Bab 14

Romance Series 297590

SEKUJUR tubuh yang terbaring kaku di atas katil hospital itu dipandang sayu. Luluh hati Hayl apabila doktor memberitahu kandungan Aileen tidak berjaya diselamatkan. Isterinya itu keguguran.

Hayl tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Aileen apabila wanita itu sedar nanti. Siapa yang tak sedih apabila kehilangan anak. Dia sendiri kecewa tetapi siapalah dia hendak melawan takdir ALLAH. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di atas semua yang berlaku.

Kepala Aileen dielus perlahan. Sebelah lagi tangannya mengenggam erat tangan Aileen. Kalaulah dia pulang lebih awal, mungkin semua ini tidak akan terjadi. Andai saja dia tidak terlalu mengikutkan perasaannya. Mungkin kandungan Aileen masih boleh diselamatkan lagi.

Hayl tak dapat nak bayangkan bagaimana Aileen menanggung kesakitan sementara menunggunya pulang. Titisan jernih perlahan mengalir ke pipi.

“Maafkan abang... Maafkan abang...”

Hayl sudah menghubungi keluarga Aileen di kampung dan keluarganya tentang keadaan Aileen. Mereka semua masih lagi dalam perjalanan.

Sementara menunggu Aileen sedar, Hayl terlelap di sisi isterinya itu. Tangannya masih lagi mengenggam erat tangan Aileen seperti tidak mahu lepas lagi.

“Abang...” Suara perlahan itu mengejutkan Hayl yang baru saja terlena.

“Sayang! Sayang dah sedar? Abang panggilan doktor ya.” Hayl mahu bangun daripada duduknya tetapi Aileen lebih pantas menarik pergelangan tangannya.

“Abang... Leen kat mana?” soal Aileen lemah. Matanya meliar memerhati sekeliling bilik asing itu.

Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia berada di sini. Seingatnya dia masuk ke kamar mandi. Dan selepas itu dia kehilangan keseimbangan lalu tergelincir jatuh ke lantai.

“Abang! Anak kita tak apa-apa kan?” soalnya risau.

Hayl diam. Hanya matanya tidak lepas daripada menatap wajah sang isteri. Tak kuat untuk dia memberitahu wanita itu hal yang sebenarnya.

“Abang... Macam mana dengan anak kita? Dia okay kan?” Aileen cuba bergerak namun dia merasakan ngilu di bahagian ari-arinya.

“Sayang, jangan bergerak.” Hayl menghalang isterinya itu daripada bangun.

“Abang tak jawab lagi soalan Leen.” Aileen sekali lagi menagih jawapan.

Hayl menggeleng perlahan. Tangan Aileen digenggam erat. “ALLAH lebih sayangkan anak kita.”

Aileen tergamam. Susah untuk percaya. Dia terus melepaskan genggaman tangan Hayl. Tangannya naik meraba perutnya yang kempis itu.

“Abang...” Esakan Aileen memenuhi ruang wad itu. Teresak-esak dia menangis.

“Sayang.” Hayl mengusap lembut bahu Aileen. Matanya juga sudah berkaca. Tak mampu menahan sebak di dada.

“Abang... Leen minta maaf. Leen tak jaga anak kita baik-baik. Maafkan Leen...” ujar Aileen dengan esakannya. Tangannya naik menyentuh wajah Hayl.

Hayl membawa tangan Aileen ke bibirnya. Dikucup lembut kekura tangan isterinya itu. “Hei, it’s okay. Bukan salah sayang. ALLAH lebih sayangkan anak kita. Tak perlu minta maaf dengan abang.”

Tangisan Aileen semakin menjadi-jadi. Sakitnya kehilangan. Dia tidak pernah menyangka semua ini akan berlaku padanya. Selama ini dia hanya melihat orang lain. Siapa sangka dia sendiri akan berada di posisi ini.

Hayl memeluk erat tubuh Aileen. Belakang tubuh isterinya digosok-gosok lembut seakan memujuk dan memberi kekuatan.

“Abang tak marahkan Leen kan?”

Soalan Aileen itu buatkan Hayl terkedu. Pelukan dileraikan. Matanya menatap dalam mata Aileen.

“Kenapa abang nak marah sayang pula? Bukan salah sayang. Mungkin belum ada rezeki untuk kita dapat zuriat.”

“Tapi kalau Leen lebih berhati-hati mesti semua ni tak akan jadi...” Aileen tertunduk menahan sesak di dada.

“Abang tak salahkan sayang dengan apa yang dah jadi.” Namun jauh di sudut hati Hayl, dia terkilan dengan dirinya sendiri. Andai saja dia terus pulang ke rumah, mungkin semua ini tidak akan berlaku.

Orang yang harus dipersalahkan bukanlah Aileen tetapi dirinya sendiri.

“InsyaALLAH nanti ALLAH akan beri rezeki lagi untuk kita,” pujuk Hayl.

“Apapun abang bersyukur yang sayang tak apa-apa. Abang risau sangat bila tahu sayang bleeding teruk,” ujar Hayl lagi. Walaupun dia sedih dengan kehilangan anak mereka, namun dia bersyukur Aileen baik-baik saja. Cuma emosinya yang sedang terganggu sekarang ini.

Aileen memejamkan matanya sesaat. Maafkan ibu sayang... Ibu tak hati-hati. Ibu tak jaga awak dengan baik. Maafkan ibu...

SELEPAS berada di hospital selama tiga hari, hari ini Aileen sudah dibenarkan pulang. Lemah saja langkahnya masuk ke dalam rumah. Hayl pula mengikut langkahnya daripada belakang sambil membawa beg pakaian Aileen.

“Leen nak masuk bilik dulu,” ujar Aileen.

Hayl mengangguk. “Abang nak masak sekejap. Nanti dah siap masak, abang panggil.”

Aileen terus berlalu naik ke tingkat atas. Luaran nampak seperti dia sudah reda dengan apa yang berlaku namun hanya ALLAH yang dia rasakan saat ini.

Tiba di bilik, dia melabuhkan duduk di birai katil. Beg kertas yang terletak di tepi katil itu dicapai. Air matanya laju mengalir saat melihat baju-baju bayi yang dibelinya tempoh hari. Dia gagal menahan perasaannya.

Dibawa baju itu ke dalam pelukannya. Esakan Aileen memenuhi ruang kamar. Terhinggut-hinggut bahunya melepaskan tangisan. Mungkin sebab inilah orang-orang tua dulu tak bagi beli barang keperluan bayi di awal kehamilan.

Bila lihat segala barang keperluan bayi yang sudah siap dibeli itu, hati Aileen semakin remuk. Dia sudah membayangkan anaknya memakai baju-baju comel yang dibelinya itu. Tapi takdir ALLAH berkata lain.

“Sayang...” Hayl terus mendapatkan Aileen yang sedang menangis teresak-esak itu. Dia duduk bertinggung di hadapan Aileen. Baju di tangan Aileen diambil.

“Sayang... Jangan menangis lagi. Kalau baby kita tengok ibu dia menangis mesti dia pun tak suka.” Tangan naik mengesat air mata yang membasahi pipi Aileen.

“Macam mana kalau Leen dah tak boleh mengandung lagi?” soal Aileen tiba-tiba. Itulah kerisauannya sekarang ini. Dia takut andai dia tidak mampu untuk memberikan zuriat pada Hayl lagi.

“Sayang... Rezeki tu ALLAH yang bagi. Dia tahu bila masa yang terbaik untuk dia berikan rezeki pada kita. Sayang jangan risau. InsyaALLAH ada rezeki, sayang akan mengandung lagi. Kita boleh usaha lagi.” Hayl tertawa di hujung ayatnya.

Aileen tersenyum tawar. “Cepat kita dapat zuriat, cepat juga ALLAH ambil semula kan abang?”

Hayl mengusap lembut belakang tubuh isterinya itu. Dia tunduk melarikan matanya daripada bertembung dengan Aileen. Tubir matanya sudah bergenang mendengar bicara Aileen.

Nampak saja seperti dia tidak terkesan dengan kehilangan zuriat mereka. Hakikatnya dia juga sedih dengan apa yang berlaku namun dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya itu di hadapan Aileen. Dia risau Aileen semakin bersedih. Untuk memberikan kekuatan pada Aileen, dia sendiri perlu tunjukkan yang dirinya kuat di hadapan wanita itu.

HAYL keluar daripada perut kereta. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah ke pasaraya serbaneka berhampiran dengan kawasan rumahnya untuk membeli sedikit barang keperluan.

Aileen masih belum mula bekerja. Masih bercuti dan sekarang dia berada di kampung halamannya. Hujung minggu ini baru Hayl akan menjemputnya pulang. Aileen yang meminta untuk tinggal ke kampung buat sementara waktu. Dia mahu menenangkan dirinya. Hayl pula tidak kisah jika itu yang membuatkan isterinya itu bahagia.

Setelah mengambil barang yang ingin dibelinya, Hayl melangkah menuju ke kaunter pembayaran. Barang-barang yang diambilnya tadi diletakkan di atas kaunter. Beg duitnya dikeluarkan daripada poket belakang seluar.

“Kak, saya nak bayar,” ujar Hayl pada pekerja di kaunter itu. Pekerja itu sedang menyusun barang di rak belakang kaunter. Jadi dia tidak perasan akan kehadiran Hayl.

Sebaik wanita itu menoleh, Hayl tergamam. Begitu juga dengan wanita itu. Mata mereka saling menatap buat seketika.

“Dhia...”

Akhirnya Hayl dah jumpa dengan Dhia ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience