Bab 19

Humor Completed 21602

JANE POV

Sesampai sahaja aku di rumah ayah ku, aku menghentak-hentakkan kaki ku sambil masuk ke dalam rumah. Kemudian aku menuju ke ruang tamu. Aku memukul-mukul bantal kecil itu sambil menjerit. Kurang ajar sungguh si Amelia tu. Dah lah minta puji. Erghhh! Tunggu kau Amelia. Tunggu pembalasan aku!

Dengus hatiku. Aku kemudiannya menekup muka ku dengan bantal itu lalu menjerit sekuat hatiku. Apabila aku selesai mengeluarkan rasa marah ku baru lah aku berasa lega sedikit. Aku membetulkan rambutku.

“Dad! Dad!” panggil ku. Tiada yang menyahut. Ish, mana orang tua ne?! aku nak jumpa dia lah.

“BIKKKKKKK!” jeritku.

Sejurus kemudian, bibik itu datang.

“Mana my daddy?” tanyaku.

“Tak tahu Miss, dia tak bagitahu aku.” Kata bibik itu sambil menunduk-nundukkan kepalanya.

Aku menjeling tajam. Kemudian aku menyuruh bibik itu pergi dari situ. Aku berdiri lalu aku menuju ke bilik ayahku. Manalah tahu dia kat situ. Sampai sahaja aku di bilik ayahku, aku segera membuka bilik itu.

“Dad!” panggil ku sambil melihat sekeliling bilik itu.

Sedang-sedang aku berjalan mencari kelibat ayahku tiba-tiba aku terpijak sesuatu. Aku melihat ke bawah, ada sekeping gambar. Aku mengambilnya lalu aku melihat gambar itu. Ini kan rumah Kevin, kenapa boleh ada kat sini?? Aku membelek-belek gambar itu. Aku berasa hairan.Kemudian aku melihat ke arah cermin untuk membetulkan rambutku yang kusut. Kenapa lain macam jer cermin ini?? Aku memegang cermin itu. Ada sesuatu yang tidak betul dengan cermin ini.

Tiba-tiba cermin itu terbuka.

OMO! Aku terkejut. Bilik rahsia??Aku membuka cermin itu seluas yang boleh. Kemudian aku memasuki bilik rahsia itu. Bilik itu sungguh gelap. Aku mencari-cari suis lampu untuk melihat. Apabila aku menemui suis itu aku segera menekan suis itu. Banyak gambar-gambar bergantungan di situ. Aku melihat satu-satu gambar itu.

WHAT?!!

Amelia??!

Semua gambar yang bergantungan itu ialah gambar Amelia. Apa dah jadi ne?

“Jane?!” ayahku panggil. Aku terkejut lalu aku melihat ayahku. Ada sedikit terkejut di muka ayahku.

“Can you explain this?” tanyaku sambil berpeluk tubuh. Ayahku mengangguk-anggukkan kepalanya.

“It’s time for me to tell you something between me and Amelia!” kata ayahku.

“Wait! What? Daddy and Amelia pernah berjumpa?” tanyaku sedikit keliru.

“Yeapp~” katanya. Kemudian, ayahku memulakan perbicaraannya tentang dia dan keluarga Amelia.

~~

Senyuman ku semakin lama semakin lebar.

“That’s why, daddy nak balas dendam dengan family Amelia. Parents Amelia sudah pun masuk perangkap. Tinggal Amelia lagi.” kata ayahku. Brillant idea!

“I will help you dad! Saya juga nak balas dendam dengan si Amelia! kalau boleh I want to kill her!” kata ku sambil senyum.

“Too soon my princess!” kata ayahku sambil senyum sinis.

~~

AMELIA POV

Sedang-sedang aku asyik membelek-belek buku yang telah di beli oleh Uncle Herman, tiba-tiba smartphoneku berdering. Aku segera berlari mendapatkannya.

-Convo-

“Olla?” – Amelia

“Hello Amelia!” – Alex

“Alex? ALEX?! Hai Alex! I miss you so much!” – Amelia

“Hehe, ada juga orang yang rindu saya!” – Alex

“Ada apa call?” – Amelia

“Sebenarnya, esok aku balik dah.” – Alex

“Seriously? Yeahhh. Ada banyak story aku nak share dengan awak!” – Amelia

“Really? Can’t wait. Okay Amelia, need to go. Kirim salam dengan mereka semua yer!” – Alex

“Okay. Take care kat sana.” - Amelia Kemudian, aku menekan punat merah. Aku melompat kegembiraan. Yeahhh! Alex dah nak balik dah! Yeahhh! Sorakku. Tiba-tiba pintu ku di buka. Aku berhenti dari lompatanku lalu melihat siapakah yang masuk ke dalam bilikku.

“Hye!” Jojo, John dan Samuel serentak berkata.

“Hyee!” kataku. Kemudian James datang.

“Hye my princess!” katanya.

“Hye my prince, ada apa ne?” tanyaku.

“Don’t you remember?” tanya Jojo.

“Nope~” kataku.

“Prank!” katanya.

“Ouh!” kataku sambil senyum.

“Guess what!” kataku.

“What?” tanya mereka.

“Esok Alex balik.” Kataku sambil senyum kegembiraan.

“Really? Cool. Finally, ada orang yang boleh temankan aku main COD!” kata Samuel.

“Okay, let’s make this Prank successful.” Kata John.

“Kay’Kay!” kataku.

~~

“Get it?” tanya Jojo apabila dia selesai sahaja memberitahu apa yang patut kami buat.

“Get it.” Serentak kami berkata.

“Okay now, mereka tengah tidur. So, kita jalankan tugas kita masing-masing.” Kata Jojo sambil memberikan kami baldi dan tali.

“Amelia dan James, korang pergi bilik Kevin. Samuel pergi bilik Fikri. John, kau pergi bilik si Andie dan aku pergi bilik Danny.” Arah Jojo. Kami menganggukkan kepala tanda setuju lalu kami pergi tempat yang kami tujukan. Sesampai sahaja aku dan James di bilik Kevin which is kat sebelah sahaja bilik aku, James segera mengisi air di bilik mandi Kevin. Setelah itu, James perlahan-lahan membawa baldi yang berisi air itu. Aku segera mengikat baldi itu dengan tali yang telah diberikan oleh Jojo sebentar tadi.

Apabila selesai mengikat baldi itu, James kemudiannya perlahan-lahan mengangkat baldi itu lalu dia meletakkan baldi yang berisi air itu di atas pintu bilik Kevin. Setelah itu, James menarik tali itu lalu dia megikat tali itu untuk menahan baldi itu dari jatuh. Aku melihat sepupuku yang lain, mereka sudah pun selesai meletakkan baldi itu di atas pintu bilik. Jojo melihatku dan memberi isyarat kepadaku. Aku segera berlari menekan suis lonceng itu.

KRINGG!

Sejurus kemudian itu, Kevin, Andie, Fikri dan Danny membuka pintu mereka.

PLASHHHH!!!

Aku ketawa terbahak-bahak sejurus sahaja air itu tumpah di badan mereka.

“WOAHHHH!” Andie terkejut. Jojo dan John sudahpun terguling-guling di atas lantai.

“KORANGGGG!!!!” teriak Kevin. Aku sudahpun ketawa.

“Gila man!” kata Danny sambil membuka baju nya.

“Ohh, korang ketawa sahaja. Ada ubi ada batas, korang tengok hari lain akan kitaorang balas dendam!” kata Kevin sambil senyum. Aku membuat sign peace.

~~

Waktu makan malam pun telah tiba, kami semua duduk makan sambil bergurau senda. Kejadian waktu petang masih lagi mereka bawa cerita. Apabila selesai menjamu selera seperti biasa pembantu akan membawa pencuci mulut. Hari ne kami makan ais krim. Aku melihat muka Kevin yang tengah menahan ketawa. Begitu juga dengan Fikri, Danny dan Andie. Mereka juga menahan ketawa. Aku membuat muka pelik.

Aku melihat ais krim itu kemudian aku menghidu ais krim ku. Bau nya pelik seperti ada something kena letak. Jangan-jangan~

“Weikkkk korang!! Jangan makan aiskrim tuuu!” kataku. Malangnya mereka sudahpun masukkan ais krim itu ke dalam mulut mereka. Aku menekup mulutku.

“Oh My GOD!!!!!!” jerit John sambil mencari-cari air untuk di minum. James sudahpun berlari menuju ke dapur manakala Jojo dan John mengipas-gipas lidah mereka.

“Shit! Shit!” kata John. Kevin, Fikri, Danny dan Andie sudahpun gelak. Aku segera memberi air untuk mereka berdua. Ada air mata yang keluar dari mata mereka. James datang sambil membawa sebotol air.

“Haha, enak makan wasabi?” kata Kevin sambil gelak. James, Jojo, John dan Samuel semuanya mengeluarkan air mata mereka menerima kepedasan yang mereka ditimpa.

“Ehh? Kenapa korang ne?” tanya Auntie Chelle yang baru sahaja tiba di meja makan.

“Abang Kevin letakkan wasabi kat aiskrim mereka berempat.” Kata Sweet yang tengah comot makan ais krim.

“Ye ke? Kenapa boleh jadi begini?” tanya Auntie Chelle.

“Group Jojo mulakan!” kata Kevin.

“Let me guess! Prank right?” teka Auntie Chelle.

“Yeap!” serentak kami berkata.

“Korang ne, ada-ada sahaja!” kata Auntie Chelle sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

~~

Keesokkan hari nya~

Aku membuka mata ku perlahan-lahan lalu aku mencapai smartphone ku. Ada satu pesanan messages dari UNKNOWN number. Aku mengosok-gosok mataku lalu aku segera berdiri. Aku menekan ‘open’ lalu membacanya.

-Its NOT over yet my dear princess-

Siapa pulak yang hantar ne? Maybe orang salah number kutt. Tiba-tiba smartphoneku bergetar. Ada satu pesanan datang.

UNKNOWN NUMBER – It is you! I will find you Amelia Richard-

I’m paralyzed!

Siapa ne?! Aku segera bangkit dari katil ku lalu aku masuk ke dalam bilik mandi.

~~

Selesai sahaja aku mengambil smartphoneku lalu aku berlari menuju ke bilik Kevin.

Knock! Knock!

Aku berpeluk tubuh. Cepat lah Kevin.

Knock! Knock!

Sekali lagi aku mengetuk pintu bilik Kevin. Kevin tidak menjawab. Aku segera memulas tombol pintunya. Nampaknya, dia masih lagi tengah membuat tahi mata.

“Kevin!” aku mengoyang-goyangkan tubuh Kevin.

“Emmm,” Kevin mengerutkan dahinya.

“Kev, awak perlu tengok ne!” kataku sambil duduk di sebelahnya. Dia memusingkan badannya ke arah ku lalu dia menghulurkan tangan kanannya sambil menutup matanya.Aku segera mengambil smartphone ku lalu aku mencari pesanan yang di hantar oleh UNKNOWN NUMBER.

Aku segera memberikan samrtphoneku ke tangan Kevin. Kevin segera membaca pesanan itu. Sejurus kemudiannya, Kevin segera bingkas bangun. Dia membaca sekali lagi pesanan itu. Berdengup-dengup jantungku.

“Ia kembali!” kataku perlahan. Aku memegang jantungku.

“Don’t be afraid!” kata Kevin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience