Pertemuan Di Ruang Menunggu

Romance Series 983

Aisyah melirik jam di dinding. Hampir pukul tiga petang. Dia menarik nafas sebelum menoleh ke arah Rayyan yang duduk di sofa, asyik dengan bukunya.

"Sayang."

Rayyan mengangkat wajahnya. "Ya?"

"Petang ni ada janji temu dengan psikiatri, kan? Dah bersedia?"

Rayyan menutup bukunya perlahan. "Saya rasa... tak perlu pergi."

Aisyah duduk di sebelahnya, menatapnya dengan penuh kasih. "Kenapa?"

Rayyan menghela nafas. "Rasa macam saya boleh hadapi sendiri."

Aisyah tersenyum kecil, menggenggam tangannya erat. "Sayang, pergi jumpa doktor bukan tanda awak lemah. Itu tanda awak nak sembuh. Saya ada dengan awak, selalu."

Rayyan memandang wajah Aisyah. Ada ketulusan di situ. Perlahan-lahan, dia mengangguk. "Baiklah."

Di Klinik Psikiatri

Rayyan duduk di hadapan Dr. Hakim, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, berkaca mata dengan wajah yang tenang dan senyuman yang tidak dibuat-buat.

"Awak minat coklat?" tanya Dr. Hakim tiba-tiba sambil menghulurkan sebungkus coklat kecil.

Rayyan terkedu sejenak sebelum menyambutnya. "Err… ya, saya suka."

"Bagus." Dr. Hakim tersenyum. "Coklat ni, kalau awak makan, boleh buat awak rasa lebih baik, walaupun sekejap. Sebab dalam coklat ada bahan yang boleh bantu otak hasilkan serotonin, hormon yang buat kita rasa tenang. Tapi kalau awak harap coklat ni boleh hilangkan semua rasa cemas, itu mustahil. Sama macam anxiety, awak boleh cari cara untuk rasa lebih baik, tapi kalau tak rawat punca sebenar, ia akan datang balik."

Rayyan menggenggam coklat itu, memandang doktor dengan minat.

"Anxiety ni, Rayyan… dia bukan sekadar rasa risau. Ia macam bunyi bising dalam kepala yang susah nak kawal. Kadang-kadang, walaupun tak ada bahaya pun, otak tetap fikir seolah olah ada. Macam alarm kebakaran yang berbunyi walaupun tak ada api."

Rayyan mengangguk perlahan. "Jadi... semua yang saya rasa, macam takut tanpa sebab, jantung berdegup laju, susah nak tidur... itu semua anxiety?"

Dr. Hakim mengangguk. "Ya, dan awak bukan seorang sahaja yang laluinya. Ramai orang alami benda yang sama. Cuma bezanya, ada yang dapat kawal, ada yang tenggelam dalamnya."

Rayyan menhembus nafas panjang.. "Macam mana nak kawal?"

"Ada beberapa cara. Terapi kognitif tingkah laku boleh bantu awak kenal pasti fikiran negatif dan ubah cara awak melihat sesuatu. Ada juga latihan pernafasan, teknik relaksasi, dan kalau perlu, ubat boleh bantu seimbangkan bahan kimia dalam otak."

Rayyan termenung, mengusap belakang lehernya. "Jadi, saya perlu buat semua ni?"

Dr. Hakim tersenyum. "Tak perlu buat semua sekaligus. Kita ambil langkah kecil. Macam coklat ni, satu gigitan pada satu masa."

Rayyan tersenyum kecil. "Saya nak cuba... saya nak lebih baik."

Dr. Hakim mengangguk. "Itu langkah pertama yang sangat baik, Rayyan. Awak tak keseorangan dalam hal ni. Saya dan Aisyah ada untuk bantu."

Rayyan menggenggam coklat itu lebih erat. Untuk pertama kali dalam masa yang lama, dia rasa… ada harapan.

Dr. Hakim: (tersenyum sambil bersandar sedikit di kerusinya) "Okay, Rayyan. Kita dah cakap tentang apa itu anxiety. Sekarang, jom kita bincang tentang cara nak menguruskannya."

Rayyan: (mengangguk perlahan) "Macam mana, doktor? Saya... saya tak nak hidup macam ni selamanya."

Dr. Hakim: (menghulurkan sebungkus coklat lagi kepada Rayyan, yang menerimanya dengan sedikit senyuman) "Saya faham. Awak nak rasa lebih baik, kan? Ada beberapa cara kita boleh usahakan. Yang pertama, terapi kognitif tingkah laku atau CBT."

Rayyan: "CBT?"

Dr. Hakim: (mengangguk) "Yes, dalam CBT, kita akan cuba kenal pasti fikiran negatif yang buat anxiety awak makin teruk. Kadang-kadang, anxiety datang sebab otak kita terlalu banyak 'andaian'. Contohnya, kalau rakan sekerja tak balas mesej awak, otak terus fikir 'Mesti dia benci aku' atau 'Aku buat salah ke?'"

Rayyan: (merenung lantai, mengangguk perlahan) "Ya… saya selalu fikir macam tu."

Dr. Hakim: (tersenyum kecil) "Dan bila awak fikir begitu, badan awak mula bagi reaksi—jantung berdegup laju, perut rasa tak sedap, susah nak fokus. CBT akan ajar awak cara nak cabar fikiran tu. Macam, 'Betul ke dia benci aku? Mungkin dia sibuk je?' Awak akan belajar cara tapis fikiran yang tak membantu."

Rayyan: (menarik nafas dalam-dalam) "Macam... ajar otak untuk berfikir dengan lebih rasional?"

Dr. Hakim: (mengangguk sambil tersenyum) "Tepat sekali. Seterusnya, ada latihan pernafasan dan teknik relaksasi. Bila awak rasa cemas, badan awak automatik masuk dalam mode ‘fight or flight’. Jadi, kita kena ajar badan untuk bertenang semula."

Rayyan: "Macam mana?"

Dr. Hakim: (menunjukkan demonstrasi dengan menarik nafas perlahan melalui hidung, menahan seketika, dan menghembuskan perlahan-lahan melalui mulut) "Cuba buat ni sekarang. Tarik nafas dalam, kira sampai empat... tahan sekejap... lepas perlahan-lahan."

Rayyan: (mengikut arahan, kemudian menghembus nafas perlahan-lahan) "Okay… rasa sedikit lega."

Dr. Hakim: (tersenyum) "Bagus. Teknik ni nampak mudah, tapi bila diamalkan selalu, ia boleh bantu awak kawal anxiety."

Rayyan: "Apa lagi cara lain?"

Dr. Hakim: "Gaya hidup pun main peranan. Tidur cukup, makan makanan seimbang, dan senaman boleh bantu stabilkan hormon stres. Awak suka buat apa untuk tenangkan diri?"

Rayyan: (berfikir sejenak) "Dulu... saya suka melukis."

Dr. Hakim: (tersenyum lebih lebar) "Bagus. Cuba mula melukis balik. Aktiviti macam ni boleh bantu otak fokus pada sesuatu yang positif dan kurangkan anxiety."

Rayyan: (mengangguk perlahan) "Jadi... kalau saya ikut semua ni, anxiety saya akan hilang?"

Dr. Hakim: (menyandarkan tangan di meja, suaranya lembut tapi tegas) "Anxiety mungkin tak hilang sepenuhnya, Rayyan. Tapi awak boleh belajar untuk kawalnya, supaya ia tak kawal hidup awak. Dan kalau perlu, ada rawatan ubat yang boleh bantu. Kita akan pilih cara terbaik untuk awak."

Rayyan: (merenung coklat di tangannya, kemudian melihat Dr. Hakim, ada sedikit sinar di matanya) "Saya nak cuba... saya tak nak terus hidup dalam ketakutan."

Dr. Hakim: (mengangguk dengan senyuman bangga) "Itu langkah pertama yang sangat penting, Rayyan. Awak dah buat keputusan yang betul."

Rayyan duduk di sofa panjang ruang menunggu klinik psikiatri, jemarinya menggenggam bungkusan coklat yang masih belum dibuka. Jantungnya berdegup sedikit laju, entah kerana anxiety atau kerana dia masih belum biasa dengan tempat ini.

Di sebelahnya, seorang lelaki berusia awal 40-an duduk dengan tenang. Lelaki itu berkemeja biru gelap dengan jaket kelabu. Wajahnya tampak letih, tetapi senyumannya tidak hilang. Dia menoleh ke arah Rayyan.

Ikram: (tersenyum kecil) "Awak pun menunggu giliran?"

Rayyan: (terkejut sedikit, tapi mengangguk) "Ya."

Lelaki itu menghulurkan tangan. "Saya Ikram."

Rayyan menyambut salamnya. "Rayyan."

Ikram: (memandang ke hadapan, suara tenang) "Pertama kali datang sini?"

Rayyan: (mengangguk perlahan) "Ya… pertama kali jumpa psikiatri."

Ikram: (tersenyum kecil, tetapi ada sesuatu yang dalam di matanya) "Saya faham. Dulu saya pun macam awak. Duduk di sini, cuba yakinkan diri sendiri yang saya perlukan pertolongan."

Rayyan: (memandangnya, sedikit tertarik dengan kata-kata itu) "Jadi… awak dah lama dapatkan rawatan?"

Ikram: (angguk perlahan) "Dah hampir setahun. Saya profesor di universiti. Hidup saya, dari luar, nampak sempurna,ada kerjaya, ada status, ada pencapaian. Tapi tekanan dari keluarga… tak pernah berhenti."

Rayyan terdiam. Dia faham perasaan itu,tekanan, harapan orang lain yang membebankan.

Rayyan: (perlahan) "Tekanan… dari keluarga?"

Ikram: (senyum tawar) "Mereka ada ekspektasi yang tinggi. Setiap kejayaan saya, dianggap biasa. Tapi setiap kegagalan saya, diperbesarkan seolah-olah saya telah menghancurkan nama keluarga. Lama lama… saya rasa saya bukan hidup untuk diri sendiri. saya rasa sesak."

Rayyan diam, mendengar dengan tekun.

Ikram: (suara sedikit perlahan, tapi jelas) "Enam bulan lepas, saya cuba tamatkan hidup."

Rayyan terkejut. Matanya membulat sedikit.

Ikram: (memandang lurus ke hadapan, bukan dengan rasa malu, tapi dengan kejujuran) "Masa tu, saya rasa kosong. Saya rasa dah tak ada jalan keluar. Saya tak nampak sebab untuk terus hidup."

Rayyan menggenggam tangannya sendiri. Dia tidak pernah sampai ke tahap itu, tetapi dia faham bagaimana rasanya tenggelam dalam tekanan, bagaimana rasanya seolah-olah dunia menolak kehadirannya.

Rayyan: (perlahan) "Apa yang buat awak teruskan hidup?"

Ikram menoleh ke arahnya. Mata lelaki itu redup, tetapi ada sesuatu di dalamnya, seakan pengalaman, seakan kebijaksanaan yang lahir dari luka.

Ikram: (senyum kecil, tetapi dengan makna yang mendalam) "Saya belajar satu perkara penting—kita bukan hidup untuk memuaskan orang lain. Kita hidup untuk diri kita sendiri. Saya selalu kejar kesempurnaan untuk membuktikan sesuatu kepada keluarga saya, kepada dunia… Tapi akhirnya saya sedar, semua itu takkan pernah cukup."

Rayyan diam. Kata-kata itu menusuk ke dalam jiwanya.

Ikram: (sambung, dengan nada perlahan tetapi berbekas) "Kadang-kadang, kita terlalu keras dengan diri sendiri. Kita fikir kita tak cukup baik, tak cukup berjaya, tak cukup sempurna. Tapi kebenarannya, tak ada manusia yang sempurna. Dan kita tak perlu jadi sempurna untuk layak bahagia."

Rayyan memandang coklat di tangannya, menggenggamnya lebih erat.

Ikram: (menepuk bahu Rayyan perlahan, tersenyum ikhlas) "Rayyan, jangan biarkan dunia buat awak rasa awak tak cukup baik. Awak berhak untuk sembuh, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri awak sendiri."

Tiba-tiba, suara seorang jururawat memanggil namanya.

Nurse: "Rayyan?"

Rayyan terkejut sedikit, menoleh ke arah jururawat yang tersenyum padanya. "Ya, saya."

Rayyan terus menuju ke dalam bilik farmasi tetapi sebelum masuk, Rayyan sempat memandang semula ruang menunggu itu, berharap dapat melihat Ikram. Namun lelaki itu sudah tiada.

Dengan perasaan yang lebih tenang daripada sebelumnya, Rayyan melangkah masuk mengambil ubat di farmasi, memikirkan kata-kata Ikram yang masih berlegar-legar dalam fikirannya. Mungkin, justeru, dia memang berhak untuk sembuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience