Bab 10

Romance Series 4668

Waktu yang dinanti telah tiba. Setelah selesai semua peperiksaan kini aku gemuruh menunggu keputusan peperiksaan akhir aku. Begitu juga dengan Ayu dan Miza. Aku begitu gembira sekali apabila melihat keputusan peperiksaan aku yang mendapat kepujian dalam semua subjek iaitu dekan. Alhamdulillah ini adalah tiket untuk aku mula mencari pengalaman dan pekerjaan di luar sana.

Emy mengucapkan tahniah kepadaku dan kami telah berjanji untuk berjumpa semasa di hari konvokesyen nanti. Beberapa bulan kemudian kami semua pulang semula ke kampus untuk majlis konvokesyen. Seperti biasa aku keseorangan kerana ibuku tidak dapat hadir dek kerana kekangan kewangan. Bagiku, aku sudah biasa berdikari. Aku gembira sekali kerana akhirnya aku, Ayu dan Miza dapat bersama sama mengambil skrol ijazah dan meraikan majlis konvokesyen.

Aku mencari cari Emy kerana dia telah berjanji untuk bertemu aku di hari konvokesyen. Aku cuba menelefonnya tetapi panggilan ku hanya dijawab oleh operator. Aku cuba mencarinya di fakulti dan di tempat pemulangan jubah. Tetapi kelibatnya masih tidak kelihatan. Oleh kerana aku terpaksa pulang kerana keesokan harinya aku terpaksa menghadiri temuduga pertama ku. Sebelum pulang, aku meninggal ucapan tahniah dan memohon maaf kerana aku terpaksa bergerak pulang melalui pesanan ringkas sms.

Setelah aku menjalani beberapa temuduga pekerjaan, Alhamdulillah satu Syarikat besar berpengkalan di Kuala Lumpur telah menawarkan pekerjaan kepada ku sebagai designer. Aku disuruh melaporkan diri dalam masa satu minggu. Ayu dan Miza menyuruh aku tinggal dirumah sewa mereka memandangkan tempat kerja ku mempunyai perkhidmatan LRT, maka dapatlah aku berulang alik menaiki LRT berhampiran rumah sewa mereka.

Emy pula hilang tanpa khabar berita. Dia langsung tidak menelefon mahupun bertanya khabar berita dariku. Saban hari aku memikirkan apakah salahku kepadanya.

Pada suatu hari, Aku mengambil keputusan untuk bertanya Amar rakan sekelas ku mengenai keadaan Emy memandangkan Mereka sebilik.

"Assalamualaikum Amar"

"walaikumsalam Farah, lama tak dengar khabar berita dari kau"

"biasalah Amar, sibuk sikit sekarang. Amar aku nak tanya sikit ni."

"ya ada apa boleh aku tolong?“

“boleh aku tahu tentang Emy?"

"kau tak tahu keadaan dia sekarang?“

"Aku tak dapat hubungi dia Amar"

"Dia koma sekarang ni Farah. Masa dalam perjalanan ke majlis konvokesyen 3 bulan lepas dia terlibat dalam kemalangan. Pemandu dia meninggal dunia tapi alhamdulillah Emy saja selamat. Cuma masih lagi dalam keadaan koma. Kalau kau nak melawat boleh pergi ke hospital Sime Darby Desa Park city. Nanti aku text kan nombor wadnya."

"Allahuakbar...aku baru tahu semua ni Amar..terima kasih banyak-banyak.“

Tanpa sedar, air mata di pipiku mengalir bercurah curah. Aku tidak sempat meluahkan perasaan aku kepadanya. Aku tidak dapat memberi tahu dia betapa aku cintakan dia. OH tuhan sampaikan rasa ini kepadanya. Sampaikan kepadanya yang aku Cintakan dia. Tuhan Aku sayangkan dia.

Aku mengambil keputusan untuk pergi melawatnya di hospital keesokan harinya. Setelah bercerita kepada Ayu dan Miza, mereka bersetuju untuk menemani aku ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience