lalu aku mencium tangannya. Kemudian aku menarik selimut untuk menyelimuti tubuh Amelia.

Beberapa minit kemudian, ada orang mengetuk pintu. Kemudian Kevin masuk ke dalam.

“Hye!” katanya.

Aku senyum. Kevin kemudiannya mengambil kerusi lalu dia duduk di sebelah ku.

“Err, James!”

“Ya?” kataku sambil melihat Kevin.

“Sebenarnya, Amelia ditendang oleh Jane gara-gara Jane suka pada awak!” kata Kevin.

“What?” agak terkejut aku. Jane? Suka pada aku?

“Dia akan buatkan awak jatuh hati padanya. Dan akan menghancurkan Amelia!” kata Kevin lagi.

“No! No! aku takkan biarkan sesiapa sentuh Amelia!” kataku. Can you believe that? Jane nak hancurkan Amelia? It will never happened!

“Sekarang, aku nak awak jaga dan lindungi Amelia! kalau betul awak suka Amelia, tolong, jaga dia dengan baik. Bahagiakan dia!” kata Kevin sambil memegang bahu ku.

“I will. Aku janji akan bahagiakan Amelia.” kataku sambil senyum.

“Awak kenalkan Tom?” tanya Kevin.

“Kenal!” kataku.

“Jane adalah anak kepada Tom.” Kata Kevin.

“What?” terkejut aku. Tom ada anak? Iaitu Jane?

“Yaa, saya ada ternampak gambarnya.” Kata Kevin lagi.

Aku mengeluh sambil melihat Amelia yang tengah tidur.

~~

AMELIA POV

Aku membuka mataku. Aku melihat ke atas. James tengah asyik bermain smartphoneku. Tiba-tiba James melihatku.

“Hai!” katanya sambil senyum.

Aku bangun lalu mengeliat. “Dah jam berapa sekarang?” tanyaku.

“6.45 petang!” kata James.

“Ohh~” kataku.

“Amelia, boleh aku tanya sesuatu ker??” tanya James.

“Sure, apa dia?”

“Kenapa Jane tendang awak hari ne?” tanya James. Aku diam.

“Why?” tanyanya lagi.

“Err,~” aduh, apa aku nak cakap ne?

“Tell me!” kata James lagi.

“Sebab, Jane ada hati dengan awak!” kataku lalu aku menundukkan kepalaku.

James mendekatiku lalu dia perlahan-lahan mengangkat muka ku.

“Aku takkan biarkan Jane sakiti awak lagi! saya sayang awak Amelia.” kata James sambil mengukirkan senyumannya.

“Thanks!” kataku lalu aku memeluknya.

“Dah~ jom turun.” Ajak James.

“Kay, Kay!” kataku lalu aku berdiri.

Kami menuruni tangga itu lalu kami berdua pergi ke ruang tamu di mana semua auntie, uncle, dan sepupuku berada.

“Hye Amelia, dah okay dah perut awak?” tanya auntie Sherry sambil melihat ku.

“Dah okay dah! Cuma ada sakit sikit jer!” kataku lalu aku duduk di sebelah Jojo manakala James duduk di sebelah Fikri.

Tiba-tiba Kevin berdehem. Kami semua melihatnya.

“Auntie, uncle dan ayah. Esok, Kevin nak pergi Royal Highschool. Kevin nak keluarkan Amelia dari sekolah itu.” Kata Kevin serius.

Semua terdiam termasuk aku.

Uncle Herman berdehem. “Aku setuju dengan cadangan Kevin. Ini juga untuk kebaikan dan keselamatan Amelia.” kata Uncle Herman.

“Besok, Uncle akan uruskan borang berhenti sekolah. Kamu cuma perlu datang dan tandatangan.” Kata uncle Henry.

Aku menganggukkan kepalaku. Aku tak ada pilihan.

“Tapi~ kitaorang juga nak homeschooling.” Kata Jojo sambil memuncungkan bibirnya.

“Ahh, apa kata korang semua homeschooling. Auntie akan carikan cikgu-cikgu yang terbaik untuk ajarkan korang!” kata auntie Sarah.

“Bagus juga cadangan awak!” kata uncle Henry.

“Okay-okay, korang semua tak payah pergi sekolah, korang homeschooling sahaja. Setuju?” tanya uncle Henry sambil melihat kami semua.

Semua sepupuku membuat muka gembira.

“SETUJU!!” teriak mereka semua. Aku menggelengkan kepala.

“So, Alex dan James juga akan sertai mereka. Pasal parents korang, jangan risau. Auntie akan uruskan!” kata Auntie Sarah.

“Terima kasih auntie!” kata James.

~~

KEESOKKAN PAGINYA

Aku menyapukan ubat di perutku. Kemudian aku segera keluar dari bilikku. “Okay jom pergi!” kata ku apabila aku sampai di ruang tamu.

“Okay jom!” kata Jojo yang teruja apabila nak keluar dari sekolah itu.

“Bye kakak!” kata Sweet sambil melambai-lambaikan tangannya. “Bye Sweet!” kataku. James menarik tanganku lalu kami keluar dari rumah itu.

Kevin membawa keretanya manakala James membawa keretanya. Jojo dan John mengikuti James. dan yang lain semua ikut Kevin.

Aku menyuruh bodyguardku tunggu di rumah.

Dalam perjalanan pergi ke sekolah, Jojo bersuara.

“Weyh! Balik rumah nanti, jom kita main game Prank! Nak tak?” tanya Jojo.

“Hahh, bagus juga idea kau ne!” kata John.

“So, Amelia dan James. awak nak join ker?” tanya Jojo sambil melihat kitaorang. “Err, aku tak tahu lah.” kata ku.

“Alaa, join jerr! Aku ne pakar kena kan orang!” kata Jojo.

“Aku join!” kata James tiba-tiba.

“Nah, laki awak pun join.” Kata Jojo.

“Hmm, yerlah aku join. Nak kenakan siapa?” tanya ku.

“Kevin, Danny, Samuel, Andie dan Fikri.” Kata Jojo.

“Okay!” kataku.

Beberapa minit kemudian, kami pun telah tiba di sekolah. Ramai fangirls sepupuku tengah menunggu ketibaan mereka. Kami segera turun dari kereta dan menuju ke pejabat sekolah.

~~

Selesai menguruskan apa yang perlu, kami pun keluar dari bangunan sekolah. Tiba-tiba Jane datang lalu dia memegang lengan James.

“Hai sayang! Kenapa sayang tak pergi sekolah hari ne?” tanya Jane sambil meletakkan kepalanya di bahu James. Sepupuku semuannya tahan kemarahan mereka.

Aku berdehem.

James segera melihatku sambil menarik tangannya tetapi Jane menahannya.

“Ala sayang, jangan lah pergi tinggalkan saya!” kata Jane lagi.

“James aku tunggu kat kereta.” Kataku lalu jalan tinggalkan mereka.

“Amelia!” panggil James. Aku berhenti. James segera melepaskan tangan Jane lalu dia berlari ke tempat ku.

“Amelia!” kata James sambil dia melihatku. Aku melihatnya. “Sorry!” kata James lagi. Aku senyum lalu aku terus sahaja jalan ke arah kereta.

Tiba-tiba James menjerit.

“AMELIA, AKU SUKA KAN AWAK!” teriaknya. Aku tersetak lalu aku memusingkan badanku menghadapnya.

Fangirls sepupuku mula mendekati kami semua.

James mendekati ku lalu berkata “Saya tak pernah main kan perasaan awak. I love you Amelia!” kata James.

Jane segera mendekati kami berdua.

“Sayang, kenapa awak sayang kan si Amelia ne?! ee, tak cantik pun aku tengok. Lebih baik sayang pilih aku jer!” kata Jane. Sungguh aku nak tendang minah sebelah aku ne.

“Awak nak tahu kenapa aku sayang kan Amelia? sebab, dia baik hati, dia penyayang, dan yang paling penting dia tak macam awak. Minta perhatian segala. And as you know Jane, aku tak pernah suka kan perempuan yang sakitkan Amelia.” kata James sambil melihat Jane.

Aww, James pertahankan aku. And that’s why I love him.

Aku senyum.

“Tapi sayang, aku suka kan awak!” kata Jane. Kevin segera datang lalu menarik lengan Jane.

James melihatku lalu berkata “trust me, I will never hurt you!” kata James lalu dia memelukku.

Fangirls sepupuku menepuk tangan.

Aku gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience