Bab 6

Horror & Thriller Completed 1178

3 pelajar itu ralit memandang ke sebuah rumah yang tampak usang.Kelekaan mereka melihat rumah itu di pandang oleh seseorang dalam senyap.Mata yang menunggu mangsanya.

"Hmm..so now what?"tanya Rizal memecah kesunyian

"Kite masuk.."balas Izzat lalu mula melangkah namun dihalang oleh Adrina.

"Hold your horses there newbie..awak tak..eh bukan..kite tak tahu siapa or ape yang ada kat dalam tu.Awak tak rase ke yang apa apa je yang ade dalam rumah tu mungkin berbahaya." katanya.

"Saya tak tahu and sebab tu lah saya nak masuk sebab saya nak tahu."balasnya selamba lalu menyambung semula langkahnya.Adrina memandang dengan berat hati.

"Gile gile.."kata Rizal tiba tiba di sebelah Adrina.

Mereka berdua menuruti langkah Izzat lalu mereka semua sibuk memandang ke seluruh halaman rumah yang ditumbuhi rumput yang panjang hingga paras lutut.

"Dahlah korang,jomlah balik.Aku dah naik seram dah ni."kata Rizal sambil mengusap usap lengannya.

"Kite baru je nak start kau dah give up."

"Aku.. "ayatnya terhenti apabila pintu rumah yang diperbuat daripada kayu itu terbuka dengan luas. Bunyi keriutan menemani mereka.Masing masing menelan air liur yang dirasakan kesat.

"Nak ma..masuk ke?"tanya Rizal.

Izzat melangkah merapati pintu rumah itu diikuti dengan Adrina dan Rizal.Kawasan dalam rumah kelihatan begitu gelap.Tiba tiba kelihatan sesusuk tubuh sedang berjalan sambil terhinjut hinjut.Mukanya bengkak dan bajunya terkoyak koyak seperti dilibas oleh benda keras.Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan darah pekat.

"Karim!!"jerit Rizal dengan sisa terkejutnya.Mereka bertiga berlari untuk mendapatkan pelajar bernama Karim itu namun tiba tiba mata pelajar itu terbeliak sebelum tubuhnya rebah ke bumi.Kelihatan sebatang besi tertusuk pada bahagian belakangnya.Kemungkinan ada orang yang membalingnya tadi.

Serentak itu larian mereka terhenti sambil masing masing diterjah perasan takut dan ngilu.Karim mengangkat kepalanya menggunakan sisa tenaga yang masih dimilikinya.Mulutnya mengeluarkan darah yang mengalir pekat.

"To..tolong.."dalam sekelip mata kaki Karim yang masih berada di kawasan dalam rumah ditarik laju oleh seseorang yang tidak dapat mereka lihat kerana terlalu gelap.Diri masing masing masih kaku dengan kejadian yang begitu pantas berlaku.Jantung yang berdegup kencang tidak dapat dikawal dengan baik.

"Ki..kite kena keluar dari sini."kata Adrina lalu menarik lengan kedua lelaki yang masih diam tidak berkutik itu.

Setelah mereka keluar dari kawasan rumah itu mereka cuba menenangkan diri yang masih terkejut dengan kejadian yang mereka saksikan.

"Kite perlu call polis sekarang!"kata Izzat cemas.

"Tak boleh!"tegah Adrina.

"Kenapa tak boleh pula?"

"Sebab diorang akan tahu yang kita masuk ke dalam rumah ni."

"Biarlah dorang tahu.Ape yang dorang akan buat kalau dorang tahu sekali pun?"

"Diorang akan keluarkan kite dari Bandar ni. Sesiapa sahaja yang masuk campur urusan rumah tu akan dibuang dari Bandar Ophelia mengikut arahan ketua bandar."balasnya membuatkan Izzat bingung.

"Habis tu sekarang macam mana?ap..apa yang dah terjadi pada Karim sekarang?"sampuk Rizal tiba tiba.

Mereka bertiga bingung.Terlalu bingung memikirkan tindakan yang perlu mereka lakukan selepas ini.

"Kite lepak kat rumah aku pastu kita bincang kat sana.Bahaya kalau kite stay kat sini."cadang Izzat.Adrina dan Rizal berpandang antara satu sama lain sebelum mengangguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience