Bab 4

Romance Series 4694

Malam itu, Aku berjalan sendirian ke surau bagi menunaikan solat Maghrib. Ketika azan dilaungkan.

"Allahuakbar Allahuakbar...."
"Aduh.. Merdunya suara."
Setelah masuk ke dalam surau, dia kemudian mengintai di balik tirai untuk mencari suara empunya badan yang melaungkan azan dengan merdu itu.
Tiba-tiba.

"oiip..tak senonoh.. Ape kau intai tu ha?" bisik Miza yang tiba selepasnya

"ooh.. sanggup kau tinggalkan kitaorang dekat belakang nak dengar abang suara merdu ekk" Ayu menyampuk

"ehh.. Shhh..diam-diam Orang azan tak boleh berborak kena menikmati" balas farah..

"banyak la kau menikmati, orang laungkan azan kena jawab azan tu"

"yee.. Hehe.. Dah jom solat" balas farah.

Setelah selepas selesai solat maghrib ketika mereka bertiga beransur untuk pulang.

"ehh korang.. Aku nak tau siapa yang laungkan azan tadi. Jom teman aku. Jomla.. "

Aku ingin mencari pemilik suara yang melaungkan azan itu tadi.

"eh kau ni.. Gedik pulak dia eh..sebelum ni ya.. ya je tak nak cari jodoh la...bla..bla.. bla..la. Ni dia pulak sibuk cari jodoh" balas Miza yang geram dengan perangai rakannya itu.

"jom jela.. Bukan kau tak tau dia tu.. Selagi dia tak dapat.. Selagi tu dia tercari cari" balas Ayu.

"Haa.. tu ha aku nampak Amar... Jom tanya dia" Aku berjalan laju mengejar rakan sekelasku Amar.

"Assalamualaikum hai..Amar.."

"waalaikumsalam.. Hai korang.."

"Amar.. Aku nak tanya sikit ni." farah memulakan soalan.

"emmm tak payah tanya.. Aku dah tau dah"

"ehh..kau dah tau Amar apa dia nak tanya?" balas Miza

"kau nak tau siapa yang azan tadi kan?" balas Amar

"hehe macam mana kau tau ek?"
"mauu taknya.. Dari tadi terintai intai.. Orang yang tak tahu pun jadi tahu..haha farah.. Farah“

" ehh.. Malunya aku dengan dia ni ayuu.. Hahaha." balas Miza sambil tertawa kecil bersama ayu.

"Amar kau kenal tak budak yang azan tadi? Hehe." dia masih lagi ingin tahu siapakah pemilik suara yang merdu itu.

"kawan sebilik aku.. Nama dia Emy "

"sebilik dengan kau? Seriuslah.. Hehe"

"haaa.. tu haa dia..Emy sini jap!" Amar memanggil kawannya itu.

"ehh.. Dia ni ke? Ehh takpe.. Takpe.. Aku baru teringat. Ada hal penting kat bilik. Aku balik dulu la ehh.. Daaa"

"lorh.. Lari pulak.. Tadi nak tau sangat"

"ok lah bye Amar" Ayu dan Miza berlalu pergi mengejar rakan Mereka yang kelihatan sangat pelik itu.

Ketika di bilik Farah duduk termenung sendirian mengingatkan azan yang diluangkan sebentar tadi..

"sedap jugak suara mamat itu eh.. Ish asal la aku asyik teringat dekat dia ni...no farah.. no..Baik aku ulangkaji dari fikirkan mamat poyo tu.."

"poyo-poyo kau jugak terintai intai dari tadi hahaha" Miza mengusiknya

"farah-farah macam macam hal la kau ni" ayu pula menyampuk

Ayu dan Miza yang baru tiba itu, ketawa berdekah mengingatkan perangai kawan mereka .

"eee lain kali masuk tu bagi salam dulu boleh tak? Potong line orang nak berangan la korang ni"

"elehh..malula tu kan. Hahaha." Ayu mengusik farah yang kelihatan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience