Bab 9

Horror & Thriller Completed 1178

"Saya tak tahu semua maklumat pasal rumah tu tapi saya adelah terdengar sikit sikit daripada mulut orang tua saya.Tak silap saya tanah itu dimiliki oleh seorang wanita janda yang memiliki 3 orang anak.Yang bongsu je perempuan yang lain semua lelaki."katanya memulakan cerita.

"Ouhh..kat mana pemilik dan anak anaknya tu sekarang?"soal Izzat.

"Diorang dah mati..kalau korang nak tahu pemilik rumah itu sering disisih oleh penduduk penduduk bandar ni disebabkan oleh khabar angin yang mengatakan pemilik itu melahirkan anak pembawa malang.Dengar kata selepas kelahiran anak bongsunya suami kepada pemilik itu menceraikannya."

"Bukan tu je..selepas kelahiran bayi tak bersalah tu jugalah ekonomi bandar kite merundum secara mendadak.Lepas tu banyaklah khabar angin menyatakan bahawa bayi tu merupakan bayi sihir ataupun bayi malang.Apatah lagi apabila mereka dapat tahu bahawa pemilik itu mempunyai penyakit mental.Tapi saya rasa semua ni disebabkan perasaan dengki je.."jelasnya panjang lebar.

"Dengki?"

"Yaa..Suami kepada pemilik rumah itu merupakan lelaki yang paling kacak dan kaya sekali dia bandar ni.And of course lah ramai yang mendambakan kasih darinya tak kira tua atau muda tapi akhirnya..dia kahwin dengan seorang wanita yang mempunyai penyakit mental.Mestilah orang hairan and dengki pada masa yang sama.Diorang mengeluarkan berita bahawa wanita itu menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan lelaki sekacak itu.Sebab tulah ramai orang menjauhi pemilik rumah tu.."sambung Emma lagi.

"Ishh jahatnya."kata Rizal.

"So..ape yang korang dapat dari cerita saya ni?saya harap saya dapat membantu korang dengan cerita yang tak berapa nak lengkap ni."

"Ehh..cerita awak dah cukup lengkap dah Emma..Kami terhutang budi pada awak."balas Izzat ikhlas.Emma tersenyum senang.

Izzat mengalihkan pandangan pada Adrina yang duduk di hadapannya.Gadis itu kelihatan sarat dengan fikiran.

"Adrina.Awak ada dapat apa apa ke?"tanyanya.

"Bila saya fikirkan balik.Sejarah pemilik rumah itu ada kena mengena dengan kes hilang ni."semua mata fokus pada gadis itu.

"Cuba korang fikir balik cerita tadi.Bilangan anak kepada pemilik rumah itu ialah 3 dan pelajar pelajar bandar ni hilang pada setiap 3 tahun dengan bilangan sebanyak 3 orang.Macam berkait lah semua ni.."jelasnya.

"Ehh..ha ahlah..semuanya berdasarkan nombor 3."

"Maksudnya rumah tu dah takde penghuni lah Emma?"tanya Izzat lalu disambut dengan anggukan oleh gadis itu.

"Ye lah kut..kan semua orang kat rumah tu dah takde."

"Tapi..o..orang yang kita nampak semalam kat ru..rumah tu semalam siapa?"soal Rizal yang terasa agak seram.

"Hmm..mungkin penagih dadah ataupun orang gila."balas Adrina memberi pendapatnya.

"Betul juga tu.."

"Korang pergi ke rumah tu semalam?"tanya Emma dengan mata yang terbuntang.

"Takkan korang tak takut kalau ketua bandar tau. Habis korang kena buang dari bandar ni."

"Kami ke sana bersebab and sebabnya ialah kitorang nak siasat pasal kes ni.Kitorang rasa kes culik ni dan rumah tu ada kaitan."kata Adrina.

"Ouhh..so sekarang korang nak buat ape?"

"Saya rasa kite perlu kaji betul betul sejarah pemilik dan rumah tu.Lepastu senang lah kita nak rancang.Korang tanya lah sesiapa..orang tua korang ke or jiran.."cadang Izzat.Yang lain hanya mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience