Bab 14

Romance Series 4694

Aku keluar daripada pejabat dan berjalan menuju ke pondok bas yang berada berdekatan dengan pejabat. Aku cuba untuk menempah grab tetapi Memandangkan bateri telefon sudah mati, terpaksalah aku menahan beberapa teksi yang lalu lalang tetapi malangnya tidak ada sebuah teksi pun yang berhenti.

Ketika aku sedang menunggu teksi, tiba-tiba sebuah kereta range rover berwarna putih berhenti di hadapan ku. Disebabkan cerminnya begitu gelap, aku tidak dapat melihat pemandu mahupun penumpang yang berada di dalam kereta tersebut.

Pemandu berkenaan membuka pintu keretanya. Kelihatan lelaki berkenaan berjalan menuju ke arah ku. Emy rupanya. Aku ingatkan siapa lah tadi. Aku mengomel sendirian. Aku pura-pura tidak menoleh ke arahnya.

"Hai Farah"

Eleh..pagi tadi kerek sangat. Sekarang nak berhai-hai pulak.

"ish.. Asal I dengar macam. Ada suara orang eh? Seram sejuk pulak duduk dekat sini lama-lama" aku berpura-pura bercakap sendirian sambil memandang sekeling. Merajuk la kononnya.

"lambatnya you balik, jom I hantarkan. Sini bahaya tau"

"I boleh jaga diri I sendiri. You jangan sibuk! By the way proposal yang you nak kan sangat tu I dah letakkan di atas meja you.Pagi tadi I datang sendiri, so I boleh saja balik sendiri.Jangan sibuk jaga hal I."

"eh.. You kan staff I, off course I risau. Nanti kalau orang apa-apakan you, I akan kehilangan designer komited macam you tau!"

"Elehh..dasar mulut manis. Habis semua perempuan kau nak puji. Berkaliber lah, komited lah." Aku mengomel sendirian.

"haaa.. Haaa you kutuk I eh?" soal dia kepada aku.

"mana ada" aku sudah malas melayan kerenah lelaki itu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki mabuk datang ke arah kami. Lelaki berkenaan terhuyung hayang berhampiran aku. Dia kemudiannya berbaring di atas lantai di perhentian bas berkenaan. Wajahku yang tadinya acah-acah kerek kemudian bertukar menjadi pucat kebiruan melihat lelaki berkenaan.

"ermmm.. Ermmm tengok tu. Masih nak jual mahal lagi, orang mabuk tu datang cium you baru tau!"

Aku melihat ke arahnya dengan mata terkelip kelip.

"dah dah.. Tak payah nak buat mata seposen tu"

Dia terus menarik tangan ku masuk ke dalam keretanya.

"ehh... Ehh..Encik. Emy!" tak sempat aku berkata-kata.

"shhhh... Diam.. Duduk situ diam-diam.. Jangan cakap apa-apa"

"ok..."

Dia menarik seat belt dan kononnya mahu menolong ku memakaikannya.

"Cisss.. Acah.. Acah sweet" Aku mengomel sendirian

"By the way encik Emy, you tahu ke mana nak hantar I ni? Dari tadi tak tanya I Address pun."

"we are not going to your home"

"habis tu nak pergi mana?"

"you rasa?"

"I dah tak boleh nak rasa-rasa dah sekarang ni.. Apa yang I rasa kepala I dah pusing-pusing aje."

"kepala you pusing sebab you tak makan langsung dari pagi tadi. Habis tu you nak tidur dengan perut kosong tu?"

"dah tu.. Encik Emy jugak suruh I siapkan proposal tu cepat kan..?Kalau I pergi makan siapa nk habiskan proposal tu?“

“dahh...dah..dont talk too much.. Kita pergi makan dulu.. Then. I send you balik"

"mana ada kedai buka tengah-tengah malam ni." aku cuba memberi alasan.

"I bawa you pergi Mcdonald saja lah k."

Aku pelik dengan singa lapar ni. Pagi tadi bukan main kerek dengan aku. Sekarang ni, acah-acah caring pulak.

Dia membawa aku ke. Mcdonald yang berhampiran dengan rumah aku.

"macam mana you tahu rumah I area sini?"

"I baca resume you"

"I kan tak penting buat you, kenapa you sibuk-sibuk nak ingat address rumah I, sibuk nak fikir kan I tak makan lagi. Banyak lagi memori you yang dah hilang. Better you sibuk ingatkan benda tu"

Dia tidak membalas kata-kataku. Namun, hanya memandang tepat ke arah ku. Aku pula, cuba mengelak dari memandangnya.
Setelah selesai makan, dia menghantar aku pulang ke rumah. Di dalam perjalanan aku dan dia hanya.

"ok dah sampai. "

"ok. Thanks for sending me back home."

"you're welcome"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience