Bab 1

Horror & Thriller Completed 1178

"Zat!cepat sikit.Nanti lambat."jerit Rohana.

"Okey ma.."sahut Izzat.

Ini ialah hari pertama Izzat memulakan harinya di sebuah Bandar yang diberi nama Ophelia.Mereka berpindah ke sini atas sebab masalah kewangan mama dan papanya.

Lagi pula kos menetap di bandar ini sangat murah.Tidak diketahui sebabnya.Tapi bolehlah setakat ada tempat untuk berlindung dari cuaca dan iklim.

Izzat menunggang basikalnya yang dibawa dari rumah lamanya.Dia terus menuju ke sekolah setelah menyalami mama dan papanya.

Perjalanan yang agak jauh itu tidak mematahkan semangatnya untuk ke sekolah baru.Angin dirasakan begitu dingin sekali.Terlalu dingin sehinggakan bulu romanya merinding.

'Izzat..'

Skreeeet...kayuhan Izzat terhenti secara automatik.Telinganya dipasang.Dia seperti terdengar suara orang memanggilnya.

"Perasaan aku je kut."gumamnya lalu mengayuh basikalnya semula.

Dari jauh sepasang mata melihat pemuda itu sambil tersenyum.Selamat datang ke..Ophelia..

Kelas 4 Aman riuh dengan suara para pelajar yang sibuk berborak sesama sendiri.Kedatangan Cikgu Rukiah bersama Izzat membuatkan mereka senyap.

"Okey kelas,kita ada pelajar baru pada hari ini.Sila kenalkan diri kamu."kata Cikgu Rukiah.

"Hai semua.Nama saya Izzat Izzaidi bin Haizad. Saya baru je pindah kelmarin and baru hari ni dapat datang ke sekolah.Saya harap korang boleh tolong saya tengok tengokkan sekolah ni dan bandar ni."

Semua pelajar diam sambil mata merenung tajam ke arah Izzat.Izzat berasa pelik dengan sikap pelajar di kelas itu.

"Kamu boleh duduk."kata Cikgu Rukiah.

"Terima kasih cikgu."

Izzat duduk bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki yang sedang menopang dagu sambil bermain pen. Tiada seorang pun yang mengeluarkan suara malah hanya mendiamkan diri di tempat masing masing.

Izzat memandang ke bahagian hadapan lalu tersentak apabila sepasang mata memandangnya tajam.Pelajar perempuan itu menggeleng geleng lalu memusingkan kepalanya semula ke hadapan.Izzat hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience