Bab 12

Romance Series 297502

AILEEN duduk termenung di balkoni bilik sambil memerhati butir-butir bintang yang menghiasi dada langit. Angin semilir menampar lembut pipinya. Fikirannya jauh melayang teringatkan Hayl. 

Selepas kejadian siang tadi, Hayl masih dingin dengannya. Aileen akui semuanya berpunca daripada dirinya juga. Kalau daripada awal dia berterus-terang dengan Hayl pasti lelaki itu tidak akan marah.

Lagipun mungkin apa yang Aileen lakukan itu adalah kelakuan. Melukakan hati seorang suami.

Manik-manik jernih membasahi pipi Aileen. Esakannya kedengaran memenuhi ruang itu.

“Aileen Syifa. Dekat luar tu sejuk. Jom masuk.”

Dengar saja suara garau itu, tangisan Aileen semakin menjadi-jadi. Suara esakannya semakin kuat. Tersedu-sedan dibuatnya.

“Aileen Syifa.” Pinggang isterinya itu dipeluk daripada belakang.

“Abang dah tak marah. Jom masuk,” pujuk Hayl lembut. Dia menarik perlahan tangan Aileen masuk ke dalam. Cuaca di luar ini sejuk. Tidak bagus untuk kesihatan Aileen yang sedang berbadan dua itu.

Aileen yang masih menangis itu dibawa duduk di birai katil. Hayl duduk bertinggung di hadapannya. Kedua belah tangan naik memegang pipi Aileen.

“Abang minta maaf... Abang tak sepatutnya marah sayang. Abang terlalu ikutkan emosi abang tadi.” Perlahan tangannya mengesat air mata yang membasahi pipi Aileen.

“Abang betul-betul minta maaf. Maafkan abang ya?” Dahinya dirapatkan dengan dahi Aileen.

Aileen sudah berhenti menangis. Cuma sisa esakannya yang kedengaran.

“Leen... Leen... Leen minta maaf...”

Hayl menggeleng. Tangan Aileen digenggam erat. “Sayang tak salah pun. Jangan minta maaf dengan abang. Abang yang terlampau ikutkan emosi abang. I’m sorry love.”

“Tapi Leen dah beritahu Abang Adam tentang kandungan Leen.”

Hayl senyum segaris. Dia tahu tentang hal itu pun lepas Adam mengucapkan tahniah pada mereka di group Whatsapp keluarga. Dari situlah dia tahu yang Adam dan Aileen bertemu tengah hari tadi.

Bila difikirkan semula tak ada apa yang hendak dicemburukannya. Dia sudah sedia maklum tentang hubungan Aileen dan Adam. Mereka memang rapat. Bahkan terlalu mustahil untuk Aileen curang di belakangnya.

Hayl terlalu mengikutkan emosinya siang tadi. Namun walaupun dia sedang marah dengan Aileen, dia masih ambil berat tentang isterinya itu. Makan malam Aileen awal-awal sudah disiapkan.

“Maafkan abang ya? Lupakan tentang apa yang abang cakap pada sayang siang tadi.”

Aileen mengangguk perlahan. Pertama kali Hayl marah dengannya sepanjang mereka berkahwin. Itu yang membuatkan dia sedih sangat. Tambah pula dalam keadaan dia sedang mengandung. Hatinya sensitif.

“Sayang tunggu dulu. Abang nak ambilkan susu dengan vitamin sayang.”

“Ala... Kena minum susu juga ke?” Aileen tayang muka kesian. Ingatkan hari ni dia terlepas daripada minum susu.

“No excuse Puan Aileen Syifa.” Pipi Aileen dikucup lembut sebelum dia bangun daripada duduknya. Kaki terus menapak meninggalkan bilik.

Aileen hanya senyum sambil menghantar pemergian suaminya itu dengan pandangan. Bila dah berbaik dengan Hayl, barulah hatinya lega. Jika tidak, selagi itulah hatinya rasa tak tenang. Dadanya terasa mengetat setiap kali memikirkan tentang hubungan mereka.

Aileen takut. Takut jika kesilapan yang dia lakukan ini akan membuatkan Hayl meninggalkannya. Membayangkannya pun Aileen tidak sanggup apatah lagi jika ia benar-benar terjadi.

HARI ini Aileen dan Hayl keluar berjalan-jalan di mall. Sambil itu mereka mahu membeli barangan keperluan bayi mereka.

“Kita masuk kedai depan tu jom,” ajak Hayl. Di tangannya sudah penuh dengan beg kertas yang berisi barang-barang keperluan bayi.

Masuk ni dah hampir lima buah kedai yang mereka masuk. Katanya tadi mahu beli sedikit je tapi rasanya sekarang bukan sedikit lagi. Silap haribulan dah boleh buka sebuah kedai barangan bayi.

“Abang nak beli apa lagi? Kan dah banyak ni,” soal Aileen. Dia dah cakap banyak kali dekat Hayl jangan beli banyak-banyak. Lagipun kandungannya masih awal. Orang tua-tua cakap tak elok beli barang keperluan bayi awal-awal. Kalau nak beli pun, beli yang sekadarnya.

“Abang nak tengok-tengok je.” Hayl tayang sengih.

Aileen mengecilkan matanya memandang suaminya itu. Ya lah tu nak tengok-tengok je. Nanti tengok-tengok dua beg plastik Hayl beli. Bukan boleh percaya. Selalu orang perempuan je yang suka membeli-belah ni. Tapi sekarang ni dah terbalik pula.

“Jom.” Hayl terus tarik tangan Aileen. Mahu tak mahu terpaksalah Aileen ikut.

AILEEN merebahkan badannya di atas katil. Leganya! Penat betul berjalan hari ni. Naik lenguh kakinya mengikut Hayl membeli-belah.

“Sayang okay tak?” soal Hayl yang sedang menyusun barang-barang keperluan bayi mereka yang dibeli tadi. Bila dah keluarkan semua, boleh tahan banyak juga barang yang dibeli rupanya.

“Kaki Leen lenguh,” balas Aileen. Mata dipejam perlahan.

Hayl bangun dan menghampiri Aileen. Dia melabuhkan duduk di birai katil. “Abang urutkan ya?” tawar Hayl.

Aileen sekadar mengangguk. Hayl terus capai botol minyak angin yang terletak di meja kecil sebelah katil. Dituangkan sedikit minyak angin itu ke tapak tangannya sebelum dilumurkan ke kaki Aileen. Kaki isterinya itu diurut lembut.

“Sorry sebab abang bawa sayang berjalan banyak hari ni.”

Aileen tersenyum kecil dengan mata yang masih terpejam. “Tapi Leen seronok sangat dapat luangkan masa dengan abang.”

Walaupun dia letih tetapi dia benar-benar gembira hari ini dapat meluangkan masa dengan Hayl.

“Abang tak sabar nak tunggu anak kita lahir. Kalau dia perempuan, mesti dia cantik macam ibu dia.”

“Dan kalau anak kita lelaki mesti dia hensem macam ayah dia.” Aileen mengusap perlahan pipi Hayl. Sungguh dia sangat mencintai lelaki ini. Tak ada kata yang dapat mewakili perasaannya pada Hayl.

“Thank you abang for being a good husband for me. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan abang pada Leen.”

“Don’t thank me. Sepatutnya abang yang berterima kasih pada sayang. Terima kasih sebab tak pernah mengalah dengan hubungan kita. Terima kasih sebab bersabar dengan abang.”

Aileen mengangguk perlahan. Dia terlalu cintakan Hayl. Selagi dia mampu dia akan terus mempertahankan rumah tangga mereka.

AILEEN terjaga daripada tidurnya. Dia menoleh ke sisi. Hayl sedang tidur nyenyak. Tangannya naik mengusap lembut wajah suaminya itu. Tidur pun hensem!

Selimut ditolak. Aileen bangun daripada duduknya. Tekaknya tiba-tiba teringin makan pisang goreng. Tapi masalahnya sekarang ni dah tengah malam. Mana ada orang jual pisang goreng waktu begini.

Tapi keinginannya untuk makan pisang goreng membuak-buak. Agaknya beginilah perasaan ibu mengandung bila mengidam mahu makan sesuatu.

Aileen pandang Hayl yang sedang nyenyak tidur itu. Tak sampai hati nak kejutkan Hayl tapi dia betul-betul teringin nak makan pisang goreng sekarang ni. Dah tak boleh nak tunggu sampai esok pagi. Nak sekarang juga.

“Abang.” Lengan Hayl digoncang perlahan.

Hayl terpisat-pisat bangun. Matanya digosok-gosok. “Ya sayang. Kenapa? Sayang sakit ke?” soal Hayl dengan suara seraknya. Dia terus bangun daripada pembaringannya.

“Leen nak makan pisang goreng. Boleh tak?” pintanya.

Mata Hayl yang masih mengantuk itu terus jadi segar saat mendengar permintaan isterinya. “Hah? Pisang goreng?”

Aileen mengangguk. “Leen teringin sangat...”

Hayl kerling jam di dinding. Sudah pukul 1 pagi. Mana dia nak cari pisang goreng waktu begini? Nak goreng sendiri pun pisang tak ada di rumah.

“Boleh tak abang?” soal Aileen lagi.

“Tapi mana ada orang jual pisang goreng waktu macam ni. Kita tunggu esok eh? Esok abang belikan pisang goreng untuk sayang,” pujuk Hayl.

Tiba-tiba Aileen menangis. Hatinya jadi runtun bila Hayl tidak dapat memenuhi permintaannya.

“Takpalah.” Tubuh terus dibaringkan semula ke atas tilam.

Hayl garu kepalanya yang tidak gatal. Ah, sudah! Serba salah dibuatnya. Dia tidak tahu mahu mencari pisang goreng di mana tengah malam begini.

“Sayang, jangan menangis. Abang cari pisang goreng sekarang juga. Sayang tunggu kat rumah ya.”

Aileen mengangguk. “Cepat sikit tau abang.”

Hayl senyum. Dahi Aileen dikucup lembut. “Tunggu abang balik.”

AILEEN mengerling jam di dinding. Sudah hampir dua jam Hayl keluar. Suaminya itu masih belum pulang. Dirinya dibalut kerisauan. Dia cuba menghubungi Hayl tapi dia baru perasan yang Hayl tidak membawa telefon bimbitnya.

Nafas dihela berat. Aileen turun daripada katil. Apa dia nak buat sekarang ni? Ah, ni semua salah kau Aileen. Kalau kau tak paksa Hayl cari pisang goreng untuk kau tengah-tengah malam begini, semua ni tak akan jadi.

Aileen turun ke tingkat bawah. Dia berdiri di hadapan tingkap sambil menanti kepulangan Hayl. Dia tidak putus-putus berdoa semoga Hayl baik-baik saja.

Dengar saja bunyi enjin kereta Hayl memasuki halaman rumah, Aileen terus berlari membuka pintu. Sebaik Hayl keluar daripada perut kereta, Aileen terkejut melihat suaminya itu.

Dahi Hayl berdarah. Lengannya juga calar-balar.

“Sayang, maaf lambat. Abang tak jumpa pisang goreng. Tapi abang dah beli pisang. Abang buatkan pisang goreng ya?” Dalam keadaannya begitu pun Hayl masih mampu tersenyum pada Aileen sambil mengangkat plastik yang berisi sesikat pisang yang dibelinya tadi.

“Abang...” Remuk hati Aileen melihat Hayl.

Happy reading! Sesiapa yang belum follow orked boleh follow orked untuk dapatkan notification setiap kali orked update. Thank you.

Share this novel

norsila
2023-03-26 19:51:50 

apolah ..agak2 lah tgh mlm..hisss mgidam bisikan syaitan ni...tk fikir ke..xseden ke..kono jumpo ganster2 ke...pjenayah ke.....tk kn naiya sajo cari pyakit...huuuu ..mlmpau lak..


NovelPlus Premium

The best ads free experience