Bab 6

Humor Completed 21602

Recap :

Selepas itu aku pergi ke katil lalu aku baring. “Besok ialah hari pertama aku masuk ke sekolah. Fuhh!” kataku sebelum aku dibuai mimpi.

Tepat jam 6.45 pagi lonceng ku berbunyi. Aku membuka mataku lalu mengeliat. Hari ini, ialah hari pertama aku ke sekolah. Aku kemudiannya mengemas katilku lalu aku segera masuk ke dalam bilik mandi ku. Aku mengambil masa 10 minit untuk membersihkan badanku ini. Setelah itu, aku pergi ke bilik pakaian ku lalu memakai baju seragam sekolah.

Selesai sahaja, aku pergi ke meja solekku lalu mengikat rambutku dengan kemas. Dah lama dah aku tak ikat rambutku. Asyik lepaskan rambut jer. Kemudian, aku memakai minyak wangi agar badan ku tidak berbau. Jam 7.10 pagi aku keluar dari bilikku sambil membawa beg sekolah berwarna biru muda. Aku memakainya.

Aku menuruni tangga itu lalu pergi ke meja makan. Di situ, sepupuku semuanya tengah makan sarapan pagi. “Hey Amelia!” kata Jojo dan Danny.

“Morning Amelia!” kata John dan Samuel.

“Hey!” kata Fikri.

“Hey y’all!” kataku lalu aku duduk di sebelah Andie. Aku mencapai sekeping roti dan menyapunya dengan planta.

Aku kemudiannya memakannya. Kevin datang lalu duduk di sebelahku. Dia mengambil segelas kopi.

“Weii korang, nanti aku hantarkan bekal makanan untuk korang semua.” Kata Kevin lalu meneguk kopi itu. “Okay, selamat duit aku!” kata Samuel.

Aku senyum mengingati kejadian semalam. Jam menunjukkan 7.25 minit pagi, kami semua berangkat ke sekolah mengikuti kereta Kevin. Dalam perjalanan pergi ke sekolah, tetiba Kevin berkata “Samuel dan Andie, korang berdua jaga Amelia di kelas. Yang lain jaga Amelia. Jangan korang berpisah dengannya. Dia ne budak baru, kalau Geng Spicy bulinya, korang call aku. Faham!” kayta Kevin sambil membelok ke kiri.

“Yer boss!” kata sepupuku serentak. Aku cuma menggeleng-gelengkan kepalaku. 10 minit perjalanan ke sekolah telah pun tiba. Semua sepupuku turun tinggal aku lagi. Fikri yang terakhir keluar menutup pintu itu. Aku melihat ke luar tingkap, ramai pelajar perempuan mengepung sepupuku.

“Kenapa tak turun lagi?” tanya Kevin sambil membuat muka hairan. Aku melihat ke luar tingkap. Selepas itu aku melihat Kevin. “Aku tak nak keluar dulu. Aku takut fans korang mensyaki sesuatu. Sah-sah aku yang diorang aim.” Kata ku sambil melihat keluar tingkap. Sepupuku mula berjalan menuju ke pintu masuk sekolah.

Pelajar perempuan pun mula bersurai.

“Aku turun dulu lah. Bye” kataku sambil turun dari kereta itu. Aku menutup pintu itu lalu melihat ke tempat Kevin. Kevin melambai-lambaikan tangannya lalu dia berlalu dari situ. Aku memasuki pintu pagar itu lalu mendongak untuk melihat ke atas. “WOW!” kataku. Cuma itu sahaja yang boleh aku perkatakan kerana bangunan sekolah itu sangat lah besar dan cantik. Bangunan itu seperti bangunan hotel.

“Ne sekolah atau hotel ne?” kataku. Royal High School merupakan sekolah swasta. Kebanyakkan pelajar-pelajar di sekolah ini datang dari golongan orang kaya. Yelah nama pun sekolah Royal mesti kebanyakkan di sini anak-anak Dato dan golongan anak-anak orang kaya. Kata Samuel, semua kelas ada penghawa dingin dipasangkan. Semua pun royal lah dikatakan. Aku mengeluh lalu berjalan-jalan melihat di sekelilingku.

Ternyata begini pula sekolah. Tanpa aku sedari, aku terlanggar seseorang. Dan orang itu mengadu kesakitan sambil menengkingnya. “Ma..maaf kan saya!” kata ku sambil melihat orang itu.

“Woi! Agak-agak lah nak jalan. Jalan pakai mata bukan pakai telinga!” teriak perempuan itu. ku menahan sahaja esakan ku. Aku takut. Mana sepupuku ne? tiba-tiba aku merasakan seperti ada tangan yang menarik rambutku. Ternyata perempuan itu menarik rambutku dengan kuat. Aku menahan kesakitan ku. Rasa sangat pedih. Air tangisan ku mula gugur. Kevin, tolong aku.

“Jane! Ne bukan budak baru ker?” tanya seorang perempuan itu. Perempuan yang menarik rambut ku atau dikenali sebagai Jane, melihat ku lalu senyum.

“Ha’ak lah! ada sasaran baru lah!” senyum Jane. Rambutku semakin dia Tarikannya menyebabkan aku mengadu kesakitan.Beberapa orang pelajar nampak akan kejadian itu, tetapi mereka terus sahaja lari.

“Jom, aku nak ajar perempuan ne macamana nak hormat aku!” kata Jane kemudian dia menarik rambutku. Aku menangis meminta dia melepaskan tangannya daripada rambutku. Kawan-kawannya yang lain menolak-nolak badanku untuk berjalan.

Kevin! Kata ku dalam hati sambil menangis.

Tiba-tiba, langkah Jane terhenti. Dia kemudiannya membuka satu pintu. Kemudian, dia menolak ku masuk ke dalam bilik itu. Dia menolak ku sehingga aku terjatuh. Aku melihat sekeliling bilik itu. Ternyata, bilik itu ialah bilik stor.

Jane dan kawan-kawannya masuk lalu menutup pintu itu. Mereka ketawa. Apabila aku ingin mengundurkan diri, aku merasakan ada air mengalir di siku ku. Aku melihat siku aku. Rupa-rupanya, siku ku luka akibat serpihan kaca itu. Aku melihat mereka.

“Mulai hari ne, awak akan menjadi sasaran baru kitaorang sehinggalah awak berambus dari sekolah ini.” Kata Jane. Aku melihat pintu itu tiada orang jaga. Inilah kesempatan untuk aku lari dari sini.

Aku memberanikan diriku untuk bangun. Jane dan kawan-kawannya terkejut. Belum pernah mangsa mereka berani melawan mereka. Kemudian, aku memberanikan diriku untuk lari dari situ. Baru sahaja aku nak memulas tombol pintu itu, tiba-tiba kawan-kawan Jane lari mendapatkan aku. Mereka memegang kedua-dua lengan ku lalu mengheretku ke tempat Jane.

“TOLONG! TOLONG!” teriakku. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.

“HEI!” teriak Jane lalu memegang pipiku sambil membuat muka marahnya. Habis lah aku.

“Kau dengar sini. Kau fikir ada orang ker nak tolong kau? Takkan ada orang punyalah nak lalu di sini! Ha ha!” gelak Jane dan kawan-kawannya.

“Siapa nama awak?” tanya Jane.

“Amelia!” kata ku sambil menudukkan kepalaku.

“Amelia, aku nak kenalkan. Ini Geng Spicy! Geng Spicy ialah geng yang terkenal. Semua orang tunduk dengan kitaorang.” Kata Jane.

“Dan sekarang, aku nak pukul kau sebab kau dah lari dari aku tadi.” Senyum sinis Jane. Aku melihatnya lalu menangis teresak-esak.

“Jangan!” kataku lalu mengeluarkan air mataku. Jane mengenggamkan tangan kanannya dengan kuat. Langsung itu dia menghayunkan tangannya ke perut Amelia. Amelia menutup matanya. Menunggu kesakitan yang bakal terjadi.

PASHHHH!

Aku membuka mataku lalu melihat ke arah pintu itu. Kawan-kawan Jane segera melepaskan lenganku.

“WOII!” teriak suaru itu kemudian sekumpulan remaja lelaki yang amat aku kenali masuk ke dalam stor itu. Aku terduduk apabila sepupuku masuk ke dalam stor itu.

“AMELIAA!” teriak sepupuku lalu pergi mendapatkan aku.

“Sam..sampai pun!” kataku.

“Woii, apa korang buat dengan Amelia hah?” kata Jojo sambil melihat Geng spicy itu. Jane tiba-tiba berubah muka. “Eii, manada kitoarang buat apa-apa dengan dia. Kitaorang Cuma tolong..” kata Jane sambil membuat suara minta pujinya. Suara gedik.

“Penipu! Sekarang korang ikut aku jumpa pengetua!” kata Danny lalu menarik kasar tangan Jane. Fikri, Jojo dan John menarik dan mengheretkan kawan-kawannya yang lain.

“Amelia! Awak okay ker?” tanya Samuel sambil melihat ku. Ada air mata yang keluar dari mataku lalu memeluk Samuel.

“Aku takut!” kataku lalu menangis teresak-esak.

“It’s okay Amelia. It’s okay. We are here already, jom!” kata Samuel lalu mengangkatku untuk berdiri.

“Hari ini awak tak boleh masuk ke dalam kelas. Aku call Kevin dulu untuk jemput awak. Nanti aku explain sama Uncle Herman.”Kata Andie kemudian dia mengambil telefon bimbitnya.

“Ehh, Amelia! Siku awak berdarah!” kata James kemudian dia mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap darah yang keluar.

“Jom kita ke UKS(UNIT KESIHATAN SEKOLAH)!” Samuel dan yang lain-lain pergi ke UKS dengan aku. Sesampai sahaja di UKS, Samuel segera memanggil jururawat itu. Jururawt itu kemudiannya menarik lengan aku dan merawatnya. “Amelia, kitaorang minta maaf bebanyak sebab kitoarang tak tunggu awak tadi.” Kata Andie.

“It’s okay! Bukan salah korang. Lagipun, aku yang jalan tak pakai mata.” kataku lalu senyum.

“Sebenarnya, apa yang telah ter..” belum sempat James bertanyakan soalan kepadaku. Tetiba ada suara yang panggil namaku.

“Ameliaa!” teriak seseorang. Aku melihat ke pintu masuk UKS. Ternyata Kevin pula yang teriak nama aku.

“Apa dah terjadi ne?” tanya Kevin sambil tercungap-cungap. Andie dan Samuel menundukkan kepala mereka. Kevin melihat mereka berdua. “Kan aku dah suruh korang jaga Amelia!” kata Kevin sambil mengeluh.

“Kitaorang minta maaf.” Kata Andie dan Samuel. Kevin mengeluh lalu melihat ku. Sungguh masa tu aku berasa sangat takut apabila aku berjauhan dengan Kevin. Aku mengeluarkan air mataku. Aku takut kalau Geng Spicy tu datang balik cari aku.

“Ameliaa!” kata Kevin behadapan dengan aku. Aku terus sahaja memeluk Kevin.

“Aku takut dengan mereka!” kata ku lalu menangis teresak-esak. Kevin memelukku kemudian dia mengusap-usap belakang ku.

“It’s Okay Amelia. Saya disini.” Kata Kevin.

“Ameliaaaaa!” aku medengar seseorang memanggil ku. Tetapi aku menghiraukannya. Aku memeluk erat Kevin.

“Wei!” kata Jojo dan John apabila melihat Kevin. Mereka memberhenti kan langkah mereka lalu menudukkan kepala mereka. Begitu juga dengan Danny dan Fikri.

“Korang!” kata Kevin sambil merenung mereka.

“Errr, Kev, kitaorang nak min..ta maa..afff!” kata Jojo. Aku senyum melihat kelakuan mereka.

“Kata nak jadi bodyguard Amelia.” Kata Kevin lagi.

“Ini last warning. Kalau korang tak jaga betul-betul Amelia lepas ne, aku memberhentikan Amelia dan biar Amelia homeschooling.” Kata Kevin.

Jojo, John, Danny, Fikri, Andie dan Samuel termasuk James melihat Kevin. “Kenapa? Takut Amelia nak berhenti sekolah? Kalau betul korang semua bodyguard Amelia. Korang mesti jaga dan lindung dia.” Kata Kevin lagi. Aku melihat muka sepupuku. How lucky I am to have them!

“Em, Lepas ne kitaorang akan jaga Amelia dengan baik. Kitoarang janji!” kata John. “Hmm, bagus lah. sekarang aku nak bawa Amelia balik. Hari ne dia tak dapat masuk kelas.” Kata Kevin.

“Baiklah boss!” kata mereka semua.

“James, bak sini jaket kau!” kata Kevin. Memandangkan mereka nak melepasi koridor yang ramai pelajar, so Kevin hendak menekup muka ku supaya pelajar tidak mensyaki sesuatu.

James membuka jaketnya. Dia mengerti kenapa Kevin nak kan jaketnya. Kevin tahu dia ada lebih jaket di lokernya.

“Nah, awak pakai ne!” kata Kevin lalu memberi jaket itu kepadaku. Agak besar jaket itu apabila aku memakainya.

Hmm, wangi betul bau jaket James. Aku tersenyum sendiri. “Okay! Awak pakai hoodie ne supaya muka awak boleh di tutup.”

“Dahla, jom kita balik!” kata Kevin lalu senyum. Kevin kemudiannya mengesat air mataku kemudian dia senyum. Aku berdiri dari katil itu.

“Bye guys” kata ku lalu melambaikan tangan ku ke arah sepupuku yang lain termasuk James. Aku sempat senyum dengan James.

Kevin menarik hoodie jaket ku lalu dia menutup muka ku. “Just hold on.” Kata Kevin lalu dia keluar sambil memegang pinggang ku.

Sejurus kemudian, pelajar perempuan datang ke arah Kevin sambil memanggil nama Kevin. Kevin memperlajukan langakahnya. Begitu juga aku. Aku mendengar Kevin membuka pintu keluar sekolah ini. Lama kelamaan, bunyi bising semakin hilang. Kevin membuka pintu untuk ku. Aku pantas sahaja masuk ke dalam keretanya lalu membuka hoodie itu.

Kemudian, Kevin masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. “Fuhh!” kataku sambil menghembus nafas.

“Amelia, awak okay?” tanya Kevin sambil melihat ku.

“Aku okay. Cuma aku takut hendak ke sekolah lagi. Aku takut ramai pelajar akan membuli ku lagi.” Kata ku sambil menundukkan kepalaku.

“Sorry Amelia!” Kevin memohon maaf. Aku melihatnya.

“Kenapa?” tanya ku.

“Sebab aku tak dapat jaga awak semasa awak di sekolah!” kata Kevin sambil mengusap-usap kan kepalaku.

“It’s okay! Lagipun ada James dan mereka semua.” Kata ku sambil senyum. Kevin senyum lalu dia pecut laju dari sekolah itu. Sepanjang perjalanan, aku cuma mendiamkan diri ku. Kemudian tu, aku tertidur.

~~~

“Shut up Uncle Tom. I want to sleep.”

“Arghhhh!!!!!!”

“Don’t Uncle Tom! Don’t!”

“MUMMMYYY! DADDYY!”

“I Want AMELIA!!”

“WATCH OUTTTT!”

BOOOMMMMM!

“MUMMMYYYYYY!”

~~

“ARGHHHHH!” teriakku kemudian aku membuka mataku. Terkejut Kevin kemudian dia memberhentikan kereta di perhentian bas. Aku masih lagi terkaku di situ. Air peluh meleleh di dahi ku.

“Amelia! Awak okay ker?” kata Kevin kemudian dia mengambil tisu lalu mengelap dahiku.

“Awak mimpi apa?” tanya Kevin.

“Diaa..” kata ku. Aku tidak dapat memberikan apa-apa kata. Kerana, nama Tom bermain di minda.

“Dia siapa Amelia!” kata Kevin sambil melihat ku. Aku melihat Kevin lalu memegang tangan Kevin.

“Kev, aku nak jumpa parents aku.” Kata ku. Kevin mengeluh.

“Kitaorang tak dapat kesan mereka di mana sekarang. Semua nombor telefon mereka semua tidak dapat membuat panggilan.” Kata Kevin.

Oh no!

“Kenapa Amelia? Siapa Dia awak maksudkan?” tanya Kevin.

“Tom!” kataku.

“Dia lagi? Sebenarnya dia tu siapa? Apa kaitan awak dengan dia?” tanya Kevin.

“Aku tak tahu dia siapa. Sejak ibu bapa ku kembali ke Amerika, nama Tom tiba-tiba menghantui ku.” Kataku.

“Okay, sekarang ne kita balik ke villa. Awak patut berehat. Muka awak pucat sangat. Jangan risau, aku akan jaga awak!” kata Kevin lalu dia membawa kereta nya ke villa.

Sesampai di villa, aku keluar dari kereta Kevin. Kevin mengiringi ku masuk ke dalam rumah itu.

“Ameliaa honey! Kenapa dengan awak?” tanya Auntie Chelle sambil memeluk ku. Aku memeluk Auntie Chelle. Sekemudian itu, auntie Sherry dan auntie Sarah datang ke tempat sambil membuat muka terkejut.

“Oh My Gosh Amelia! What happened to you?” tanya auntie Sarah.

Aku melihat Kevin. Kevin segera berkata “Nanti aku ceritakan. Aku nak bawa Amelia ke biliknya.” Kata Kevin lalu menarik ku dari Auntie-auntie ku. Auntie-auntie ku sangat lah risau dengan keadaan ku sekarang.

Aku melihat Kevin. “Thanks!” kataku. “Ur welcome!”Apabila aku dan Kevin masuk ke dalam bilik ku tetiba terbeliak mataku apabila melihat bilik ku bersepah dan berselerak. Aku terduduk disitu. Kevin segera berlari mendapatkan auntie-auntie kitaorang.

Aku melihat ke satu tempat. Aku melihat ke cermin itu ada tulisan merah. Aku membaca tulisan yang ditulis oleh orang itu.

‘Anywhere you go, I am with you. You cannot find me, but I will always find you. And I will watch you!’’

Aku menangis teresak-esak. Kenapa ne? apa Tom nak dari aku? Siapa kau? Aku menekup muka ku. “Ayahh, Ibuu. Lia nak korang!” kataku sambil menangis teresak-esak.

“Ameliaa!” kata Kevin sambil mengusap-usap belakang ku.

“Kev, apa salah aku?” tanyaku lalu memeluk Kevin.

“Oh MY GOSH! Kenapa bilik awak besepah ne?” tanya auntie Sarah.

“Auntie, takkan auntie tak sedar yang ada orang masuk dalam rumah?” tanya Kevin sambil memegang ku.

“Auntie pun tak tahu Kevin. Villa ne besar sangat. Kitaorang tak perasan pun ada orang masuk ke dalam bilik ne. Siapa punya angkara ne?” tanya Auntie Sherry pula.

“Ne semua angakara Tom!” kata ku sambil melihat auntie-auntie. Terbeliak mata auntie-auntie sebaik sahaja aku menyebut nama Tom.

“Dah! Dah! sekarang biar pengasuh-pengasuh bersihkan bilik ne. buat sementara Kevin tolong bawa Amelia ke bilik kamu. Biar dia berehat di situ.” Kata Auntie Sarah.Kevin segera mengangkatku lalu kitaorang berjalan menuju ke bilik Kevin di mana biliknya cuma bersebelahan dengan bilik aku.

Aku segera membaringkan tubuh ku di katil Kevin. Kevin kemudiannya hendak keluar dari bilik nya tetapi aku menghalang nya. “Kev! Tolong jangan pergi!” kata ku sambil menangis.

“Dah! Dah!” kata Kevin kemudiannya dia menarik kerusi nya ke tempat katil nya.

“Just try to sleep okay!” kata Kevin.

“Saya takut Tom datang lalu melukai ku lagi!” kata ku sambil mengeluarkan air mataku.

“If I am with you, there is no worries you have to worry about! I will always there for you! Just try to be relax okay!” kata Kevin dengan lembut. Kemudian, dia mengelap air mataku.

“Thanks Kevin sebab awak lah satu-satunya orang yang boleh tenangkan saya. Thank you so much!” kataku.

“Well, Kevin lah dikatakan.” katanya sambil menunjuk hebat. Aku gelak. “I am lucky to have you as my cousin!” kataku.

“Okay, you need to sleep. Don’t worry, saya akan berada di sebelah awak. Lagipun ngantuklah sekarang. Boleh saya tidur di sebelah awak?” kata Kevin.

“Suree!” kataku lalu aku menutup mataku.

~~~

KEVIN POV

Sebaik sahaja aku mendegar dengkuran kecil dari Amelia. Aku perlahan-lahan berdiri. Aku melihat Amelia. Masih ada lagi air matanya di pipinya. Sungguh kasihan aku melihat Amelia.

Aku menghampirinya lalu megesat air matanya. Kemudian, aku keluar dari bilik ku. Aku memanggil dua pengasuh yang baru sahaja keluar dari bilik Amelia.

“Bik!” kataku. Sejurus kemudian tu, pengasuh itu datang ke arah ku.

“Yer tuan?” katanya sambil menundukkan kepalanya. “Awak tolong jaga Amelia kat bilik saya. Jangan beri sesiapa masuk kecuali saya. Dan satu lagi, jangan keluar sehingga aku beritahukan.” Kataku memberi arahan.

Pengasuh itu mengangguk-anggukkan kepalanya kemudian mereka berdua masuk ke dalam bilik ku. Setelah itu, aku berjalan menuju ke ruang tamu dia mana auntie-auntie ku berada.

“Hai auntie sekalian!” kataku lalu duduk berhadapan dengan ku. Auntie Sarah segera menutup televisyen itu lalu melihat ku.

“Sebenarnya apa yang telah terjadi dengan siku Amelia?” tanya Auntie Sarah.

“Kenapa sampai berbalut?” tanya Auntie Chelle lagi.

“Sebenarnya, Amelia di buli oleh Jane and The Geng. Amelia tidak sengaja terlanggar si Jane tu. Kemudian, Amelia segera meminta maaf tetapi si Jane tu bertindak kasar dengannya. Dia membawa Amelia ke stor. Jane tolak Amelia kasar sehingga membuatkan Amelia terkena serpihan kaca. Itu lah yang membuatkan siku Amelia di balut. Nasib baik lah, anak-anak auntie segera pergi menyelamatkan Amelia. Kalau tak, dah terlantar lah Amelia kat hospital.” Kata ku panjang lebar.

Auntie-auntie ku membuka besar mulut mereka. Bagai tak percaya sahaja dengan kata-kataku. “Betul ker si Jane buat begitu?” tanya Auntie Sherry.

Aku menganggukkan kepalaku. “Kesian kat Amelia. Dahlah ibu bapa dia kat Amerika. Sekarang ne ibu bapa Amelia tidak dapat dikesan. Terakhir Mia kata dengan kita ialah tolong jaga anak aku dengan baik. Lepas tu, kitaorang tak dapat dah call mereka. Nak balik ke Malaysia pun, tetiba sahaja ticket penerbangan mereka dibatalkan.” Kata auntie Chelle sambil mendengus.

Aku cuma melihat karenah auntie-auntie ku. “Okay sekarang, kita perlu tunggu yang lain balik. Kemudian malam, kita akan berbincang tentang masalah Amelia.” Kata auntie Sherry.

“Perlukah Amelia ikut sekali?” tanya ku.

“Buat masa sekarang, jangan dahulu. Amelia sekarang ne tengah memproses apa yang telah berlaku di masa lalunya. Kalau Amelia mendengar sekali masalah ne, makin tambah kepalanya pening.” Kata Auntie Sherry.

Aku mengangguk-anggukkan kepalaku.

“Kevin sekarang awak boleh pergi ke bilik awak. Jaga Amelia.” Kata Auntie Chelle. AKu mengangguk lalu berdiri. Kemudian, aku berjalan menuju ke bilik ku. Sebelum aku masuk ke dalam bilik ku, aku masuk ke dalam bilik Amelia. Aku melihat ke sekeliling ku. Bagaimana pencuri itu boleh masuk ke dalam bilik ini? Aku pergi ke tingkap Amelia. Aku melihat dengan teliti setiap sudut tingkap itu. Tiada apa-apa yang menarik dengan tingkap itu. Apabila aku ingin memusingkan badanku aku melihat ke luar tingkap. Aku melihat ke bawah.

Apa tu? Aku mengecilkan mataku. Terdapat sekeping gambar di bawah tanah. Aku segera berlari menuju ke bawah. Aku kemudiannya pergi ke tempat di mana gambar itu berada. Aku melihat gambar itu kemudian aku terkejut melihat gambar itu. Terbeliak mataku.

“Ini….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience