Bab 4

Humor Completed 21602

Amelia POV (3 HARI KEMUDIAN..)

‘BEEP! BEEP! BEEP!’ Argh! Bunyi apakah ini? Ganggu orang tidur la. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku bingung. Melihat semuanya putih. Kat mana aku ini? Aku melihat ada belon dan bunga di katilku. Bunyi yang menganggu aku tidur masih lagi bising. Aku kemudiannya melihat ke kananku di mana bunyi itu berada. Apabila aku memusingkan kepalaku, aku melihat ada seseorang lelaki yang sedang tidur. Dia sedang memegang tanganku. Siapakah ini? Tanyaku dalam hati. Aku mengangkat kepalaku tetapi seperti ada batu di kepalaku.

Aduh! What happened to me? Tiba-tiba, aku memukul dahiku. My Gosh! Masa tu aku di taman dengan sepupuku. Aku masa tu pening lalu aku tak tahu apa jadi lepas tu. Jadi, erti kata aku kat hospital? Aigoo, dahlah aku ne benci sangat yang namanya hospital. Argghh! Aku nak keluar dari sini! Hari ini juga! Hospital menakutkan dan nak mual aku terhidu bau hospital ne!

Sedang-sedang aku tengah membebel, tiba-tiba tangan yang pegang aku bergerak. Aku terdiam sebentar. Aku melihat orang tu tengah mengangkat kepalanya sambil menguap. Aku segera menutup mataku. Lelaki itu megeluh berat.

“Haihh Amelia!” Aik?! Dari mana pulak dia tahu nama aku? “Bila la awak nak sedar ne?” kata lelaki itu. Eh, jap, jap! Suara tu macam aku kenal? Tapi siapa? Tanyaku dalam hati. Makin lelaki itu bercakap, makin tulah aku nak tahu siapakah si dia ini!

Tiba-tiba, aku berkata “Kevin”. Lelaki itu terdiam.

“Amelia? Amelia?” dia memanggilku.

“Awak dah sedar ker?” tanyanya lagi. Ya! Lelaki itu ialah Kevin. Kevin la yang menjagaku. Aku membuka mataku perlahan-lahan.

“Kev..Kevin?” kataku bingung, walaupun aku tahu dia adalah Kevin.

“Syukur awak dah sedar!” kata Kevin sambil memegang erat tanganku. Aku senyum. Kevin kemudiannya menekan butang yang aku sendiri pun tak tahu. Beberapa saat kemudian, seorang doktor dan seorang jururawat datang menghampiri kami berdua. Aku melihat Kevin. Kevin hanya senyum.

“Kevin? Boleh tak saya periksa Amelia sebentar? Sila tunggu kat luar.” Kata doktor yang bernama Haikal lembut. Kevin menganggukkan kepalanya lalu keluar dari bilik ini.

“Izin kan doktor memeriksa awak.” Kata Doktor Haikal. Aku menanggukkan kepalaku. Jururawat tadi sedang menulis sesuatu di kertas.

“Baik sangat Kevin tu kan. Dia sanggup mengambil cuti demi menjaga awak. Bertuah awak dapat sepupu macam dia.” Kata Doktor Haikal sambil memeriksa mataku.

“Macamana doktor tahu yang kitaorang ne sepupu?” tanya ku sambil membuat muka hairan. Doktor Haikal gelak. “Aku kenal mereka dah lama. Doktor dan ayah Kevin kawan since sekolah rendah lagi.” Kata Doktor Haikal.

“Ohhh!”

Selesai sahaja Doktor Haikal memeriksaku, lalu Doktor Haikal berkata “Awak dah sembuh, Cuma awak perlukan rehat yang secukupnya.” Aku senyum.

“Maksudnya, aku boleh balik hari ne ker?” tanyaku sambil melihat doktor Haikal.

“Malangnya, awak kena berehat kat sini selama satu hari.” Kata Doktor Haikal sambil berpeluk tubuh. Mukaku menjadi hampa.

“Laa doktor, aku dah sembuh la. Pleasee! Aku nak keluar dari hospital yang menakutkan ne.” aku merayu dengan doktor Haikal. Aku tak nak di sini. Aku nak balik. Aku benci ne tempat!

“Amelia, dengar cakap Doktor Haikal. Karang awak pengsan lagi.” Kata Kevin sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik ini. Elehh, dia pulak yang support doktor. Aku mendegus. Kevin dan Doktor Haikal senyum. Sepanjang itu aku berdiam diri. Aku tak nak layan mereka. Beberapa minit kemudian, Doktor Haikal dan jururawat itu meminta diri untuk keluar. Tinggal aku dan Kevin sahaja di bilik itu.

Suasana di bilik itu sangat sunyi. Kevin berdehem. Aku melihat Kevin. Kevin melihat aku.

“What?” tanya ku sambil tersenyum.

“What?” tanya Kevin semula.

“It’s kinda awkward now!” kata ku sambil berpeluk tubuh.

“I know!” Kevin berbisik sambil menarik kerusi untuk dia duduk. Apabila dia duduk dia melihatku semula sambil tersenyum maut.

“Don’t you dare look at me like that!” kata ku sambil menunding jariku tepat dengan matanya.

“Kalau tak..”

“Kalau tak apa?” Kevin mencelah. Aku kemudian mengetap bibirku lalu menjulingkan mataku. Well, itu la tabiat ku kalau ada orang yang membuat ku geram.

“I need to rest. So, good morning!” kataku lalu memusingkan badan ku ke kiri. Aku menutup mataku. Sebelum aku terlelap, aku mendengar Kevin mengeluh lalu berkata “Good morning to you too!”. Dia kemudiannya baring disebelah ku memandangkan katil tu besar.

~~~

“Psst!.. Psst!”

“Ergh! Shut up Kevin! Aku nak tidur ne!” aku kemudiannya tidur semula. Tidak lama kemudian, “Pstt! Psst!” Aku mendengus lalu memusingkan badanku.

“What?!” Aku terdiam. Aku kemudiannya duduk sambil mencari-cari sesuatu.

“Mana dia pergi ne?” Aku kemudiannya bangun dari katil tu lalu mengeliat. Selesai sahaja aku mengeliat tiba-tiba kakiku merasa sejuk sangat. Aku melihat ke bawah katil. Tiada apa-apa di sana. Aku kemudiannya berdiri semula lalu tu, aku mendengar gelas pecah.

Meremang bulu roma ku. Aku berjalan menuju ke pintu itu. ‘Kenapa hospital ne sunyi sangat?’ berdengup-dengup jantungku. Aku memegang tombol pintu itu lalu memulasnya.

Perlahan-lahan aku menolak pintu itu sambil menutup mataku erat. Apabila pintu itu terbuka luas, aku melihat ke kiri dan ke kanan. Tiada seorang pun di sana. Aku semakin takut.

“He..Hello?” kataku. Tiada sebarang respon. Aku menelan air liur ku. Tiba-tiba, aku terasa ada sesuatu yang lalu di depanku hingga aku dapat merasakan angin sejuk. Berdengup-dengup jantungku ini. Sekali lagi, aku merasakan ada sesuatu di belakang ku.

Inilah sebab aku tak nak ke hospital. Macam-macam yang tak kena sahaja. Aku memberanikan diri untuk memusingkan badanku. Setelah itu aku membuka mataku luas.

“Hello Amelia! We meet again!” kata lelaki itu. Terbeliak mataku. Seorang lelaki yang berusia 40-an. Ada parut di pipi kanannya. Di tangannya pula ada tatu. Dan mukanya sangat ku kenal. Tetapi di mana? Di manakah aku pernah jumpa lelaki ini? Mukanya sangat menakutkan aku.

“Don’t you remember me? I’m Tom! You remember?” Aku menekup mulut ku sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.

“No! I don’t know you! Go away Tom! Go away! I hate you!” teriakku sambil mengundurkan diri daripada lelaki yang bernama Tom itu. Tom kemudiannya mendekati ku lagi.

“Why? Don’t you happy to see me again? Huh, Princess!” tanya Tom sambil memegang bahuku.

“Don’t touch me!” Kataku perlahan sambil menitis kan air mataku. Aku menolak Tom lalu berlari sekuat hatiku. Sambil aku berlari, aku melihat ke belakang. Susuk tubuh Tom tiada di situ. Tiba-tiba aku terjatuh terlanggar sesuatu. Aku melihat ke atas. Tom! Tom kemudiannya mendekati aku. Aku segera melarikan diri.

“Don’t you run away from me! You will pay for what you have done to me! I will haunt you!” teriak Tom. Aku menutup telingaku sambil berteriak seperti orang yang kena rasuk.

“No! Go away Tom! Go away!” teriakku.

“Amelia! Amelia!” Aku membuka mataku sambil melihat Kevin. Aku terus sahaja memeluk Kevin. Syukur la, ini hanya mimpi tetapi apakah maksud mimpi itu? Hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Yang aku fikir sekarang, aku nak keluar dari hospital ne. Aku melihat Kevin.

“Please Kevin! Aku nak keluar dari sini. Hari ini jugak!” aku berkata sambil memeluk erat tubuh Kevin.

KEVIN P.O.V

Aku mengeluh lalu berdiri sambil berkata “Good morning to you too.” Kemudian aku baring di sebelah Amelia. Beberapa jam kemudian, aku terbangun disebabkan tangan Amelia asyik terkena dengan mukaku. Aku membuka mataku perlahan-lahan, belum sempat aku mengelip mataku, tangan Amelia memukul mukaku.

“OUCH” aku berkata sambil berdiri. Aku melihat Amelia seperti dirasuk hantu. Baru sahaja aku hendak mengejut Amelia, tiba-tiba Amelia menyebut nama Tom. “No, Go Away Tom! Go away!” teriak Amelia. Aku kemudiannya segera menyedarkan Amelia.

“Amelia! Amelia!” kataku. Amelia membuka matanya lalu memelukku. Terkejut aku di buatnya.

“Please Kevin! Aku nak keluar dari sini. Hari ini jugak!” Amelia merayu sambil memeluk ku dengan erat. ‘Apa kena dengan Amelia ne?’ tanya ku dalam hati. Aku dapat merasakan jantung Amelia berdengup dengan kencang. Nak tak nak, terpaksa aku kata Ya.

“Okay! Okay! Kita keluar dari sini okay. Don’t be scared. I’m here.” Aku senyum sambil mengelap air mata Amelia yang tersisa di pipinya. Aku kemudiannya menekan punat untuk memanggil doktor. Belum sempat lima minit, doktor Haikal datang bersamaan dengan jururawat.

“Err, doktor Haikal. Boleh tak hari ini Amelia keluar dari sini?” tanyaku sambil mengusap-usap leher belakangku. Doktor Haikal melihat Amelia yang sedang duduk memikirkan sesuatu.

“Kenapa?” tanya Doktor Haikal lembut.

Amelia melihat Doktor Haikal lalu berkata “ Doktor, aku tak nak duduk di sini lagi! Aku nak keluar dari sini. Hari ini dan sekarang jugak!” kata Amelia sambil berpeluk tubuh. Doktor Haikal melihat aku semula lalu berkata “Kevin, boleh tak saya jumpa awak sebentar?” tanya Doktor Haikal itu kepadaku. Aku mengangguk lalu melepaskan tangan Amelia.

Aku memasukkan kedua-dua tangan ku di poketku. Aku melihat Doktor Haikal. “Kevin, saya merasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran Amelia. Boleh saya tanya kenapa?”tanya Doktor Haikal. Aku mengangkat bahu ku tanda tidak tahu.

“Aku pun tak tahu doktor, Amelia baru sahaja berpindah ke Malaysia. Dahulunya dia menetap di Amerika so aku kurang pasti dengan keadaan Amelia. Tapi yang aku tahu, Amelia menyebut-yebut nama Tom semasa dia tidur!” panjang lebar aku terangkan kepada Doktor Haikal.

Muka Doktor Haikal berkerut. Doktor itu kemudiannya menganggukkan kepalanya.

“Boleh saya tahu kenapa Amelia?” tanyaku segan.

“Doktor rasa, doktor patut bagitahu awak tentang kehidupan Amelia selama ini.” Doktor Haikal berkata.

“Dahulu, keluarga Amelia pernah kemalangan teruk dan kejadian itu membuatkan Amelia hilang ingatan.” Kata Doktor Haikal sambil berpeluk tubuh. Aku diam. Amelia pernah kemalangan? Bila? Jadi, siapa Tom sebenarnya ne? Apa dia nak dengan Amelia? Aku mesti siasat.

“Kevin?!” panggil Doktor Haikal membuatkan aku hilang lamunanku.

“Ye saya?” kataku.

“Awak boleh bawa Amelia pulang hari ni.” Senyum Doktor Haikal. Aku senyum.

“Terima kasih Doktor.” Kataku sambil berjabat tangan dengan doktor itu.

“Sama-sama” balas Doktor Haikal. Aku kemudiannya masuk ke dalam sambil melihat Amelia. Amelia sedang berbaring memikirkan sesuatu.

“Hey.” Kataku perlahan. Amelia senyum menunggu jawapan dariku. “Hari ni awak boleh balik.” Aku berkata dengan senyuman yang panjang lebar. Amelia mengukir senyuman lalu

“Yeahh!” dia menjerit kegembiraan. Aku mengambil beg pakaiannya lalu memberinya.

“Get ready!” kataku. Aku kemudiannya mengeluarkan handphone ku lalu menghantar pesanan kepada Jojo bahawa Amelia akan balik pada hari ini.Amelia perlahan-lahan berdiri lalu masuk ke dalam
tandas. Aku mengemas apa yang patut.

AMELIA P.O.V

Semasa aku menukar pakaianku, aku mendengar Kevin memanggil namaku.

“Yeah?” aku menyahut.

“Aku nak pergi kaunter kejap. Lima minit aku kembali.” Kata Kevin lalu aku mendengar pintu ditutup. Aku sedang menyanyi disebabkan aku gembira sangat sebab tak lama lagi aku berjumpa dengan parents, sepupuku dan tak lama lagi aku pergi ke sekolah! Tiba-tiba, terlintas nama Tom dikepalaku. Tom! Siapa dia? Kenapa dia kata dia balas dendam dengan aku? Apa dia nak dari aku? Ouch! Sakitnya kepalaku. Semakin aku fikir, semakin sakit kepalaku.

Aku memicit-micit kepalaku lalu aku mendengar ada orang masuk. Cepatnya Kevin sampai. Hmm, bagus la dia datang. Aku memulas tombol pintu itu. Apabila aku membuka pintu itu, ada susuk tubuh di hadapanku sambil memegang patung kecil. Patung itu milik perempuan kecil. Tapi, bila masa pula Kevin bawakan aku patung kecil? Aku melihat mukanya lalu menjerit. Tetapi lelaki itu menutup mulutku dengan kuat.

“I told you!” bisik lelaki di telingaku sambil senyum. Aku menjadi takut. Takut dengan lelaki yang bernama Tom. Kevin tolong aku. Ada titisan mata yang mengalir di pipiku.

“Listen carefully princess, anywhere you go, I am with you. You cannot find me, but I will always find you. And I will watch you!” kata Tom ditelingaku. Tom kemudiannya menolakku lalu keluar dari situ. Aku terduduk diam. Jantungku berdengup kencang, Tidak lama kemudian, Kevin datang. Aku melihat Kevin dengan muka pucat lesu.

“Amelia?” Kevin segera berlari ke arah ku. Dia duduk berlutut sambil memegang bahuku.

“What’s wrong? Kenapa dengan awak ne?” tanya Kevin dengan nada risau.

“Dia..Dia..”

“Dia apa Amelia?” Suara Kevin sedikit kuat. Aku melihat Kevin.

“T..Tom!”

“Kenapa dengan dia?” tanya Kevin lagi.

“Any..where you g..go, I am w..with you. You cannot f..find me, b..but I will f..find you. And, I will always f..find you!” Terketar-ketar bibirku untuk mengungkapkan kata-kata Tom tadi. Kevin terduduk.

“Can you tell me who is Tom?” tanya Kevin.

“I don’t know! Aku langsung tak tahu siapa dia.” Jawabku. Mama papa I need you guys.

“Aku nak juma parents aku.” Kataku. Kevin menundukkan kepalanya lalu mengeluh.

“Kenapa?” tanyaku .

“Mereka dah balik ke Amerika. Ada hal mereka nak uruskan.” Kata Kevin.

“What?” terkejut aku. “Sampai hati mereka tinggalkan aku” kataku sambil menitiskan air mataku.

“Hey, kitaorangkan ada. Kitaorang sentiasa bersama awak. Dimana ada awak, disitula ada kitaorang. Tak perlu awak risau okay.” Kata Kevin sambil senyum. Aku membalas balik senyumannya.

“Begitu la. Mulai saat ini, awak jangan takut okay dan jangan menangis lagi. Awak mesti senyum.” Kata Kevin.

“Baikla, aku akan happy setiap masa. Urmm, wait the minute. How about your work?” tanyaku.

“Aku nak berhenti.” Kata Kevin dengan selamba. Terpolong mulutku.

“No! Awak tak boleh berhenti. Kalau ya pun nak lindung aku, janganlah sampai awak berhenti.” Aku berkata sambil berpeluk tubuh. Rasa bersalah pula aku ne. Kevin gelak. Eh, Eh. Sempat lagi dia ketawa.

“Bukan aku lah nak berhenti, ayahku yang suruh. Dia suruh aku jaga awak. Aku pun tak tahu kenapa ayahku kata begitu. Mungkin ada hal yang tak dapat dihalang.” Kevin berkata. Fuh, lega aku!

“So, jom kita balik.” Kevin menghulurkan tangannya. Walaupun hatiku merasakan tak tenteram tetapi aku merasakan selamat apabila bersama dengan sepupu-sepupuku. Aku kemudiannya menyambut hulurannya lalu berkata “Jom!” senyumku. Kevin mengangkat beg pakaianku lalu menarik ku. Aku bertuah kerana ada orang yang mengambil berat tentang ku. Kevin memimpin hingga ke keretanya.

Semasa kitaorang berdua berjalan menuju ke kereta Kevin, ada sesetengah remaja perempuan menjeling tajam dekat aku. Yelah, aku kan jalan dengan lelaki yang terkenal di daerah ne. Biar aku jelaskan. Keluarga sepupu-sepupuku semuanya kaya-raya, terkenal pulak tu. So, anak-anak mereka jugak terkenal dengan ketampanan mereka, kebijaksanaan mereka dan badan mereka yang tegap itu.

“Knock! Knock!” sebaik sahaja Kevin melambai-lambaikan tangannya kearah muka ku. Aku kembali ke dunia nyata. Kevin mengeleng-gelengkan kepalanya lalu membuka pintu untukku.

Aku memasuki perut kereta itu sambil menunggu Kevin masuk ke dalam kereta. Apabila Kevin masuk ke dalam kereta dia mencapai cermin mata yang berwarna hitam itu. Dia kemudiannya memakai lalu menghidupkan enjin keretanya. Aku melihat Kevin seketika.

Handsome jugak lelaki ne, haih, cair aku di buatnya. Eh, jap! Jap! Aduh Amelia, kenapa dengan awak ne. Tu lelaki sepupu awak laa. Aku mengeleng-geleng kepalaku.

“Haih, dah kenapa dengan awak ne. dari tadi buat benda yang pelik semacam jer? Cuba awak share-share dengan aku.” Kata Kevin sambil memecut laju meninggalkan hospital yang menakutkan itu. Aku melihat Kevin dengan muka kemerahan. Takkan kot aku nak cakap yang aku tengah menilai dia. Kevin kemudiannya ketawa. Dah kenapa dengan mamat ne.

“Kenapa awak ketawa?” tanyaku. Kevin melihat ku lalu melihat ke hadapan.

“Awak tengah nilai-nilai aku kan tadi?” Dah nak merah dah muka ku ne.

“Tak ada lah, bila masa aku nilai awak?” tanyaku pura-pura.

“Tadi.” Jawab kevin.

“Ehh, tak ada la. Aku nak tidur kejap. Kejutkan aku bila dah sampai yer pemandu.” Kata ku lalu menutup mataku.

“Ada ke panggil aku pemandu” kata Kevin. Selepas itu, keadaan di kereta sunyi. Tidak lama kemudian, Kevin mengejutkan aku. Aku membuka mata ku.

“Dah sampai ker?” tanya ku kebingugan.

“Dah” kata Kevin sambil memasuki pagar itu. Belum sempat Kevin mematikan enjin keretanya, sepupu-sepupuku yang lain menyerbu kereta Kevin. Kevin dengan paniknya melihat sepupu-sepupuku berlari ke arah kami, dia segera mengunci pintu itu. Aku gelak sambil melihat karenah sepupu-sepupuku ini.

“DUDE!” teriak Jojo. I guess?

“Kev, buka laa.” Teriak Samuel pulak. Kevin senyum lalu mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu membuka pintu itu.

“Kalau awak tak nak buka, kitorang akan menggunakan kekerasan untuk menghancurkan kereta kesayangan awak ne.” Andie pulak yang bagi amaran.

“You may!” kata Kevin sambil membuat reaksinya. Sepupuku mendegus lalu mengambil bata. Sepupuku mengundurkan diri mereka.

“Dude, meraka akan pecahkan cermin awak!” kataku sambil melihat Kevin. Kevin senyum lalu berkata “They cannot…” belum habis Kevin kata, tiba-tiba,

PLASH!

Terbeliak mata Kevin melihat cermin belakang kereta kesayangannya pecah.

“BINGO!” teriak Jojo dan John. Aku pertama sekali terkejut dengan tindakan mereka tetapi apabila melihat reaksi muka Kevin aku ketawa. Kevin segera membuka pintu keretanya lalu keluar berlari melihat cerminnya.

“Dude!” marah Kevin. Sepupuku hanya senyum.

“We told you!” kata Jojo. Aku kemudiannya turun dari kereta lalu pergi ke tempat Kevin.

“I’m sorry!” aku senyum sambil memukul bahu Kevin.

“AMELIAA!”

Aku melihat ke arah suara itu lalu terbeliak mataku melihat sekumpulan lelaki berlari ke arah ku. Tiba-tiba, aku dipeluk erat oleh Samuel.

“Amelia, I miss you so much!” aku diangkat sambil aku gelak. Sepupuku yang lain juga bergitu. Pelukku erat sangat.

“Weiik! Dahla tu, Amelia baru sahaja balik dari hospital.” Kevin memeluk tubuhnya.

“Andie, tolong angkatkan beg Amelia and korang semua pergi ke tempat biasa. Ada hal aku nak bagitahu korang.” Kevin mengarahkan mereka semua.

“Laaa, Amelia boleh ikut sekali ker?” tanya Jojo. “Tak boleh, Amelia perlukan rehat secukupnya.” Kevin berkata. Haih, baru je aku nak dengar perbincangan mereka tu. Aku mendengar Jojo mengeluh.

“Takkan la aku tak boleh join sekali.” Kata ku perlahan tetapi boleh didengari oleh mereka semua.

“Awak tak boleh join sebab, aku nak bincang tentang hal lelaki.” Kata Kevin.

“Ye laa.” Kataku lalu mengeluh.

“Dah la jom, gerak sekarang.” Arah Kevin satu kali lagi. Ahhh, akhirnya.. kataku sambil membaringkan badanku di atas katil yang empuk itu. Aku kemudiannya melihat smartphone aku. Aku melihat ada pesanan dari ibu bapaku. Aku menekan punat ‘open’ Mata ku meliar-liar mebaca pesanan dari ibu bapa ku.

Hey sweetie,

Sorry mama dan papa terpaksa tinggalkan Amelia dalam keadaan begini. Sorry honey. Ada hal nak mama dan papa selesaikan. And, as you know mama dan papa dah bincang tentang hal ne. Mama dan papa nak Amelia tinggal di sana dengan sepupu-sepupu Amelia. Mama pasti kakak dan abang mama takkan sakitkan Amelia. Amelia jangan risau yer. Every month, mama dan papa akan kirimkan duit perbelanjaan Amelia. Sorry sayang. Kami buat semua ne untuk kebaikan Amelia jugak. See, Amelia dah boleh keluar rumah kan. Jumpa kawan baru

Kalau di sini Amerika, Amelia tak boleh keluar rumah. Tak ada orang nak jaga Amelia sebab mama dan papa sibuk akan kerja. Amelia jaga diri tau. Jangan nakal-nakal. Bye sayang mama dan papa.

Love,

Mama dan Papa

Aku mengesat air mataku. Kenapa mama dan papa buat macam begini dengan Amelia? Air mataku mengalir lagi. Aku mengesat air mataku lalu melihat diriku di cermin.

“Okay Amelia, awak tak boleh nangis. Awak dah janji dengan Kevin, awak tak boleh nangis. Kau kena berani, tabah. Jangan tunjukkan mereka yang awak ne lemah. You can do it, Amelia!” kataku semangat.

Mulai saat ini, aku nak ubah pendirian ku. Aku mesti kuat hadapi cabaran yang bakal aku terima. Aku kemudiannya melihat ke luar tingkap. Aku melihat pemandangan padi itu. Sungguh cantik dan nyaman. Aku kemudiannya melihat ke kananku. Aku dapat melihat treehouse. aku melihat muka sepupuku semua serius mendengar perbincangan yang Kevin sampaikan. Apa agaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience