Prolog

Romance Series 297502

SEDARI tadi matanya tidak lepas daripada memandang wajah kacak lelaki itu. Hatinya dipagut rasa sayu. Selepas ini masihkan dia berkesempatan untuk menatap lagi wajah ini?

“Sayang, kenapa pandang abang macam tu? Sayang ada nak cakap apa-apa ke dengan abang?” soal Hayl. Mata redupnya menjamah mesra wajah si isteri.

Aileen membetulkan duduknya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.

“Abang... Abang tak rasa ke apa yang kita buat ni salah?” soal Aileen tiba-tiba.

Dahi Hayl berkerut seribu memandang Aileen. “Apa yang kita buat?” soalnya hairan. Rasanya tak ada pula mereka buat benda terlarang. Dia pun baru saja pulang ke rumah isterinya pagi tadi.

“Hubungan kita. Leen rasa hubungan kita ni salah.”

Hayl terus mencapai tangan kecil Aileen lalu digenggam erat. “Sayang cakap apa ni? Kita dah kahwin sayang.”

“Ya. Memang kita dah kahwin. Tapi apalah erti sebuah ikatan perkahwinan jika tiada cinta.”

“Sayang... Sayang cakap apa ni?” Dada Hayl mula dihempas debaran. Dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran isterinya itu tika ini. Wajah Aileen nampak tenang. Sukar untuk dia menebak apa yang Aileen sedang fikirkan sekarang ni.

“Sayang tahu yang abang sayangkan sayang kan.”

“Sayang saja tak cukup abang. Leen dah fikir masak-masak. Leen tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan abang dan Dhia.”

“Sayang... Sayang bukan orang ketiga. Kenapa tiba-tiba ni?”

“Kalau bukan Leen orang ketiga dalam hubungan ni, takkan Dhia pula kan? Abang kenal Dhia dulu daripada Leen. Dan dalam waktu sekarang, Dhia lebih perlukan abang. Leen okay. Leen faham.”

“Aileen Syifa.” Suara Hayl kedengaran bergetar.

Aileen senyum. Dah lama tak dengar Hayl panggil nama penuhnya. “Tadi abang cakap abang sayangkan Leen kan? Kalau abang sayangkan Leen, boleh tak abang tunaikan permintaan Leen? Lepaskan Leen...” Mata Aileen sudah mula memerah menahan tangis. Sesak dadanya saat mengucapkan ayat terakhir itu.

“Aileen Syifa... Sayang cakap apa ni? Kenapa nak berpisah? Kita baik-baik saja kan. Abang minta maaf kalau abang dah lukakan hati sayang tanpa abang sedar. Kita masih boleh berbincang kan?” Semakin kuat Hayl menggenggam tangan Aileen. Matanya merenung dalam mata isterinya.

“Leen rasa kalau kita teruskan hubungan ni, kita akan lebih sakit. Jadi sebelum kita lebih terluka, lebih baik kita akhiri semua ni.”

Hayl menggeleng tidak percaya. Tubir matanya terasa hangat. “Sayang cuma bergurau je kan?”

“Leen tak bergurau. Leen betul-betul nak kita berpisah. Abang jangan risau, kita masih boleh jadi kawan kan?”

“Aileen Syifa, please...” Air mata Hayl menitis juga.

“Hei, janganlah menangis.” Aileen mengusap lembut pipi Hayl. Dia masih bisa tersenyum saat ini biarpun hatinya sudah hancur lumat.

“Sayang, apa kata kita cuba lagi?” pinta Hayl separuh merayu. Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Aileen.

Aileen menggeleng perlahan. “Kita dah cuba. We already tried but it did not work.”

“Abang tak boleh nak cintakan dua orang perempuan dalam masa yang sama,” tambah Aileen sendiri. Hatinya semakin remuk saat ayat itu meluncur keluar daripada bibirnya. Dia tahu hakikat yang satu itu. Hakikat yang cukup menghancurkan hatinya.

Hayl terdiam. Dia hilang diksi. Kejamkah dia andai dia mahu Aileen terus menjadi isterinya? Sungguh dia tidak sanggup mahu melepaskan Aileen.

Happy reading!

Share this novel

Celia
2023-04-01 08:38:40 

istri nya sakit hati maka dian


NovelPlus Premium

The best ads free experience