Bab 9

Romance Series 4668

Setelah sampai di kampus, orang yang paling risaukan aku adalah Ayu dan Miza. Panjang lebar aku bercerita kepada mereka berdua.

Bermacam macam soalan aku terpaksa jawab. Dah macam mak-mak yang sibuk menyoal anak dara setelah seharian menghilang. Aku memohon maaf kepada mereka kerana membuat mereka risau dengan kehilangan aku.

"eh.. Farah.. Macam mana kau tidur dekat pulau tu? Setahu aku kau ni kan penakut.. Haha" soal Miza

"ahhahh..betul cakap dia. Kau ni penakut. Nak pergi toilet pun aku temankan. Aku hairan jugak macam mana la kau tidur kat sana? Cepat cerita!" Ayu seolah olah menyokong kata-kata Miza.

Kalau aku terus terang Kat diorang ni mahunya aku kena berleter panjang lebar ni. Getik hatiku. Dalam kepala ku sibuk mencari jawapan yang harus aku berikan kepada dua kawanku itu.

" ala..aku tidur-tidur ayam je. Ni aku nak sambung tidurla ni" aku cuba menipu.

"boleh percaya ke ni ayu?" Miza seolah olah tahu aku sedang berbohong.

"tu la tu.. Tengok gaya tu macam alasan tangkap muat je tu" Ayu pula memerli aku.

"ikut korang la nak percaya ke tak, ingat aku ni suka bohong ke haa hehe?"

"sebab kau tak pandai bohong la kita orang tahu kau tengah bohong.. Haaa.. Haaa" Miza mencucuk cucuk pinggang aku supaya aku ceritakan hal sebenar.

"haha dah.. Dah.. Aku nak mandi dan solat. Malas layan korang!" aku cuba mengelak

"nanti kau!" Ayu membalas

Peperiksaan akhir semester tiba. Aku, Ayu dan Miza hanya duduk di dalam bilik mengulang kaji untuk kertas akhir kami.
Manakala Emy pula seakan faham dengan persediaan peperiksaan akhir semester aku. Sekali sekala aku ada juga terserempak dengannya ketika di surau. Dia sempat bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepadaku untuk peperiksaan dan 'final project presentation'.

Setelah habis semua peperiksaan Emy ada menghubungi aku untuk ajak berjumpa sebelum dia bergerak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur. Kami hanya bertemu dia luar kafeteria untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Assalamualaikum"

"walaikumsalam" aku membalas dengan satu senyuman kepadanya.

"sekejap lagi i dah nak gerak balik ke kuala lumpur"

"hati-hati ya, jangan nak drive laju-laju pulak" pesanku.

"I drive laju ke hati you saja sayang"

"Sempat lagi eh"

"hardisk you tu I simpan tau!"

"ermmm..kenapa ekk?"

"I tak puas explore lagi. Hehe. Lagipun boleh I tengok kalau I rindu you!"

"eeeee..geramnya..! Nampak sangat you dah explore gambar-gambar i, nota-nota private I dalam tu kan?"

“adalah sikit.. Haha"

"eee.. Tengok tu. Dah la tak minta permission tau!"

"ni I tengah minta permission you la ni"

"kalau I cakap tak boleh?"

"I explore juga! Hahahaha"

"emmm.. Dah agak dah"

"you bila gerak balik melaka?"

"in shaa Allah esok pagi, I tumpang Ayu balik"

"nanti ada masa kita jumpa lagi ya sayang"

"in shaa Allah, hati-hati eh"

"ok. Don't worry, you tu, make sure selalu call I. Kalau I video call you angkat eh.. Dan yang paling penting jangan sesekali cari boyfriend! "

"tengoklah dulu hehe"

"tengok tu!... Nakal eh.. Nanti Kalau I rindu you I pergi melaka ok?"

"I ok aje"

"ok lah. I dah nak kena gerak ni, bye sayang"

"bye"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience