Bab 1

Romance Series 4668

Suasana pagi itu amat dingin sekali dengan bunyi rintikan hujan. Seusai dari solat subuh seperti biasa Farah mengemas buku-buku untuk ke kelas Puan Azfa. Sebelum ke kelas dia bersarapan ringkas hanya sekeping roti dan 'hot green tea' sudah cukup untuk mengalas perutnya sehingga selesai kelas pada tengahari nanti. Baginya dia harus berjimat cermat supaya wang pinjaman Ptptnnya itu cukup untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir semester memandangkan dia bukanlah dari keluarga yang berada. Kadang-kadang dia terpaksa mengikat perut kerana wang pinjaman itu dihabiskan untuk 'assignment' dan lawatan projek.

"ehh budak dua orang ni tak bangun-bangun lagi, ehh bangunlah weh. Ada lagi sejam je lagi ni sebelum kelas mula. Nanti bebel pulak Puan Azfa tu." Aku cuba mengejutkan dua rakan sebilikku Ayu dan Miza.

"Bingit lagi telinga aku dengar kau bebel Farah" Balas Ayu sambil menarik semula selimut.

"ohhh kau kata bingit ye, nanti kau" Farah mengeletek Ayu lalu rakannya itu bingkas bangun dari katil.

"Haha, ehh asal aku je yang kena, tu haa sorang lagi yang tengah sembunyi dalam selimut tu".

"shhh..shhh.. 1,2,3.. Haa rasakan ni" mereka berdua diam-diam menarik selimut dan mengeletek Miza seorang lagi rakan sebiliknya yang berpura-pura tidur.

"haahahaha. Aku dah bangunla. Saja je malas nak bangun dari katil. Hehe." balas Miza.

"Haa, bangunlah cepat, kalau abang nasyid kau dapat tahu kau buat tahi mata lagi time macam ni..sah! cancel! haha" Farah membebel sambil mengemas buku masuk ke dalam beg. Apabila Farah menoleh semula kearah rakannya itu, Kelihatan dia sedang menarik semula selimut.

"kurang asam punya budak,dia boleh tarik selimut lagi. Dah-dah tu pergi la siap cepat. dah lambat ni."

"Ala kau pergi la dulu Farah, aku rasa macam nak mencari ketenangan sambil uuk..uuk, sakit perut ni. Nanti aku pergi dengan Ayu"

"Perghh.. Patutla aku bau busuk dari tadi, tak senonoh, huhhh..okla aku pergi dulu tau. Daaaa.."

Farah berjalan keluar dari asrama perempuan untuk ke kelas di Annex 1.

"Ermm...macam sempat je kalau aku pergi 'print assignment' Puan Azfa dulu. Lagi pun aku dah siapkan dah."Tanpa berlengah Farah berjalan menuju ke kedai Abang misai untuk print assignmentnya itu.

"Assalamualaikum Abang misai yang hensem lagi menawan! saya guna PC ni ehh. Nak print sikit je ni."

"Ah..amboi kau, abang pun kau nak ayat eh. Yelah, Jangan lupa scan dulu hardisk kau tu, masuk virus kau jangan nak salahkan abang pulak" abang Misai Membalas.

"ok abang misai, don't worry" tanpa berlengah dia duduk dan print tugasannya itu.

"dah abang, 10 keping je ni"

"bak RM2.00" abang misai membalas.

"terima kasih Abang Misai! Walaupun misai mu kontot, kau tetap menjadi pujaan hatiku! Hahaha. Bye abang misai". Farah cuba menyakat abang misai.

"ada-ada je la budak ni" abang misai mengeleng geleng kepala sambil ketawa kecil.

Setelah selesai, Farah bergegas untuk ke kelas Puan Azfa. Sambil berjalan, dia merasakan ada seseorang sedang melihatnya dari arah sekumpulan lelaki yang sedang berjalan dari arah hadapannya.

"ahhh.. Perasaan aku je kot"

Sampai sahaja di kelas Ayu dan Miza sudah berada di barisan meja paling hadapan.

"ehh, makcik ni, dia keluar dulu. Dia yang paling lambat." Sapa Miza.

"hehe aku pergi 'print assignment' Puan Azfa la."

"eh.. bukan ke kena hantar minggu depan?" Balas Ayu.

"Ye,Minggu depan. Tapi aku dah siapkan dah pun. Tak dapat tidur la. Semalam."

"kau jangan nak dapat A Sorang-sorang eh" Miza Mencelah.

"ehh..mana adala. Hehe. Korang Lepas kelas teman aku pergi library ehh.."

"Baiklah makcik. Kau bawa apa-apa tak untuk aku. Laparlah." balas Ayu.

"aip budak kecil ni! nah roti. nasib baik aku standby lebih tau!" Farah mengeluarkan roti dari begnya lalu diberikan kepada Ayu.

"hehe thank you" balas Ayu.

"ehh..tu.tu Tengok si Adam tu. Dari tadi aku tengok dia ni asyik sengih sorang - sorang sambil pandang -pandang kau. Aku pelik la dia ni. Aku tengok muka kau hari-hari pun jemu. Hahaha. Tuu tengoklah tu“ miza ketawa perlahan sambil mencuit ku.

"ish kau ni. Jangan la pandang dia. Nanti lagilah dia perasan! Pandai-pandai je. Dia tu memang kuat berangan. Tak ada kena mengena dengan aku ok!" aku cuba berbisik.

"ni satu hari nanti kalau kau tetiba kena culik sah tratantang confirm dia ni la punya hal!" ayu menyeloroh

"coii! Kau ni, tak baik tau! suka hati kau je eh, haha. dah jangan pandang dia. nanti dia perasan lebih“ aku menyelit.

“dah tu. Tiap-tiap hari pandang kau sengih-sengih" Miza membalas.

"dia teringat mak dia la tu. Dah-dah puan Azfa dah masuk tu. Kang tak pasal - pasal kena baling duster lagi. nak makan duster ke pagi-pagi buta ni Hahaha." aku cuba menghentikan andaian dua kawanku itu.

"hahaha, tak nak aku!, serik dah tau!" Miza membalas sambil ketawa kecil.

Selepas saja selesai kelas Puan Azfa, mereka bertiga terus menuju ke Library untuk membuat sedikit ulang kaji dan 'assignment'. Farah membuka beg laptopnya untuk menyiapkan design bagi kelas Puan Unie. Sambil itu dia tercari-cari hardisk yang menyimpan segala gambar dan 'assignment'nya dalam itu.

"Alamak Ayu, Kau ada nampak tak hardisk aku?"

"Manala aku tahu, kau tinggal kat bilik tak?"

"eh tak mungkin, pagi tadi aku ada bawa" "bukan ke kau pergi kedai abang misai 'print assignment'tadi?" balas Miza.

"Aahh la. Aku pergi Cari jap. Korang tunggu sini." aku berbergegas ke kedai abang misai.

"Eh makcik ni. Pelupa betul. Yelah Yelah". Balas Ayu.

Farah bergegas lari ke kedai abang misai untuk mendapatkan Hardisknya semula. Tiba-tiba.."Gedebukkk" Dia tiba-tiba terlanggar seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu.

"adoi, sakit la minah, kau ni lain kali jalan tu tengok orang boleh tak? Mata tu letak mana?! Tengok ni, sakit tau tangan aku. macam mana aku nak buat assignment nanti?!." Emy marah sambil menjegilkan matanya ke arahnya.

"ehh. Ehh poyo pulak mamat ni. Aku langgar sikit je. Kau nak marah lebih-lebih ni asal pulak?" balas Farah dengan muka kemerahan menahan Marah.

"sikit kau kata, eh pompuan, tengok ni ha tangan aku dah tak boleh angkat tau tak? Aku tak kira kau kena bayar ganti rugi". Emy masih tak nak mengalah.

"Ganti rugi apa pulak ni? Ingat kereta ke nak kena ganti rugi bagai? sikit ajela aku langgar tadi! " Farah cuba menidakkan.

"ahh.. takde..takde.. kau pilih. Nak bayar ganti rugi ke atau kau nak taipkan 'assignment' untuk aku?".

"Aduh mamat ni. Aku dah la tengah pokai sekarang ni. Mana nak ada duit bayar ganti rugi bagai." Farah mengomel sendirian.

"kalau kau tak nak, aku boleh laporkan hal ni dekat HEP (Hal Ehwal Pelajar). Biar kau kena. Nak?! " Emy seolah - olah mengugut Farah.

"eeeiii dia ni, poyo betul la, ada lagi makhluk poyo macam kau kan? yela..Yela" balas farah.

"bak sini telefon kau." balas Emy sambil merampas telefon Farah yang berada di tangannya

"ehh..apa ni main rampas-rampas telefon orang! haa, tu nak buat apa pulak dengan telefon aku tu? Suka hati kau je ek?."

"ini tandanya kau tak boleh lepas dari aku sayang." dia menarik telefon ku.

"ishh benci betul la dia ni. Apalah malang sangat nasib aku terlanggar kau ni! "

"haaa.bebel apa lagi tu? malam ni aku call kau ya. Padan muka. Lain kali langgar la lagi ya. Hahaha Bye."

"eiiiii.. Geramnya aku Mamat tadi tuu. Hidup lagi makhluk poyo macam tu."

Farah bergegas semula ke kedai abang misai untuk mendapatkan Hardisknya semula.

"abang ada perasan hardisk Saya tak kat PC ni pagi tadi?"

"ehh.. Kau ada tinggal ke? Abang tak nampak la pulak. Tadi ramai sangat student guna PC tu. Abang takut diorang dah terambil la."

"Alamak, dalam tu ada macam-macam benda abang. Ala tolong la abang. Kedai abang ni tak ade cctv ke?"

"kedai abang ni kecik aje dik oii.. Mana la nak mampu letak cctv. Macam ni lah. Nanti kalau ada student-student tu datang semula abang cuba tanyakan Ye?"

"terima kasih banyak-banyak abang. Ni no phone saya, kalau ada abang Roger ehh? Thank you!"

Sekembalinya farah ke library.

"Ayu, Miza. Jom balik. Tak de mood la".

"makcik ni dah kenapa pulak? Kau jumpa tak hardisk kau tu?" tanya si Ayu.

"aku tak jumpa hardisk aku tu.. Abang tu cakap mungkin ada orang dah ambil". Aku membalas dengan air mata bergenangan.

"ehh.. Eh. Kau jangan buat hal nak nangis Kat sini pulak. Orang tengok tu". Miza cuba memujuk sambil memandang sekeliling.

"ala, kau nak sedih-sedih kenapa. Bukan ke assignment kau dalam tu semua dah hantar?. Lain la Kitaorang ni, baru nak print" Ayu mencelah.

"memang la assignment semua dah hantar. Tapi dalam tu ada gambar-gambar aku. Nota private aku semua dalam tu. Aku takut la nanti kalau jumpa dekat budak lelaki. Habis la aku. Sob..Sob"

"Haa.. Kau jangan buat hal nak nangis Kat sini"

"takpe la nanti Kitaorang tolong kau cari kan hardisk tu. Ala kita letak la nota dengan nombor telephone kat asrama lelaki dan perempuan tu. Dah-dah jangan risau ehh.." balas Ayu.

"ye nanti Kitaorang tolong kau. Dah jom balik" Miza membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience