Bab 13

Romance Series 297502

"HEI, stop crying sayang," pujuk Hayl. Sedari tadi Aileen menangis.

Dia merasa bersalah dengan Hayl. Disebabkan dia, tak fasal-fasal Hayl cedera. Sewaktu Hayl ingin melintas jalan, dia dilanggar sebuah kereta. Mujurlah kecederaannya tidak teruk mana.

"Semua salah Leen..." Tersedu-sedan Aileen dibuatnya.

Hayl ketawa kecil. "Janganlah rasa macam tu. Benda dah nak jadi, bukan salah sayang. Salah abang juga sebab tak tengok kiri kanan waktu melintas tadi."

"Kalau Leen tak minta pisang goreng dekat abang mesti semua ni tak akan jadi. Leen minta maaf..."

"Come." Hayl menarik perlahan tangan Aileen. Sekelip mata isterinya itu sudah berada di dalam pelukannya.

"Jangan salahkan diri sayang lagi. Abang faham sayang bukan saja-saja nak susahkan abang. Kawan-kawan abang pernah cerita dekat abang yang permintaan isteri diorang lagi dasyat waktu mengandung."

"... Setakat pisang goreng ni, apalah sangatkan. Abang lagi rasa bersalah kalau abang tak dapat nak tunaikan permintaan sayang. Sekarang ni abang dah ada dekat depan mata sayang, jadi sayang tak perlu risau lagi. Abang minta maaf sebab dah buat sayang risau." Puncak kepala Aileen dikucup lembut.

"Leen tak akan susahkan abang lagi."

"Janganlah macam tu. Abang lagi suka buat semua ni untuk sayang. Sayang dah susah-susah mengandungkan zuriat abang."

Aileen menyembamkan wajahnya di dada Hayl. Bila tengok tangan Hayl luka-luka hatinya jadi sayu. Kalau boleh ulang kembali masa, dia tak akan kejutkan Hayl tadi.

"Abang nak pergi goreng pisang tu. Lepas ni kita makan sama-sama eh?"

Aileen menggeleng. "Leen dah tak rasa nak makan pisang goreng tu lagi." Lepas apa yang jadi, hilang terus seleranya. Mungkin lepas ni dia tak akan makan pisang goreng lagi. Setiap kali tengok pisang goreng, setiap kali itu jugalah dia teringat apa yang berlaku pada Hayl.

"Lah, janganlah macam tu. Sayang kan teringin. Makan sikit ya? Orang cakap, buat raso-raso."

Aileen ketawa kecil. Dia tahu Hayl cuba menghiburkan hatinya. Ya ALLAH, kau berikanlah ganjaran syurga buat lelaki ini.

“Mana abang dapat pisang tu?” soal Aileen kehairanan.

“Dekat Kak Ponti,” seloroh Hayl.

“Abang... Janganlah main-main.”

“Betul lah. Puas abang merayu dekat Kak Ponti tu bagi abang pisang. Abang cakap isteri abang ni mengidam. Kalau tak dapat nanti dia menangis.”

Aileen menampar lembut dada Hayl. Mengada betul tau!

“Silly!”

Hayl ketawa. Sengaja dia bergurau supaya Aileen terhibur.

“Tak adalah. Abang telefon kawan abang tadi. Kebetulan dia memang ada tanam pisang.”

“Thank you abang,” ucap Aileen terharu.

“Thank you je? Kiss lah sikit.”

Aileen ketawa lalu pipi Hayl dikucup. Senyum sampai telinga Hayl dibuatnya. Hilang terus segala kesakitannya.

PETANG itu Hayl keluar ke pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli barang keperluan dapur. Dia hanya keluar sendirian kerana Aileen tidak mahu ikut.

Troli ditolak menuju ke kaunter pembayaran selepas mengambil semua barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membuat pembayaran, mata Hayl terpandangkan seseorang.

Dia terkaku di situ. Dhia? Rasanya dia tak salah lihat. Memang wanita itu adalah Dhia.

Hayl mahu mengejar figura wanita itu tetapi waktu itu juga gilirannya untuk membayar barangan yang dibeli. Hayl terpaksa batalkan hasratnya. Lagipun takkan dia nak tinggalkan kaunter secara tiba-tiba.

Selepas membuat pembayaran, Hayl menolak trolinya menuju ke kawasan parkir. Sambil itu matanya meliar mencari kelibat Dhia. Walaupun sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu, Hayl yakin wanita yang dia lihat tadi ialah Dhia. Mana mungkin dia lupa wajah yang pernah mendapat tempat di hatinya. Cinta pertamanya.

Keluhan berat terlepas daripada bibirnya apabila orang yang dicari tidak ditemui.

Bonet kereta dibuka. Barang-barang yang dibelinya tadi dimasukkan ke dalam bonet. Selepas itu Hayl menyusun kembali troli yang digunakannya ke tempat asal.

Sebelum masuk kereta, matanya meliar memerhati sekeliling. Masih berharap yang dia akan melihat wajah itu lagi.

Enjin keretanya dihidupkan. Hayl termenung sendiri. Fikirannya mula melayang teringatkan kembali wanita itu.

"Hayl, Dhia nak kita putus."

Hayl tergamam. Dia menggeleng tidak percaya. "Dhia, janganlah bergurau macam ni. Tak kelakarlah."

"Dhia tak bergurau. Dhia serius. Keluarga Dhia dah aturkan jodoh Dhia dengan lelaki lain. Jadi sampai sini sajalah hubungan kita. Dhia minta maaf."

Hayl terdiam lama. Sukar untuk dia menghadam kata-kata Dhia.

"Dhia... Apa ni?" Suaranya kedengaran bergetar.

Dhia mengetap bibirnya kuat menahan rasa yang terbuku hati. Sesungguhnya dia sendiri tidak sanggup menghadapi perpisahan ini. Dia cintakan Hayl. Terlalu cinta.

"Dhia minta maaf."

Hayl meraup kasar wajahnya. Dia memandang Dhia dengan pandangan tidak percaya. Macam tu je Dhia nak tinggalkan dia?

"Apa salah Hayl? Kalau Hayl ada buat salah, beritahu Hayl. Jangan tinggalkan Hayl macam ni."

"Tak. Hayl tak ada salah apa pun dengan Dhia. Dhia yang salah. Dhia yang dah tak boleh nak cintakan Hayl lagi." Tipu! Ya, Dhia tipu. Mana mungkin dia mampu melupakan lelaki itu sekelip mata. Tak ada lelaki yang mampu menggantikan tempat Hayl di hatinya.

"Dhia tipu kan? Dhia masih cintakan Hayl kan? Kenapa Dhia? Kenapa?!" Merah padam wajah Hayl tika ini. Tubir matanya sudah bergenang.

"Hayl, tolong faham. Kita dah tak boleh nak bersama lagi. Lupakan Dhia. Lupakan semua tentang kita."

"Dhia... Jangan buat Hayl macam ni. Tolonglah Dhia," pinta Hayl separuh merayu.

Runtun hati Dhia melihat lelaki itu merayu padanya. Andai saja dia mampu mengubah takdir mereka. Lain yang dirancang, lain yang berlalu. Melepaskan memang sakit. Tapi Dhia sudah tiada pilihan lain lagi.

Semuanya harus berakhir di sini. Detik ini juga. Dia perlu akhirkan semuanya antara dia dan Hayl.

"Dhia minta maaf. Tolong jangan cari Dhia lagi." Usai menghabiskan bicaranya, Dhia langsung berlalu meninggalkan Hayl sendiri di situ.

Lelaki itu terduduk lesu di situ. Dia tak mampu mengejar langkah Dhia yang kian jauh menghilang daripada pandangan matanya.

Kenapa Dhia sanggup lakukan ini padanya? Sedangkan hubungan mereka baik-baik saja sebelum ini.

Telefon bimbit yang berdering menyedarkan Hayl daripada lamunan panjangnya. Lihat saja nama pemanggil di skrin telefon, Hayl segera menjawab panggilan itu.

"Ya sayang."

"Abang dekat mana? Lambat lagi ke nak balik?" soal Aileen di hujung talian.

Hayl ketawa kecil. "Kenapa? Sayang rindu?"

"Rindu sikit. Cepatlah balik... Leen bosan duduk rumah seorang-seorang ni."

"Sekejap lagi abang balik. Tu lah, abang ajak ikut tadi sayang tak nak."

"Cepat balik tau. Bye! I love you!"

Tut! Panggilan terus dimatikan. Hayl tersenyum nipis. Telefon bimbit diletakkan kembali ke tempat duduk sebelah.

Fikirannya melayang teringatkan Dhia kembali. Entah mengapa susah sangat untuk dia mengusir bayang wanita itu. Tahu yang mereka tidak mungkin akan bersama tetapi entah mengapa dia seakan berharap masih ada peluang kedua buat mereka.

Tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaannya, Hayl memandu keretanya menuju tanpa tujuan. Dia masih belum mahu pulang ke rumah. Tidak mahu berjumpa dengan Aileen dalam keadaan dia sedang memikirkan wanita lain.

HAYL melangkah masuk ke rumah namun kelibat isterinya tidak kelihatan.

“Sayang...” panggilnya. Barang-barang yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja dapur.

Setelah melihat Aileen tiada di ruang tamu mahupun dapur, Hayl memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas. Mungkin isterinya itu berada di bilik.

“Sayang...” Pintu bilik dibuka.

Kosong.

“Sayang!” Hayl mula panik. Kemana pula isterinya itu pergi?

Hayl lihat pintu kamar mandi tertutup. Mungkin Aileen berada di dalam. Tetapi kenapa Aileen tidak menyahut panggilannya?

“Sayang...” Tangan naik mengetuk pintu kamar mandi itu.

Senyap. Tiada sebarang respons.

Hayl cuba menarik pintu kamar mandi itu. Dia mula tak sedap hati. Mujurlah Aileen tidak menguncinya.

Sebaik pintu terbuka, dia lihat Aileen terbaring di atas lantai.

“Sayang!” Dia terus mendapatkan Aileen. Dipangku tubuh isterinya yang lemah longlai itu.

“Sayang... Ya ALLAH...” Jantungnya bagai direntap melihat keadaan Aileen.

“Abang... Sakit...” Perlahan saja kedengaran suara Aileen. Wajahnya pucat. Kesedarannya juga semakin merosot. Perlahan-lahan matanya tertutup.

“Sayang! Bangun sayang!” Melihat darah yang mengalir di lantai kamar mandi itu, jantung Hayl terasa hampir hilang detaknya.

Tanpa menunggu lama, Hayl terus mencempung tubuh isterinya itu. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa moga Aileen baik-baik saja.

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience