Bab 13

Romance Series 4694

Pagi itu ketika di pejabat, aku sibuk sekali menyiapkan kertas kerja untuk resort syarikat kami di Pulau Pangkor. Cik Melissa kemudian memanggil Semua pekerja untuk membuat satu pengunguman.

"Perhatian semua saya ada satu pengunguman nak dibuat, untuk makluman semua kita ada seorang pekerja baru dan seorang lagi pekerja lama yang mula bekerja hari ini. Selamat datang kepada encik Adam yang memegang jawatan designer"

"Hai semua, terima kasih. Saya harap anda semua sudi memberikan kerjasama buat saya"

Terkejut aku apabila melihat dua susuk tubuh yang aku kenali! Ya aku tidak salah pandang. Itulah dia Adam dan seorang lagi. Emy? Aku fikirkan dia masih lagi berehat di rumah.

"selamat kembali bekerja juga kepada encik Emy Project Director kita yang sebelum ini cuti sakit akibat kemalangan. Kami semua berharap encik Emy sudah sihat sepenuhnya."

"Thank you everyone, I'm fully recovered now and I'm excited to start work with all of you especially our new team members" dia berucap sambil memberikan satu senyuman manis buat Melissa.

Ahh...menyampah betul aku tengok. Ehh asal aku nak cemburu pulak ni? Aku bukannya declare dia sebagai boyfriend aku pun. Malas aku layan drama dia ni. Getik hati aku.

Semua pekerja berlalu ke meja masing masing untuk meneruskan kerja. Daripada meja ku aku terdengar perbualan antara dia dan Melissa.

"Melissa where's my new secretary?"

"I'm sorry encik Emy we can't find suitable candidates for that position. But we kept looking for it. For time being Dato minta I tolong you. Are you OK with that? "

"sure, off course I'm okay with it. You kan pekerja paling berkaliber.."

"thank you encik Emy"

"Eee.. Geramnya aku dengar. Nak bermanja-manja pun pergila jauh sikit dari meja aku. Ni tak, sebelah meja aku jugak Port dia" Aku mengomel sendirian.

Tiba-tiba "paaapppp!“ buku diatas meja aku hempas dan semua orang termasuk Emy dan Melissa menoleh melihat gelagat aku. Alamak! Malunya muka aku. Macam mana pulak aku boleh hempas buku tu. Getik hati aku.

"ehh akak, kau dah kenapa main hempas-hempas buku ni?" bisik fira yang berada si sebelah ku.

Aku menoleh kepada mereka semua dan berkata,

"hehe sorry-sorry, ada kutu tengah merayap atas meja I. "

Eh..alasan apa pulak aku bagi ni?! Aku mengomel sendirian.

"Melissa! Please ask our new girl to go to my office now!" balas Emy dengan nada yang tinggi.

"baiklah encik Emy"

"Farah, masuk bilik encik Emy sekarang!"

Aku memandang Affira dengan mata terkelip-kelip dan berkata,
"Oh my god, habislah aku dik! Singa lapar nak terkam!"

"sabar kak! jangan melawan tau! Kau anggukkan aje“

“akak cuba..."

Aku mengetuk pintu dan memberi salam

"Assalamualaikum encik Emy. Ada apa-apa boleh saya bantu?"

"Walaikumsalam, silakan duduk."

Lama betul dia memandang aku. Tapi pandangannya itu seperti singa yang kelaparan. Takut betul aku nak tenung mata dia tu. Kemudian dia mula berbicara.

"saya betul-betul tak faham. apa masalah awak ni sebenarnya? Saya langsung tak nampak awak fokus dengan kerja awak! Kalau awak rasa tak boleh nak bagi komitmen, awak boleh resign sekarang jugak!"

Wah, betul-betul sinis kata-kata mamat ni. Memang dah benci sangat tengok muka aku kot. Aku mengomel sendirian.

"maafkan saya encik Emy, saya tak sengaja tadi. Mulai sekarang saya akan fokus dengan kerja saya. Ada apa-apa lagi?"

"ok I will give you one more chance. Saya dapat info yang awak handle Project resort baru kita di Pulau Pangkor. betul?"

"ya encik Emy,"

"I want to see your proposal on my table before 5pm!“

Terbeliak butir biji mataku mendengar kata-kata itu.

"but encik Emy I don't think I can submit before 5pm. There's a lot of things I need to find and prepare"

Dia datang dan mendekati ku dengan begitu dekat sekali. Jaraknya hanya beberapa inci. Dengan perlahan-lahan dia berbisik di telinga ku.

"I.. don't care!..stay back to finish the proposal...i give you more chance. Tomorrow morning the proposal must be on my table sharp by 9am!".

"baiklah encik Emy. Kalau tak ada apa-apa boleh saya keluar dulu?"

"one more thing,"

"buatkan I kopi o"

"but I'm not your tealady!" Aku cuba melawan.

"ada masalah dengan itu?"

"baiklah" aku mencebik dan berlalu pergi. Sebelum buatkan kopi untuk singa lapar tu. Aku ke meja ku untuk meletak buku nota. Affira cepat-cepat datang ke tempatku dan bertanya.

"kak, apa singa lapar tu nak?"

"nak makan akak" aku balas dengan nada sendu.

"seriuslah kak..!memain pulak dia"

"dia minta kopi,"

“Itu aje?“

“dengan proposal atas meja dia pukul 9 pagi esok"

"makk Oiii, gila ke ape dia tu? Proposal tu makan masa berminggu nak kena siapkan tau tak?! Sian kau kak."

"i know. Sebelum singa lapar tu bertukar menjadi raksasa kelaparan baik akak pergi buat kopi dulu"

Aku berlalu pergi untuk membuat kopi o buatnya. Setelah siap, pintu biliknya aku buka.

"encik Emy,"

Kelihatan Melissa dan dia sedang berduaan membincangkan sesuatu.

"farah can you please knock the door before come in??"

Sekali lagi aku diserbu. Nasib badan agaknya.

"I'm sorry sir“

Aku keluar semula dan mengetuk pintu sebelum masuk.

"encik Emy, ini saya sudah sediakan kopi o buat encik Emy" kopinya aku aku letakkan di atas meja.

"ok thanks, you may go now."

sebelum aku melangkah keluar.

"ermm.. Melissa nanti you lunch dengan I ya?"

"sure Emy, i will follow you everywhere"

Emy..Emy? Baru sekejap tadi aku dengar dia panggil encik Emy. Sekarang dah jadi Emy? Aku pun tak panggil dia macam tu masa dekat tempat kerja. Aku mengomel sambil mencebik dan berlalu keluar dari biliknya.

Aku bertungkus lumus untuk menyiapkan proposal yang harus dihantar esok pagi sehinggakan waktu makan tengah hari aku abaikan.

"kak kau betul ke ni tak nak pergi makan,?"
Tanya fira.

"betul la dik. Kau pergi je eh. Banyak lagi akak nak kena siapkan ni. Nanti singa tu makan akak betul-betul kang kalau tak siap"

"ok kak."

Pejabat itu kelihatan sunyi sekali kerana semua orang berlalu pergi untuk makan tengahari. Sedang aku asyik menyiapkan proposal tiba-tiba.

"Hai farah"

"eh Adam"

“Kenapa tak keluar Lunch?"

"banyak lagi bahan i nak kena cari ni. I takut tak sempat nak siap"

"nak I tolong?"

"it's OK Adam, this is my job. By the way, thanks ya"

"OK..kalau perlukan pertolongan Just let me know ya"

"ok sure."

"nah sandwich. Makan sikit. Nanti perut tu masuk angin "

"Thanks Adam, you ni macam tahu-tahu jer I tengah lapar"

"well, I know you since university Farah. You tu kalau busy makan pun tah ke mana"

"haha. I pun tak perasan"

"ok lah. Continue your work. I don't want to disturb you."

"ok thanks Adam"

Kelihatan seseorang sedang memerhati perbualan antara aku dan Adam. Ya itu adalah dia, Emy. Aku abaikan saja dia. Kalau dia boleh ber'sweet-sweet' dengan si Melissa tu. Kenapa tidak aku? Haha ketawaku sendirian. Aku menyambung semula kerja ku sehinggalah waktu pejabat berlalu.

Telefon ku berdering, aku melihat di papar skrin kelihatan Ayu menelefon ku.

"Makcik kau kat mana makcik. Baliklah kita orang risau ni. Kan dah pukul 10 malam. Train last pukul 11 tau tak?"

"ala takpa ayu. Aku still dekat office ni. Esok pagi aku kena hantar proposal aku. Nanti settle aku balik naik grab aje. Jangan risau ok?"

"yelah..yelah..hati-hati.kalau perlu kan pertolongan cepat-cepat call kita orang"

"ok, thanks babe"

Tepat pada pukul 12 tengah malam, Akhirnya proposal aku siap juga. Aku letakkan ia dia atas meja Emy seperti yang diminta. Aku kemudian mengemas meja ku untuk pulang.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience