Bab 16

Romance Series 4694

Keesokan paginya pada pukul 8 pagi Emy datang menjemput ku di rumah.

"Hai, are you ready?" dia menyoalku

"yes"

"ok, let's go"

"you dah breakfast ke belum? "

"Alhamdulillah, dah Encik Emy."

tiba-tiba telefonku berbunyi.

Emy hanya memandangku.

Terpapar di skrin Adikku Epit dari kampung menelefon.

"Assalamualaikum akak, Epit nak khabar ke akak, ibu ni tak sihat. Ibu tak bagi Epit bagi tahu akak sebenarnya. Tapi Epit risau tengok keadaan ibu macam tu."

"Allahuakbar dik, takpe Epit jagakan ibu dulu, nanti akak akan balik jenguk ibu Ya"

"Encik Emy, sorry, I terpaksa balik kampung I dekat melaka, sebab ibu I tak sihat. So macam mana sekarang? "

"it's ok we go together. After everything settle, only we go to pulau pangkor ok?"

"ok terima kasih encik Emy"

"you ni, jangan panggil I encik Emy boleh tak?"

"habis tu nak panggil apa?"

"panggil sayang. Hehe" Dia tersengih macam kerang busuk.

"ish main-main eh"

"panggil Emy je"

"ok, Emy je. Hahaha"

Setelah hampir 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai di rumah aku di melaka.
Kelihatan ibuku sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

"Assalamualaikum ibu.."

"Walaikumsalam. Eh, kakak balik? ni mesti Epit bagi tahu kakak kan, nak kena budak Epit ni"

"Sampai hati Ibu tak bagi tahu kakak eh, kecil hati la macam ni." aku mencebik

"Ibu bukannya tak nak bagi tahu akak , ibu tahu kakak banyak kerja dekat sana. Nanti boss kakak marah pulak asyik cuti je. Lagipun lelah ibu ni sikit aje. Nanti baiklah ni."

"yela tu. Ibu tu kalau sakit suka berahsia dengan akak tau. Eh, lupa pulak nak perkenalkan, ni boss akak, Encik Emy"

"la yeke, bertuah kamu ni. Bukannya nak bagi tahu awal-awal. Kalau tidak, boleh ibu masak sedap-sedap"

"Assalamualaikum makcik, tak apa tak payah susah-susah. Saya datang melawat makcik je ni"

"alah kamu ni, susah apanya. Setakat nak masak tiga empat jenis lauk apa la sangat. Tak apa, mari kita naik dulu, nanti makcik suruh Farah masak Asam Pedas melaka. Haa.. Kamu tak pernah rasa dia masak kan?"

"Wau.. Asam pedas melaka ehh.. Favourite saya tu makcik"

"favourite kamu? Haaa.. Ok sangat lah tu. Dah-dah jom naik. Malam ni tidur sini ya?"

Ibu dan Emy terus ke atas meninggalkan aku terkelip-kelip di tangga.

"amboi.. Boleh jumpa tetamu, anak sendiri dilupakannya"

"Haa Farah, mengelamun apa lagi tu. Tunggu anak raja nak masuk minang ke? Naiklah cepat, ni haa anak raja Kapur nak rasa Asam pedas kamu. Pergi masak cepat. Untung badan dapat la mak menantukan anak raja kapur ni"

"betul tu makcik, haha tak sabar nak makan asam pedas anak dara masak, hehe selalunya mak dara yang masakkan. Hehe."

"ish ibu ni, malu la akak. Baiklah Anak Raja kapur.. Tunggu kejap yer, patik beransur buatkan Asam pedas buat tuanku."

Aku berlalu sambil menjeling ke arah Emy dan terus ke dapur untuk menyediakan makanan tengahhari. Setelah semua siap dimasak, aku hidangkan diatas meja. Sementara itu, Sempat juga aku menjeling ke arah dia. Sudah tertidur di kerusi rupanya. Mungkin penat sangat memandu dari kuala lumpur ke melaka tadi. Kemudian aku kebilik ibu untuk memanggilnya makan.

"ibu, akak dah siap masak ni, jom makan"

"Haa jom-jom. Pergi kejutkan Emy tu, kesian penat sangat tu. Mesti dia lapar"

"alah akak seganla ibu. Ibu la kejutkan dia"

"eh.. Budak ni! Kawan dia kita pulak nak kena kejutkan. Dah-dah pergi cepat. Tak makan juga anak orang tu kang."

"yela-yela."

Aku berlalu ke ruang tamu untuk mengejutnya.

"Awak.. Awak.. Bangunla awak, jom kita. Makan"

Dia membuka mata dan menggeliat kecil di hadapan ku. Macho juga mamat ni. Menggeliat pun nampak macho.

"ummm.. Sedapnya" dia berkata-kata sambil mendekatkan mukanya kearahku.

"apa yang sedapnya?" aku menelan air liur. muka aku kemerah-merahan.

"Asam pedas tula. Baunya sedap. Kenapa awak ingat apa yang sedap? Hehe"

"ish dia ni! Tak habis-habis menyakat orang tau!"

"Haaa.. Apa lagi dibuat berdua-dua Kat depan tu.. Nak bersweet-sweet tunggu kahwin dulu ya! Dah mari makan cepat"

"alamak Ibu dengarla"

"hahahaha" kami berdua ketawa serentak.

Ketika di meja makan aku hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana berasa kekok dengan situasi itu. Tiba-tiba Emy bersuara.

"Mana adik Awak Farah? Tak nampak pun dari tadi"

"hurmmm.. Si Epit tu, apa lagi melilau pergi cari kawan-kawan la tu. Petang nanti sebelum senja baru ingat nak balik" ibu mencelah.

"Biasalah tu budak muda makcik"

"ish kamu ni, apa panggil makcik pulak?" ibu memandangnya dengan muka pelik.

"habis tu nak panggil apa ni?“ Emy bertanya seakan akan takut.

"panggil ibula.. Barulah mesra" ibu bersuara kemudian tersenyum ke arahnya.

"Haa.. Ok sangat tu ibu. Saya lagi suka!" Emy seolah-olah menyokong ibuku.

"uhuukkk..uhuuukkk!" tersedak aku dengar dengan kata-kata itu.

"ish kamu ni farah. Gelojoh sangat! Minum air tu"

Emy memandangku kearahku sambil ketawa kecil dan tersengih-sengih.

Aku tersenyum kambing dan terus menyambung makan.

Petang itu, Emy mengikut adikku Epit pusing-pusing di sekitar Bandar. Manakala aku dan ibu pula hanya berada di rumah meluangkan masa bersama.

"ibu, betul ke ibu dah baik ni? Ke nak akak bawakan ibu pergi hospital."

"betul sayang, ibu dah sihat. Kamu jangan risau lah. Epit kan ada. Adik kamu tu dah pandai jaga ibu tau!"

"yela.. Yela.. Kalau sakit ibu cepat-cepat telefon akak okay?"

"ye.. Kamu jangan risau. Yang penting kamu tu kena kerja baik-baik. Bukan senang orang nak bagi kita peluang"

"baik bu..akak ingat pesanan ibu. Tapi kalau ibu sakit cepat-cepat bagi tahu akak eh?"

"ye.. Jangan risaulah. Kamu balik esok pagi kan?“

“eh.. halau nampak.."

"ibu tanya aje."

"ye ibu, esok pagi akak balik. Akak nak kena ikut Emy tengok projek dekat pulau Pangkor"

"hati-hati kat tempat orang ya"

"ok ibu.. "

"malam ni akak bawa la Emy tu pusing-pusing melaka. Kesian pulak ibu tengok dia macam bosan aje"

"Hai ibu, bagi Green Light nampak. Hehe"

"ibu tahu anak ibu pandai jaga diri"

"thanks ibu. Ni yang sayang ibu ni."

Malam itu aku mengajaknya pusing-pusing di sekitar bandar melaka. Sempat juga aku menunjukkan beberapa tempat bersejarah.

"kalau kita datang siang boleh la masuk dalam muzium yang ada dekat sini"

"tak apa, dapat pusing-pusing pun dah ok"

"you pernah naik river cruise?"

“tak pernah, jom I nak naik"

"tapi.." belum sempat aku habiskan kata-kata dia menarik tangan ku ke kaunter tiket berdekatan.

Kami menaiki River Cruise yang tersedia dan pusing mengelilingi sepanjang sungai melaka.

"Haa.. You nampak tu Kampung morten"

"haaa.. Ahh.. Itu kan kampung you. Cantiknya view waktu malam"

"cantik kan"

"cantik lagi gadisnya"

"apa you cakap?" aku seolah-olah tidak dengar.

"tak ada apa-apa hehe"

Setelah sampai di jeti, kami berdua berjalan di sepanjang sungai melaka sambil menghirup udara malam. Aku lihat dia memetik beberapa kuntum bunga yang berada di tepi jalan"

"sini I letakkan kat rambut you"

Dia meletakkan bunga yang dipetik di rambutku. Mata kami bertentangan antara satu sama lain. Jantung ku bergerak laju sekali. Ada perasaan yang timbul bila berhadapan dengan situasi itu. Perasaan yang aku sendiri keliru.

"ermm.. You.. Ada bau la dekat bunga ni"
Aku berkata-kata.

"wangi kan... I tau you mesti suka punya"

"bukan.. Cuba you bau.."

Aku mengambil bunga di kepala ku dan mendekatkan di hidungnya.

"uuwweekkk... Hancingnya! Hahaha"

"hahaha.. Haaa tahu pun..! Tah kucing mana pergi kencing Kat bunga tu. Lepas tu you letak dekat kepala I ehh..!.uuwweekkk"

Aku terus duduk muntah di tepi jalan.

"hahaha..ala-ala..sorry-sorry. Dah-dah jom balik.. Nanti sampai rumah you mandi and rehat k.. Dah bau macam kucing dah"

"Eee.. You la puncanya!"

"ya intan payung.. Sorry ya. Jom kita balik. You mesti penat kan"

"okay..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience