Bab 12

Romance Series 4694

Setelah selesai waktu kerja aku terus menaiki Grab taxi menuju ke Hospital Sime Darby. Aku terus masuk ke dalam biliknya. Alhamdulillah aku melihat dia sudah sedar dan sedang melihat ke arah ku. Tetapi pandangannya itu aneh sekali. Seperti pertama kali melihat ku.

"Assalamualaikum you, Alhamdulillah you dah sedar. Maafkan i sebab hari ni I datang lambat. I baru balik dari kerja"

"walaikumsalam.., Siapa kau ya?"

"you tak ingat I?" mungkin dia sedang menguji aku.

"Sorry. Aku tak ingat kau langsung"

"it's OK I will not force you to remember me"

Air mataku bergenangan. Aku yakin inilah berita buruk yang Dato nak sampaikan kepada aku pagi tadi. Kelihatan jururawat dan doktor masuk Ke dalam bilik.

"Alhamdulillah, Encik Emy setelah diperiksa in shaa Allah esok awak sudah boleh pulang." kata doktor berkenaan

"doktor, kenapa dia tak ingat saya ya?"

"maafkan saya cik, ini adalah mungkin kerana kesan daripada hentakan ketika kemalangan dahulu. Sebelum ini terdapat sedikit pendarahan di dalam otak. Tapi pihak hospital telah melakukan pembedahan untuk membuang darah beku berkenaan. Sejak semalam kami dapati terdapat beberapa perkara tidak dapat diingat oleh Encik Emy. Saya harap cik bersabar. Ini adalah mungkin kesan jangka pendek sahaja. Pihak keluarga boleh membantu untuk memulihkan memorinya"

"ok terima kasih doktor"

Doktor berkenaan kemudian beredar keluar daripada bilik itu. Bergenang air mataku mendengar penerangan daripada doktor berkenaan.

"you jangan risau, I akan bantu you untuk pulihkan ingatan you okay? Yang penting you jangan patah semangat." Aku cuba. Memberi kata-kata semangat kepada dia.

"kau siapa nak tolong aku bagai? Setahu aku, aku tak ada girlfriend la. Sibuk - sibuk nak pulihkan memori aku pulak." balasnya dengan nada sinis.

Allahuakbar, ya dia memang langsung lupakan aku. Mungkinkah ini takdir yang aku harus terima? Tanpa disedari air mataku bercurah-curah turun tanpa sedar. Lagaknya dia bercakap seperti aku ini orang asing yang hanya ingin mendampinginya.

"Baik kau pergi sekarang! Aku tak perlukan simpati daripada kau! Lagipun aku dah sihat sepenuhnya."

" baiklah. I pergi sekarang. Walaupun you langsung tak ingatkan I, I akan tetap tunggu you sampai you ingat I semula."

"jangan kau berani datang sini"

Aku terus berjalan keluar dari bilik berkenaan tanpa menoleh ke arahnya. Hancur luluh hatiku apabila lelaki itu terus melupakan aku. Tapi aku tidak akan berputus asa. Akan aku lakukan sesuatu supaya memori dia pulih semula.

Seminggu sudah berlalu, aku tidak lagi pergi melawat ya. Selepas waktu kerja aku hanya berada di rumah duduk termenung. Aku membelek-belek gambar kenangan kami berdua ketika berada di Segadas. Mungkinkah aku boleh tunjukkan gambar ini kepada dia? Mungkin ini boleh membantu untuk pulihkan ingatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience