Bab 13

Horror & Thriller Completed 1178

Semua mata hanya memandang ke sebuah rumah yang terletak di tepi bukit itu.Tiada yang ingin berkata sesuatu dan tiada yang tahu apa tindakan yang perlu mereka lakukan pada masa itu.Hanya air liur ditelan dengan payah.

"Dah lebih 10 minit kite berdiri kat sini..sekarang nak buat apa?"kata Rizal memecahkan suasana sepi diantara mereka berempat.

"Betul ke kita akan masuk ke dalam rumah tu?kalau orang lain nampak..nahas kite.."ulas Emma.

"Takpe..waktu waktu macam ni orang dah tak berani keluar.Sebab dah nak masuk waktu malam."balas Adrina.

"Ha tu lagi satu masalah..sekarang dah nak masuk waktu maghrib..takkan korang masih nak masuk juga?"

"Masa ni je yang sesuai kita nak masuk.Takde orang nak lalu lalang.."

Izzat mula melangkah ke arah pagar rumah itu sebelum membukanya dengan perlahan.Bunyi keriutan bergema menambahkan lagi suasana yang seram.

Masing masing melangkah dengan penuh cermat sebelum mereka tiba di hadapan pintu rumah tersebut.Kejadian tempoh hari di mana junior mereka ditarik masuk menerjah ke dalam ingatan.Rizal meneguk air liurnya yang terasa kesat.

Sekali tolakan menyebabkan bunyi keriutan yang kuat bergema di seluruh rumah.Mereka memerhati ke sekeliling kawasan dalam rumah yang kelihatan usang.

Emma mencari cari suis lampu untuk memberi mereka sedikit cahaya.Cahaya dari luar tidak mencukupi kerana waktu itu matahari sudah mula terbenam.

Klik..klik..beberapa kali dia cuba untuk membuka namun hasilnya tetap sama..

Tiba tiba pintu di belakangnya terbuka sedikit.Emma memandang ke belakang sebelum berjalan masuk ke dalam bilik itu.Tup!!pintu tersebut tertutup.Kedengaran bunyi ketukan dari dalam bilik tersebut sebelum suasana kembali sunyi seperti tiada apa yang berlaku.

"Emma?Emma?"panggil Adrina yang mula menyedari kehilangan gadis itu.

"Mana Emma?"

Ketiga tiga mereka mula panik.Masing masing basah lencun dengan peluh.

Tiba tiba kedengaran bunyi sesuatu benda terjatuh dari arah dapur.Mereka berlari untuk memastikan sama ada bunyi itu adalah milik Emma atau bukan.Namun lain yang diharapkan,lain pula yang mereka lihat.Kelihatan sebuah kuali berada di atas lantai mungkin itu yang menghasilkan bunyi tadi.

"Arghhhh!!!"kedengaran bunyi jeritan milik Emma dari tingkat atas rumah.Izzat dan Adrina berlari untuk mendapatkan suara itu namun Rizal hanya berdiri tegak.Dia terfikir untuk keluar sahaja dari rumah itu lalu dia menapak ke arah pintu utama.

Pintu dibuka lantas kakinya diarahkan ke luar rumah.Tiba tiba kepalanya dihentak menggunakan sebuah batu yang bersaiz sederhana.Matanya terbuntang menandakan dia terkejut dengan kejadian itu sebelum tubuhnya rebah menyembam bumi.

Izzat dan Adrina membuka sebuah pintu bilik dimana datangnya suara jeritan tadi.Kelihatan Emma terbaring lesu di atas lantai.Mereka dengan cepat mendapatkannya.

"Emma..apa dah jadi dengan awak ni?"Tanya Adrina sambil menampar nampar wajah Emma dengan lembut.

"Sa..saya.."dia kelihatan susah untuk menuturkan ayatnya.

"Takpe..kita keluar dari sini dulu.Lepastu baru cerita."arah Izzat.Mereka memikul Emma yang kelihatan lemah ke arah luar bilik.Namun langkah mereka terhenti apabila terlihat seorang wanita yang sedang menunduk berdiri di hadapan pintu utama yang terbuka.

Tangan wanita itu menutup pintu tersebut dengan kasar sebelum kakinya melangkah ke arah tangga lalu dinaikinya satu persatu bersama gelak tawa yang halus.

Adrina meneguk air liurnya.Itulah wanita yang mengganggu dirinya semenjak dua menjak ni. Mereka memapah Emma ke arah lain lalu masuk ke dalam sebuah bilik paling hujung.Di situ mereka mengunci pintu lantas mengerah otak mencari jalan keluar.

"Macam mana ni?dia ada kat luar.."kata Adrina cemas.Izzat mundar mandir sebelum dia terfikirkan satu idea.

Wanita itu mengeluarkan kunci bilik bilik di rumah tersebut dari dalam poketnya lalu memasukkan kunci yang sepatutnya ke dalam lubang tombol.Tombol pintu dipusing lalu dia menerjah masuk bersama pisau tajamnya.

Wanita itu berlari ke arah tingkap yang terbuka luas menandakan ketiga tiga mereka telah meninggalkan tempat itu.Tangannya digenggam menahan amarah yang bila bila masa akan meletup.Dia mengangkat kaki ke luar untuk menguruskan tetamunya yang satu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience