Bab 2

Romance Series 297590

AKHIRNYA hari yang dinantikan tiba juga. Baju kebaya songket berwarna hijau gelap tersarung cantik di tubuh Aileen. Hayl yang memilih warna baju mereka. Katanya Aileen sesuai dengan warna hijau gelap. Aileen ikutkan saja. Tak kisahlah lah baju warna apa pun. Yang penting pengantin lelakinya ialah Hayl Ayash.

“Cantiknya kawan aku ni,” puji Tia. Dia sendiri terpegun melihat kecantikan Aileen. Aileen memang cantik orangnya. Berkulit kuning langsat. Ditambah dengan lesung pipit di kedua belah pipinya. Menambahkan manis pada wajahnya.

“Betul ke cantik?” soal Aileen sambil memandang pantulan cermin. Melihat dirinya sendiri.

“Ya lah cantik! Kau tu dah memang cantik. Tambah pula bila dah pakai mekap macam ni, makin cantiklah. Ni kalau Hayl tengok sekejap lagi, lemah terus lutut dia.” Sempat lagi Tia menyakat.

Terletus tawa Aileen. “Tia, doakan aku dan Hayl terus bahagia ya.”

Tia berjalan mendekati Aileen. Bahu Aileen dipegang daripada belakang. “Aku sentiasa doakan kau dengan Hayl bahagia. Hayl tu lelaki yang baik. Aku percaya dia boleh jaga kau baik-baik dan dia tak akan kecewakan kau.”

“Terima kasih Tia.” Tiada yang lain Aileen mahukan. Dia harap hubungan dia dan Hayl akan baik-baik saja. Aileen tidak tahu apa yang menunggu di hadapan sana namun walau apapun yang berlaku Aileen harap dia dan Hayl dapat menempuhinya bersama-sama.

Sebelum mengenali Hayl, Aileen tidak bercinta dengan mana-mana lelaki. Hayl lah cinta pertamanya. Lelaki pertama yang berjaya membuka pintu hatinya. Aileen sendiri tidak pernah terfikir yang dia akan berkahwin secepat ini.

Benarlah aturan ALLAH itu tiada siapa yang mampu menebaknya.

SEPERTI tradisi turun temurun dalam keluarga Aileen selepas majlis, pengantin  perlu membasuh periuk belanga yang digunakan sewaktu majlis berlangsung. Maka Hayl dan Aileen juga tidak terkecuali. Selepas menunaikan solat asar tadi, mereka terus menukar baju. Ada kerja yang menanti.

“Banyaknya...” Terlopong mulut Aileen saat melihat periuk dan kawah besar yang mereka susun di bawah garaj kereta. Semua itu perlu dicuci.

Hayl tersenyum kecil melihat reaksi isterinya itu. “Kita buat sama-sama ya,” ujarnya seakan memujuk.

Aileen mencebik. Siapalah yang cipta tradisi pengantin kena cuci periuk belanga selepas majlis ni? Kata raja sehari, ni tak sampai sehari lagi dah kena cuci periuk belanga pula.

“Kesian Hayl kena buat semua ni. Leen minta maaf ya. Tradisi keluarga Leen memang macam ni. Daripada dulu lagi.” Aileen serba salah dengan Hayl. Mesti lelaki itu letih. Ingat jadi pengantin tak letih ke? Walaupun cuma senyum dan duduk diam-diam je atas pelamin tu.

“Takpalah. Hayl seronok je nak cuci semua ni. Leen jangan risau.”

Berkerut seribu kening Aileen memandang Hayl. Seronok? Engko biar betul bang oi.

“Mana ada orang seronok nak kena cuci periuk belanga yang berlambak ni.”

“Kan Leen ada dengan Hayl. Selagi Leen ada dengan Hayl, semuanya menyeronokkan.”

Wajah Aileen yang masam mencuka tadi terus berubah riak. Kan dah cakap. Hayl memang pandai buat dia berubah mood.

“Mengada!” Aileen menampar lembut bahu suaminya.

Hayl mula mencapai span dan pencuci. Semuanya mereka dah sediakan di situ. Tinggal dia dan Aileen nak basuh je periuk dan kawah itu.

Lambat-lambat Aileen mengambil tempat di sebelah Hayl. Duduk dilabuhkan di atas bangku. Lengan bajunya disingsingkan sehingga ke paras siku.

“Letihnya...” Aileen mengesat peluh di dahi dengan lengan bajunya. Baru basuh sebuah kuali dia dah merungut.

“Kalau Leen letih, Leen pergilah masuk rehat. Biar Hayl basuh yang selebihnya,” ujar Hayl.

“Sepatutnya kita tak payah buat kerja ni.”

“Kenapa pula? Kalau bukan kita, siapa yang kita nak suruh? Keluarga?”

Aileen diam. Wajah Hayl dipandang. Menunggu lelaki itu meneruskan bicaranya.

“Leen, keluarga kita tu lagi penat. Macam-macam dia orang dah buat untuk jayakan majlis kita. Jadi yang selebihnya ni, biarlah kita yang buat. Biar dia orang pula yang berehat.”

Aileen terkedu seketika. Benar juga apa yang Hayl katakan itu. Tak baik dia merungut. Kalau nak dibandingkan dengan kerja-kerja lain yang ahli keluarganya sudah lakukan apalah sangat setakat basuh periuk belanga ni je.

“Sorry.”

Hayl tersenyum kecil. “Tak apa. Hayl faham Leen penat. Kita habiskan sikit je lagi ya,” pujuknya.

Tenang saja hati Aileen selepas dipujuk. Hayl memang betul-betul pandai menjaga hatinya. Nak menegur Aileen pun masih lagi menyusun kata dengan berhati-hati. Risau kalau tersilap cakap, hati isterinya itu terguris pula.

Hening menguasai mereka selepas itu. Hayl mencuri pandang ke arah Aileen yang fokus menyental periuk. Serius saja wajah isterinya itu. Hujung bibirnya ternaik sedikit. Terbit idea nakal mahu mengusik Aileen.

Dicalit sedikit arang yang ada pada kawah yang masih belum dibasuh lalu dicalitkan ke pipi Aileen.

“Hayl!” Aileen terjerit kecil dengan tindakan tak terduga Hayl.

Hayl pula dah bantai ketawa bila tengok kesan arang pada pipi isterinya itu.

Oh gelak ya! Tiba masa Aileen untuk membalas dendam pula. Paip air yang mengalir itu terus dihalakan ke arah Hayl. Habis basah kuyup suaminya itu dibuatnya.

“Aileen Syifa!” Haa amik kau. Nama penuh terus dia sebut.

Aileen terus buka langkah bila dia lihat Hayl mahu mengejarnya. Mereka saling berkejaran di situ. Gelak ketawa mereka menghiasai ruangan itu. Sudahnya, kedua-duanya habis basah kuyup di situ. Takpalah dah alang-alang kena buat kerja, main air sekali. Bukan selalu boleh buat macam ni. Inilah yang akan jadi kenangan terindah yang manis untuk dikenang kembali nanti

Tanpa disedari mereka ada sepasang mata yang sedang sedari tadi memerhatikan tingkah mereka berdua. Suara gelak ketawa Hayl dan Aileen membuatkan hatinya bagai dirobek-robek.

Ada yang terbakar. Tapi bukan api.

JAM sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Lepas je menunaikan solat isyak berjemaah tadi, Aileen terus masuk ke bilik. Letih sangat. Penat juga jadi pengantin ni sebenarnya. Hayl pula masih berada di luar. Aileen lihat tadi suaminya sedang rancak berbual dengan ahli keluarganya. Hayl ni tak reti penat agaknya.

Daun pintu ditolak daripada luar. Kepala dijengah ke dalam bilik. “Assalammualaikum.”

Aileen yang sedang duduk di hadapan meja solek itu terus menoleh. Hayl. Tahu pun masuk bilik. Ingatkan nak tidur terus dengan saudara-maranya tadi.

“Waalaikumsalam,” jawab Aileen. Dia sibuk menyapu losyen di tangan dan juga kaki. Rutin biasanya sebelum tidur. Nak tidur pun kena wangi-wangi. Barulah lena tidur.

“Boleh Hayl masuk?” soal Hayl yang masih lagi berdiri di hadapan muka pintu bilik.

Aileen ketawa. Nak masuk bilik isteri sendiri pun nak kena minta izin ke?

“Kalau Leen tak bagi Hayl masuk, Hayl nak tidur dekat luar ke?” soalnya mengusik.

“Leen sampai hati ke nak biarkan suami Leen tidur dekat luar?”

“Mestilah tak. Masuklah cepat.”

Tawa Hayl terhambur. Terus dia melangkah masuk ke dalam bilik Aileen yang kini sudah menjadi biliknya juga. Duduk dilabuhkan di birai katil. Dia hanya memerhati gerak isterinya itu tanpa sepatah kata.

“Kenapa pandang Leen macam tu?” soal Aileen. Tiba-tiba jantung dia berdegup kencang daripada biasa. Nervous pula tiba-tiba!

Hayl senyum. “Leen nak Hayl tolong sapukan losyen tu?” tawarnya.

“Err... Tak apa. Leen dah siap dah ni,” jawab Aileen segan. Mahu tak segan! Ini kali pertama dia berdua-duaan dengan lelaki di dalam bilik.

“Come.” Hayl menepuk kawasan tilam di tepinya. Memanggil Aileen duduk di sebelahnya.

Lambat-lambat Aileen bangun dan datang ke arah Hayl. Duduk dilabuhkan di sebelah Hayl.

“Leen...” Hayl meraih tangan Aileen lalu dibawa ke dalam genggamannya.

“Terima kasih sudi jadi isteri Hayl. Hayl tak boleh nak janji yang perjalanan kita akan mudah tapi Hayl janji Hayl akan ada di setiap jatuh dan bangun Leen. Kita akan tempuh semuanya sama-sama.”

Aileen mengangguk. Sebak hatinya mendengar kata-kata yang terbit daripada bibir suaminya itu.

“Terima kasih pilih Leen jadi isteri Hayl. Leen akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk Hayl walaupun Leen tahu Leen tak sempurna.”

“Hayl pun tak sempurna sayang. Kita sama-sama ada kekurangan. Dan kerana kekurangan itulah kita saling melengkapi.”

Aileen senyum. Dibawa kekura tangan Hayl ke bibirnya lalu dikucup lembut. Hayl mengusap perlahan rambut Aileen.

“Hayl nak beritahu sesuatu pada Leen. Dan Hayl rasa Hayl memang perlu beritahu Leen.”

“Apa dia?” soal Aileen tidak sabar.

“Leen ingat kan Hayl pernah cerita tentang Dhia?”

Aileen terdiam seketika. Jeda. Otaknya cuba memproses nama yang baru saja disebut oleh Hayl. Dhia? Bukan ke itu nama bekas kekasih Hayl?

“Dhia bekas kekasih Hayl tu ke? Kenapa dengan dia?” soal Aileen.

“Leen tahu kan yang dia cinta pertama Hayl?” soal Hayl lagi. Serba salah sebenarnya nak bercakap tentang hal ini dengan Aileen. Sudahlah ini malam pertama perkahwinan mereka. Tapi Aileen berhak tahu. Dia mahu berterus-terang dengan isterinya itu.

“Tahu.” Aileen mengangguk. Dia juga tahu Hayl terlalu cintakan wanita itu. Beruntungnya Dhia menjadi cinta pertama lelaki seperti Hayl. Tapi sayang, jodoh mereka tidak kesampaian. Dhia berkahwin dengan lelaki lain dan tinggalkan Hayl.

“Kenapa Hayl tiba-tiba cakap fasal dia?” soal Aileen. Terbit rasa cemburu di hatinya. Perempuan dengan perasaan cemburu itu memang tak dapat nak dipisahkan.

“I still love her.”

Aileen terpempan. Apa Hayl cakap tadi? Dia tak salah dengar kan? Ya ALLAH...

Happy reading!

Share this novel

husmafiq enterprise
2023-02-19 22:32:46 

OMG....Aileeen...boleh terima ke...huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience