Bab17

Romance Series 4668

Keesokan paginya selepas solat subuh seperti biasa aku membuka Al-Quran dan mengaji di dalam bilik ku. Setelah itu dengan hanya berkain batik dan tshirt aku terus ke dapur menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Kedengaran seperti seseorang sedang mandi dari dalam bilik air.

"ibu.. Ibu dalam bilik air eh? Akak dah buatkan bihun goreng ni. Jom kita makan sama-sama"

"baiklah nak.. Nanti kita makan sama-sama ya" ibu bersuara dari dalam bilik air.

"eh.. Kenapa suara ibu lain macam je, Ibu tak sihat ke?“ aku bertanya dari luar.

" apa yang kamu bising kan kat dapur tu Farah. Ibu kat luar siram pokok bunga tadi"
Tiba-tiba ibuku yang muncul dari arah belakang datang menegur ku.

"habis tu.. Siapa.." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, kelihatan Emy keluar dari bilik air dengan tuala diatas kepala berlalu naik ke atas dengan muka yang tak bersalah.

Dia kenakan aku lagi lah ni, dengan tuala atas kepala bagai. aku ketawa sendirian.

Setelah bersarapan kami bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Pangkor.

"Emy nanti senang-senang datanglah rumah ibu lagi ya. Jangan segan-segan bawa aje keluarga kamu datang sini. Nanti boleh ibu masak sedap-sedap."

"in shaa Allah ibu. Nanti Emy datang bawa rombongan ya"

Rombongan? Rombongan apa pulak? Aku mengomel sendirian. Dek kerana menahan malu, aku terus bersalaman dengan ibu dan kemudian terus masuk ke dalam kereta. Meninggalkan Emy dan ibuku di luar berborak bersama.

Setelah masuk kedalam kereta kami mula bergerak menuju ke arah Utara.

"You malu eh.. Ermmm..? Dari tadi diam je" dia tiba-tiba menyoalku.

"eh.. Mana ada la." aku cuba menipu. Padahal muka aku kemerahan menahan malu.

"alah.. Nak tipu I pulak. Tengok muka tu dah merah-merah. I baru sakat sikit je tu"

Sakat sikit? Maksudnya dia hanya main-main dengan perbualan untuk membawa rombongan dengan ibuku tadi? Ah...abaikan aku je yang perasan.

"you.. Agak-agak pukul berapa kita sampai perak ya?"

"in shaa Allah dalam pukul dua petang. You tidur dulu. Nanti dah sampai I kejutkan"

Memang mata aku menahan mengantuk pun. Tapi kalau aku terlentok dekat lengan dia yang sado tu mahunya malu. Ahh.. Tak mungkin kot.. Sekejap saja aku tidur.

"ok.. I tidur kejap Je eh"

"ya tidur lah.. Nanti I kejutkan"

Aku terus melelapkan mata. Sempat juga aku bermimpi.

Tiba-tiba kereta yang dipandu Oleh Emy dilanggar oleh sebuah kereta yang berada dari arah berlainan. Aku dan Emy mengalami kecederaan. Namun aku hanya cedera ringan. Aku toleh ke arah Emy. Banyak darah yang mengalir keluar dari kepalanya. Aku cuba memanggilnya.

"Emy.. Emy.. You kena sedar Emy.. Jangan buat I macam ni.. Bangunlah Emy"

"ya Farah. don't worry, I'm ok" dia membuka mata dan memegang kepalanya yang berdarah.

"tapi ada banyak darah dekat kepala you. You tunggu sini jap. I dapatkan bantuan."

Aku keluar daripada kereta untuk mendapatkan bantuan. Nasib baik ada beberapa orang datang menolong kami. Mereka menelefon Ambulans untuk membawa aku dan Emy ke Hospital berdekatan. Manakala Kereta yang melanggar kami telah melarikan diri.

Setelah tiba di hospital doktor memberikan sedikit rawatan kepada aku dan Emy. Sempat juga aku tanyakan doktor keadaan Emy.

"doktor macam mana keadaan kawan saya?"

"Alhamdulillah mengalami kecederaan ringan dan luka di kepalanya juga telah kami rawat. Kalau tak ada apa-apa petang nanti sudah boleh balik ya."

"thanks doktor. mana dia?"

"dia di sebelah sana" doktor menunjukkan ke arah Emy yang memang sedang melihat perbualan aku dan doktor. Aku pula terus berjalan pergi kepadanya.

"are you okay? Kita Balik KL ya? “

“alhamdulillah okay. Sikit saja ni. No need. Kita teruskan perjalanan ke Pulau Pangkor ya."

"tapi kepala you tu."

"jangan risau. I ok.. By the way papa dah suruh pak mail ke sini. Nanti pak mail yang akan drive"

"ok. Sementara tu you rehat dulu okay?“

“okay" dia tersenyum kepadaku.

Setelah sejam menunggu, pak mail tiba di hospital dan membawa kami ke Pulau Pangkor. Di dalam kereta Emy hanya memandang ke arah ku.

"ada apa-apa tak kena dengan muka I ke? Ke hidung I dah senget sebab kemalangan tadi?" aku membelek mukaku di cermin. Dia hanya tersengih melihat aku membelek mukaku di cermin.

"tak ada apa-apa. Hehe"

"pelik lah you ni. Lepas kemalangan tadi tiba-tiba berubah pulak. Asyik tersengih macam kerang busuk"

"hooo.. Kata I macam kerang busuk ya. Haaa.. Haaa"

Dia mencucuk cucuk pinggang ku.

"haipp.. Haipp.. Hahaha jangan lah.. Malu dekat pak mail tau!"

"tau pun malu!"

Tempat pukul 6 petang kami selamat tiba di jeti Pulau Pangkor setelah menaiki bot. Terdapat sebuah kereta yang datang menjemput kami untuk ke resort yang berhampiran dengan tapak projek.

"okay ini kunci bilik you. By the way bilik I dekat sebelah sini saja. Anything just call me okay?"

"okay. Don't worry! I akan kacau you! Hehe"

"dah pergi masuk and rehat"

"okay, thanks. You pun restlah. I masuk dulu.. Bye"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience