Bab 10

Horror & Thriller Completed 1178

Adrina balik ke rumah setelah tamat waktu persekolahan.Badannya terasa begitu letih akibat melaksanakan tugasnya sebagai senior head girl iaitu jawatan tertinggi pengawas bagi seorang senior.

"Assalamualaikum.."sapanya sebaik sahaja menjejakkan kaki kedalam rumah milik orang tuanya.

"Waalaikummussalam.Rina nak makan tak?"tanya Karina selaku ibu Adrina.

"Takpelah bu..Rina dah makan kat sekolah tadi."

"Okeylah kalau macam tu.Ibu naik atas jap.Nak solat maghrib.Lepas Rina rehat tu pergi solat maghrib juga.."arah ibunya dan dibalas dengan anggukan oleh Adrina.

Gadis itu memejamkan matanya untuk melepaskan lelah buat seketika.Lepas beberapa minit kelopak matanya dibuka sebelum dirinya dihambat dengan kejutan apa bila melihat keadaan yang dijamu oleh matanya sekarang.

Dia berada di sebuah rumah yang agak luas namun suasananya terlalu kelam bersama cahaya lampu yang malap.

"To..tolong.."Adrina menoleh ke arah suara tersebut di sebelah kirinya.

Kelihatan seorang gadis terikat di sebuah kerusi. Keadaan fizikalnya begitu teruk sekali.Bajunya dipenuhi dengan darah pekat manakala mukanya lebam seperti ditumbuk menggunakan sesuatu benda yang keras.

Adrina cuba untuk bangun dari tempat duduknya namun cubaannya gagal.Kakinya tidak dapat digerakkan.

Tiba tiba kelibat seseorang menarik perhatiannya.Kelibat itu mendekati gadis yang terikat itu bersama sebuah pisau ditangannya.Rambut panjang terurai dihadapan wajahnya menyebabkan Adrina susah untuk cam kelibat tersebut.

Selangkah demi selangkah akhirnya kelibat itu berdiri begitu hampir dengan gadis yang tidak bermaya itu.Gadis itu hanya dapat mengalirkan matanya sebagai tanda dia berada dalam ketakutan.

Hujung mata pisau yang dipegang oleh kelibat itu masuk sedikit demi sedikit ke dalam lehernya sehingga tertembus ke belakang leher.Gadis malang itu menjerit dalam senyap kerana peti suaranya rosak.Dia tidak dapat mengeluarkan sebarang suara untuk menunjukkan rasa sakit yang dialaminya.

Begitu terseksa sekali gadis itu pada pandangan Adrina yang hanya mampu melihat dari jauh.Air matanya tidak habis habis merembes di pipi.

Adrina terasa ngilu di bahagian lehernya melihat kejadian itu.Dia bagai direnjat elektrik apabila kelibat itu menoleh ke arahnya.Pisau yang berada pada gadis itu ditarik sekali gus menyebabkan darah darahnya keluar membuak buak tanpa henti.

Sedih..
Merananya hati ini..
sakitnya hati ini..
Diperlakukan seperti sampah..
Disisih,dibuang,dimaki,dicerca..
Apakah salahku untuk menerima segala kesakitan ini?
Apakah aku tidak layak untuk bahagia?
Luka dalam hatiku hanya boleh diubati dengan darah..
Darah mereka yang mengambil nyawa nyawa dari ku..
Hutang darah dibayar dengan darah..
Darah Ophelia milikku...

Begitu sendu sekali kelibat itu menuturkan ayatnya.Entah kenapa Adrina berasa sedih mendengarnya.Hatinya terasa sakit seperti berkongsi perasaan dengan kelibat itu.

Namun perasaan itu berganti dengan perasaan takut apabila pisau pada pegangan tangan kelibat itu dihunus laju ke arah lehernya.Rasa sakitnya tidak terperi apabila terasa benda tajam itu menusuk ke dalam bahagian lehernya.

Ngilu,pedih,sakit,takut,keliru..semua bercampur baur pada dirinya sekarang.Adrina tidak tahu apa yang terjadi sekarang atau..apa yang akan terjadi pada dirinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience