Bab 21

Humor Completed 21602

Di Hotel Ria..

Sesampai sahaja di Hotel Ria, James segera mematikan enjn keretanya. James dan Amelia keluar dari kereta James. James mengambil beg pakaian mereka dan mereka berdua berjalan menuju ke bangunan hotel itu.

James menolak pintu utama hotel itu dan lonceng berbunyi. Mereka berdua menuju ke kaunter untuk Check-in.

“Hello, selamat datang ke Hotel Ria” sapa Jean, pekerja di situ. Amelia dan James membalas senyuman Jean.

“Em, yesh. Kami nak dua buah bilik. Single room.” Kata James.

Jean melihat screen di computer kemudian dia melihat James dan Amelia.

“Sebelum tu, kami nak minta maaf, kerana, yang available sekarang cuma satu sahaja single room. Yang lain dah full.” Kata Jean.

James melihat Amelia. Amelia melihat Jean kemudian berkata, “Kitaorang ambil Single Room satu.” Kata Amelia sambil senyum.

“Baiklah Miss.”

Sesampai sahaja mereka di bilik 16, Amelia membuka pintu itu, kemudian mereka berdua masuk ke bilik itu.

Amelia meletakkan beg pakaiannnya di almari. Kemudian, dia berjalan menuju ke katil lalu dia baring di katil itu.

“Saya yang akan tidur di sofa, awak tidur di katil yer, supaya awak boleh berehat sepenuhnya.” Kata James sambil melihat Amelia. James meletakkan tangannya di dahi Amelia lalu dia mengusap perlahan-lahan dahi Amelia.

Amelia senyum lalu dia menutup matanya perlahan-lahan.

Apabila Amelia dibuai mimpi, James mengucup dahi Amelia sambil berkata “Selamat malam” kemudian, James berdiri lalu dia baring di sofa. Perlahan-lahan matanya juga tutup.

~~

KEVIN POV

“Bro!” Danny kejutkan aku. Perlahan-lahan aku membuka mata ku.

“What?!” kata ku yang masih mamai.

“Bangun la, kita nak pergi jemput Amelia.” Kata Danny. Baru aku teringat yang Amelia berada di hospital. Aku segera bangun lalu menuju ke bilik mandi.

~~

Aku keluar dari bilik itu lalu aku menuju ke bawah untuk mengambil sarapan aku sebelum aku menjemput Amelia dari hospital.

Apabila aku sampai sahaja di bawah, aku melihat Jojo tengah mengeluh berat sambil melihat telefon bimbitnya.

“Jo, pe hal?” tanyaku sambil melihat Jojo.

“James! Aku tak dapat contact dia.” Kata Jojo.

“Biar aku cuba.” Kata ku sambil menarik smartphoneku di poket ku.

Aku mendial nombor James lalu aku menekan punat hijau.

“nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi..” aku menekan punat merah.

Sekali lagi kau mencuba tetapi gagal.

“Maybe fon dia low batt kott.” Kata ku untuk menyedapkan hati Jojo.

“Tak, masalah dia sekarang ne, dari semalam lagi dia tak balik-balik.” Kata Jojo sambil melihat ku.

“Ehh? Bukan, dia ada balik ke ikut kitaorang?” Tanya ku kebingungan.

“Memang dia ada balik, tapi dia kata yang dia nak temankan Amelia di hospital.” Kata Jojo.

“Maybe dia kat situ.” Kata ku.

“Cuba awak call number Amelia.” Kataku lagi.

Jojo segera mencari number Amelia kemudian mendialnya.

Beberapa saat, Jojo mengeluh berat.

“Dia tak angkat!” kata Jojo lagi.

Kemudian, yang lain datang menerpa kami berdua.

“Pe hal?” Tanya Samuel.

“Amelia dan James tak angkat phone.” Kata ku.

“Yerlah, tadi pagi pun aku cuba, mereka berdua tak angkat telefon bimbit.” Kata Andie.

Fikiran tak baik terlintas di fikiran ku.

“Guys, jom gerak. Aku takut terjadi apa-apa dengan mereka berdua.” Kataku sambil mengambil kunci kereta ku.

Andie segera mengambil Sweet lalu keluar dari rumah itu.

~~

Sesampai sahaja kami di hospital, kami semua berlari menuju ke tempat Amelia di tempatkan.

Kami terhenti melihat bilik itu sedang dibersihkan.

Mana Amelia?!

“Um, Kevin?” tiba-tiba dua orang bodyguard Amelia datang ke arah kami. Aku melihat mereka.

“Amelia? Mana Amelia?!” kataku sambil melihat bodyguard Amelia.

“Kami.. kami tak tahu dia di mana sekarang.” Kata 001.

“What! Bukan kah tugas korang berdua jaga Amelia?” kataku sambil melihat mereka berdua.

“Sebenarnya.. semasa kami menjaga Amelia, tiba-tiba James datang. Dia meminta kami berdua tolong belikan makanan untuk Amelia. Kemudian, kami berdua pergi membeli makanan itu. Apabila kami sampai membawa makanan untuk Amelia, tiba-tiba mereka berdua hilang. Dan yang tinggal ini sahaja.” Kata 001 menerangkan apa yang berlaku semalam.

002 memberikan telefon bimbit Amelia dan James kepadaku.

“YOU SUPPOSED TO TAKE CARE OF AMELIA!” kataku lalu aku menumbuk dinding di situ. Orang yang lalu lalang terkejut melihat ku.

Sepupuku segera menarik ku keluar dari situ.

Hati ku sedang membara sekarang. Aku takut terjadi apa-apa dengan Amelia. Aku takut yang ini semua kerja Tom.

“Bro, bukan begini cara kita nak selesaikan masalah ini. Sekarang ne, kita perlu laporkan kepada polis dan beritahu ibubapa kitaorang.” Kata Danny sambil melihat ku.

Aku menarik nafas ku sedalam-dalamnya. Lalu aku menghembuskannya.

“Baiklahh.” Kataku.

“Kevin, kami berdua nak minta maaf, kerana lalai menjalankan tugas kami.” Kata 001 meminta maaf.

“Takpe, bukan salah korang.” Kataku.

“So. Now. Kita balik dahulu. Kita bincang kat rumah.” Kata Danny. Kami semua setuju.

~~

Sesampai sahaja kami di rumah, terdapat dua buah kereta polis sedang berparking di tempat letak kereta.

“Abang, mana abang Sweet?” Tanya Sweet sambil memeluk Samuel.

Kami semua melihat antara satu sama lain,

“Err, abang Sweet jalan dengan kakak Amelia.” Kata Samuel sambil melihat Sweet.

“Bila mereka nak balik?” Tanya Sweet lagi.

Kami membisu, tak tahu nak kata apa.

Tiba-tiba Auntie Sherry memanggil kami masuk.

Kami semua masuk ke dalam rumah dan terdapat empat orang polis tengah berbincang dengan ibu bapa kami.

Terdapat kerisauan di muka ibu bapa kami.

“Korang semua pergi naik atas, biar kami yang selesaikan masalah ini.” Kata Uncle Herman sambil melihat kami semua.

Kami semua menganggukkan kepala lalu kami semua berjalan menuju ke bilik Jojo dan John memandangkan bilik mereka besar.

Kami semua mengambil tempat duduk dan mengeluh berat.

“Abang Samuel, Sweet nak pergi main dengan 001 dan 002.” Kata Sweet sambil melihat Samuel.

“Okay, meh abang hantarkan.” Kata Samuel sambil membawa Sweet keluar.

“Kita perlu cari mereka berdua.” Kata Jojo sambil melihat kami semua.

“Ya, betul. Tapi bagaimana kita nak cari mereka berdua?” Tanya Andie.

Kami semua berdiam diri memikir kan sesuatu.

Tiba-tiba Danny mendapat satu idea.

“AHHAAAA! Aku tahu!” kami semua melihatnya.

~~

AMELIA POV

Haruman KFC menusuk di hidungku membuatkan aku terjaga dari tidurku. Aku perlahan-lahan berdiri melihat James tengah menyediakan sarapan untuk ku.

Aku menguap.

“Morning sweetheart.” Kata James sambil melihat ku.

“Morning.” Kataku sambil mengikat rambutku. Aku berdiri lalu aku mengeliat.

“Have a nice sleep last night huh.” Kata James sambil melihat ku.

“Yeap.” Kataku sambil mengambil tuala dan pakaianku.

“I’m gonna take bath first.” Kataku lalu aku masuk ke dalam bilik mandi.

~~

Selesai sahaja aku mengeringkan rambutku, aku terus sahaja menuju ke meja untuk mengambil sarapan pagi.

“James, aku dah selesai dah, Jom makan.” Kataku sambil melihat James yang tengah melayan PSPnya.

“Okay!” kata James kemudian dia berjalan menuju ke tempatku.

Kami berdua menjamu selera dengan bercerita antara satu dengan yang lain.

“So, apa rancangan awak?” Tanya James sambil melihat ku.

“Aku nak selesaikan hutang Tom dengan aku.” Kataku sambil melihat James.

“What if Tom hurt you?” Tanya James lagi.

“Idk. But I hope this will end forever.” Kataku.

James diam tak tahu apa-apa nak di katakan.

Selesai sahaja kami berdua mengambil sarapan pagi, aku segera mengambil laptop ku.

“Hey, Step Up Revolution?” tanyaku sambil melihat James.

“Sure.” Kata James lalu dia duduk di sebelah ku.

Sepanjang hari kami menghabiskan waktu kami dengan menonton movie di laptop ku.

Tepat jam 6.30 petang kami selesai menonton ke semua wayang yang ada di laptop ku. James meletakkan laptop ku di meja dan dia memakai jaket.

“Awak nak pergi mana?” tanyaku sambil melihat James yang tengah bersiap sedia.

“Aku nak pergi beli makanan kitaorang makan nanti malam.” Kata James.

“Um, aku ikut boleh?” tanyaku.

“Tak boleh.” Kata James lagi.

“James, jangan tinggalkan aku.” Kataku sambil melihat James. Aku berasa tidak sedap hati.

James berjalan ke arah ku lalu dia melihatku.

“Amelia, kita harus makan. Aku tak nak awak kelaparan.” Kata James sambil senyum ke arah ku.

Aku senyum lalu berkata “baiklah. Promise, awak balik dengan segera yer!” kataku lalu aku memeluk James.

James membalas pelukkanku.

“I promise I will be back!” kata James lalu dia mengucup dahiku.

Kemudian dia keluar dari bilik itu.

Aku berdoa agar tiada apa-apa berlaku dengan James.

~~

JAMES POV

Aku menghidupkan enjin keretaku lalu aku terus memecut laju meninggalkan Hotel Ria. Aku perlu cari makanan untuk Amelia.

Tiba-tiba hujan mulai turun.

Aku segera menghentikan kereta ku setelah mendapat parking lot. Aku mematikan enjin kereta ku lalu aku turun dari keretaku.

“Kak, dua nasi goreng.” Kataku sambil mengelap air yang meleleh di dahiku. Terdapat sedikit sahaja orang di kedai makan itu. Aku melihat ke sekeliling ku, takut-takut ada orang yang kenal muka ku.

Beberapa minit kemudian, dua bungkus nasi goreng telah siap. Pekerja itu membawa bungkus itu ke tempatku. Aku mengeluarkan duit untuk membayar makanan itu.

Baru sahaja aku ingin mengambil bungkusan nasi itu, tiba-tiba ada tangan yang menekup mulutku. Terkejut aku dibuatnya.

Aku segera mengerak-gerakkan badanku minta dilepaskan, tetapi orang itu kuat. Aku ingin menoleh tetapi orang itu tidak membenarkan aku menoleh.

Aku segera menyiku perut orang itu kuat, tetapi orang itu menahan. Tiba-tiba aku di tarik keluar dari kedai itu. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.

Kemudian, pandangan ku menjadi gelap akibat mata ku ditutup oleh kain.

Aku boleh merasakan yang mereka ne bukan dua tiga orang. Tetapi ramai.

~~~

AMELIA POV

Sekali lagi aku melihat jam di tanganku. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Mana James ne? perasaan takut menyelubungi diriku. Aku berjalan mundar mandir.

James? Awak kat mana?

Tiba-tiba ada ketukan di pintu. Aku berlari menuju ke pintu itu.

“James, kenapa awak lam-” Terkejut aku melihat dua orang lelaki yang tengah berdiri di hadapan ku. Aku tak dapat menyambung semula kata-kataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience