Bab 11

Romance Series 4668

Keesokan paginya, Aku dan dua rakan ku pergi melawat Emy yang terlantar di Hospital Sime Darby Desa Park city. Aku pergi ke wad yang telah diberi tahu oleh Amar. Sampai sahaja di wad itu aku terpaku melihat satu susuk yang aku kenali. Benar itu adalah dia, Emy. Berderu air mataku turun apabila melihat dia terbaring di atas katil kaku sebegitu.

"sabar Farah, mungkin ada hikmahnya" Ayu cuba menenangkan aku.

"aku dan ayu sentiasa ada di sisi kau, menangis lah jika itu mampu lega kan hati kau"

"Kita orang tunggu kau di luar ya" Ayu dan Miza keluar dari wad itu.

Aku duduk di sebelahnya. Perlahan-lahan tangannya ku pegang. Aku cuba untuk berbicara dengannya. Aku pasti dia boleh mendengar suara aku.

"Assalamualaikum you, I datang ni. Maafkan I sebab selama ni I tak tahu yang you kemalangan. I tahu pun selepas Amar ceritakan semua ni dekat I. You mesti kuat ya sayang. Allah swt itu maha pengasih, maha penyayang. Mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Yang penting you mesti kuat, lawan sakit you tu sayang. I akan sentiasa doakan semoga you cepat sembuh. I rindu kan suara you yang selalu kacau i. Bangun ya sayang. I'm here for you"

Tangannya aku genggam erat, tiba-tiba aku rasakan jarinya bergerak-gerak. Cepat - cepat aku panggilkan jururawat yang berada di luar wad.

"nurse! Nurse! Come and see this."

Seorang jururawat bergegas datang.

"I saw his fingers bergerak-gerak"

"OK awak tunggu sebentar di luar. Saya akan panggilkan doktor untuk check"

Setelah beberapa minit menunggu. Doktor keluar dari wad itu dan bertemu denganku.

"macam mana keadaan dia doktor?"

"Alhamdulillah, itu adalah pergerakan pertama dia setelah koma, teruskan berkomunikasi dengan dia, dan cuba urut-urutkan badan dia ya"

"ok terima kasih doktor"

Mahu saja aku menjerit tanda gembira. Aku masuk semula ke dalam wad dan duduk di sebelahnya.

"Alhamdulillah sayang, you can here me right? Keep trying sayang, I'll waiting for you."

Kedengaran pintu bilik dibuka. Seorang wanita separuh abad tersenyum apabila melihat ku.

"Assalamualaikum, hi dear, who are you? "

Kami bersalaman dan memperkenalkan diri.
"walaikumsalam, hai, I'm farah his friend, and you are?"

"I'm Datin Maria his mother, oh I know you! You must be the special girl that he always talked about! Such a pretty Girl" Dia memujiku sambil tersenyum lebar dan memegang tangan ku.

"saya biasa-biasa saja datin. By the way tadi jari-jarinya bergerak. So saya panggilkan doktor untuk check. Alhamdulillah Datin, doktor cakap dia ada improvement"

"oh.. Thank you darling and please don't call me Datin. Just call me mama"

"ok, ok. Thank you Datin, Upps I mean mama.. Hehe"

"Farah sudah kerja sekarang?"

"Alhamdulillah, farah baru saja dapat kerja Mama dengan satu company AFR International. Minggu ni baru start kerja."

"La kebetulan pula, itulah syarikat papa Emy. Tak apa, nanti mama pesan dekat secretary papa pasal our new staff yang cantik ni."

"ehh.. Takpa la mama, nanti staff sana ingat farah mengada-ngada pulak"

"eh..no no.. Jangan risau, anggap lah sebagai ini tanda perkenalan kita ya,"

"ok. Ok. Thank you mama"

"you're welcome darling"

"by the way mama, I got to go, esok farah datang lagi ya"

"ok farah,take care"

"ok mama"

Aku ke sebelah telinga Emy dan berbisik kepadanya.

"you, I balik dulu k, esok I datang lagi tengok you."

"farah pulang dulu mama, Assalamualaikum"
Setelah itu, aku beredar keluar daripada bilik berkenaan.

Aku mula melaporkan diri di syarikat baru. Alhamdulillah semua rakan sekerja ku baik dan sedia membantu aku. Rakan sebelah meja ku Affira sangat peramah dan memperkenalkan aku kepada semua orang.

"Ni meja akak. By the way meja fira sebelah sini je. Kalau akak perlukan apa-apa akak boleh panggil fira ok?"

"Thanks Fira,"

Aku mengemas meja baru ku dan meletakkan beberapa bunga segar di hujung meja. Oleh disebabkan aku sukakan bauan dari bunga segar maka setiap hari aku akan letakkan bunga segar dimejaku.

"Eheemm.. Ehemm.. Kekasih bagi ke kak farah.. Haha"

"eh.. Mana ada la.. Akak yang beli ni"

"yela tu, akak tengahari nanti fira bawa akak pergi lunch dekat Port baik punya..nak tak? "

"ehh.. Bab makan ni akak tak pernah menolak tau!"

"haha OK on!"

Aku membelek belek file yang berada di atas meja ku. Tiba-tiba Melissa secretary Dato' Suffian memanggil ku.

"Farah, sila masuk ke office Dato sekarang"

"baiklah cik Melissa."

Tanoa berlengah aku berjalan menuju ke pejabat Dato' Suffian. Aku mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam biliknya.

"Assalamualaikum Dato"

"Walaikumsalam, silakan duduk Farah."

"Melissa tolong buatkan coffee untuk I and Farah"

"baiklah Dato" Balas Melissa.

"it's OK dato, I sudah minum tadi" Aku cuba menolak.

"are you sure?"

"Yes dato"

"ok let us start ya. "

"sure can"

"first of all, welcome to our company. We always looking for new designer with fresh ideas just like you"

"Thank you Dato for giving me this opportunity to work with your company
I will do the best for this company"

"I saw your proposal submitted during the last week interview. So I think you are the right person to managed our resort in Pulau Pangkor. So later our team leader will brief you about this project."

"ok dato, I will go through details about this project"

"Thank you, you may go now“

Aku bangun dan menolak kerusi sebelum aku keluar dari office nya. Tiba-tiba,

"one more thing Farah, Datin ada bagitahu saya tentang Awak dan Emy. Awak sudah pergi melawat dia?"

" ya dato, Semalam Sy ada pergi melawat, petang nanti lepas kerja in shaa Allah Sy akan pergi lagi"

"ok good. By the way I ada good and bad news for you. The good news is Alhamdulillah dia sudah sedar sepenuhnya."

"Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Happy sangat saya dengar berita tu Dato.. And the bad news is? "

"I think better you go and see him personally, then only you know about it. Nasihat saya, bersabarlah."

"in shaa Allah.. I do my work first ya. Thank you Dato"

Dato ni buat suspen aku jer. Getik hatiku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience