Bab 13

Humor Completed 21602

AMELIA POV

Recap : “Aku pernah ada girlfriend dulu. Nama dia..”

Kevin mengeluh sambil menundukkan kepalanya. Dia menekup mukanya. Aku kemudiannya mengusap-usapkan belakangnya.

“It’s okay!” kataku sambil melihatnya. Kevin mengangkat mukannya lalu dia melihat ku.

“Nama dia Emily! Dia seorang yang baik hati, penyayang dan cantik orangnya!” kata Kevin sambil senyum ke arahku. Aku melihat ada titisan air mata yang keluar dari matanya.

“Di mana Emily sekarang?” tanya ku.

“Awak nampak kat langit tu, kat sana lah dia sekarang. Dia pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.” Kata Kevin sambil melihat ke langit itu. Kemudian, dia mengeluarkan air matanya.

“She told me that she really love me and she will never forget me!” kata Kevin lagi. Aku kemudiannya berdiri lalu aku pergi berhadapan dengan dia. Aku memegang pipinya lalu aku menarik mukanya ke dalam dakapanku.

Kevin terus sahaja menangis.

“Shh! It’s okay. Bukan salah awak. Mungkin Tuhan nak kita terima kenyataan yang mereka yang dah meninggalkan kita telah pergi buat selama-lamanya. Mungkin juga Tuhan telah memberikan kita ujian yang lain.” Kata ku sambil mengusap-usap kan kepala Kevin.

“I miss her damn much, Amelia! Saya tak boleh terima kenyataan yang dia telah pergi buat selama-lamanya. Saya telah berjanji dengan diri saya bahawa saya tak nak bercinta lagi. I just want Emily back.” kata Kevin yang masih lagi memelukku.

“You must let her go, Kev. Emily nak tengok awak bahagia. Bahagia dengan orang lain.” Kataku sambil mengangkat mukanya.

Aku mengesat air matanya lalu senyum. “One day, you will meet someone who are special to you! and that moment, you will realize that you have another chance to love someone just like you love Emily.” Kataku sambil melihat Kevin.

Kevin kemudiannya senyum ke arah ku. “Thanks cousin!” kata Kevin lalu dia mengelap air matanya. Aku senyum ke arah Kevin lalu aku duduk. “Anything for you!” kataku.

“Awak tahu Amelia, ne tempat ialah tempat rahsia aku. Aku dan Emily sahaja tahu ne tempat. Apabila aku tengah emosional, aku akan pergi ke tempat ne. Tempat ini sungguh nyaman.” Kata Kevin lalu dia membaringkan tubuhnya.

“Awak tahu, kalau betul lah apa awak cakap kalau aku jumpa perempuan lain, aku takkan lepaskan dia.” Kata Kevin.

“Itulah semangat yang aku nak dengar.” Kataku lalu aku membaringkan badanku di sebelah Kevin. Kami diam buat seketika.

“Amelia!” panggil Kevin.

“Yesh?” tanya ku sambil melihat Kevin.

“Awak sayangkan James tak?” tanya Kevin. Aku melihat Kevin.

“Sayang~” kataku lalu aku senyum.

“Kalau awak sayang, don’t ever leave James okay!” kata Kevin.

“Okay?” kataku kebingugan. Speaking of James, aku terus sahaja melihat jam di tanganku. Jam menunjukkan pukul 1.45 petang.

“We better go. Aku nak bersiap sedia!” kata ku sambil berdiri. Kevin juga begitu. Kami berjalan menuju ke kereta Kevin lalu kami meninggalkan tempat itu.

“Feeling better?” tanyaku sambil melihat Kevin.

“Ya! Thanks to you!” kata Kevin sambil memasuki pintu pagar rumah itu. Kevin memberhentikan kereta itu kemudian bodyguardku segera berlari ke arah ku. 002 membuka pintu untuk ku lalu aku turun. Kevin juga begitu. Setelah itu kami masuk ke dalam rumah.

~~

Tepat jam 3 lonceng rumah berbunyi menandakkan ada orang datang. Aku menjenguk ke luar tingkap bilik ku lalu aku melihat ada satu buah kereta myvi berwarna putih. Siapa punya pulak ne? aku kemudian segera membetulkan rambutku dan aku segera mengambil beg tanganku.

“AMELIAAA!” teriak uncle Henry. Aku kemudiannya berlari anak menuju ke tangga itu. Aku melihat uncle Henry tengah menungu ku. Aku perlahan-lahan menuruni tangga itu. Uncle Henry senyum ke arah ku. Aku senyum semula.

“Date ker?” tanya uncle Henry. Aku menganggukkan kepalaku. Kemudian aku melihat ke arah pintu luar. James sedang menunggu ku di luar. Begitu juga dengan Uncle Herman.

Uncle Henry mengiringi ku ke pintu luar. Setelah itu aku berdiri di sebelah James. Uncle Henry dan uncle Herman berpeluk tubuh sambil melihatku dan James. “Have fun korang berdua. James, jangan sakitkan Amelia yer! Uncle ada ramai konco-konco yang tengah memerhati awak! And be back at 8 pm okay!” kata uncle Herman.

“Baik uncle! Kami meminta diri dahulu!” kata James lalu dia menarikku. Aku kemudiannya melambai-lambaikan tangan ku ke arah uncle-uncle ku. Setelah itu James membuka pintu untuk ku. Kemudian aku masuk.

“James, err bodyguard aku kena ikut kitaorang lah.” kata ku.

“It’s okay! Lagipun di Mall tu sekarang ramai fangirls sepupu awak. Which means, awak pun termasuk sebab mereka dah tahu yang awak ne anak buah kepada anak dato.” Kata James sambil menghidupkan enjin kereta nya.

“Sejak bila awak boleh bawa kereta ne?” tanyaku.

“Bulan lepas aku dah dapat lesen memandu lah.” kata James. Aku melihat ke belakang bahawa kereta bodyguardku tengah mengikuti kami dari belakang.

“So, nak pergi mana ne?” tanya ku sambil melihat James. James senyum lalu dia berkata

“Adalah~ rahsia!” kata James.

“Yerlah tu!” kata ku sambil melihat ke hadapan.

~~

Di Mall~

James memberhentikan keretanya lalu dia keluar dari situ. Baru sahaja aku nak buka pintu itu tiba-tiba James membuka pintu untuk aku. Kemudian aku keluar sambil menyandangkan beg tanganku ke lenganku.

“Thanks!” kata ku. James kemudiannya meletakkan tangan kanannya di belakang pinggangku. Kemudian, James memakai cermin mata berwarna hitam. Sejurus kemudian tu, bodyguardku ke belakang ku dan James.

“Awak betul ker tak ne awak tak marah kalau bodyguard aku ikut kitaorang?” tanyaku.

“Tak, buat apa aku nak marah. Lagipun ne memang kerja diorang nak jaga awak.” Kata James. Apabila kami masuk ke dalam mall itu, sesetengah orang melihat ke arah kami. Mula lah mereka berbisik antara satu sama lain.

Aku menundukkan kepalaku. Malu.

“Buat macam biasa jer! Takyah buat macam tu.” Kata James yang menyedari aku tengah malu. Mulanya aku merasakan okay tetapi beberapa minit kemudiannya, fangirls sepupuku mula mendekati aku dan James.

“Kak, betul ker akak anak dato?” tanya perempuan itu. Aku diam tak tahu nak kata apa.

“Kak, tolong kirim salam dengan Danny!” kata perempuan lain lagi. Aku mula berasa tak selesa. James memegangku erat.

“Err, tepi sikit. Kami nak lalu ne!” kata James sambil menolak-nolak fangirls sepupuku. Tidak lama kemudian kami di kerumuni oleh orang-orang yang lalu di situ. My God! Kataku dalam hati.

Tiba-tiba ada satu kertas terbang ke arah ku. Aku segera mengambil kertas itu lalu aku memegang kertas itu erat. James mula rasa bengang. Aku segera menekan rantai itu.

Sejurus kemudian, bodyguardku segera menolak-nolak orang yang berada di sana. Boduguardku membawa kami dari situ. Lama kelamaan, orang di sekitar sana mula bersurai.

Aku menghembus nafas lega. James kemudiannya duduk di sebelahku. Bodyguardku tengah memerhati orang sekeliling.

“Amelia, jom keluar~~aku rasa lebih baik kita pergi ke tempat yang tak ramai orang. Lagi pulak, aku nak bawa awak ke satu tempat!” kata James sambil senyum ke arah ku.

“Baiklah, jom!” kataku. Apabila aku berdiri, tiba-tiba ada satu kertas jatuh. Aku melihat di bawah lalu aku tunduk untuk mengambilnya. Aku membuka kertas itu.

“HUTANG IBU BAPA KAU BELUM SELESAI!” – UNCLE TOM

Terkejut aku sebaik sahaja membaca surat itu. Kemudian aku terduduk sambil memegang kepalaku. “Shit!” kataku sambil memejam erat mataku menahan sakit kepala.

“Ameliaa!” kata James lalu dia duduk di sebelahku.

“Miss, minum ne air!” kata 002 sambil memberikan aku sebotol air mineral. Aku kemudiannya meneguk air itu lalu aku membaringkan kepalaku di bahu James. “Just wait 5 minit okay!” kataku lalu aku memejam mataku.

5 minit kemudian~~

Rasa sakit kepala mulai redah. Aku kemudiannya membuka mataku lalu aku berdiri. “Dah okay dah?” tanya James. Aku senyum lalu menganggukkan kepalaku. “Jom!” kataku sambil menarik tangan James. James kemudiannya meletakkan tangannya ke pinggangku.

“This is my style when I walk with you. i hope awak tak kesah kalau aku letakkan tangan ku di pinggang awak!” kata James lalu memakai cermin matanya semula. Apabila aku dan James keluar dari Mall itu, fangirls sepupuku mula menyerang kami berdua.

Bodyguardku segera memberi jalan untuk kami berdua. Aku segera masuk ke dalam kereta sebaik sahaja James membuka pintu kereta untuk aku. Aku masuk lalu aku memakai tali pinggang keselamatan.

James masuk lalu menghidupkan enjin keretanya lalu James memecut laju dari Mall itu.

Dalam perjalanan, kami berdua senyap. Hanya radio sahaja bergema di kereta itu. Tiba-tiba lagu All of Me by John Legend main. Aku melihat ke luar tingkap lalu aku mula menyanyi ikut rentak lagu itu.

Semasa aku tengah menghayati lagu itu, aku merasakan James melihatku. Aku mengendahnya. Selesai sahaja, James bersuara.

“Nice voice!” kata James sambil senyum.

“Thanks!” kataku. Kemudian aku melihat ke hadapan. tidak lama kemudian, aku mengingati aku bersama Kevin di bukit. Aku melihat James.

“James!” panggil ku.

“hmm!” James berkata.

“Awak kenal tak Emily?” tanyaku. James melihat ku dengan muka terkejut. Kemudian dia melihat ke hadapan.

“Errr, anything wrong?” tanyaku sambil melihat James.

“Girlfriend Kevin?” tanya James.

“Ya, aku nak tahu kenapa Emily tinggalkan Kevin?” kataku.

“Bagaimana awak tahu semua ne?” tanya James.

“Ohh, tadi dalam perjalanan balik hantar korang, Kevin singgah ke satu tempat. Dia kata dia pernah ada girlfriend dahulu. Actually, aku nak tanya dia tapi aku tak sampai hati.” Aku menjelaskan kepada James.

“Emily sebenarnya cinta pertama Kevin. Dulu, Emily dan Kevin sentiasa bersama-sama. Sebelum Emily dan Kevin kenal, Emily sentiasa di buli di sekolah. Pada suatu hari tu, Kevin ternampak Emily di kepung oleh samseng di sekolah. Kevin berasa sangat kasihan dengan Emily. Kevin pergi menyelamatkan Emily. Sejak dari kejadian itu, Kevin sentiasa lindungi Emily. Emily sebenarnya dia ada penyakit jantung. Emily takut untuk memberitahu Kevin kerana Emily sangat sayang akan Kevin. Hingga pada hari prom~~ dimana Kevin ingin menjemput Emily, tiba-tiba dia menerima panggilan bahawa Emily di masukkan ke hospital. Kevin segera pergi ke hospital untuk melihat Emily. Sampai sahaja di wad, Emily menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Kevin. Kevin tidak dapat menerima kenyataan yang Emily dah pergi buat selama-lamanya. Setiap malam, Kevin akan menangis mengenang kenangan manis dan pahit dia dan Emily.” Kata James panjang lebar.

Ada air mata menitis di pipi ku. Poor Kevin. Kemudian aku mengelap air mataku. Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di suatu tempat yang sunyi. Aku kemudiannya keluar dari kereta James lalu melihat pemandangan itu. Sungguh cantik.

James menarik tanganku lalu dia membawa aku ke satu tempat. Di situ terdapat meja yang terhidang dengan makanan Western. Terdapat dua buah kerusi dan candlelight di atas meja. Meja itu terletak betul-betul dengan pemandangan matahari terbenam.

Pemandangan di tepi pantai sangat la cantik. Ia sungguh nyaman. Boleh menghilangkan sedikit stress.

“Cantik!” kataku terpengun akan pemandangan di situ. Bodyguadku mengawasi kami berdua. James kemudiannya menarik kerusi untuk ku. “Have a sit!” kata James. Aku senyum lalu aku duduk.

James kemudiannya duduk di hadapan ku. “Sangat cantikk lah.” kata ku. “Khas ne untuk awak seorang sahaja.” Kata James.

“Jemput makan!” kata James lalu membuka dulang makanan. Aku segera mengambil sudu lalu makan makanan itu.

~~~~

Selesai sahaja kami berdua makan sambil bersembang, James membawaku ke tepi pantai. Kami bercerita dan bergurau senda sehinggalah matahari terbenam. Aku duduk di pasir itu sambil senyum.

James kemudiannya duduk di sebelah ku lalu melihat ku. Aku melihatnya. Aku membuat muka hairan sambil senyum ke arah James.

“Hye!” kata James. Aku gelak.

“Hye too!” balas ku.

“Guess what?” kata James lagi.

“What?” kataku.

“Saya suka awak!” kata James. Aku terdiam.

“What?” kataku lagi.

“Amelia!” James berkata sambil memegang tanganku. Aku melihatnya sahaja. Berdengup kencang jantungku.

“I really like you! will you be my girlfriend?” tanya James dengan penuh semangat. Aku bagaikan tidak percaya dengan kata-kata James. Aku diam buat seketika. Hanya ombak sahaja memecah kesunyian itu. James melihat tepat ke arah mata ku.

Tiba-tiba sahaja, kata-kata Kevin terlintas di minda ku..

“Kalau James confess dengan awak, jangan tolak. Terima lah dia. Dia budak baik. Dia setia.”

“Never let go someone yang awak benar-benar cintakan!”

Aku melihat James. kemudian aku memeluknya erat. “I guess this means yes?” kata James. Aku kemudiannya berkata “Yes!” kataku. James memeluk ku. “I love you Amelia Richard! I will never break your heart!” kata James.

“Love you too, James.” kata ku.

Kemudian aku meleraikan pelukkan aku lalu aku gelak. James membuat muka hairan.

“Happy ker jadi girlfriend saya?” tanya James. “Haha, no la, aku cuma tak sangka yang aku ada boyfriend sekarang!” kataku lalu aku berdiri.

James berdiri kemudian dia segera mengangkatku macam bridal style. Aku meletakkan kedua-dua tanganku di leher James lalu senyum. James kemudiannya memutarkan membuatkan aku gelak.

Kemudian, James memberhentikan putaran lalu dia melihatku. Aku senyum. Tiba-tiba, James mendekatkan mukanya ke mukaku. Dia menutup matanya. Aku terkejut melihatnya. Semakin dia mendekatkan mukanya dengan muka ku, semakin itu lah berdengup kencang jantungku. Aku menutup mata ku perlahan-lahan.

Baru sahaja James ingin mencium mulutku tiba-tiba James membuang ku ke dalam air. Terkejut aku dibuatnya.

“JAMESS!” teriak ku lalu aku berdiri. Basah kuyup aku di buatnya. Aku melihat James tengah gelakkan aku. Aku mengetap bibirku lalu aku berlari mendekati James yang masih lagi ketawa. Kemudian, aku menarik lengan James membuatkan James terjatuh. Dia juga basah kuyup seperti aku. Aku gelakkan dia sampai terduduk aku ketawa.

James mendekatiku lalu dia duduk di sebelahku semula. “Thanks James! Today I have a great day. Lagi-lagi kalau aku bersama awak! Thanks!” kataku lalu aku memeluk James.

“Anything for my princess!” kata James. Sedang-sedang kami bergurau senda, 001 menerpa kami. 002 pula menghulurkan aku tuala untuk mengelap badanku.

“Miss, masa untuk balik.” Kata 001. James melihat jam tangannya. Jam menunjukkan 7.30 malam. “Jom lah balik! Nanti mereka cari awak lagi!” kata James sambil menarik ku untuk berdiri.

Kami segera meninggalkan tempat itu.

~~

Tepat jam 8.00 malam kami sampai di rumah. Uncle Henry dan Uncle Herman sudah pun berdiri di pintu menunggu ketibaan aku dan James. belum sempat bodyguadku membuka pintu untuk ku, James membukanya.

Aku keluar lalu aku segera membalut badanku menggunakan tuala yang telah diberikan oleh 002. James segera membawa ku ke pintu masuk rumah.

Aku melihat uncle Henry dan uncle Herman membuat muka hairan. Aku senyum. James sudahcpun menundukkan kepalanya. “Hai uncle!” kataku.

“Hai jugak. Kenapa korang basah kuyup ne?” tanya uncle Henry.

“Err, kitaorang baru sahaja lepas main air tadi! Hehe!” kata James sambil menggaru-garu kan kepalanya. Aku menganggukkan kepalaku.

“Jemput lah masuk dulu. Korang berdua pergi keringkan badan korang.” Kata Uncle Herman. Kami segera masuk ke dalam rumah. Apabila kami masuk ke dalam rumah, aku melihat sepupuku dan auntie-auntie ku semua berada di ruang tamu.

Mereka melihatku.

“Wahh, James! apa awak buat dengan Amelia huh?” kata Danny.

“Amelia! hujan tak turun kenapa korang berdua basah ne?” tanya Jojo.

“Kitaorang pergi pantai tadi. Kitaorang main air tadi!” kata ku menjelaskan kepada sepupuku.

“James, kalau Amelia sakit. Awas lu!” kata Andie sambil melihat James. James tersengih-sengih.

“So, dah couple lah ne?” tanya auntie Chelle sambil melihatku. Aku merasakan pipiku panas.

“Ya!” kata James.

“Wahh! Tahniahhhh!” kata auntie Sarah. Kami senyum.

Tiba-tiba uncle Herman berdehem. Semua orang terdiam. “James, mulai hari ini. Awak mesti berjanji akan menjaga dan melindungi Amelia!” kata uncle Herman sambil melihat James.

“Baiklah uncle. Saya janji akan jaga Amelia with all my heart!” kata James.

“Eleh, berspeaking konon!” kata John.

Aku gelak.

“Amelia, nanti sambung. Korang pergi mandi dulu.” Kata Auntie Sherry. Aku menganggukkan kepalaku lalu aku berlalu dari situ. James mengikuti ku dari belakang.

“James! nanti kalau awak dah siap. Awak turun dulu yer! Kami ada hal nak cakap dengan awak!” kata Uncle Henry.

“Baiklahh uncle.” Kata James.

~~~

JAMES POV

Aku tak sangka bahawa aku dan Amelia dah jadi pasangan. Aku gembira sangat. Dari awal aku jumpa dengan dia, aku terus sahaja jatuh hati dengan dia. Aku janji tidak akan bermain kayu tiga dengan Amelia.

Aku kemudiannya menutup shower itu lalu aku mengelap badanku. Kemudian aku keluar dari bilik mandi Kevin. Aku melihat Kevin tengah baring di atas katil sambil mendengar lagu di headphone nya.

Aku perlahan-lahan berjalan ke arah bilik persalinan Kevin. Aku memakai t-shirt yang aku bawa. Setelah itu aku memakai seluar pendek paras lutut. Aku kemudiannya keluar dari situ sambil mengelap rambutku yang basah.

Aku memakai perfume lalu melihat Kevin. Kevin tengah menghayati lagu di headphone nya. Aku kemudiannya mengambil bantal lalu membuang tepat ke arah mukanya. Terkejut Kevin di buatnya.

Kevin membuka headphonenya lalu melihatku.

“So, awak dan Amelia dah couple?” tanya Kevin.

“Dah!” kataku sambil menyikat rambutku.

“Saya nak awak jaga dia kay! Di sekolah aku tak dapat tengok-tengokkan dia, awak tolong eh jauh kan dia dari Geng Spicy terutama sekali Jane!” kata Kevin.

“Yes boss!” kata ku. Aku kemudiannya melihat Kevin.

“Kev, awak tak nak bercinta lagi ker?” tanyaku. Kevin melihatku.

“Entah lah James. Sekarang ne, aku cuba move on untuk melupakan Emily. Aku harap sangat aku dapat move on.” Kata Kevin sambil mengeluh.

“Sabar yer! Tak lama lagi awak akan berjumpa dengan bidadari cantik. Contohilah aku.” Kata ku sambil senyum.

“Eleh, dahlah pergi sana! Ayah aku nak jumpa awak tuh!” kata Kevin. Aku gelak lalu keluar dari situ. Aku segera menuruni tangga itu. Aku melihat uncle Henry memanggil ku. Aku segera pergi ke tempatnya.

Aku masuk ke dalam pejabat nya. Di sana, aku melihat auntie-auntie Amelia ada di sana termasuk uncle Herman dan uncle Henry.

“Sini, duduk!” panggil auntie Chelle. Aku segera ke tempat auntie Chelle lalu duduk di sebelahnya.

“Sebenarnya, ada apa?” tanyaku.

“Kitaorang nak bagitahu tentang Amelia!” kata uncle Henry. Amelia? kenapa dengan dia?

“Awak perasan tak, sejak akhir-akhir ini Amelia selalu sahaja menerima kertas ataupun ancaman? Sedar tak?” tanya uncle Henry lagi.

“Ya aku sedar! Semasa kami di Mall pun, Amelia menerima kertas kecil.” Kataku.

“Sebenarnya, Amelia sekarang dalam bahaya. Disebabkan itulah, kami mengupah bodyguard untuk Amelia. Masa Amelia kecil dahulu, Amelia ditimpa kemalangan yang serius. Ia menyebabkan Amelia hilang ingatan.~~~”

~~~

Selesai sahaja uncle Henry menjelaskan tentang masa lalu Amelia, aku terkejut. Demi dadah, Tom ingin mengambil Amelia.

“Sekarang awak faham kan, uncle harap awak faham.” Kata uncle Henry. Aku menganggukkan kepalaku.

“Baiklah, dah lewat dah ne. awak patut balik sekarang.” Kata uncle Herman. Aku kemudiannya berdiri lalu keluar dari situ. Aku kemudiannya mencapai kunci kereta lalu aku keluar dari situ.

Aku menghidupkan enjin kereta lalu pergi dari situ. Sebenarnya rumah aku dan rumah mereka tak lah jauh sangat. 10 minit dah sampai rumah aku dah. Aku segera mematikan enjin kereta ku lalu aku keluar dari kereta ku.

KNOCK! KNOCK!

Tidak lama kemudian, ayahku membuka pintu ku untuk ku. “Ahh, James. Dah sampai dah? so, how it is? Dah couple dah?” tanya Ayahku sambil senyum.

“Dahh! James happy sangat.” Kata ku lalu masuk ke dalam rumah.

“Baguslah James happy. Err, James, pergi ruang tamu kejap. Ayah ada nak bagitahu awak dan adik awak!” kata ayahku.

Aku menganggukkan kepalaku lalu aku berjalan menuju ke ruang tamu di mana mamaku dan adikku, Sweet berada. “Hai mama!” kataku sambil senyum ke arah mamaku. Kemudian aku memeluk mamaku.

Aku kemudiannya mengangkat Sweet dari pangkuan mamaku. Sweet baru sahaja berumur 4 tahun. I know right, jauh beza umur kitaorang.

Aku kemudiannya duduk lalu meletakkan Sweet di paha aku. “Abangg!” kata Sweet lalu dia bermain-main tanganku. Kemudian ayahku duduk sambil melihat kami berdua.

“James, esok malam, ayah dan mama kena pergi overseas selama 1 tahun di London. Ada urusan kami perlu selesaikan.” Kata ayahku. Aku begitu tak percaya akan hal tersebut. 1 tahun? What?

“Ayah nak korang tinggal dengan uncle Henry sekeluarga buat sementara. Rumah ne akan di renovate.” Kata ayahku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience