Pejabat Hansel Group Auto, Ampang, Kuala Lumpur.
Hadif menggosok matanya yang mula terasa kabur akibat terlalu lama menatap skrin MacBook. Dia mengerling jam di pergelangan tangan kiri. 8:15 malam. Dia menghela nafas panjang. Tubuhnya sudah terasa letih. Dia menyusun semula fail di atas meja sebelum mencapai kot yang tergantung di sandaran kerusi. Setelah menyarungkan kot, dia mengambil telefon dan memasukkannya ke dalam beg.
Langkahnya longlai ketika keluar dari pejabat. Di luar, suasana sudah gelap. Semua staf telah pulang sejak pukul 5:30 petang tadi, meninggalkan bangunan itu sunyi sepi.
Hadif menaiki lif untuk turun ke tempat parkir. Di sana, Zayan hanya menunggu di dalam kereta. Dari jauh, dia nampak Hadif berjalan menuju ke keretanya. Namun, tiba-tiba Hadif menghentikan langkahnya dan berpusing ke belakang.
Zayan berkerut dahi. Dia tidak pasti mengapa Hadif berhenti. Dari kedudukannya, pandangannya terhalang oleh sebatang tiang konkrit. Tetapi sebaik sahaja dia mengalih sedikit badan untuk melihat dengan lebih jelas, dia tersentak...
Hadif mengangkat tangan seolah-olah sedang diacu dengan senjata api!
Tanpa berlengah, Zayan menolak pintu kereta dan meluru ke arah Hadif.
Dor!
Satu das tembakan dilepaskan.
Bam!
Zayan menerpa Hadif, menolak lelaki itu ke lantai simen. Dia dapat merasakan denyutan kuat di bahunya panas, perit. Darah merembes keluar. Dengan pantas, tangannya menyentap keluar Colt M1911 dari sarung di pinggang.
Dor! Dor!
Kelongsong peluru bertaburan di lantai. Dua das tembakan dilepaskan. Satu tersasar, tetapi satu lagi mengenai rusuk kanan penyerang! Penyerang itu mengerang kesakitan, tubuhnya terhuyung-hayang sebelum berpaling dan melarikan diri.
“Bos!” Zayan menarik Hadif ke belakang kereta, menjadikannya sebagai perisai. Nafasnya tercungap-cungap, namun dia terus berjaga-jaga.
Di seberang sana, penyerang itu berjalan terhoyong-hayang sebelum masuk ke dalam sebuah Chevrolet Camaro.
Zayan mengecilkan matanya. Walaupun dalam kesakitan, mindanya ligat berfikir. Siapa yang mahu membunuh Hadif? Dan mengapa?
Hadif pula masih terkaku, matanya masih terarah ke arah kenderaan itu yang meluncur laju meninggalkan kawasan parkir.
Zayan mengetap gigi. “Kita kena keluar dari sini, sekarang.”
Darah yang merembes dari bahunya terasa semakin melekit. Panas. Pedih. Tetapi Zayan mengabaikan kesakitan itu. Fokusnya kini hanya pada Hadif yang masih terkaku di sisi kereta.
“Bos?!” Zayan bersuara tegas, cuba menarik perhatian Hadif yang kelihatan masih terkejut.
Hadif tersentak. Dia mengangguk sedikit sebelum menekan kunci kereta.
Bib! Bib!
Bunyi kunci automatik membuka pintu kenderaan itu.
Zayan tidak menunggu lama. Dengan sebelah tangan menekan bahunya yang cedera, dia membuka pintu pemandu dan masuk ke dalam. Hadif menyusul, duduk di tempat penumpang.
“Kau okey? Let me drive?” Hadif bertanya, matanya jatuh pada bahu Zayan yang kini sudah mula membasahi kemeja hitamnya.
Zayan mengerling sekilas ke arah luka itu. “Boleh tahan lagi,” jawabnya pendek. Tangannya pantas menekan butang enjin. Bunyi deruman enjin memenuhi ruang parkir yang semakin sunyi.
“Kita ke hospital dulu.” Hadif menekan tali pinggang keledar, wajahnya penuh kebimbangan.
“Kita tak ada masa, bos,” balas Zayan pantas. Tangannya mengalihkan gear ke ‘D’ sebelum menekan pedal minyak. Tayarnya berdecit sedikit saat kereta meluncur keluar dari ruang parkir.
Hadif memandangnya dengan wajah tidak puas hati. “Zayan, kau cedera.”
“Bos, kau hampir mati tadi.” Zayan membalas tajam. Matanya tajam memerhatikan cermin sisi, mencari sebarang kenderaan yang mencurigakan.
Hadif mendengus perlahan. Dia tahu Zayan betul. Jika Medina cukup berani untuk menyerangnya di ruang parkir syarikat sendiri, itu bermakna dia tidak lagi bermain secara halus.
“Bos kenal perempuan tu?” Zayan akhirnya bersuara setelah beberapa saat hanya bunyi enjin yang mengisi ruang.
Hadif mendiamkan diri seketika sebelum mengangguk perlahan. “Medina.”
Zayan mengetap gigi. “Apa hubungan bos dengan dia?”
Hadif menarik nafas panjang sebelum menjawab, “Dia bekas teman wanita Hadi.”
Zayan hampir menekan brek secara mengejut. Dia mengerling ke arah Hadif, tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.
Bekas teman wanita?!
Sial. Ini baru jadi semakin rumit.
“Kenapa dia cuba bunuh bos?” Zayan kembali fokus ke jalan, namun telinganya tajam menanti jawapan Hadif.
Hadif menghela nafas berat.”I ruined her plan."
Zayan menjelingnya tajam. “What plan?”
Hadif mengerlingnya sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke luar tingkap. “She has ties with dark organization, Zayan.”
Jantung Zayan berdegup lebih laju. “Apa maksud bos?”
Hadif membasahkan bibirnya sebelum berkata perlahan, “Ayah Medina ketua geng Black Python.”
Tiba-tiba Zayan merasakan darahnya berderau. Dia mengetap rahang.
Black Python?
Nama itu bukan asing bagi Zayan. Black Python ialah geng penjenayah yang terkenal dengan operasi sulit pengedaran senjata, dadah, dan juga pemerdagangan manusia. Jika Medina ada kaitan dengan kumpulan itu, ini bermakna Hadif bukan sekadar berdepan dengan seorang pembunuh, dia juga mungkin sedang diburu geng Black Python.
“Bos,” suara Zayan lebih serius kali ini, “Kau kena explain semua bos.”
Hadif menoleh ke arahnya. Namun, setelah beberapa saat, dia mengangguk perlahan.
“Okay. I'll tell you the whole story.”
Zayan menekan butang komunikasi di telinganya.
“Zephyr, do you copy? Cari Chevrolet Camaro dengan nombor plat...”
Sebelum Zayan sempat menghabiskan ayatnya, suara garau Ivan kedengaran di earpiece.
“Copy that, Wolf. Aku dah dapat rakaman CCTV dari kawasan parkir. Aku akan cuba kesan kereta tu. Kau okay?”
Zayan menjeling bahunya yang masih berlumuran darah. “Nothing I can’t handle. Just track that damn car.”
“On it.”
Dia memutuskan talian sebelum menumpukan semula perhatian pada pemanduan. Hadif masih diam di sebelahnya. Dia menghela nafas berat.
"Is she heavily injured?" soal Hadif perlahan. Serba-salah.
Zayan mendecit perlahan. “Bos. Kau risaukan dia buat apa?” Matanya membulat mendengar soalan itu.
Hadif mengeluh perlahan, berharap luka Medina tidak terkena organ vital.
"Satu tembakan mengenai rusuk kanannya," beritahu Zayan, tidak pasti apa yang patut dia katakan.
"Shit. Tell Ivan to find that Chevrolet Camaro faster," Hadif mengeluh kasar. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada Medina. Dia tidak sekejam itu.
Share this novel