Bab 8

Horror & Thriller Completed 1178

Kring...
Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.Seperti biasa Izzat,Rizal dan Adrina akan berkumpul untuk berbincang tentang rancangan mereka.

"Apa plan kite?"

"Macam mana kalau kita umpan 'dia'?"cadang Adrina.

"Umpan macam mana?"

"Satu orang masuk ke kawasan rumah tu pastu kite tunggu sampai 'dia' keluar.Selepas dia keluar kite tangkap dia"

"Awak rasa dalam beberapa minit tu apa jadi pada orang yang masuk ke kawasan rumah tu?" balas Rizal.

"Huh..habis tu kite nak buat ape?"

"Buat masa ni kite siasat dulu latar belakang rumah tu dan pemiliknya supaya lebih senang kita atur rancangan dengan teliti lepas ni."ujar Izzat tenang.

"Aku setuju dengan kau."balas Rizal terangguk angguk.

"Hek eleh..pengecut lah awak ni."sindir Adrina kepada Rizal membuatkan lelaki itu sedikit tercabar.

"Amboi mulut..saya cili kang."balasnya namun bertambah geramnya apabila Adrina menjelirkan lidahnya.

Izzat hanya menjadi pemerhati sedari tadi tiada tanda tanda ingin masuk campur.

"Hai korang.."sapa seseorang membuatkan semua mata tertumpu padanya.

"Eh hai Emma.."balas Rizal teruja.Adrina membuat riak muka jelik.

"Semenjak dua menjak ni saya selalu nampak korang berbincang sama sama..apa yang korang bincangkan tu?erm..boleh tak kalau saya nak join korang.."katanya.

"Boleh je..tapi hal kitorang ni sulit sikit."

"Pasal kes culik tu kan?"ujarnya membuatkan yang lain terkejut.

"Ma..macam mana awak tau??"tanya Adrina sangsi.

"Sebenarnya saya ada terdengar korang bualkan hal ni kat padang hari tu."

"Awak curi curi dengar perbualan kitorang?"

"Eh tak!saya kebetulan nak ambil mop kat stor padang tu pastu saya terdengar korang borak pasal kes culik dan rumah tu so saya tahulah.." balasnya.

"Ohh.."

"Saya tahu serbah sedikit pasal pemilik rumah tu."semua mata fokus pada gadis kacukan itu.

"Ceritalah kat kitorang."kata Izzat teruja.

Adrina memberi ruang untuk gadis itu duduk lalu menceritakan perkara yang dia tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience