Bab 5

Horror & Thriller Completed 1178

"So ape cerita ni??"tanya Izzat sebaik sahaja mereka duduk di sebuah kerusi berdekatan padang.Kawasan itu jarang didatangi pelajar pelajar lain ketika waktu rehat.

"Kalau kau nak tahu.Bandar Ophelia ni menyimpan seribu satu misteri yang sukar untuk dirungkaikan."kata Rizal memulakan cerita.

"Misteri?"

"Yup!setiap tiga tahun akan berlakunya kes remaja hilang.Dan bilangan pelajar yang hilang dalam setahun itu ialah 3 orang bermaksud ada 2 lagi pelajar yang berkemungkinan besar akan di culik lepas ni."

"Penculik tu belum dapat dikesan?"

"Ha ah.Tapi aku rasa ketua bandar kite sendiri macam tak nak teruskan siasatan pasal kes pelajar hilang ni.Sebab aku tak nampak usaha dia untuk menolong penduduk penduduk Bandar Ophelia."sambungnya namun suaranya seakan akan berbisik.

"Bukan tu aje.."sampuk seseorang tiba tiba menyebabkan kedua pelajar lelaki itu terkejut beruk.

"Semua pelajar pelajar yang hilang tidak dicari semenjak 2 tahun lalu kerana mereka menganggap pelajar yang hilang telah mati dan takkan dijumpai sampai bila bila."kata Adrina lalu duduk di sebelah Rizal.

"Ermm..kenapa orang orang kat bandar ni tak pindah aje?"tanya Izzat.

"Sebab kami tak mampu.Kos tempat tinggal kat Ophelia ni murah untuk dijadikan tempat kami menetap..sampai bila bila."

"Korang rase siapa dalang di sebalik semua kes ni?"

"Entahlah bro.Tapi aku nak pesan kat kau kurangkan lah berjalan sorang sorang kat bandar ni sebab benda ni berlaku sekejap je.'Dia' culik kau,kau hilang,semuanya akan berakhir untuk kau dan keluarga kau..itu konsep pelajar macam kite di Bandar Ophelia.."jelas Rizal.

"Saya rasekan.."Adrina mengeluarkan suaranya setelah mereka lama berdiam diri.

"ade sesuatu yang tak kena pada rumah tepi bukit tu."

"Maksud awak rumah yang berhantu tu?"tanya Rizal.

"Ish awak ni.Rumah tu tak berhantu cuma dah lama tak didiami."

"Kenapa tak didiami?"

"Sebab tanah rumah tu milik seseorang yang tidak diketahui siapa pemiliknya dan di mana orang tu sekarang so memang tak dapatlah orang lain sewa rumah tu."

"Ouhh.."

"Saya rasa rumah tu ade kaitan dengan kes pelajar diculik ni."kata Adrina.

"Kenapa awak fikir macam tu?"tanya Izzat.

"Cuba korang fikir balik,kes kehilangan pelajar pelajar itu langsung tidak dapat dirungkaikan oleh sesiapa pun.Malah ketua bandar pun tak nak diorang teruskan mencari.And rumah tu diorang beri larangan kepada pelajar pelajar seperti kita untuk mendekatinya.Kenapa pelajar je dilarang?kenapa tak orang dewasa?"kata Adrina cuba untuk membuatkan Izzat dan Rizal faham akan maksudnya.

"Ha!!maksudnya pelajar pelajar yang hilang tu mungkin hilang berdekatan dengan kawasan rumah tu kan.So dorang tak nak pelajar pergi ke sana supaya takde pa pe jadi."balas Rizal mula memahami penjelasan Adrina.

"Ape kata kita siasat kes ni?"cadang Izzat membuatkan Adrina dan Rizal terkejut.

"Kau gile??kalau ade pa pe jadi dengan kite macam mana??"

"So takkan korang nak tunggu 'dia' culik korang baru nak bertindak hentikan semua ni?kau juga yang cakap 'dia' culik kau,kau hilang,semuanya berakhir untuk kau dan keluarga kau.Aku rasa lebih baik kita berusaha sekarang untuk selesaikan kes ni sebelum banyak lagi mangsa yang diculik.Tak mustahil kita antara mereka yang menjadi sasarannya.Kalau diorang tak boleh siasat,kita boleh!"dengan bersemangat Izzat cuba meyakinkan dua rakan barunya itu.

"Hmm..saya..setuju dengan awak.Saya akan tolong siasat!"balas Adrina membuatkan Izzat tersenyum lega.

"Kau??"

"Yelah yelah..nanti adik aku pun akan jadi remaja..kalau kite biarkan kes ni berlarutan aku takut adik aku akan terlibat sama sooo..aku join!" kata Rizal.

Izzat tersenyum gembira.Dia tekad akan membantu penduduk Bandar Ophelia ini.Dia sendiri tidak faham akan dirinya yang terlebih bersemangat untuk menyelesaikan kes ini.

"Kau memang gile bro.."kata Rizal sambil menepuk bahu Izzat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience