Bab 3

Romance Series 4694

Keesokan harinya Farah, Ayu dan Miza bangun lebih awal dan bergerak ke kafe untuk bersarapan sebelum ke kelas pada jam 9 pagi. Ketika beratur di kedai untuk membeli nasi lemak. Tiba-tiba Adam rakan sekelasnya menegur farah.

"Hai.. Farah. Awalnya? By the way cantik you berbaju kurung."

"hai Adam. Thanks. Ahahh. Tiba-tiba pulak terasa macam nak makan nasi lemak."

"I belanja u la" dia menawarkan diri untuk belanja aku.

"eh its OK. No need, next time maybe?" aku cuba menolak pelawaan ya.

"eh. Tak sudi ke?" dia menyoalku

"eh bukan macam tu la"

"then, let me pay for the food. makcik, berapa semuanya?"

"awak punya saja belum dibayar. Nasi adik perempuan ni dah ada orang bayarkan"

"eh.. You dah bayar farah?"

"siapa yang bayarkan nasi saya makcik?"aku menyoal

"ada sorang lelaki tadi dah bayarkan" makcik membalas.

"by the way, thanks Adam, maybe next time ya."

"its OK."

"bye Adam. See you later"

Aku berasa sangat pelik. Lalu bertanya kepada dua rakanku.

"eh korang ada perasan tak ada sesiapa yang bayar nasi aku tadi?"

"tak perasan la Farah. Kitaorang sibuk bergosip kau dengan Adam tadi hahaha"
Miza membalas.

"eh korang ni.“

“Nampak sangat Adam tu nak adjust kau Farah. Dari dulu lagi. Kau je buat derkk" Miza membalas.

"aku tak nak la bercinta cinta ni.
aku nak habiskan study ni. Lepas tu nak cari kerja bagus-bagus"

"Kitaorang bet kau akan jatuh cinta before graduation" ayu membalas.

"yes, betul.. Betul. Soal hati ni. Kau tak boleh nak tolak mentah mentah“ Miza seakan akan setuju dengan kata kata ayu.

"banyak la kau punya bet! Dah jom Makan. Perut aku dah bernyanyi."

Semasa di kelas design puan Unie. Puan Unie menerangkan tentang tugasan yang harus di hantar sebagai projek akhir tahun.
Aku sangat sukakan design. Bagiku aku akan berusaha keras untuk projek akhir tahun itu.

Setelah selesai ketiga-tiga kelas pada hari itu, aku mula beransur pulang ke bilik. Manakala Ayu dan Miza pergi ke bandar untuk membeli barang. Aku pula berjalan sendirian pulang ke bilik. Tiba-tiba.

"Hai sweetheart". Emy tiba - tiba menyapanya dari belakang.

"eh.. You"

"why? Terkejut? Wau. Cantik you hari ni. By the way, I like it “

" thanks. you bayar makanan I tadi?"

" yes. I tengok u busy sangat layan mamat tu tadi. Siapa tu?"

"classmate i" Aku membalas

"I jealous"

"ohh ok."

Emy merenung tajam ke arahku. Aku kelihatan kekok dan seakan ingin mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu.

"I will call u later, bye"

"eee. Ketatnya muka. Macam nak makan orang"

"I can hear that!" balas lelaki itu sambil berlalu pergi.

Farah duduk termenung di atas katil memikirkan cara untuk mendapatkan semula hardisknya itu. Pening dia memikirkan pelbagai cara agar dia boleh mendapatkannya semula. Dia kemudiannya menoleh ke arah rakannya Miza yang seolah olah sedih dan menyendiri. Dia kemudiannya cuba menyapa.

"babe, kau ada masalah ke? Asal monyok semacam saja muka tu?meh sini, kongsi dengan aku.“ aku menyoal nya.

"aku sedih la, abang nasyid aku tu."

"ok. Asal dengan abang nasyid kau tu? Dia buat hal?"

"dia balik kampung" Miza rakanku membalas soalan ku dengan muka sedih.

"cis! Aku mati-matilah ingat dia buat hal sampai kau sedih-sedih ni. Dia balik kampung je? Dah la malas aku layan kau“

“Hehehe, oo.. Tak sedih eh cerita aku?"

"dah la kau! Aku naik tidur lagi bagus"

"hahaha"

"babe tunggu la aku nak tanya ni," dia cuba menahanku

"apa lagi makcik? Potong line betul"

"apa kes kau dengan budak yang kau langgar hari tu?“

“panjang cerita dia. Tapi dipendekkan cerita. Malas aku fikir. Lagi aku fikir lagi sakit hati tahu tak?!."

"eh mak cik ni, macam tu pun boleh?"

"dah dah. Jangan kacau aku. Dari aku fikir mamat psycho yang acah macho tu, baik aku buat tahi mata tau!" aku terus naik dan baring semula di katil ku.

"eleh, pscyho konon, aku bet kau akan suka dia!"

"nope! Never OK!" aku cuba menidakkan sangkaan itu.

"we'll see hahaha" Miza membalas sambil ketawa sendirian.

"eh, pukul 5.30 petang kejut aku ok. Nak solat"

"ok"

Baru saja aku mahu melelapkan mata, telefon ku berdering. Kelihatan nombor Emy di kaca telefon. Aku tidak mengangkat panggilan itu tetapi hanya biarkan ia berdering.

"apa lagilah dia ni nak. Malas aku angkat" aku berbisik sendirian dan cuba mematikan panggilan tersebut.

Tiba-tiba satu mesej darinya masuk

"Sayang, angkat please! "

"pscyho la mamat ni!" aku mengomel sendirian lalu terus memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience