Bab 2

Horror & Thriller Completed 1178

Waktu rehat tiba untuk para pelajar mengisi perut yang kosong sepanjang pembelajaran.

"Hai..nama aku Rizal."sapa lelaki di sebelah Izzat sambil menghulurkan tangannya tanda salam perkenalan.

"Hai..Izzat.."salam disambut.

"Kenapa kau pindah sini?"tanya Rizal.

"Sebab masalah kewangan parents aku."

Rizal mengeluh membuatkan kening Izzat bertaut tanda pelik."Kenapa?ada masalah ke kalau aku pindah sini?"

"Huh..nantilah aku cerita.Belum ade mood nak cer pasal masalah kita ni."balas Rizal lalu mengajak Izzat ke kantin.

'Masalah kita?'

Di kantin mereka menjamah makanan makanan yang disediakan oleh mak cik kantin dan ada juga yang hanya berborak sambil meminum air sahaja.

Izzat hanya memandang gelagat pelajar pelajar lain yang tidak banyak bilangannya.Ada yang sibuk ingin memandangnya.Mungkin kerana ada wajah yang tidak dikenali bagi mereka.

Seorang pelajar perempuan yang memakai vest menandakan jawatannya sebagai pengawas menarik minat Izzat.Pelajar itu merupakan pelajar yang memandangnya dengan tajam tadi.

Izzat berkira kira ingin bangun untuk mendapatkan pelajar itu namun secara tidak sengaja pelajar lain dilanggarnya.

"Sorry..saya tak sengaja.Awak okey?"tanya Izzat.

"Err..saya tak pa pe..salah saya juga sebab jalan tak tengok depan."balas gadis itu.

Sedikit sebanyak mereka menarik perhatian pelajar pelajar lain.Apatah lagi seorang pelajar secantik gadis itu sedang berborak dengan pelajar baru yang kacak.

"Okeylah..saya pergi dulu."kata gadis itu.Izzat hanya memandang sepi gadis itu.

"Wow bro..kau bangun tadi tepat pada masanya.Tak sia sia kau bangun tadi sebab kau dapat terlanggar si Emma tu.Kalau aku,aku terus buat majlis kesyukuran."seloroh Rizal.

"Emma?"

"Ha ah.Nama perempuan yang kau langgar tu Emma Shahira.Pelajar paling cantik kat sekolah ni.Kalau kau nak tahu,dia ni misteri sikit.Selalu menyendiri and kami tak pernah tahu latar belakang si Emma tu.Banyak benda dia rahsiakan."jelas Rizal lalu menyambung semula menjamah makanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience