Bab 11

Horror & Thriller Completed 1178

"Rina..Rina!!"kejut Karina pada anak daranya itu.

Mata Adrina terbuka luas bersama peluh yang mengalir deras di dahinya.Nafasnya tercungap cungap seperti selepas melakukan aktiviti berat.Lehernya diraba raba menggunakan telapak tangannya.

"Rina okey ke tak ni?"tanya Karina risau.

"Ri..Rina okey.."balasnya.

"Tulah..siapa suruh tidur masa maghrib.Kan dah mengigau."

"Mengigau?"

"Ya..Rina terjerit jerit pastu Rina tumbuk leher sendiri."

"Lah ye ke?Rina tak perasan pula yang Rina tertidur tadi."Adrina buat buat ketawa untuk menghilangkan rasa gugupnya.Debaran di dada masih bersisa setelah melalui sebuah mimpi yang dirasakan begitu nyata.

"Dah..bangun cepat.Cuci muka pastu solat.Tenangkan sikit hati tu."kata ibunya lalu beredar ke dapur meninggalkan Adrina sendirian.

Gadis itu termenung memikirkan mimpinya.Lehernya sekali lagi terasa ngilu seperti pisau itu betul betul tertusuk di lehernya.

Kemudian dia mengangkat kaki untuk beredar ke biliknya.Selepas membersihkan diri,dia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba kepada Allah.Selesai berdoa dia turun semula ke bawa untuk bertemu dengan ibunya.

"Ibu.."panggilnya sambil melihat Karina yang sedang menggoreng sesuatu.

"Ye?"

"Ibu tau tak pasal rumah kat tepi bukit tu?"tanyanya menyebabkan Karina pusing menghadap anaknya.

"Rumah agam berwarna putih tu?"Adrina mengangguk.

"Rina jangan pandai pandai nak ke sana ye..tak pasal pasal kite kena buang dari bandar ni nanti."pesan ibunya.

"Ye Rina tahu.Rina cuma nak tahu tentang sejarah rumah tu je..tak salahkan?"balasnya. Karina menyambung semula gorengannya yang tertunda tadi.

"Ibu tak tahu sangat pasal rumah tu tapi mengikut buah mulut jiran jiran kite.Rumah itu dimiliki oleh seorang wanita gila yang mempunyai tiga orang anak.Tak silap lepas sahaja suaminya tinggalkan wanita tu,anak anaknya mati dibunuh."jelasnya.Adrina terkejut mendengar cerita itu.

"Kenapa pula anak anak dia kena bunuh?"tanyanya.

"Mengikut kata orang,anak bongsunya merupakan pembawa malang kepada bandar ni. Ekonomi bandar turun secara mendadak sejurus khabar kelahiran anak itu dikhabarkan."

"Macam mana cara diorang bunuh anak tu?"

"Diorang buang anak tu di sungai yang deras."jawab ibunya.

"Tapi tu tak membuktikan anak dia dah mati kan?"

"Ya tapi diorang tak lepaskan macam tu aje tau.Diorang ikat tangan dan kaki budak tu pastu masukkan kepalanya ke dalam plastik.Rina rasa boleh selamat ke kalau macam tu?"

Adrina termangu seketika.Dia bersimpati dengan anak malang itu.

"Apa jadi dengan dua lagi anak wanita tu?"soalnya ingin tahu.

"Itu ibu tak tahu.Sebenarnya ibu tak sampai hati nak dengar cerita cerita macam ni.Sedih hati ibu."kata Karina sambil menggeleng geleng.

Adrina memandang ibunya.Jika hati ibunya pun turut berasa sedih apatah lagi hati milik ibu kepada anak malang itu.Pasti dia berasa sedih dan terseksa melihat anak sendiri dicerca dan dibunuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience