Bab 16

Horror & Thriller Completed 1178

Izzat memerhati sekeliling rumah itu.Nampaknya wanita itu telah memasang papan kayu di setiap tingkap oleh itu sukar untuknya masuk ke rumah itu secara senyap.

Dia berjalan ke sekeliling kawasan rumah lalu ternampak sebuah pintu yang menggabungkan kawasan luar dan bilik bawah tanah.Lalu pintu itu dibukanya perlahan kemudian dia menerobos masuk.

Emma terpaksa ditinggalkannya di tempat tadi setelah memeriksa keadaan disitu selamat.Dia tiada pilihan selain meninggalkannya lalu membantu Adrina.

Kakinya bergerak perlahan ke arah dalam bilik gelap tersebut.Matanya dikecilkan bagi melihat benda di hadapannya sehinggalah dia berdiri di sebuah tangga.Setiap anak tangga dipijak untuk naik ke atas.

Selepas tombol pintu dipulas dia diterangi cahaya malap di ruang tersebut.Dia ingin cepat mendapatkan Adrina lalu keluar dari situ sebelum dia bertembung dengan wanita gila itu.

"To..long..tolong.."Suara itu dimiliki oleh Adrina.Izzat memasang telinganya untuk mendengar dengan teliti.

Dia bergegas ke arah bilik bawah tangga itu lalu masuk ke dalamnya.Kelihatan keadaan Adrina yang tergantung lemah bersama tangisannya.

"Rina.."dengan pantas dia membantu Adrina.Kerusi di tepi gadis itu diletakkan dibawa kaki Adrina supaya pergelangan tangannya tidak terluka.Lalu dia mencari benda lain untuk membuka tali tersebut.

Matanya tertancap pada pisau di meja belakangnya.Pisau itu yang digunakan oleh wanita itu untuk membunuh Rizal.Tangannya pantas menggosok pisau itu pada tali yang mengikat tangan Adrina.

Setelah berjaya dibuka Adrina terus rebah kerana kehabisan tenaga.Nasib baik Izzat sempat memautnya daripada terjatuh.Izzat memegang wajah gadis itu.

"Bertahan..kita akan keluar.."belum sempat dia menyambung ayatnya,lengan kirinya terasa pedih.Dia menoleh lalu melihat lengannya dihiris menggunakan pisau.Wanita itu mentertawakan dua manusia dihadapannya.

"Wah hero kau ke ni?sanggup dia datang balik sebab kau.Dasar manusia bodoh!!"katanya lalu menyambung tawanya.Izzat menjerit kesakitan apabila lengannya yang terdapat luka digenggam oleh wanita itu.

"Hahahahaha..sakit ke?sakit lagi ibu aku kau tau tak?"jeritnya.

'Ibu?'

"Le..lepaskan dia.."kata Adrina dalam kepayahan.

"Kau jangan nak arah aku!"tempelaknya.

"Aku hanya perlu satu lagi mangsa.Kalau ikut hati aku..aku nak bunuh kamu dua sekali gus tapi aku telah berjanji untuk membunuh hanya 3 orang setiap 3 tahun dan aku takkan mungkir janji.."

"Kau..atau..kau?"tanyanya sambil menunjuk Izzat dan Adrina silih berganti.

"Awak.."panggil Izzat.Adrina menoleh ke arah lelaki itu.

"Saya cuma nak cakap..awak..nampak cantik tadi pagi..selama ni saya tak perasan tapi..rupanya awak ada ciri ciri gadis yang cantik..awak baik dengan saya..dulu..awak nampak tegas..tapi..haha..rupanya hati awak lembut.."katanya bersama senyuman pahit.

"Apa awak cakap ni?kenapa tiba tiba awak cakap macam tu?"tanya Adrina pelik sambil tersedu sedu..

"Mana tahu..lepasni saya tak berkesempatan nak bagitahu awak.."sambungnya.Adrina menggeleng geleng.

"Tak..awak tak boleh korbankan diri..saya..saya yang bersalah sebab buat awak datang sini semula..biar saya korbankan diri.."

Wanita itu ketawa dengan kuat sebelum sempat Izzat membalas semula."Drama apa korang buat ni ha?okey..aku dengan rela hati akan bagi korang pilih..siapa yang nak korbankan diri..mari datang kat aku.."katanya menyeksa lagi dua perasaan dihadapannya.

Izzat cuba untuk bangun namun pantas ditarik semula oleh Adrina.Lengannya digenggam erat agar dia tidak dapat meneruskan perbuatannya.

"Saya takkan ulangi kesilapan yang sama sekali lagi.."katanya dengan penuh maksud tersirat.

Bam!!"bunyi tembakan kedengaran di seluruh rumah membuatkan semua orang dirumah itu terdiam kaku.

Buk!!wanita itu rebah ke bumi bersama darah yang memancut keluar dari badannya.Kelihatan Emma di muka pintu depan sambil memegang sebuah pistol.

Emma dengan segera mendapatkan rakan rakannya.Dia melutut untuk membantu bangunkan Adrina yang kelihatan tidak berdaya.Pistol dilemparkan ke lantai.

"Dari mana awak dapat pistol tu?"tanya Izzat sambil memegang lengannya yang terluka.

"Masa saya hilang tadi..saya sebenarnya termasuk dalam bilik sana tu..masa tu saya ternampak pistol ni lalu saya ambil untuk langkah berjaga jaga..tiba tiba perempuan tu..bawa saya ke atas sambil tekup mulut saya..lepas saya gigit tangan dia,dia tampar muka saya dengan kuat..sebab tu saya jerit.."ceritanya.

"Dah..kita perlu.."

Bam!!mata Emma terbuntang begitu juga dengan yang lain.Tersembur darah merah dari mulutnya.Pedih dia rasakan.

"Hahahahah.."wanita itu terbaring semula setelah selesai menembak sasaran terakhirnya sebelum matanya terkatup.Dadanya tidak berombak bermaksud nyawanya telah dicabut untuk menghadap Ilahi..

Semuanya berlaku dengan pantas.Kini dua daripada rakan mereka telah pergi meninggalkan mereka dalam sekelip mata..semuanya kerana kedegilan masing masing untuk menyiasat kes tersebut.

Masing masing diam tidak berkutik.Menelan setiap kejadian demi kejadian yang berlaku dalam satu hari sebelum bunyi siren kedengaran dari luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience