Bab18

Romance Series 4694

Aku merehatkan badanku di dalam bilik. Setelah selesai mandi dan solat aku melabuhkan badanku di atas katil. Suasana malam itu sunyi sekali. Aku membelek-belek majalah sambil memandang sekeliling bilik.

"Alamak sunyinya malam ni. Baik aku lepak luar bilik kejap"

Aku keluar duduk di balkoni di hadapan bilik ku sambil menghirup udara segar. Sedang asyik aku mengelamun. Telefonku tiba-tiba berdering.

"Assalamualaikum hai Farah,"

"walaikumsalam Adam, ada apa call malam-malam ni?"

"I dengar dari staff lain you excident tadi, betul ke?"

"ye Adam tapi Alhamdulillah luka sikit je."

"risau I dengar tadi. I ingat nak pergi jumpa you dekat sana terus."

" i tak ada apa-apa lah, sikit je ni. Ambil berat jugak you pasal i eh?"

" off course dear, you are special to me"

Alamak salah soalan ni. Nampaknya terpaksalah aku mengelak sebelum macam-macam soalan pelik dia tanya. Aku berkata-kata didalam hati.

"ok lah Adam. I nak rest dulu. By the way thanks for calling me"

"my pleasure, you rest lah. Bye"

"bye"

Aku mematikan perbualan telefon.

"fuuhhh..nasib baik sempat mengelak" aku berkata-kata.

"asal nak kena mengelak? Bukan you suka dia ke?" Emy yang entah bila berada di balkoni bilik sebelah tiba-tiba sahaja bersuara.

"Eh.. You.. sejak bila you ada dekat situ?"

"sejak dari mula you cakap dengan Adam tadi"

"so you dengar ke apa I cakap tadi?"

"yupp.. I dengar. You tak jawab soalan I lagi? Kenapa you nak kena mengelak? Bukan ke you sukakan Adam?"

"kenapa you nak tahu?"

"Answer me first!"

"i tak sukakan Adam okay! dah ada someone special yang terkunci melekat dekat hati i ni! Puas hati you?"

"siapa lelaki tu?"

"now it's your turn to answer my question! Why you want to know?"

"there is no reason"

"ok then, don't asking me about him anymore!"

Kepalaku tiba-tiba berdenyut-denyut.

"Oklah, i masuk dulu. Sakit kepala sangat ni"

"ish you ni, mesti migrain lagi kan?"

"none of your business"

"merajuk lah tu.. Okay.. Okay I'm sorry menyibuk pasal you tadi. You tunggu kat situ jap"

"you nak" belum sempat aku menghabiskan kata-kata dia telah masuk ke dalam bilik mencari sesuatu.
Beberapa minit kemudian dia keluar semula di balkoni berjumpa denganku.

"you dah makan tadi?"

"belum"

"nah..makan roti dulu, lepas tu minum air & makan ubat okay? Nak pergi makan tak?"

"tak nak, by the way thanks for this"

"your welcome"

Dia memandang tepat kearahku tanpa kedipan. Gugup pulak aku rasa. Aku menghabiskan roti yang diberinya. Aku tidak tahu kenapa dia terlalu mengambil berat tentang aku. Bukankah dia telah hilang ingatan? Atau mungkin dia telah ingat semula? Ahhhh...tak mungkin lah.

"okay now makan ubat and masuk rest"

"ubat?"

"yes ubat! makan sekarang I nak tengok" dia memaksaku.

"I makan dekat dalam lah" aku bangun dari kerusi untuk masuk ke dalam bilik

Tiba-tiba dia menarik tanganku sehingga aku terduduk semula.

"nope. Makan now! I tahu you tak akan makan kalau orang tak paksa you makan ubat"

"eeee..you ni" aku mencebik.

"apa eeeii2?...bab makan ubat nak ngelat eh? Ni haa I dah kecilkan ubat tu"

"ok thanks. Hehe"

"Makan ubat tu"

"iyeee.. I makan"

"masuk rest okay?"

"okay"

"jangan nak bergayut dengan mana-mana lelaki"

"asal tak boleh?"

"sebab I tak suka!"

"kenapa tak suka?“

“eee.. Banyak tanya eh? Dah pergi masuk cepat"

"okay.. Okay.."

"good night and sweet dreams"

"good night"

Keesokkan pagi ketika aku sedang bersiap-siap untuk melawat tapak projek baharu tiba-tiba loceng bilik berbunyi. Aku membuka pintu bilik. Terdapat seorang pekerja resort membawa set sarapan pagi.

"Assalamualaikum, selamat pagi Cik Farah"

"Walaikumsalam, ini ada pesanan dan sarapan pagi untuk cik Farah"

"untuk saya? wah! Thank you"

Aku membuka kad pesanan yang diberikan pekerja resort itu.

"Good Morning Sunshine, Please finish your breakfast and I'm sorry for the last night"

Aku tersenyum lebar melihat kad itu.

"ok cik farah. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu"

"terima kasih ya"

Aku menghabiskan sarapan yang dihantar sebelum keluar dari bilik. Aku sempat menghantar pesanan ringkas kepadanya untuk mengucapkan terima kasih.

"Good Morning. Thanks for the breakfast!"

"Good Morning. Habiskan your breakfast. I tunggu you di Main Lobby pukul 8.30 pagi. See you later Bye"

"noted boss! Bye"

Aku melihat jam di tanganku.

"Alamak! Dah pukul 8.15 pagi. Baik aku cepat sebelum mood dia bertukar jadi Singa Laut!"

Aku berlari-lari anak menuju ke Main Lobby. Sampai sahaja di sana aku melihat dia sudah tercegat menunggu ku.

"Sorry lambat!"

"oleh disebabkan you lambat 5 minit, hari ni I terpaksa denda you"

"Denda? Alamak tak kan kot"

Muka aku yang masih tercungap cungap kerana berlari sebentar tadi bertukar menjadi tercengang.

"5 minit tu sangat berharga Cik Farah"

"5 minit je pun, bukan 5 Jam"

"you tahu dengan lambatnya 5 minit tu boleh menyebabkan seseorang kehilangan nyawa?"

"Apa kena mengena dengan i pulak?"

Aku bertambah tercengang dengan statement dia.

"dah jangan melawan. Disebabkan you kena denda hari ni. You kena ikut cakap i and waktu denda you akan habis tepat pada pukul 7 petang"

"eeiii dia ni.. Annoying!"

"apa you cakap?"

"nothing hehe"

"dah masuk dalam kereta cepat"

Kami menghabiskan masa melawat tapak projek baharu untuk projek Pembinaan resort sehingga pukul 2 petang.

"dah petang jom balik." dia mengajak ku pulang ke resort.

"Encik Emy! Farah!" tiba-tiba kami ditegur oleh seseorang. Aku menoleh ke belakang.

"eh Adam!"

"Adam, kau terlibat dengan projek ni? Setahu aku projek ini tak melibatkan kau kan?“ Emy kelihatan tidak senang dengan kehadiran Adam.

" oh.. Dato hantar saya ke mari untuk tolong Encik Emy. Katanya Encik Emy tak sihat?"

" Eh. Mana ada tak sihat. Aku ok je ni. Kemalangan semalam tu sikit aje."

"tapi elok jugak you datang boleh tolong apa yang patut kan." aku cuba menyampuk.

Emy memandang dan menjegilkan mata ke arah ku.

Alamak salah cakap la pulak. Aku berkata-kata didalam hati.

"Tak apa. Encik Emy. I boleh je tolong"

"Ok lah"

"Farah malam ni apa plan you?" Adam menyoalku.

"I belum"

"dia kena ikut aku malam ni. Untuk jumpa client" Emy tiba-tiba menyampuk.

"oh yeke? Nak I ikut ke?"

"no need." Emy membalas dengan nada sinis.

"ok lah. Kalau macam tu pergi tengok tapak projek dulu encik Emy"

"eloklah tu. Farah you ikut i! " Emy membalas.

"baiklah"

Kami masuk ke dalam kereta untuk pulang ke resort.

Sampai sahaja di depan bilik.

"suka la tu kan buah hati Pengerang jantung you datang?" dia menyoalku.

"buah hati apanya you ni. I suka sebab ada kawan. Dah tu you tu asyik badmood je. Kurang-kurang dia boleh teman I jalan-jalan" aku membalas kembali.

"nope! You ikut I malam ni"

"Jumpa client tu ke?"

"yes! See you tonight pukul 8.30 malam. Bye"

"bye"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience