Bab 12

Horror & Thriller Completed 1178

Mereka berempat berkumpul di sebuah cafe iaitu satu satunya cafe yang digemari oleh pemuda pemudi di bandar Opehlia.

Adrina menceritakan perkara yang diperolehi oleh ibunya semalam.Yang lain hanya menjadi pendengar setia.

"Anak yang dua lagi tu?"

"Entah..ibu saya kata dia tak tahu."

"Menurut cerita ayah saya pula..Anak sulung dan anak tengah pemilik rumah tu pun kena bunuh sebab diorang tak nak keturunan wanita malang itu berterusan dan menjejaskan lagi ekonomi bandar ni.."jelas Rizal.

"Hmmm..saya rasakan..pemilik rumah tu berdendam lah..ye lah,bayangkan kalau anak sendiri di benci oleh penduduk bandar pastu dibunuh dengan cara yang kejam..mestilah dia rasa marah..hati ibu yang mana takkan rasa sedih melihat anaknya dibunuh..kan??"balas Emma..

Izzat mengangguk setuju."Sebab tulah dia culik remaja remaja di bandar ni setiap 3 tahun dengan bilangan sebanyak 3 orang..dia nak balas balik dendam dia terhadap penduduk bandar Ophelia ni.."

"Aishh naik seriau aku dengar tau.."balas Rizal.Mereka berdiam diri buat seketika.Hanyut dalam fikiran masing masing yang masih lagi sarat dengan persoalan persoalan di minda.Adakah ibu kepada 3 anak itu yang menculik para remaja?Sampai bilakah dia akan terus menculik?Serabut memikirkan keselamatan masing masing..

Adrina menoleh ke tepi lantas terkejut melihat kelibat yang dilihatnya dalam mimpi tempoh hari sedang berdiri di luar kedai sambil memandang ke arahnya.Degupan jantungnya seakan akan hendak terhenti.

Berkerut dahi Izzat memandang gelagat gadis itu yang seperti sedang melihat hantu.Dia menoleh ke arah yang sama namun tiada apa apa yang dikesan oleh kornea matanya.

"Apa yang awak tengok?"tanya Izzat.

"Haa??err..tadii.."tiba tiba kelibat itu sudah tidak kelihatan lagi.

"Ermm..tak..takde pa pelah..hauslah pula..siapa nak air?saya nak gi order."katanya cuba untuk menyembunyikan perasaannya sekarang.

"Saya!saya nak Ais latte.."kata Rizal.

"Emma?"

"Saya nak jus epal."

"Awak?"Adrina menoleh ke arah Izzat.

"Saya ikut awak.."Adrina mengangguk lalu beredar ke arah kaunter.Mereka berbaris di belakang seorang wanita.

"Awak okey?"tanya Izzat lagi.Dia yakin Adrina ada terlihat sesuatu sebentar tadi.

"Saya okey.."balasnya sambil tersenyum.Izzat hanya mengangguk tidak mahu memaksa gadis itu.Dia memandang ke arah Adrina yang memfokuskan pandangan ke menu yang tergantung di dinding.

Gadis itu kelihatan berbeza jika ingin dibandingkan ketika berada di sekolah dan di luar.Rambutnya yang sentiasa terikat dilepaskan melepasi bahu manakala wajahnya hanya beralaskan bedak nipis.Alis matanya dan kening yang tebal,bibir merah merekah tanpa dicalitkan gincu membuktikan gadis itu sebenarnya cantik. Di sekolah tiada sesiapa yang menyedari hal tersebut.

Kemungkinan Adrina lebih cantik dari Emma jika dibandingkan dengan teliti kerana wajahnya lebih ayu dari Emma.

"Oii newbie..apa yang awak pandang?"tanya Adrina menyentap lamunan Izzat.

"Ha??err..tak..mu..muka awak.."balasnya tergagap gagap.

"Kenapa dengan muka saya?"soal Adrina dengan riak wajah yang kosong.

"Baru saya perasan yang awak ni..err..cantik.."perkataan cantik ditutur dengan perlahan seperti berbisik.

"Apa??tak dengar lah..suara tu kuatkan sikit.."Adrina mendekatkan sikit wajahnya pada Izzat membuatkan lelaki itu terundur sedikit.

"Ca..cantik..saya baru perasan yang awak ni cantik.."

Adrina mengangkat keningnya lalu memandang Izzat lama.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?"

"Awak baru perasan saya ni cantik?aihh apalah awak ni.."balasnya sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Err.."Izzat tidak tahu apa yang perlu dia balas.

"Hehe..saya gurau je lah..by the way thanks."kata Adrina lalu tersenyum.Izzat membalas senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience