Bab 2

Humor Completed 21602

Aku sekali lagi melihat sepupu-sepupu lelaki ku. Tak ada sepupu perempuan ker? Atau aku jer sepupu perempuan ne? Tanya ku dalam hati. Aku melihat semua Auntie-auntie dan Uncle-uncle ku tengah bersembang.

Hmm rindu sangat ker mereka? Sampai tak nak kenal-kenalkan aku dengan anak mereka ne? Tanya ku sekali lagi dalam hati. Aku kemudiannya melihat sepupu-sepupu ku. Semua pun tengah melayan
handphone sendiri. Fuhh nak buat apa ne? Aku kemudiannya melihat ke luar, lalu aku berdiri untuk bersiar-siar.

“Lia. Nak kemana tu?” Tanya mama ku. Semua yang ada di sana melihat ku. Aku senyum lalu berkata “Nak pergi bersiar-siar!” kata ku lalu menyambung semula perjalanan ku.

“Biar Kevin yang bawa awak. Nanti awak sesat lagi!” kata Anty Sarah.

“Ehh, tak pa anty. Amelia bukan budak kecik lagi la” kata aku sambil senyum ke arah anty Sarah.

“Betul ker ne?” Tanya anty Sarah lagi.

“Yer, tak apa.” Kata ku lagi lalu berjalan ke arah pintu utama itu. Aku membuka pintu itu, kemudian aku menutup semula pintu itu.

Angin masa tu sangat sejuk. Aku kemudiannya berjalan ke arah taman mini itu. Aku melihat bunga-bunga yang kembang itu. Aku senyum. Kemudiannya aku sambung berjalan. Aku meletakkan kedua-dua tangan ku di poketku. Besar gilerr ne rumah! Kataku.

Aku kemudian berhenti di suatu tempat. Aku melihat ke atas pokok yang tinggi itu. Ada tree house! Aku segera menaiki anak tangga itu. Baru sahaja nak sampai ke tree house tiba-tiba ada suara lelaki menjerit.

“WOII! PENCEROBOH!” kata nya. Terkejut aku sehingga aku tersilap langkah. Oh no! kataku dalam hati sebelum aku jatuh. Aku menutup mata ku erat menuggu kesakitan yang bakal ku terima nanti.

Tetapi apabila aku sampai ke bawah, aku tidak merasakan apa-apa kesakitan. Aku membuka mata ku. Aku sekarang ada di tangan Kevin. Aku segera turun.

“Nasib baik awak tak jatuh ke lantai!” kata Kevin.

“Awak okey ker?” Tanya Kevin sekali lagi.

“Aku okey!” kata aku. Aku kemudiannya melihat sepupu-sepupu ku yang lain. Mereka semua ada di sini.

Aku menundukkan kepala ku. Bukannya apa, tetapi aku tak biasa dengan lelaki and muka mereka semua menakutkan.

“Err, memandangkan kita bertujuh belum kenal awak, apa kata awak kenalkan diri awak. Lepas tu, baru kitaorang kenalkan diri kitaorang.” Kata sepupu ku di sebelah Kevin. Siap mengenyitkan
matanya lagi. Aku senyum.

“Jom kita semua naik ke tree house kita.” Kata Kevin. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku lalu berjalan menuju ke tangga itu.

“Ladies first!” kata Kevin. Aku gelak menampakkan lesung pipit ku. Apabila sampai sahaja kitaorang di atas, mereka mengambil tempat mereka. Aku berdiri mencari tempat untuk duduk. Tetapi tiada tempat untuk aku duduk.

“Ehh, lupa pulak awak ada kat sini. Nah!” kata Kevin lalu mengambil kerusi kecil untuk saya. Aku duduk.

“Okay, sekarang mulakan!” kata Kevin. Aku menarik nafas panjang-panjang lalu berkata.

“Namaku Amelia Richard Benny. Umur ku 16 tahun. Aku tak bersekolah. Aku hanya berlajar di rumah. Mama dan ayahku mengupah guru untuk mengajar aku. Aku pun tak tahu kenapa mereka buat macam tu. Aku ne pemalu dan pendiam. Aku sebenarnya tak da kawan semasa di America. Yelah nama pun aku tak bersekolah. Hobi aku bermain guitar, menyanyi dan aku suka melukis.” Kata ku
lalu melihat mereka semua.

“Ohh. Jadi awak ne anti-sosial la ne?” Tanya sepupuku.

“Boleh dikatakan begitu. So, nama korang semua siapa?” Tanya ku sambil melihat ketujuh-tujuh sepupuku.

“Oh, aku start dari hujung sana.” Kata Kevin lalu dia berdiri.

“Ne Samuel, umurnya 16 tahun sama macam awak. Cuma dia tua 2 bulan dari awak. Yang ne pulak Andie, umur dia juga 16. Ne John dan Jojo kembar. Umur 17 tahun. Yang ne pulak Fikri, umur dia 17 tahun jugak. Yang last ne David umur dia 18. Dan aku Kevin umur ku 20. Kira aku lah yang tua antara korang semua.” Kata Kevin lalu duduk semula.

“So nak join kitaorang?” Tanya Jojo sambil melihat ku.

“Join?” Tanya ku kembali.

“Ye la. Join group kitaorang.” Kata Jojo.

“Group korang? Popular ehh?” Tanya aku.

“Yepp.” Kata Jojo.

“Popular kat sekolah jugak?” Tanya aku sekali lagi.

“Yaa.” Kata Jojo.

“Wajib ker aku join?” Tanya ku lagi.

“itu kalau awak tak nak dibuli oleh geng-geng yang lain.” Kata John.

Aku membuat muka hairan. Aku bukan nak sekolah kat sana la. Aku ke sini pun hanya melawat korang jer. Kata ku dalam hati.

“Aku bukannya sekolah kat sana. Buat apa nak join korang.” Kataku. John mengeluh. “Awak tak tahu ehh, awak sekolah di sini?” Tanya John. Aku membesarkan mata ku.

“What?! Aku pergi sekolah?” Tanya ku lagi. Apa semua ne? Tanya dalam hati.

“Yerlah, parents awak dan parents kitaorang dah berbincang tentang hal ne! awak sekolah dengan kitaorang.” Kata Jojo.

“Patutlah mama kata bawa baju lebih.” Kata ku perlahan.

“Remaja-remaja sekalian, jom kita makan kat luar.” Teriak anty Chelle.

“Yer mama.” Kata Jojo.

Mereka semua berdiri lalu John menghulurkan tangannya untuk aku. Aku senyum lalu menerima hulurannya. Aku juga lah yang last turun. Aku turun dengan berhati-hati. Sepupu-sepupu ku semua melihat aku. Takut nanti aku jatuh. Sampai sahaja di ke bawah aku melompat dan terus ketawa. Sepupuku menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Apabila kitaorang semua masuk, ruang tamu yang bising sekarang menjadi sunyi.

“Mana semua orang?” Tanya aku sambil melilau cari parents kitaorang.

“Hmmp, dah jalan lah tu!” kata Kevin mengeluh.

“Huh?” Tanya ku.

“Diorang terlebih dahulu jalan dari kitaorang. Maknanya aku yang kena drive.” Kata Kevin.

“Ohhhh!” kata ku lalu berjalan menuju ke kereta milik Kevin. Aku duduk di antara John dan Jojo. Manakala, Samuel, Andie dan Fikri duduk di belakang. David duduk di hadapan dan Kevin yang
membawa kereta itu, memandangkan semua pun tak ada lesen memandu.

“So, bila aku boleh masuk ke sekolah?” Tanya ku.

“Lagi dua hari.” kata Jojo. Aku diam.

Agak-agaknya menakutkan ker sekolah? Kenapa mama dan ayah tak nak bagitahu yang kitaorang tinggal kat sini? Fuhh, makin di fikir, makin tambah penat aku berfikir. Bagus lagi aku tidur.

“Wei korang, kejutkan aku erk bila sampai.” Kata ku kepada mereka.

“Hmm, tak payah kejutkan, dah sampai dah!” kata Kevin lalu memberhentikan keretanya. Aku mengeluh. Kemudiannya aku keluar dari kereta itu sebaik sahaja Kevin mematikan enjin keretanya.

Sebaik sahaja kitaorang keluar, ramai mata melihat aku. Aku menundukkan kepala aku. Aku hanya mengikut jejak-jejak sepupuku. Sampai sahaja dalam restoran itu, nama ku dipanggil. “Ameliaa!” teriak mama ku. Aku mengangkat muka ku lalu senyum. Aku berjalan ke arah meja makan mamaku. Aku melihat meja itu penuh dengan auntie-auntie dan uncle-uncle ku. Fuhh, maknanya aku kena join lah dengan sepupu lelaki aku. Dah la satu sekolah, satu rumah. Haih dah nasib, terima je lah. Kata ku dalam hati lalu mengeluh.

“Weik Amelia, nak makan berdiri ker?” kata David. Aku menoleh ke belakang melihat sepupu-sepupuku aku menoleh semula mamaku. Aku tak nak duduk dengan mereka. Mamaku faham dengan muka ku itu. Dia kemudiannya berkata “Pergilah duduk dengan sepupu awak, maybe awak akan rapat dengan mereka!” kata mamaku. Aku mengeluh lalu berjalan ke arah meja di mana sepupu-sepupu ku berada. Aku kemudiannya membuka jaket ku, kerana dalam restoran itu panas. Aku meletakkan jaketku di kerusi ku dan menarik kerusi untuk duduk. Aku duduk di antara Kevin dan Andie.

Beberapa minit kemudian, pelayan perempuan datang membawa buku menu. Pelayan perempuan itu kemudiannya memberi buku menu dengan sepupu ku lembut. Tetapi apabila sampai giliran aku, dia membuang buku itu. Aku tersentak lalu melihat pelayan perempuan itu. Perempuan itu menjeling ke arahku.

Pada mulanya aku hanya diam membisu. Pelayan perempuan itu kemudiannya bertanya kepada makanan dan minuman kepada kami. Semua sepupu-sepupuku memberi menu untuk mereka tinggal
ku lagi.

Pelayan perempuan itu berjalan ke arah ku. “Woi pompuan, nak order apa?” Tanya pelayan perempuan itu kasar. Semua sepupu ku melihat pelayan perempuan itu dengan geram.

“Aku tanya ne, kau nak order apa?!” tanya perempuan itu. Aku mendengus. Baru sahaja aku nak ajar dia, Kevin pulak yang tahan aku. Aku melihat Kevin dengan muka marah. Pantang aku kena tahan-tahan ne. Kevin senyum dan memberi isyarat supaya jangan layan gaya dia. Aku mengeluh lalu berkata, belum sempat aku kata perempuan itu mendengus.

“Woi, kalau nak order tu jangan la lambat-lambat. Penat aku berdiri ne!” Aku mengetap bibir ku. Dah sah-sah dia nak cari gaduh dengan aku. Aku mendengus lalu aku berdiri. Bertentang mata dengan pelayan itu. “WOII!” teriak aku. Semua orang yang ada di restoran itu sunyi sepi melihat aku dan pelayan itu. Aku tahu lepas ne confirm mama dan ayah ku marah. Argh! Apa aku peduli, ne perempuan depan mata aku ne nak kena ajar.

“Kalau kau nak tanya tu, tanya la bagus-bagus! Masa giliran sepupu aku, kau bukan main lagi tunggu mereka order! Walaupun lama, kau masih menunggu. Masa giliran aku pulak, bukan main lagi kau cakap kasar dengan aku. Kau ne patut belajar cara respect orang. Kenapa? Sebab kau ne perempuan yang mengambil kesempatan untuk di puji-puji oleh lelaki . Kau ingat cakap aku, lelaki tidak suka dengan perempuan gaya macam kau ne!” dengus aku lalu beredar dari situ.

Pelayan perempuan itu terdiam. Mama dan ayahku memanggil namaku, tetapi aku menghirau sahaja panggilan mereka. Yang aku mahu sekarang, aku mahu keluar dari restoran itu. Apabila aku keluar dari restoran angin bertiup. Laa, lupa pulak nak ambil jaket aku. Ne semua gara-gara pelayan perempuan itu.

Aku berpeluk tubuh menahan kesejukakkan malam itu. Ish! Takkan la aku nak ambil jaket aku balik. Sah-sah ditahan oleh sepupu-sepupuku. Ergh! Aku mendegus lalu aku berjalan sahaja. Aku langsung tak tahu mana arah tuju ku.

KEVIN POV

Apabila giliran Amelia memesan makanan, aku melihat pelayan perempuan itu benci dengan Amelia. “Woi pompuan, nak order apa?” tanya pelayan itu kasar. Aku melihat pelayan perempuan itu dengan geram. Aku tahu sepupu ku yang lain pun begitu.

“Aku tanya ne, kau nak order apa?!” tanya pelayan perempuan itu sekali lagi. Aku mendengar Amelia mendegus. Aku tahu pasti Amelia akan mengajar pelayan perempuan itu. Baru sahaja Amelia nak berdiri, aku segera menahannya. Amelia melihat aku dengan muka marah. Aku takut nanti jadi kecoh pulak. Aku hanya mampu senyum dan memberi isyarat supaya jangan layan gaya dia. Amelia mengeluh. Belum sempat Amelia memesan, Pelayan perempuan itu naik marah dan mendegus.

“Woi, kalau nak order tu jangan la lambat-lambat. Penat aku berdiri ne!” kata perempuan itu. Aku melihat Amelia mengetap bibirnya dia kemudiannya berdiri dan teriak “Woii!”.

Aku terkejut begitu juga dengan sepupu-sepupuku. Aku nak menolong Amelia tetapi John menahan aku. Aku melihat dia, John menggeleng-gelengkan kepalanya tanda jangan. Aku melihat sahaja kejadian itu. Aku kemudiannya melihat meja di mana parents kitaorang berada. Mereka juga terkejut. Aku melihat Amelia dah pergi dari situ. Pelayan perempuan itu kemudiannya berlari ke arah dapur.

Hmmp malu lah tu! Aku kemudiannya melihat kerusi di mana Amelia duduk. Ada jaket. Aduh! Di luar tu dahlah sejuk. Nanti demam lagi dia. Aku melihat sepupu ku.

“Weik korang, nanti kalau makanan aku sampai, korang makan erkk, aku nak pergi teman kan Amelia. Dahla dia baru kat sini. Okay guys.” Kata ku. “ohya! Nanti kalau korang siap makan, korang call aku kae” sambung ku lalu beredar dari situ.

Aku sempat mengambil jaket milik Amelia lalu keluar dari situ. Aku melihat ke kiri kanan, aduh mana aku nak pergi ne. dah lah sejuk kesian Amelia menahan sejuk. Aku mengambil langkah untuk jalan ke kanan. Aku mencari-cari kelibat Amelia. Aduh, mana pulak dia ne. aku semakin risau.

AMELIA POV

Aduhh, dah la sejuk, lapar pulak tu. Badan ku semakin mengiggil. Bukannya apa, masa aku di America nak 4 lapis baju aku kena pakai. Aku ne bukannya tahan sejuk. Kalau badan ku sejuk, fuhh, dah confirm besok aku demam. Aku melihat ke kiri dan kanan, aduh mana aku nak pergi ne? dah la aku tak tahu selok belok Bandar ne. Aku kemudiannya melihat kerusi panjang khas untuk orang
awam. Aku segera ke tempat duduk itu lalu berpeluk tubuh.

Kat mana ne? tanya ku sekali lagi. Apabila aku tengah fikir di manakah aku sekarang, tetiba badan ku rasa hangat sedikit. Aku melihat ke badan ku ada jaket. Jaket ne aku kenal. Jaket ku. Aku segera
memakai jaket ku lalu melihat ke belakang. Siapakah gerangan yang sudah memberi jaket ne. Kevin senyum ke arah ku dia kemudiannya melompat untuk duduk di sebelahku.

“Hellooo!” kata Kevin lalu senyum.

“Helloo jugak!” balas aku. Aihh, mamat ne. kacak sangat la! Kata ku dalam hati.

“Errr, masa kat restoran tu, awak hebatla!” kata Kevin memberi pujian kepadaku. Tahu la aku ne hebat. Aku senyum lalu melihat Kevin.

“Haha, aku tak suka dengan orang spesies macam dia. Benci betul aku!” kataku. Kevin gelak.

“Aku rasa awak patut join group diorang yang lain la! Awak ada bakat.” Kata Kevin. Laaa, setakat lawan cakap, pandai la aku.

“Alehh, setakat lawan cakap aku pandai la.” Kata ku tiba-tiba perut ku meminta aku mengisi. Aku memegang perut ku. Aduh, dah sah-sah aku kena sakit gastrik ne. hmmp banyak betul sakit ku. Meh
aku listkan, Kalau aku kena sejuk, esok dia aku demam. Kalau aku tidak mengikut rutin makanku, confirm aku gastrik beberapa jam. Hmmp, banyak lagi la aku punya sakit ne.

“Weik, Amelia. Awak dengar tak?” kata Kevin sambil melihat aku. Aku tersentak.

“Ahh?” tanya ku bodoh. “Haih, awak dari tadi mengelamun sahaja. Awak ne ada masalah ker?” tanya Kevin. Aku senyum.

“Tak de la. Emm, apa awak nak cakap tadi?” tanyaku.

“Aku tanya, awak nak pergi makan ker?” tanya Kevin. Nak ker? Emm.. kalau tak makan, gastrik la pulak. Err.. ahh,, makan jelah.

“Ermm, boleh jugak!” kata ku lalu senyum.

“Okok, jom!” kata Kevin lalu menarik tanganku. Aku mengikut sahaja jejak langkah Kevin. Sampai sahaja di satu kedai, aku melihat kedai tersebut. Starbucks. Favourite aku. Kataku dalam hati. Kevin menarik ku ke kaunter. Kevin dan aku memesan makan dan minum lalu Kevin menyuruh ku mencari tempat duduk sementara dia membayar makan dan minum kitaorang. Aku mengangguk-anggukkan kepala ku lalu mataku melilau cari meja kosong.

Apabila mataku ternampak meja kosong, aku segera pergi ke sana. Aku duduk sambil menunggu kedatangan Kevin. Fuhh, dah lapar aku ne. sabar je la Ameliaa. Tetiba, kepala ku rasa pening. Aduh!

Kepala jangan buat hal dulu kataku. Beberapa minit kemudian, Kevin datang membawa makan dan minuman kitaorang dan ada satu lelaki mengikut Kevin dari belakang. Apabila Kevin duduk
berhadapan dengan aku, lelaki itu kemudiannya duduk di sebelahku. Aku tidak senang duduk kalau itu lelaki bukan kenalan ku. Aku melihat Kevin sambil membuat isyarat supaya dia yang duduk di
sebelah ku. Kevin mengangguk lalu melihat kawannya.

“Bro, aku rasa kau patut duduk berhadapan dengan aku. Adik aku tak selesa dengan kau la.” Kata Kevin. Adik? Bila masa pulak aku jadi adik kau? Kawan Kevin kemudiannya berdiri dan duduk
berhadapan dengan Kevin. Aku sempat melihat kawan Kevin tu. Lain macam jerr. Aku kemudiannya mengambil makanan dan minuman ku lalu segera membuka bungkusan itu. Aku kemudiannya segera menyuapkan makanan itu ke dalam mulutku.

“Bro, takkan la kau tidak kenalkan aku sama adik cantik awak ne!” kata kawan Kevin. Ehh, seriously,aku tak selesa sudah dengan mamat ne.

“Alaa, lupa pulak. Ne Amelia Richard, adik aku. Amelia, ne Danny member aku.” Kata Kevin. Aku melihat Danny. Danny kemudiannya senyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Tetiba
handphone Kevin berbunyi. Kevin segera mengambilnya lalu menjawab talian itu.

“Hello.” Kata Kevin. “Oh okay jap! 5 minit aku sampai” kata Kevin lagi lalu menekan punat merah. Aku melihat Kevin. “Saya rasa kita patut balik.” Kata Kevin lalu menghirup sisa-sisa minuman itu sebelum menarik tangan ku. Alahai, aku ne bukannya patung nak tarik ke sana ke sini. Aku mendengar Danny megucapkan selamat tinggal dengan Kevin dan Aku sebelum kitaorang keluar dari situ.

“Err, kenapa awak bagitahu dengan Danny yang aku ne adik awak?” tanya ku sambil melihat Kevin.

“Sebab, kalau aku bagitahu yang awak ne sepupu aku, dah confirm dia mengurat awak.” Kata Kevin.

Aku hanya membuat muka blur lalu berkata “ohhhh.” Walaupun aku tak tahu dengan apa maksud Kevin sebenarnya. Sampai sahaja kat restoran itu, aku melihat keluarga besar aku tengah berkumpul.
Besedia la Amelia, dah confirm aku kena marah. Aku melihat mama ku yang kini melihat aku. Aku menelan air liur ku lalu berjalan ke arah nya. “Err, mama…” belum sempat aku berkata mamaku
segera memegang dahi ku.

“My Gosh, awak demam ne sayang!” kata mama ku. Aku memegang dahiku. Patutla aku rasa sakit semacam. Dah sah-sah aku demam ne.

“Lia keluar tadi ada bawa jaket ker?” tanya ayahku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku lalu senyum.

“Hmm, dah, dah, dah. Lia patut rehat ne!” kata mamaku. Aku mengangguk-anggukkan kepala ku perlahan. Apabila mereka semua naik ke kereta, aku segera berlari ke arah kereta Kevin. Aku memasuki kereta itu kemudiannya aku menutup pintu kereta itu. John memberi beg tangan aku.

“Thanks!” kata ku lalu batuk.

“Err, awak okay ker?” tanya Andie sambil memegang dahi ku.

“Aku okayla.” Kataku lalu menutup mata ku. Aku terbatuk lagi sebelum aku terlelap. Aku perasan sepupu-sepupu ku melihat aku. Apa aku peduli sekarang, yang penting aku tidur.

ANDIE POV

Aku melihat muka Amelia pucat. Hmmp, kesian Amelia. Apabila kitaorang semua naik ke kereta Kevin, tinggal parents Amelia dan Amelia lagi. Aku melihat mama Amelia tengah berkata sesuatu
dengan Amelia. Amelia kemudiannya mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia kemudiannya berlari ke arah kereta ini. Apabila dia menaiki kereta itu, John memberi beg tangannya. Dia mengucapkan
terima kasih lalu batuk. “Err, awak okay ker?” tanya ku sambil memegang dahinya. Dah demam panas ne.

“Aku okayla.” Katanya lagi lalu menutup matanya. Amelia kemudiannya terbatuk sebelum dia terlelap. Aku dan sepupuku melihat dia dengan sedih. Tetiba aku ada idea.

“Guys!” kataku memanggil mereka. Sepupuku semua melihat ku.

“Apa kata kita jaga Amelia. Maksud aku, jadi bodyguard dia. Nak?” tanyaku. Mulanya, sepupuku membantah, tetapi, apabila melihat Amelia yang senang dapat sakit mereka setuju.

“Okay aku join!” kata Fikri.

“Aku jugakk!” kata David

“Kita berdua join!” kata si kembar.

“Me too.” Kata Samuel. Sekarang ne tinggal Kevin lagi. Semua mata memandang Kevin.

“Aku on!” kitaorang sorak secara senyap-senyap. Takut nanti Amelia bangun.

“Tapi..” kata Kevin. Semua melihat kembali Kevin. “Masa sekolah, korang mesti lindungi dia dan jauh kan dia dari lelaki-lelaki playboy. Takut nanti dia terperangkap dengan pujukan playboy tu. Dan korang mesti ada dengannya sepanjang sekolah itu. Tak kira la siapa yang jaga dia, tapi dia mesti ada dengan kamu semua. Faham?” kata Kevin memberi amaran kepada kitaorang. Kami semua menganggukkan kepala tanda setuju. Sampai sahaja di garaj kereta, aku melihat parents Amelia tengah tunggu kedatangan anaknya. Apabila Kevin mematikan enjin keretanya, parents Amelia segera berlari mendapatkan Amelia.

“Hey Liaa, wake wakey!” kata Anty Mia mengejutkan Amelia. Amelia perlahan-lahan membuka matanya sambil memegang dahi dia. “Let me carry her.” Kata Uncle Richard lalu mengangkat tubuh Amelia yang lemah itu. Kesian aku melihat Amelia.

Share this novel

Syafiqah Fiqah
2021-03-05 08:21:37 

tak lojik akal


NovelPlus Premium

The best ads free experience