Bab 8

Romance Series 4694

Setelah beberapa jam menunggu, kami mengambil keputusan untuk memasang semula khemah dan menghidupkan unggun api. Manakala aku pula menyediakan roti sandwich yang dibawa oleh Emy.

"sayang, I think abang tu tak akan datang malam ni. So tonight kita terpaksa bermalam di sini dulu ok?"

"but I takut. Sini selamat ke? Ada binatang buas tak? Ada hantu tak?"

"ish you ni.. Ke situ pulak dia fikir. I'm here for you, I will accompany you the whole night OK?"

"promise?.."

"ye sayang.. I janji..now help me to hidupkan unggun api ok?"

"okay"

Angin dan ombak pada malam itu kuat sekali. Setelah unggun api di nyalakan kami meluangkan masa bersama - sama sambil bercerita tentang diri masing-masing.

"you, I nak tanya sikit boleh?"

"tanya je sayang, anything you want to know?

" you panggil I sayang sayang.. you tak takut kantoi dengan girlfriend you ke?"

" eish.. Ala kalau kantoi pun, Mana ada diorang kisah pun"

"uuukkk.. Ukkk.. Urkkk" Tersedak aku mendengar pengakuan darinya.

"hahaha..aha ha..Ala. Ala.. Kesiannya kat dia.. sini I tepuk belakang you"

terbahak bahak dia ketawakan aku sambil menepuk-nepuk belakangku.

"berapa ramai girlfriend you ada?"

"hahaha I gurau jela.. Saja nak testing you. Tula lain kali straight to the point aje. Ni tak, nak berkias-kias pulak"

"eeii..sampai hati tau.."

"haaa..haaa blushing lagi"

"erkkk?"

"I mana ada girlfriend lain sayang...you sorang aje dekat hati I"

"tapi.. Mana ada I declare you sebagai boyfriend I"

"I know you love me and I am confident.. Betul kan?"

“I don't know.. I don't have experience dalam bercinta ni.. What can I say right now is.. Hati i keliru dengan perasaan i sendiri"

"I know sayang.. Its ok.. Take your time for you know me and to love me..I'll be waiting"

"thank you.. "

Tiba tiba ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak dari arah semak hanya beberapa kaki daripada tempat kami berborak. Cepat-cepat aku menutup mukaku di lengannya.

"you bunyi apa tu!"

"hahaha..you ni.. Tak ada apa-apa la"

"but I dengar tadi semak tu bergerak-gerak"

"jap I check"

"eh..ala janganlah tinggal kan i.. Tak payah la duduk sini je"

"habis tu you takut kan?"

"as long as you ada dengan I. Ok je"

"eeee..." dia menunjukkan muka geram sambil mencuit hidung ku.

"you jangan risau la. Mungkin monyet kot. Sini memang banyak monyet" balasnya

"ok. Now. Lega sikit"

"dah go and have a rest. You letih kan?"

"you tidur dekat mana?"

"I tidur sini je.. I jaga dari luar ni ok? "

“okay."

"good night sayang"

"good night"

Jam ditangan menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Aku masih tidak dapat melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi burung hantu. Dek kerana ketakutan. Aku menangis sendirian di dalam khemah. Aku tidak biasa tidur dalam keadaan begitu.

"Sayang are you OK?" soal Emy daripada luar khemah

Aku membuka pintu khemah dan meluru ke arahnya.

"I tak boleh tidur, tadi I dengar bunyi burung hantu..!"

"kan I ada dekat luar ni"

"tapi I still takut!"

"okay jom I temankan you sampai you tidur"

"thank you."

Aku bertentangan mata dengannya. Ada satu perasaan yang muncul di hati yang aku sendiri tidak pasti apakah maksudnya.

"it's OK sayang.. Jangan takut ok. I'm here to protect you.. Just close your eyes"

Dia mengesat air mata di pipiku. Tanpa aku sedar, aku sudah terlelap di atas lengannya. Entah bagaimana aku percayakan lelaki itu. Aku pasti dia tidak akan melakukan sesuatu kepadaku. Kerana aku yakin, dia tulus mencintai aku.

Keesokan paginya apabila aku bangun dia masih berada di samping ku. Baru aku tersedar yang aku tidur diatas lengannya sepanjang malam! Aku bingkas bangun dan keluar dari khemah. Aku bersiap siap sementara menunggu pemandu bot berkenaan tiba. Tepat pada pukul 7.30pagi bot yang ditunggu tiba. Pemandu berkenaan memohon maaf kerana cuaca yang tak mengizinkan pada petang semalam menyebabkan dia tidak dapat untuk menjemput kami seperti yang sudah dijanjikan.

Kami menaiki bot berkenaan sehingga ke jeti 'marina island' dari situ kami bergerak pulang menaiki keretanya ke kampus setelah semalaman berada di Segadas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience