Bab 7

Romance Series 4694

Keesokan paginya aku bangun lebih awal. Aku melakukan sedikit ulang kaji dan kemudian bersiap - siap sambil menunggu panggilan darinya. Tepat pada pukul 7 pagi dia menelefonku.

"Hai sayang.. Dah wangi?"

"dah"

"I tunggu you dekat Parking bawah asrama perempuan eh"

"ok..i on the way"

Sampai sahaja di Parking bawah asrama perempuan. Aku mula nampak kelibatnya dengan senyuman yang lebar.

"Assalamualaikum sayang"

"walaikumsalam"

"shall we go now?" dia kemudiannya menghulurkan tangan sambil membuka pintu untukku.

Aku tersenyum malu lalu menyambut tangannya dan masuk ke dalam kereta.

Di sepanjang perjalanan aku hanya diam membisu. Tidak tahu apa nak di bualkan.

Emy memandangku dan memberi senyuman yang manis sekali.

"you ni kenapa sayang..? Diam aja" dia mula menyoal

"nothing. I just don't know what to talk“

“atau you malu dengan i? Haha"

"no! Where we are going?"

"like I said, somewhere special just for you"

"eee.. You jangan nak kidnap I ehh!"

" yes,I'm kidnapping you right now! Haha"

"no! Oh please!" aku membeliakkan mataku kepadanya

"rileks sayang, don't get so serious hahaha" dia mencuit hidung ku.

Kami singgah sebentar di restoran untuk bersarapan pagi dan kemudiannya meneruskan perjalanan semula.

Tanpa aku sedar, aku sudah tertidur sepanjang perjalanan sambil berbantalkan lengannya.

Tiba-tiba

"sayang.. Sayang.. wake-up, we have arrived"

perlahan-lahan dia mengejutku dari tidur...

"where we are?" aku menyoal

"guess?"

"I can see the boats over there. Are we going to island?"

"yes sayang.. Come let's go"

Kami berjalan menuju ke sebuah boat yang terdampar di tepi pantai. Dia kemudian memimpin tangan ku menaiki sebuah boat di tepi pantai. Terdapat seorang pemandu boat yang telah bersedia untuk membawa kami ke pulau tersebut.

"Assalamualaikum.. Abang bawa kita pergi Segadas ya."

Dia memberitahu kepada pemandu boat berkenaan.

"you, ermm I mabuk laut tau!" aku memberitahunya

"I know, that is why I belikan minyak ni untuk you.. Nanti I sapukan dekat kepala dengan hidung you ok...?

" ok. How you know I akan mabuk laut?"

"I just teka, I takut you tak nak ikut. So I sediakan awal awal. Don't worry sayang you will be fine.."

"ok.. I trust you"

Dengan lembut dia mengambil minyak dan perlahan-lahan disapukan di kepala dan hidung ku. Aku seolah olah sukakan layanan istimewa yang di berikan oleh dia .
Dia memandang tepat ke arah mataku. Manakala aku hanya tersipu malu. Bot yang kami naiki kemudian bergerak menuju ke Segadas, sebuah pantai di dalam Pulau Pangkor. Setelah hampir 20 minit perjalanan kami kemudiannya tiba di destinasi yang dituju. Pemandu boat berkenaan berlalu pergi dan akan kembali mengambil kami semula pada pukul 7 malam.

Kami mula pasang khemah di tepi pantai. Emy sediakan untuk aku berehat di dalamnya.

Aku duduk di tepi pantai sambil menikmati ciptaan tuhan. Ombak yang menghempas pantai dan laut yang jernih dan kebiruan itu indah sekali. Sedang aku enak melayan pemandangan dan mendengar bisikan pantai dia datang mendekatiku.

"Sayang.. You suka pantai ni? "

"I suka sangat tempat ni, lautnya subahanallah sangat indah. tapi tempat ni sunyi la you. Kita berdua saja?"

"cantik kan..? Sebab tu I bawa you datang ke sini.. ada saja orang datang sini. Tapi selalunya diorang guna jungle tracking dekat sebelah belakang itu, mungkin kita datang lambat. Diorang dah balik Kot"

"macam mana you tahu tempat ni?"

"I dengan kawan-kawan sekelas i pernah datang camping dekat sini"

"ok. Patutlah you tahu"

"you tahu snorkeling?" Emy menyoalku

"no.. I tak tahu"

"ok jom I ajar you.. I bawa barang-barang untuk snorkeling"

"ala.. Tak nak nanti lemas macam mana? I tak tahu berenang"

"no. You tak kan lemas sayang. I'm here to protect you. Ke you nak lemas dalam dakapan i? Hahaha"

"eeee... Gatal eh..? Haa rasakan ni... Haha sakit.. Sakit? !" aku mencubitnya

“hahaha OK.. Ok.. You win..you should try sayang.. Kalau you cuba.. You akan lebih menghargai ciptaan Allah swt. You tak nak tengok apa ada bawah sana?"

" ok.. But you kena dekat dengan I.. Jangan jauh-jauh eh.?"

"off course darling! Lagi dekat lagi I suka!"

"haaa. Haaaa.. Nak kena cubit lagi?"

"ehh.. Ok.. Ok.. I'm Joking.. Ok now pakai benda ni and let's go"

"macam mana nak pakai benda ni?" aku bertanya

"sini I tolong you...haa..comel pun.. Come let me hold your hand... Oh.. before that let us take a selfie for our memories"

"okay sayang"

"eh.. You panggil I apa tadi" sekali lagi dia menyoal ku dengan senyuman ala-ala kerang busuk.

"ehh.. I ada sebut something eh..? Mana adala"

"masih nak mengelak.. You see.. Your face blushing again.. Hahaha so cute"

"eee.. You ni.. Selalu sakat I tau!"

"okay.. Okay.. Let us selfie first.. Now 123.. Later I share this picture to you OK!"

"ok before masuk air.. You kena latih pernafasan you.. Cuba you try"

"okay.. Huuumm.. Harrrrrhh"

"ok now.. Cuba you try bernafas melalui alat ni"

"macam ni ke?"

"ok good. Now are you ready?"

"ready.. But a bit takut"

"don't worry kita tak pergi air yang dalam pun.. I will hold your hand"

"okay.. Ready.. Let go"

"ok sayang.. Slowly hembus this thing.. and get into the water"

"okay"

Subahanallah apabila masuk saja ke dalam air. Cantik sungguh ciptaannya..Aku nampak banyak batu karang dan ikan-ikan yang berenang. Emy berada disebelah ku sambil memandangku menikmati ciptaan dibawah dasar laut itu. Ini adalah pengalaman manis yang tak akan aku lupakan.

Setelah selesai kami naik semula ke daratan setelah beberapa minit mengeringkan pakaian. Dia memandangku dan menyoal.

"now share with me.. How is it?"

"cantik sangat you! I suka batu-batu karang tadi and one more thing all the fishes hiding behind the coral..they were too cute! Hahaa. Subahanallah cantik sungguh ciptaannya kan"

"ye sayang.. That is why I want to share this with you..because i know you will like it"

"oh..thank you.. I'm falling in love with this beautiful beach already. shall we come again next time?"

"see.. falling in love with beach aje.. How about me? Hurmmm..?"

Perlahan-lahan dia mendekati ku

Aduh dengan muka kacak macam tu. Mahunya cair hati aku ni..

"hehe.. Don't worry...one fine day I will let you know how's my feeling for you"

"I'll waiting you..until you ready with your answer"

"Thank you.."

"now go.. Change your shirt and rest Dalam khemah"

"Okay..dont go anywhere"

"ok kalau macam tu.. I ikut you lah... Hehe"

"no..oh.. Gatal Eh.. Nak I cubit lagi?"

"anything just for you"

"erkkk?"

Aku cepat-cepat masuk ke dalam bilik air yang telah disediakan. Setelah selesai aku masuk merehatkan badanku di dalam khemah. Tanpa sedar, aku terlelap sehingga petang. Emy kemudian masuk kedalam Khemah mengejutkan aku daripada tidur.

"sayang.. Bangun sayang"

Aku mengeliat kecil di depannya. Malu pula bila difikirkan kembali.

"lama ke I tidur?"

"Tak de lah. 2 jam aje sayang.. Letih sangat you ni.. Dia membetulkan rambutku.. Lapar tak?"

"urmmm.. Lapar.."

"ok jom.. I ada bakar ikan dekat you tadi. Jom makan.

" wauu.. Cepatnya you buat.. Tak kejutkan I pun"

"I kesian pulak tengok you letih sangat tadi. By the way, dah siap dah pun..jom"

"thank you for the special layanan"

Dia memberikan ikan yang telah dibakar kepadaku.

"you are most welcome my dear"

"wow sedap ehh..pandai you buat"

"u suka?"

"yes off course!"

"I rasa kejap lagi abang bot tadi akan sampai. Dah nak dekat pukul 7 ni"

"you kuatnya ombak tu"

"ye la. Jap I try call abang tu"

"okay. Sementara tu boleh I kemas-kemaskan barang dulu"

"okay sayang...alamak tak ada line kat sini sayang"

"so macam mana? Hari dah gelap ni"
Soalku

"kita tunggu lagi setengah jam. Kalau tak sampai jugak I hidupkan unggun api ya"

"okay"

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience