Bab 15

Horror & Thriller Completed 1178

Jantungnya berdegup kencang menahan debaran yang bertandang.Dirinya sekarang berada dalam bahaya dimana dia mungkin akan menerima nasib yang sama dengan Rizal.

Mulut ditekup bagi mengelakkan suaranya didengari oleh sesiapa sahaja yang berada di luar bilik stor itu.Air mata tidak berhenti mengalir sedari tadi kerana rasa takut yang menggunung.

"Rina..mari keluar please..main dengan aku..janganlah takut..aku takkan biarkan diorang apa apakan kau..marilah keluar..aku sayang kau tau.."kata seseorang dari arah luar stor.

Selepas sahaja Izzat dan Emma keluar,wanita itu ingin mendapatkannya namun dengan kudrat yang masih bersisa dia berjaya melarikan diri dan akhirnya dia terperangkap dalam stor kecil itu.

Adakah aku akan mati di tangan wanita tu?masih dapatkah aku lihat cahaya matahari pada hari esok?pelbagai andaian bermain di mindanya membuatkan dirinya hampir berputus asa untuk hidup.

"Rina..oh Rina..hmm..aku rasa aku tahu kau kat mana..tak sempit ke kat situ?..mari sini kat aku.."bagai tersentap diri Adrina apabila wanita itu seakan akan tahu tempat persembunyiannya.

Klak..pintu stor itu terbuka lantas terjenggul kepala milik wanita itu bersama senyuman yang mengerikan.Jantung gadis itu seakan akan hendak meletup.Rambutnya ditarik kasar untuk keluar dari situ.

"Mak cik..tolong lepaskan saya.."rayunya tanpa henti.

"Maafkan saya mak cik..saya tak sepatutnya masuk ke dalam rumah mak cik ni.."rayunya lagi tidak berpenghujung.Dia merasakan nyawanya seperti dihujung tanduk.

Adrina diikat dengan cara yang berlainan di bilik bawah tangga itu.Tangannya diikat ke atas bersama kerusi dibawahnya.Hanya kerusi itu tempatnya untuk berdiri.Wajahnya diusap usap perlahan oleh wanita itu..

"Mak cik ni..sebenarnya pemilik rumah ni kan?mak cik..berdendam dengan penduduk bandar ni sebab mereka telah membunuh anak mak cik..betulkan?"soal Adrina berani.

Wanita itu hanya ketawa sambil membelakangi Adrina.

"Kenapa mak cik perlu buat semua ni?kitorang tak bersalah..bukan kitorang yang menjahanamkan keluarga mak cik..tapi kenapa kami yang perlu tanggung akibatnya.."jerit Adrina dengan penuh amarah.

"HAHAHAHHA..kamu semua memang bodoh!setelah keluarga aku kamu jahanamkan..kamu masih ingin hidup dengan bersenang lenang kat luar sana?aku takkan biarkan semua itu berlaku..Ya memang bukan kamu yang merosakkan kehidupan keluarga aku tapi ibu bapa dan nenek datuk kamu yang lakukannya..mereka sisihkan keluarga aku..mereka hina,kecam,caci keluarga aku.."

"Itu aku tak kisah..tapi..diorang dah bunuh ibu aku dengan kejam!!"katanya berbaur dendam.

"Ibu??"Adrina dihambat dengan kejutan.

"Terkejut?hahaha..cerita cerita yang ibu bapa kamu ceritakan turun temurun adalah palsu..aku..anak bongsu kepada pemilik rumah ni..belum mati lagi..yang mati ialah ibu aku!!diorang buang ibu kat dalam sungai semasa aku masih kecil..aku tak dapat buat apa apa selain tengok ibu aku dibakar hidup hidup sebelum mayatnya hanyut dibawa air sungai..perit..sakit..benci..semua aku rasa..korang tak rasa sebab bukan korang yang kena tapi aku!!aku yang kena.."katanya dengan pilu.

"Abang abangku pun dibunuh..tapi bukan diorang yang bunuh..aku yang bunuh!diorang tak layak hidup sebab diorang tak hargai jasa ibu.Diorang kata ibu gila..hahaha tapi ibu tak gila..ibu baik..ayah aku..dia betul betul cintakan ibu tapi orang bandar membuat berita palsu bahawa ibuku menyimpan lelaki lain selain ayah ku sehinggakan dia lari tinggalkan kami sekeluarga.. aku perlu balas dendam demi ibu..darah ophelia milik aku.."katanya lalu ketawa sinis.

"Sekarang aku hanya perlukan satu lagi darah sebelum aku menghilangkan diri semula.Nampaknya nasib aku baik sebab masih ada remaja remaja yang degil untuk masuk ke dalam rumah aku ni..kau tahu tak kenapa diorang larang kamu masuk ke dalam rumah ni?sebabnya..diorang taknak rahsia mereka membunuh ibu aku terbongkar..licik kan diorang?ahahaha."sambungnya lalu menghampiri Adrina.

"Aku takkan bunuh kau dengan cepat..aku akan seksa kau sebelum kau mati."katanya lalu menendang kerusi di bawah Adrina.Pergelangan tangan Adrina terjerat.Pedih yang dirasakan tidak tertanggung.Terasa susah untuk dia bernafas apabila dia tergantung seperti itu.Air matanya mengalir menanggung rasa takut dan sakit pada masa yang sama.Tolong aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience