Bab 10

Humor Completed 21602

Beberapa minit kemudian, kami pun telah tiba di villa. Belum sempat bodyguardku membuka pintu untuk ku tiba-tiba Kevin berlari ke arah kereta lalu membuka untuk ku.

“Amelia!” katanya sambil menarik ku keluar.

“My God Kevin!” kataku sambil melihatnya.

Kemudian, Kevin memeluk ku erat. “Thanks so much you are save!” kata Kevin.

“Dude! Aku pergi kejap jer lah!” kataku sambil senyum. “Yerlahh! Tapi aku risau sebab awak keluar jalan-jalan sorang-sorang!” kata Kevin sambil berpeluk tubuh.

“Kevin! Sekarang awak tak perlu risau okay! Sekarang aku ada di hadapan awak so awak jangan risau lagi okay!” kataku sambil memegang pipinya. Kevin senyum lalu dia mengangkat beg sekolah ku.

“Jom masuk!” ajak Kevin sambil menarik lenganku.

“Kejap lah, kita ada tetamu!” kataku lalu menarik balik lenganku. Alex berdehem.

“Ohh! Haii! Maaf tak perasan awak ada kat sini.” Kata Kevin sambil senyum.

“Tak apa bro!” kata Alex sambil mengangkat beg pakaiannya. Aku senyum lalu menarik tangan Alex meninggalkan Kevin disitu. “Ohh, ada kawan baru, dah tak nak layan aku lah!” kata Kevin sambil mengikuti aku dan Alex ke dalam rumah. Alex memegang lengan ku erat.

“Hai Amelia, dah balik dah?” sapa auntie Sherry sambil senyum. Diikuti oleh auntie Chelle dan auntie Sarah. “Hai auntie. Yaa, baru jak Amelia balik.” Kataku sambil senyum ke arah mereka. Aku melihat Alex menundukkan kepalanya.

“Ne siapa pulak? Ne mesti Alex kan?” tanya auntie Chelle. Alex ragu-ragu untuk melihat muka auntie-auntie ku. “Err.. hai …da…tin!” gugup sangat Alex. Auntie-auntie ku gelak.

“Ehh, Alex. Tak payah panggil datin la. Panggil auntie jerr!” kata auntie Sherry lalu memegang pipi Alex. Alex kemudiannya tersengih-sengih.

“Sebenarnya auntie, Alex ne takut.” Kataku sambil melihat Alex.

“Aih? Kenapa pula nak takut? Auntie tak makan orang pun.” Kata auntie Sarah.

“Alex takut di pandang rendah oleh auntie.” Kataku sambil senyum.

“Adakah patut kami nak pandang rendah dengan orang yang cantik, baik dan tomboy?” kata auntie Sarah. Kemudian kami gelak.

“Dah, dah! korang berdua naik atas bersih kan badan. Nanti auntie suruh pembantu masakkan makan tengah hari untuk kamu berdua okay!” kata auntie Chelle.

“Jangan lupa kami berlapan yerr!” kata Jojo yang baru sahaja turun dari tangga itu.

“Baiklaaa!” kata auntie Chelle kemudian mereka bertiga berjalan menuju ke destinasti mereka. Kami berdua berjalan menuju ke bilik ku.

“Wahh! Besar sungguh rumah nee!” kata Alex sambil melihat sekeliling rumah itu. Sampai sahaja di tingkat atas, aku kemudiannya belok ke kanan.

“Banyak nya pintu!” kata Alex sambil mengira pintu itu. “Semuanya lapan pintu.” Sambungnya lagi. aku cuma senyum sahaja. “Ne lorong, bilik remaja semua. Hujung kanan bilik Jojo. Hujung kiri bilik John. Sebelah bilik John, bilik Fikri. Sebelah bilik Fikri pulak bilik Danny. Sebelah bilik Danny, bilik Samuel. Sebelah bilik Jojo pulak, bilik Andie. Sebelah bilik Andie pula, bilik Kevin. Sebelah bilik Kevin, bilik aku.” Kataku sambil menerangkan bilik-bilik itu.

“Wow!” kata Alex.

“Jom lah masuk!” kataku sambil membuka pintu untuk Alex. Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik ku, Alex terpengun melihat bilik ku. “Wow, warna purple la bilik awak.” Kata Alex sambil meletakkan beg pakaian di katil ku. “Haha, mestilah purple. Favourite aku.” Kataku sambil mengambil tuala untuk ke bilik mandi.

“Lex, aku pergi mandi kejap. Awak buat lah apa yang awak nak buat. Awak pergi ke bilik Samuel ker, terserlah. Buat rumah sendiri yer!” kataku sambil menutup pintu itu. Semasa aku tengah membersihkan badanku, aku mendengar Alex menutup pintu itu. Kemudian aku segera mencapai tuala ku.

~~~

Selesai sahaja aku memakai baju dan seluar, aku terus sahaja ke katil ku.

Tok! Tok!

“Masuk!” kataku sambil meletakkan smartphone ku di meja lampu ku. Aku melihat Kevin tengah masuk ke dalam bilik ku sambil membawa beg sekolah ku. Dia meletakkan beg sekolah ku lalu dia melihat ku.

“Yesh?” kataku.

“Kenapa awak balik lambat?” katanya sambil melihatku.

“Selepas korang jalan, aku dan Alex pergi ke perhentian bas menunggu kenderaan. Suddenly, ada ne group perempuan buli budak kecil. Then, si Alex pergi tolong budak tu. Nama budak tu Rina. Ia mengambil beberapa minit untuk menyelesaikan masalah tu. Selepas itu baru lah kitaorang pergi ke rumah Alex. Kemudian kitaorang balik lah!” kataku sambil melihat dia.

“Ohhh, lain kali awak ikut je lah aku. Tak payah nak ikut bodyguard awak. Kay!” kata Kevin sambil senyum ke arah ku. “Aku dah janji akan jaga awak!” sambung Kevin lagi.

“Hmm, aku tak tahu lah. sebab, di sekolah sekarang ramai dah tahu yang aku ne anak buah pengetua. So, mana-mana pun aku sentiasa dikerumuni oleh orang sekeliling. Aku perlukan juga bodyguard supaya tak lah aku rasa sesak nafas.” Kata ku sambil melihat Kevin.

Kevin mengeluh. “Ada baik juga awak ada bodyguard.” Kata Kevin. “Alolo. Merajuk ker? Tak paa, nanti pergi sekolah aku ikut korang. Biar bodyguardku ikut di belakang. Okay! Di sekolah bodyguarku akan jaga ku.” Kataku sambil senyum ke arah nya.

“Hmm, okay!” kata Kevin.

“Weik korang!” teriak Jojo selepas sahaja masuk ke dalam bilik ku. Terkejut aku di buatnya.

“Ish awak ne, tak reti nak ketuk pintu ker?” dengus Kevin.

“Hehe, maaf lah. aku nak bagitahu ne, kalau aku dah download movie. Horror movie!” kata Jojo sambil senyum ke arah kami berdua.

“Movie apa?” tanya Kevin.

“Panaromal Activity!” kata Jojo sambil membuat muka gembira. Panaromal Activity? Macam best jer tu. “Korang nak join ker kitoarang tengok?” tanya Jojo.

“hmm, boleh juga.” Kataku sambil senyum ke arah Jojo. “Okay lah aku pun join. Jam berapa?” tanya Kevin. “Jam 8 malam di ruang tamu.” Kata Jojo.

“Ok set!” kata Kevin. “Anak-anak! Makanan dah siap!” teriak Auntie Sarah. Kemudian kami berdiri lalu berjalan ke arah tangga.

“Weik Amelia. tunggu aku!” kata Alex sambil mengejar ku dari belakang.

~~~

Selesai sahaja kami makan, pembantu-pembantu membawa pencuci mulut. “Wahh!” kata Alex lalu dia menyuap kan aiskrim perisa chocolate ke dalam mulutnya. “Weik nanti kita pergi main basketball nak tak?” kata Samuel sambil menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya.

“Boleh jugaa! Sekarang dah jam 3.30 petang. Kita gerak sekarang lah!” kata Andie. “Ok!” kata mereka semua. “Amelia, awak nak ikut kitaorang main basketball ker?” tanya Danny.

“Err, tengo lah macam mana.” Kata ku sambil tersengih-sengih.

Selesai sahaja kami makan petang, kami segera ke bilik masing-masing untuk bersiap sedia.

“Amelia, awak pandai main basketball ker?” tanya Alex sambil menukarkan pakaiannya di bilik mandi. “Pandai, ayah aku ajar kan. Tapi hari ne, aku tak ada mood nak main.” Kata ku sambil menukarkan pakaian ku di bilik persalinan. Aku memakai t-shirt biasa berwarna biru dan jeans pendek. Kemudian aku memakai topi.

“Swag baby!” kata Alex apabila melihat ku. Aku senyum. “Jom lah!” kataku sambil menarik tangannya. Kami beruda berjalan menuju ke tangga. Apabila kami menuruni tangga itu, aku melihat sepupuku semua sudah bersiap sedia.

“Jom!” kataku kemudian aku berjalan menuju ke pintu utama.

“Kev, aku dan Alex ikut bodyguardku okay. Lagipun aku dan Alex dah tak muat dah kereta awak.” Kata ku sambil melihat Kevin. Kevin menganggukkan kepalanya tanda setuju.

“Hati-hati di jalan yer! Korang semua jaga Amelia!” pesan auntie-auntie ku. Aku senyum lalu memasuki kereta bodyguarku.

“001 kita pergi ke taman permaian.” Kataku. “Baiklah Miss!” kata 001.

“Amelia, ne malam kan kita tengok movie Panaromal Activity, awak takut ker?” tanya Alex.

“Erm, tak lahh. Aku tak takut pun nak tengok movie tu. The Conjuring pun aku tak takut. Awak?” tanya ku sambil senyum.

“Same, tapikan awak tahu tak sepupu awak tu penakut tengo movie hantu?” tanya Alex sambil senyum.

“Yer ker? Macam mana awak tahu?” tanyaku sambil melihatnya.

“Masa tu, kitaorang tengo cerita hantu di sekolah. Kevin masih lagi belajar kat sana. Kitaorang tengo lah cerita hantu. Selesai sahaja kitorang tengo, muka sepupu awak pucat beii. Bekecut perut aku melihat mereka. Si Jojo nak kencing tapi dia takut nak ke tandas. Sebab ada scene tu hantu kat tandas.” Kat Alex sambil ketawa.

“Yer ker? So, kenapa mereka nak tengok juga cerita hantu tu?” tanya ku sambil senyum.

“Lelaki biasalah nak tunjuk macho.” Kata Alex.

“So kenapa awak tanya?” tanya ku sambil melihat Alex.

“Kita takutkan diorang nak tak?” tanya Alex sambil senyum lebar.

“Haha, boleh juga! Aku pun nak try juga nak takutkan diorang ne!” kata ku sambil senyum.

“So, apa plan awak?” tanyaku.

“Begini…”

~~~

“Haha, terbaik lah plan awak!” kataku selesai sahaja Alex memberitahu plan nya. Tiba-tiba aku merasakan kereta ini berhenti. Aku melihat ke luar. Dah sampai dah. 002 dan 001 segera memebuka pintu untuk kami. Kemudian aku dan Alex keluar dari kereta itu. Aku, Alex dan bodyguardku berjalan ke arah gelanggang basketball menunggu sepupuku.

Disitu aku melihat susuk tubuh seseorang lelaki yang tengah bermain basketball. Dia melantun kan bola itu kemudian dia menjaringkan bola tu. Aku terpengun melihat lelaki itu. Disebabkan dia tidak memakai baju, telihat lah tubuhnya yang sasa itu. Tambah-tambah lagi abs nya. “Woii!” kata Alex. “Ahh? Yer?” kataku sambil melihat Alex.

“Hehe, tengah check lelaki tu ker?” tanya Alex. “Ishh, takde lah!”kataku sambil menepis tangannya. “Elehh, nak tipu pun tak pandai!” kata Alex sambil gelak.

“Ish awak nee!” kataku sambil memukul lengan Alex. Alex gelak. Gelak tawanya menyebabkan lelaki itu tadi melihat ke arah kami berdua. Apabila lelaki itu memusingkan badannya aku terkejut. “Hye Amelia!” lambai lelaki itu.

“Walaweii!” kata Alex sambil senyum.

“Oh, hai James!” kataku sambil berjalan ke arahnya.

“Awal sampai!” kataku sambil melihatnya yang tengah mengelap peluh yang meleleh di dahinya. “Ha’ah, aku sengaja ke sini awal.” Kata James sambil senyum. “Oh hai Lex!” kata James sambil highfive dengan Alex. “Bro, aku nak pergi main kejap! Korang chit chat la dlu!” kata Alex sambil melihat ku.

Aku mengetap bibirku. Alex ne ada-ada jer.

“So, how was your first day of school?” tanya James sambil duduk di sebelah ku. “Just fine, Geng Spicy masih lagi nak buli aku and the most annyoning is, fans sepupuku semuanya pergi ke tempat ku. Ugh!” kataku sambil mengeluh.

“Hoho, welcome to the club!” kata James sambil gelak. “Awak tak main ker?” tanya James lagi. “Em, hari tak. Tak de mood!” senyum ku.

“Mana Sepupu awak?” tanya James.

“Ohh, mereka sepatutnya..” belum habis ayat ku tiba-tiba John berlari ke arah kami berdua.

“AMELIAA!” teriak John.

“Hai John!” kataku sambil melihatnya yang tengah tercungap-cungap. “Amelia, awak tak apa-apa ker?” tanya John. “Tak apa-apa. Mana yang lain?” tanya ku.

“Kejap lagi mereka sampai.” Kata John kemudian dia melihat ke arah James.

“James, awak nak join kitaorang tengok movie tak?” tanya John.

“Bila?”

“Malam ne!”

“Movie apa?”

“Panaromal Activity! Nak tak?”

“Aku on jer! Asalkan aku tumpang tidur!”

“Baiklahh. Movie show jam 8 malam kat ruang tamu!”

“Sett!” kata James. Setelah itu, sepupuku semua sampai. “Hye Amelia” senyum Kevin ke arah ku. Dia meletakkan begnya di sebelah ku. “Hai jugakkk!” kataku. Semua sepupuku membuka baju mereka kemudian mereka pergi ke gelanggang basketball. Tinggal aku dan bodyguradku sahaja di situ.

Aku melihat mereka bermain dengan tekun. Sedang-sedang aku melihat mereka, tiba-tiba ada satu kertas terbang ke arahku. Kemudian, dia jatuh di tanah di mana kaki ku berada. Aku segera membuka kertas itu kemudian membaca ayat-ayat yang ditulis nya. I want to kill you Amelia Richard! Just wait and see.

Selesai sahaja aku membacanya, jantung ku berdengup kencang. Tangan ku menggigil. Kemudian, aku melihat sekeliling taman itu. Tiba-tiba mataku tertumpu pada susuk tubuh lelaki yang tengah berdiri membelakanginya. Setelah itu, dia berjalan meninggalkan tempat itu.

“Tak boleh jadi ne! Aku kena periksa siapa lelaki tu sebenarnya.” Kataku sambil mengetap bibir ku. Kemudian, aku segera berlari menuju ke tempat lelaki itu, meninggalkan sepupuku dan
bodyguardku.

“MISS!” teriak bodyguardku kemudian mereka berdua mengejar ku. Laungan bodyguardku membuatkan lelaki itu berlari.

“Ishh!” kataku lalu aku mengejar lelaki sekuat yang boleh. Aku tak boleh terlepas pandang. Semakin aku mengejar lelaki itu, semakin itulah lelaki itu memecut laju. Tiba-tiba aku tersandung batu menyebabkan aku terjatuh.

“OUCH!” kataku mengadu kesakitan. “Shit!” kataku sambil memegang lutut ku yang mengalir darah.

“Miss!” kata 002 lalu dia segera mengambil sapu tangan lalu dia mengelap darah yang mengalir. “Miss, kita kena pergi ke klinik.” Kata 002 lalu dia mengangkat ku.

“Tak payah, kita pergi ke tempat sepupuku. 001 awak ada bawa first aid kit tak?” tanya ku sambil menahan lutut ku yang sakit itu.

“Ada Miss, aku pergi ambil kan.” Kata 001 kemudian dia segera berlari ke arah kereta. Sampai sahaja di tempat duduk, 001 meletakkan aku di bangku itu kemudian dia mengangkat kaki ku yang luka itu. “Aduhh! Sakitnyaa!” kataku sambil menahan kesakitan.

“Amelia! Oh My God! KEVINN!” kata Andie sebaik sahaja dia sampai ke tempat ku. Dia segera memegang lutut ku. “Ouchh!” kataku.

“Apa hal?” tanya Kevin. Kemudian dia melihat lututku. “Amelia, apa dah jadi dengan lutut awak?” tanya Kevin sambil memegang lutut ku. Sepupuku semuanya berkumpul melihat ku.

Aku segera mencapai kertas tersebut lalu memberi kan kertas itu kepada Kevin. Kevin segera membaca ayat itu lalu dia melihat ku.

“Kita patut pergi dari sini. Sini tak selamat untuk Amelia.” kata Kevin.

“Tak apa! Korang pergi jer lah main. Kita baru sahaja sampai kat sini. Aku berehat kat sini. Lagipun, bodyguardku kan ada. Mereka boleh jaga aku.” Kataku sambil senyum ke arah mereka. Sepupuku membantah. “Hey, its okay! Korang pergi je la main. Let’s have some fun” kataku sambil senyum.

“Okaylahh,” kata sepupuku mengalah. Sekemudian itu, 001 segera berlari ke arah ku sambil membawa first aid kit. 001 segera membuka ubat untuk ku.

“Biar aku buatkan.” Kata James sambil mengambil kapas dan ubat yang dipegang oleh 001. 001 segera berdiri lalu 001 dan 002 berdiri di sebelahku.

“Thanks!” kataku sambil senyum ke arah James yang sedang menyapukan ubat di lutut aku.

“Ur welcome!” katanya kemudian dia membalut lutut kanan ku dengan kemas. Selesai sahaja James membalut lutut kanan ku dia kemudiannya menyimpan ubat dan pembalut ke dalam kotak first aid kit. Kemudian dia memberikan kotak firstaid kit kepada bodyguardku. James bingkas bangun dari berlutut lalu dia duduk di sebelah ku. Kami berbual sehingga lah sepupuku tamat bermain basketball.

~~~~

MALAM

“Amelia, awak dah ready ker untuk plan kita malam ne?” tanya Alex sambil mengeringkan rambutnya. “Dah, jom turun makan!” kataku sambil melihatnya.

“Let’s go” kata Alex lalu menarik lenganku. Apabila kami berdua keluar dari bilik ku, kami terserempak dengan Jojo dan John.

“Hai twins!” kata Alex sambil melihat mereka berdua. “Hai jugakk! Ohyaa, korang join kan tengok Panaromal Activity?” tanya John.

“Of course lahh!” kata Alex sambil mengenyitkan matanya.

“Korang tak takut ker?” tanya Jojo.

“Tak lah. korang takut ker?” tanya ku sambil melihat mereka. “Err, kita..orang kan lelaki, me..sti lah berani!” kata John ragu-ragu. Kemudian aku dan Alex ketawa.

Selesai sahaja kami menjamu selera, kami semua pergi ke ruang tamu. 5 minit lagi wayang nak bermula. Aku segera duduk di sofa panjang itu. Kevin duduk di sebelah kanan ku manakala James duduk di kiri ku -.- Jojo, John, Alex dan Danny duduk di lantai. Fikri, Samuel dan Andie duduk di sofa lain. Aku melihat semua sepupuku. Semuanya memegang bantal, James juga begitu. Aku senyum.
Alex melihat ku lalu senyum. Aku tahu maksudnya itu.

“Laaa, tak best lah kalau pasang lampu cengini.” Kata Alex lalu memuncungkan bibirnya.

“Ish, awak ne. biarlah ada lampu.” Kata Danny sambil melihat Alex.

“Kalau di pawagam, mesti tutup lampu. Ne takk!” kata Alex lagi.

“Yerlah!” kata Danny lalu mengeluh. Kemudian dia pergi ke suis lampu lalu menutup lampu.

“Ne baru best!” kata Alex lalu dia baring. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku. Wayang pun bermula.

~~~

Di pertengahan wayang itu, kelihatan ibunya di tarik dari tangga itu apabila dia ingin mengambil anaknya. Aku melihat sahaja aksi-aksi itu. Sepupuku sudah pun menutup mata mereka. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku. Kemudian aku sambung balik menonton wayang itu.

Tengah asyik aku menonton wayang itu, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang berat di bahu kiri ku. Aku melihat ke kiri ku. Kelihatan James tertidur di bahuku dengan nyenyak sekali. Aku melihatnya sambil senyum. Kemudian aku melihat semula wayang itu.

50 minit kemudian, wayang tersebut pun telah tamat. Alex sudahpun gelak melihat muka pucat sepupuku. “Haha, nak mampus aku tengok muka korang.” Gelak Alex. “Amelia, awak tak takut ker tengok wayang ne?” tanya Andie sambil melihat ku.

“Tak lah.” kataku lalu aku senyum. Kevin berdiri lalu mengeliat. “Ngantuk nyerr!” kata Kevin lalu menguap. “Dah nak dekat jam 11 dah ne. jom lah masuk tidur.” Kata Kevin. Sepupuku menganggukkan kepala mereka. Mereka semua mengeliat.

Aku melihat James yang tengah tidur di bahuku. “Kev!” panggil ku. Kevin melihat ku.

“James!” kataku. Kevin pergi ke arah ku lalu dia mengoyang-goyangkan badan James.

“James! James!” panggil Kevin.

James tergerak sikit badannya lalu dengan tidak sengaja dia memeluk ku. “Kejap lah!”katanya sambil menutup mata. Kevin mengetap bibirnya.

“Woi! Bangun lah!” kata Kevin meninggi kan suaranya. James kemudiannya membuka matanya lalu dia melihatku. Segera dia melepaskan pelukkannya.

“Oh~~ Maaf!” kata James sambil senyum ke arah ku. “It’s okay!” kata ku lalu aku berdiri. Aku mengeliat.

“Okay, jom lah kita masuk tidur.” Kata Kevin.

~~

Sampai sahaja aku dan Alex di bilik ku. Alex melihat ku. “What?” tanya ku. “Cehhh, ada orang gembira di peluk.” Kata Alex lalu dia duduk di katil ku. “Ishh, awak ne. jom lah prepare untuk plan kita!” kataku lalu aku pergi ke tempat meja makeup ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience