Bab 14

Horror & Thriller Completed 1178

Izzat keluar dari arah bawah katil lalu membantu Adrina keluar dari arah yang sama sebelum mereka mendapatkan Emma yang mereka sembunyikan di dalam almari.

"Kita kena tolong Rizal..cepat.."kata Izzat lalu memapah Emma dibantu oleh Adrina.

Mereka melangkah dengan perlahan lahan kerana takut kehadiran mereka disedari oleh pemilik rumah tersebut.

"To..tolong.."kedengaran rintihan seseorang dari arah bawah tangga.Lantas mereka terus mendekati suara tersebut.Pintu kayu yang terbuka sedikit itu membolehkan mereka menjenguk ke dalam.

Kelihatan Rizal diikat pada kerusi sambil dia merintih meminta tolong.Begitu sendu suaranya.
Kalau ikutkan hati ingin saja Izzat masuk ke dalam lalu membantu Rizal namun dia takut akan memburukkan lagi keadaan memandangkan dia sahaja lelaki yang boleh Adrina dan Emma harapkan buat masa ni.

"Hehehe..darah...ophelia..."kedengaran bunyi kekekan dari wanita itu sebelum dia menusuk pisau tajamnya ke dalam leher Rizal yang masih bernyawa.Sekali tusukan namun peritnya hanya Allah yang tahu.Air matanya tidak dihiraukan oleh wanita itu yang kelihatan begitu puas dengan tindakannya.

Manakala orang lain yang menyaksikan kejadian itu terasa ingin pitam di situ.Adrina menekup mulutnya bersama linangan air mata.Sedih dia melihat kesakitan yang dialami oleh kawannya itu.

"Kite kena keluar dari sini pastu laporkan hal ni pada pihak polis."bisik Izzat lalu memapah Emma semula.

"Kau tunggu kat sini ye..aku nak urus kawan kawan kau kat luar tu dulu.."kata wanita itu seraya berpaling ke arah pintu yang terbuka sedikit itu.

Ketiga tiga mereka tersentak lalu mereka lari untuk menyelamatkan diri.Tetapi dengan keadaan Emma yang lemah menyukarkan mereka untuk bergerak pantas.

Sedih..
Merananya hati ini..
Sakitnya hati ini..
Diperlakukan seperti sampah..
Disisih,dibuang,dimaki,dicerca..
Apakah salahku untuk menerima segala kesakitan ini?
Apakah aku tidak layak untuk bahagia?
Luka dalam hatiku hanya boleh diubati dengan darah..
Darah mereka yang mengambil nyawa nyawa dari ku..
Hutang darah dibayar dengan darah..
Darah Ophelia milikku...

Ayat tu..aku pernah dengar kat mimpi aku..Adrina menoleh ke belakang lalu melihat wanita itu berjalan pantas ke arah mereka sambil tertawa sinis.

Tiba tiba wanita itu mengangkat pisaunya ke udara sebelum membalingnya ke arah mereka bertiga.Adrina dengan pantas menolak Emma dan Izzat ketepi lalu mereka terjelopok jatuh.

Kedudukan Izzat dan Emma berdekatan dengan pintu utama manakala Adrina berada jauh sedikit dari mereka.

"Rina.."

"Bawa Emma lari cepat!!"jeritnya..

Izzat berbelah bahagi sama ada ingin menolong Emma atau Adrina.Wanita itu masih cuba untuk menarik pisaunya yang tertusuk didinding ketika dibalingnya tadi.

"Cepat!saya tak pa pe.."bohongnya walhal kakinya terseliuh semasa terjatuh tadi.Dia tidak ingin menyusahkan lagi kedua dua rakannya itu.

Izzat menggigit bibirnya sebelum memapah Emma semula.Dengan sekali pulas tombol pintu terbuka lantas mereka keluar dengan segera.Izzat membawa Emma jauh dari rumah itu sebelum meletakkan gadis itu di satu sudut.Dia harus balik semula ke rumah itu untuk menyelamatkan Adrina.

Namun dia ditahan oleh Emma."Ja..jangan pergi..saya..ta..takut.."Izzat memandang Emma dan jalan raya yang kosong silih berganti.Hatinya resah memikirkan keadaan Adrina yang mungkin berada dalam bahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience