Bab Akhir

Horror & Thriller Completed 1178

Dia menghirup udara segar di padang tersebut.Matanya memandang ke langit biru diikuti dengan bunyi kicauan burung.Bibirnya menguntum senyuman sambil menunggu seseorang yang masih belum tiba.

Dia bangun apabila orang itu telah tiba sambil melambai lambai ke arahnya.Dia membalas lambaian itu.

"Dah lama sampai?"tanya Adrina.

"Hmm..lama jugalah..kesian saya dapat kawan yang tak punctual."usik Izzat.Gadis itu mencebikkan bibirnya.

Izzat tersenyum lalu duduk semula di ayunan tersebut.Begitu juga dengan Adrina.Dia duduk di ayunan sebelah.Masing masing diam seribu bahasa.

"Tak sangka..kita dapat bongkarkan rahsia kes culik tu kan."kata Adrina memulakan cerita.

"Ha ah..tapi pada masa yang sama kita kehilangan dua sahabat baik kita."balas Izzat dengan suara yang dikendurkan.Sayu mengingati Rizal dan Emma yang telah meninggalkan mereka 3 bulan yang lalu.

Begitu sayu hatinya melihat ibu bapa mereka meratap hiba dengan pemergian anak mereka dengan sekelip mata.

"Pasal mayat mayat remaja yang hilang tu..diorang terjumpa kat sungai belakang rumah wanita tu.."kata Izzat.

"Ohh kat situ..hmm kesian diorang.."

"Ermm..awak.."panggil Izzat.Adrina menoleh.

"Apa?"

"Masa kejadian tu awak ada cakap 'saya takkan ulangi kesilapan yang sama sekali lagi'..apa maksud awak?"soalnya.

"Sebenarnya..ayah saya meninggal sebab dia korbankan dirinya.."Adrina menarik nafas lalu dihembusnya perlahan.

"Masa umur saya 11..saya dan ayah saya bersiar siar di sebuah mall.Pastu ada kebakaran berlaku secara tiba tiba.Ayah bawa saya keluar dengan selamat tapi katanya..dia perlu selamatkan orang buta yang masih berada di dalam bangunan tu.Saya cuba untuk menghalangnya tapi dia tetap dengan keputusannya..sejurus selepas dia masuk,api di bangunan itu meletup dengan kuat..ayah mati dalam kebakaran tu sebab.. dia korbankan dirinya.."ingatannya kembali pada kenangan pahitnya.

Dirinya yang masih mentah hanya berdiri diluar sambil memanggil manggil ayahnya."Ayah..ayah.."tangisan gadis kecil itu begitu sayu bunyinya.

"Awak mengingatkan saya pada ayah saya dulu.Sebab tu saya takut kalau awak nak korbankan diri awak..newbie"jelasnya lalu menarik nafas sebelum menghembusnya.Dia tersenyum memandang Izzat yang kelihatan simpati dengannya.

"Saya nak tanya awaklah.."kata Izzat tiba tiba.

"Tanya apa?"

"Kenapa awak tak pernah sebut nama saya?asyik asyik newbie.."Adrina tertawa mendengar soalan Izzat.

"Sebab awak baru kat sini..salah ke?"Adrina menjongketkan keningnya.

"Tak salah tapi sekarang saya dah lebih 3 bulan kot kat sini."balasnya tidak puas hati.

"Yelah..nanti saya panggil awak iz..Aramugam.."usiknya.

Izzat menggigit bibirnya geram."Aramugam mana lagi ni?Izzatlah!I.Z.Z.A.T!!"

"Ye abang Izzat ku.."usiknya lagi lalu berlari ke arah gelongsor.Izzat menggeleng geleng.Hatinya berasa lega apabila telah dipastikan tiada lagi kes culik yang akan berlaku lepas ni.Kehilangan dua sahabat mereka dingat sebagai penyelamat remaja remaja penduduk bandar..Ophelia

Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience