Bab 2

Romance Series 4668

Petang itu, setelah selesai kelas, Emy berada di atas katil bersama komputer ribanya. Tiba-tiba dia teringat akan hardisk yang dijumpainya tengahari tadi. Tanpa berfikir panjang. Dia membuka hardisk tersebut di komputer ribanya itu.

"ermm mana tau kalau aku jumpa nombor telefon ke.. Boleh la aku pulangkan balik hardisk ni". Emy membuka folder bertajuk PRIVATE.

"ala aku buka jela. Tak buka macam mana nak tau kan. Hehe."

Tanpa berfikir panjang Emy membuka folder yang ada di dalam hardisk tersebut.

"Eh..ada gambar la. Eh.. Macam aku kenal. La minah ni punya hardisk rupanya. Cantik juga minah kerek ni. Upps. tertengok gambar kau pula. Hahaha. Yes! Sekarang aku ada umpan. Hahaha". Dia bercakap dan ketawa sendirian.

Setelah selesai solat isya, Farah baring di katilnya sambil memikirkan soal Hardisk nya yang hilang itu. tiba-tiba telefonnya berdering. Kelihatan nombor yang tak dikenali terpapar di kaca telefon.

"hello Assalamualaikum, siapa ni?"
Farah mengangkat telefon sambil berjalan keluar dari bilik.

"walaikumsalam, Hello baby dah makan? "
"ewwww..werkkk.. Ehh kau ni siapa nak baby baby bagai? Seingat aku, aku belum ada boyfriend tau nak panggil manja-manja macam tu..Eeee geli lah dengar! " aku bertanya.

" ehh jangan la marah sayang. Nanti merah lagi muka you tu. Hahaha".

Macam mana dia tahu muka aku merah?
"eh psycho! cepatlah jangan main-main. Aku banyak lagi kerja nak siapkan. Tak ada masa nak main teka-teka ni tau. Siapa ni?"
"hardisk you ada dengan I sayang. By the way, thank you sebab bagitahu i u belum berpunya. Haha"

"pulangkan balik hardisk tu! ".

"eh.. Garangnya.. Sabar la sayang. Kan kita ada perjanjian".

"eh perjanjian apa pulak ni?“. Farah pelik memikirkan perjanjian yang dengan lelaki yang tak dikenalinya itu. Seingat farah, dia tidak pernah membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana lelaki melainkan mamat poyo yang dilanggarnya tengahari tadi.

"nak tau?..baiklah jumpa di kafe pukul 9."
Pap..lelaki tersebut terus mematikan telefon.

"eee.. Stressnya aku dengan mamat ni. Apa masalahnya. Pulangkan jela hardisk aku tu"

Farah mengemas mejanya lalu bersiap-siap untuk kafe untuk bertemu lelaki yang menemukan Hardisknya itu.

"kau nak pergi mana farah?" tanya Ayu yang pelik melihat rakannya sedang bersiap.

"aku pergi kafe kejap je.jumpa orang"

"kau kata nak minta tolong Kitaorang buatkan notis hardisk kau tu?" balas si Ayu.

"Jangan dulu. Ada orang dah jumpa Hardisk aku. Aku pergi dulu ehh.. Daaaa"

"ok. Hati-hati tau babe".balas miza

Sesampainya farah di Kafe dia terus membuat panggilan ke nombor yang menelefonnya tadi. Malangnya tidak berjawab.

"eh mamat ni. Tak kan dah balik kot. Aku lambat sikit je".Tiba-tiba.

"Hai baby" Farah menoleh ke belakang untuk melihat orang yang menegurnya itu.

"ehh. Kauu?"

"ya Sayang. Why? terkejut?"

"Haa. Mananya assignment yang kau nak suruh aku taip tu?" farah bertanya acuh tak acuh.

"ehh sabar sayang. Itu nanti-nanti jela. Yang ini lagi penting“ dia menunjukkan aku hardisk itu.

"bak sini hardisk aku!" aku terlompat lompat cuba mendapatkan kembali hardisk tersebut.

"eh.. Sabar la sayang. Kita kan ada perjanjian"

"huhh aku dah agak dah"

"aku dah draft kan perjanjian kita kalau kau nak balik hardisk ni. Setuju?" lelaki itu menyoal ku.

"eh apa ni. Hardisk tu aku punya tau. Suka hati ja nak buat perjanjian!".

"sini sayang aku ingatkan. First, aku yang jumpa hardisk kau tu tau. Second, tadi kau dah langgar aku sampai sakit tangan kanan aku ni tau. Tapi takpe, yang itu aku halalkan sebab aku ada umpan baru. Hahaha. and third, aku tak akan lepas kan kau pergi macam tu aje sayang sebab kau milik aku selamanya. So kau kena ikut cakap aku." dengan panjang lebarnya dia memberi sebab kepada aku.

Farah terkedu melihat lelaki itu. Tak tahu apakan rasa yang harus diluahkan. Kelihatan air matanya bergenangan menahan marah.

" ee..geramnya aku dengan kau ni! Poyo tahu tak?! “

"Jangan sedih sayang, you are forever my baby"

"uuweekk!." dia seakan geli dengan ayat manis dari lelaki berlagak macho itu.

"kalau tak kerana hardisk aku ni. Tak kuasa aku layan kau tau tak?Lepas perjanjian kita ni tamat. Boleh kau lepaskan aku dengan tenang?"

"tengoklah, boleh dipertimbangkan. Tu pun, kalau kau behave sepanjang perkenalan kita ni ya sayang!"

"eeh dia ni. Ni kira macam mengugut tahu tak? Ni, kalau aku laporkan dekat HEP, padan muka kau biar kena buang terus."

"terpulang. Yang penting hardisk kau dekat aku! nah perjanjian kita" dia menghulurkan sekeping kertas sambil mengangkat angkat kedua-dua keningnya itu.

"bak sini aku baca dulu!“ aku merampas kertas itu darinya

Farah meneliti perjanjian yang telah ditulis mamat poyo a.k.a pcycho itu.

PERJANJIAN ANTARA FARAH & EMY

Pertama, Setiap hari pada pukul 9 malam akan bertemu di kafe meluangkan masa bersama.

Kedua, semua assignment harus dibuat bersama-sama.

Ketiga, tidak boleh melayan lelaki lain.

Keempat, tidak boleh sesekali marah.

Kelima, farah harus menerima apa juga panggilan dari Emy.

Keenam, hardisk akan dipulangkan setelah 3 bulan perjanjian ditunaikan.

"ok. Aku setuju demi hardisk aku. Walaupun perjanjian kau ni mengarut dan langsung tak masuk akal! Huh!

"thank you sayang"

"eiiiii.. Kau ni! Jangan panggil aku sayang boleh tak?! Sekali lagi kau panggil aku macam tu. Siap kau!" Aku memberi amaran.

"ha..ha..tadi kan dah janji ? Haha"

"ye! baiklah..ingat eh. Ni untuk hardisk aku je tau. Kalau tak! Tak kuasa aku layan kerenah kau ni!"

"sayang, malam ni aku call kau"

"la. Untuk apa pula ni? Tak payahlah."

"untuk lepaskan rindu aku Kat kau la sayang"

"ehh no no. aku nak study ." balas. Farah.

"kau jangan tipu aku, kau study subuh kan sayang?".

"eh jap.. macam mana kau tau aku study subuh?" aku kehairanan.

"haha.. Bye sayang." Emy mengenyitkan matanya sambil berlalu pergi.

"eiii geramnya aku. Ni mesti dia selongkar hardisk tu! Arggh nanti kau! "

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, kelihatan Ayu dan Miza masing-masing sudah tidur. Tapi aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata kerana menunggu panggilan daripada lelaki itu. Telefon tiba-tiba berdering.

"hello, sayang.."

"Assalamualaikum" aku memberi salam.

"walaikumsalam, sayang"

"boleh tolong tak?" Aku bertanya.
"tolong jangan panggil aku sayang"

seakan akan geli dengan panggilan itu.
“why?"

"sebab aku dah janji dengan diri aku sesuatu"

"nope, both of us agreed that I can call u anything that I want to haha" Emy ketawa nakal. Mengingatkan muka gadis itu yang kemerah merahan.

"Eee.. Geram tau!"

"I know, hahaha"

"satu lagi! Suara kau tu boleh adjust sikit tak? Tak payah nak acah-acah macho or sweet sangat. Gelila dengar!"

"hahaha. Sayang ni. Ala mengaku saja yang you memang suka dengar suara I ni. Kan?" dia menyoal ku.

"no way! Oh please, never OK!“ aku menidakkan.

"you ni confident sangat kan? You tunggu I akan buat you fall in love dengan I. "

"yela tu. Tak mungkin. " aku seakan malas melayan lelaki itu.

"you, first of all, I want to say sorry to you“

"sorry for what?“ Aku bertanya seakan pelik.

"I seen all your photos in the hardisk"

"oh my god, you know what you have done? " aku betul-betul terkejut dan geram dengan pengakuan dari lelaki itu.

"I know, that's why I want to say sorry and one more thing.."

"what?" Aku menyoalnya

"That is why I don't want to lose you! You are forever be my baby hahaha."

"eee.. Geramnya aku dengan kau ni!" kalau diikutkan hatinya mahu saja dia menjerit marah kepada lelaki itu.

"eh sabar.. Sabar.. You marah, no hardisk.“
"i know!"

"ok..I know. You had a very tiring day. Good night then, sleep tight sayang"

"ok..thanks. Bye"

Aku terpaksa melayan sahaja kerenah lelaki tersebut. Ada satu perasaan pelik yang mula timbul di hati kecilnya. Apakah itu?

Pada aku cinta itu tak mungkin berlaku. Kerana aku telah berjanji akan fokus kepada pelajaran. Lagi pun, aku baru saja kenal dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience