Bab 7

Horror & Thriller Completed 1178

"Assalamualaikum ma..Izzat ada bawa kawan kawan Izzat ni."sapa Izzat ketika masuk ke dalam rumah.

"Waalaikummussalam.Eh ade kawan Izzat?ajak dorang masuk.Nanti mama buatkan air."balas mamanya ramah.

"Eh tak payah susah susah auntie."halang Adrina.

"Tak susah pun.Kamu semua tunggu kejap ye." katanya lalu beredar ke dapur untuk menyediakan air kepada rakan rakan anaknya.

ketiga tiga pelajar itu duduk termenung di sofa memikirkan peristiwa yang mereka lalui tadi.

"Saya yakin.."kata Adrina secara tiba tiba.

"Yakin ape?"

"Saya yakin semua pelajar pelajar yang hilang tu diculik lalu di bawa ke rumah tepi bukit itu."

"Yes!saya setuju dengan awak."kata Rizal.

"Tapi sekarang apa kite nak buat pasal kes ni? nak lapor pada polis tak boleh,habis tu nak buat ape lagi?"tanya Izzat.

"Kite cari bukti.."semua mata memandang Adrina yang baru sahaja menyatakan cadangan yang gila.

"Awak gile ke ape?nak cari bukti di mana,rumah tu?awak tak nampak ke ape yang terjadi pada Karim tadi?macam mana kalau kite menerima nasib yang sama?"soal Rizal bertubi tubi.

"Firstly,saye tak gile.Secondly,yes kite cari di rumah tu.Thirdly,seperti yang awak nampak saya ade masa kejadian tadi berlaku so yes saya nampak and lastly do we have a choice?"jawab Adrina satu persatu.

"Look..diorang takkan percayakan kite walau apa pun kite terangkan tapi dengan bukti..kita dapat meraih kepercayaan mereka."sambungnya lagi.

Izzat dan Rizal diam memikirkan rancangan yang dicadangkan oleh Adrina.

"So??"soal Adrina laku memandang satu persatu wajah di hadapannya.

"Okey,saya setuju dengan awak."balas Izzat yakin.

"Rizal??"

"Hmm..saya pun dah penat asyik dengar pasal kes pelajar hilang ni soo..why not kalau saya join."jawabnya sambil terangguk angguk.

Sejurus kemudian air oren yang dibancuh oleh Rohana terhidang di hadapan mereka bertiga.

"Terima kasih auntie.."mereka meneguk air dengan rakus untuk menghilangkan rasa dahaga atau lebih tepat perasaan gugup masing masing yang masih bersisa selepas kejadian tadi.

Di rumah yang terletak di tepi bukit itu,terdapat seseorang berdiri di tepi tingkap sambil merenung pagar rumah tersebut.Kedatangan tetamu tetamunya tadi seoalah olah membawa ancaman buat dirinya.Sepatutnya tiada siapa yang dapat masuk ke kawasan tersebut namun pelajar bertiga itu begitu berani menjejakkan kaki di situ.

Mulutnya menguntum senyuman sinis.Genggaman tangannya pada besi tingkap dieratkan sambil matanya memandang ke luar dengan perasaan marah dan benci.Dia akan melunasi hasratnya secepat yang mungkin sebelum diganggu oleh orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience